CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33208|Reply: 199

2 tahun tiada tawaran menyanyi, Shima menyesal sertai GV #updated

  [Copy link]
Post time 10-12-2016 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by bini_fl at 14-12-2016 11:24 PM

SABTU, 10 DISEMBER 2016 @ 12:09 AM
BAGAIKAN jatuh di timpa tangga, begitu suratan yang membelenggu penyanyi rock popular era 1990-an, Shima.

Ketika berdepan penderitaan kerana mengalami 'slip disc' yang menyebabkan pergerakannya kaku dan terbatas, pada masa sama dirinya dibelenggu kesempitan hidup.

Umpama kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang, Shima menanggung sengsara dan derita selepas lebih dua tahun tidak mendapat undangan nyanyian.

Entah di mana silapnya, penyanyi yang popular dengan lagu Teringin, Setelah Aku Kau Miliki, Luka Dilukai dan Aku Tetap Aku itu menyifatkan, penyertaannya dalam program realiti popular, dua tahun lalu menyebabkan kerjaya nyanyiannya perlahan-lahan terbenam dan menyembah bumi.

Ketika itu, ramai pengikut yang terkejut melihat perubahan penyanyi kelahiran Banting, Selangor yang bertubuh kecil molek tu. Shima yang dulu memiliki keampuhan suara tersendiri, namun segala-galanya berubah ketika menyertai program itu. Bentuk tubuhnya pula agak berisi dan gayanya tidak lagi selincah dulu.

Ketika persembahan, Shima hanya berdiri kaku di pentas. Persoalan demi persoalan dibiarkan tanpa penjelasan. Selepas dua tahun berlalu, hatinya terbuka untuk berkongsi bebanan yang ditanggung selama ini.

Bukan mahu menagih simpati, sebaliknya Shima hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman hidup sebagai seseorang yang pernah bergelar bintang dalam industri hiburan.

Sambil mengesat air mata, penyanyi yang lahir bersama kumpulan The Boys pada tahun 1989 itu mengakui kesal kerana menyertai program itu. Sangka Shima, penyertaannya dalam program realiti itu dapat membantu penjenamaan semula namanya selepas lama menyepikan diri.

"Sebaliknya berlaku apabila undangan persembahan mula menjauh. Mungkin ia kesan daripada persembahan saya ketika menyertai program itu hingga ramai menyangka, saya kaku dan tidak lagi mampu menyanyi dengan baik. Jika diimbas, saya sering dikritik kerana membatu ketika membuat persembahan. Saya menderita lebih dua tahun kerana tidak tawaran kerja," katanya.

Kehidupannya yang dulu selesa, nikmat itu perlahan-lahan bagaikan ditarik. Shima yang dahulunya menyewa di rumah teres, terpaksa berpindah ke pangsapuri murah. Kereta pula terpaksa dijual kerana tiada wang.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya tidak pernah hidup sesusah ini sejak menjadi penyanyi pada usia 19 tahun. Saya reda dengan ketentuan Tuhan, mungkin ini ujian hidup saya. Mujur dulu, saya tidak boros berbelanja dan menyimpan duit hasil menyanyi.

"Hari ini, saya hidup dengan duit simpanan yang tidak seberapa. Bukit pun jika ditarah setiap hari menjadi semakin gondol.

Saya tahu ada jiran tetangga hairan melihat seorang penyanyi tinggal di flat. Orang ingat saya senang dan kaya-raya. Terpulang apa orang mahu kata kerana mereka tidak tahu kesusahan saya.

"Dulu, saya mungkin antara penyanyi yang dikenali, tetapi zaman sudah berlalu. Tiada guna mengusung nama besar, tetapi terpaksa ikat perut untuk makan,"
katanya sayu.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman mengakui, sudah lama menderita 'slip disc', malah terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit. Hingga ini, Shima masih berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Saya menderita sakit dari tengkuk hingga pinggang yang menyebabkan pergerakan saya terbatas dan kaku. Berat badan juga naik mendadak. Dulu, berat saya hanya 43 kilogram tetapi kini mencecah 65 kilogram kerana bergantung kepada steroid untuk menahan sakit.

"Saya sedang menanggung kesakitan ketika menyertai program realiti itu, tetapi saya tidak meluahkannya. Saya paksa diri mengenakan kasut bertumit tinggi ketika persembahan walaupun belakang saya menahan sakit. Alhamdulillah, biarpun masih tidak boleh berdiri lama tetapi keadaan saya semakin pulih,"
katanya.

Tanpa berselindung, anak sulung tiga beradik itu mengakui, hampir berputus asa dan mahu meninggalkan dunia seni. Namun, Shima akur, tiada lagi kerja yang mampu dilakukannya selain menyanyi dan berlakon.

"Bohong jika saya cakap tidak kecewa. Pada satu tahap, saya seperti kebingungan menunggu tawaran persembahan. Saya sangat berharap, tetapi tiada sesiapapun menghubungi saya untuk menawarkan kerja. Saya tidak lagi terima tawaran menyanyi di lobi atau ruang istirahat hotel kerana mereka mencari penyanyi muda," kata penyanyi berusia 46 tahun yang kali terakhir muncul dengan album Ke Pangkuanmu pada tahun 2005.

Info

# Jadi penyanyi sejak usia 19 tahun bersama kumpulan The Boys

# Pernah popular dengan lagu Teringin,

# Berat meningkat daripada 43 kepada 65kg kerana pengambilan steroid penahan sakit

# Menderita kesakitan tulang belakang akibat 'slip disc'


# Sudah dua tahun tiada tawaran menyanyi dan berlakon




Sumber: http://www.bharian.com.my/node/222162/amp










Last year jugak ada keluar pasal Shima dikeluarkan oleh Utusan

http://m.utusan.com.my/hiburan/hidup-terhimpit-1.138687


Artikel Sept 2015


Pada pertemuan di Studio Utusan baru-baru ini, Shima tanpa berselindung bercerita dengan Hits kisah kehidupannya sekarang bagi meringankan tekanan. Sukar untuk mempercayai untung nasib penyanyi lagu Teringin itu, tetapi itulah hakikatnya.

“Saya jarang dapat job (undangan menyanyi) sekarang ini. Tak tahu di mana silapnya. Lepas program Gegar Vaganza tahun lepas, ingatkan banyaklah tawaran tapi hampa. Masa program berlangsung ingatkan kemunculan saya dapat membuka mata penganjur untuk menawarkan saya peluang menyanyi, tapi hampa. Semua itu tidak membantu kerjaya saya. “Memanglah ada tawaran menyanyi tapi tidak seiring dengan pembabitan saya dalam bidang seni ini yang sudah menjangkau lebih 10 tahun itu. Saya masih menyanyi dan tidak pernah berhenti daripada menyanyi tetapi itulah nasib saya, kurang mendapat tawaran persembahan berbanding orang baharu,” luahnya dengan nada sedih.


Tambah Shima, kekeliruan itu berlaku mungkin kerana penganjur tidak tahu untuk menghubunginya. Lagipun sekarang ini Shima tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman dan secara tidak langsung segala aktiviti seninya diuruskan sendiri. “Memang payah kalau tidak ada pengurus atau orang yang menguruskan jadual seni kita. Macam mana saya nak lantik pengurus peribadi untuk mengurus kegiatan seni, nanti saya nak bayar dia dengan apa pula. Saya sendiri pun tak ada pendapatan,” akuinya lemah. Hits yang tersentuh hati mendengar luahan rasa Shima, terus bertanya dari mana dia mendapat wang untuk kegunaan harian kerana kehidupan perlu diteruskan.

Dengan mata yang berkaca, Shima memberitahu setakat ini dia hanya bergantung kepada wang simpanan yang dikumpul selama bergelar artis. “Nasib baiklah selama ini saya jenis yang beringat juga. Tapi, lama mana saya boleh bergantung pada duit simpanan kerana lama-lama habis juga kalau asyik keluar tanpa menyimpan. Nak berharap pada adik-beradik, mereka pun ada keluarga sendiri. Jadi susah atau senang sekarang ini, saya tanggung sendiri,” katanya. Selain ahli keluarga, Hits juga sempat bertanya, ke mana perginya bekas-bekas suaminya. Tidakkah dia mendapat bantuan daripada mereka kerana Shima pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali sebelum ini.

“Mana ada, semua sudah buat hal masing-masing. Sekarang ini saya sendirian. Kalau tak kerja mana nak cari duit untuk sara hidup. Harap adalah yang sudi undang saya untuk menjayakan persembahan pentas. Entahlah mungkin penganjur tidak tahu nak hubungi saya macam mana. Saya boleh dihubungi menerusi talian 017-6085282,” rayunya. - Gambar SWAHIDAH ZAINAL -

See more at: http://m.utusan.com.my/hiburan/h ... thash.hii12aj0.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2016 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
who r yusssss?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Zarul patut bc ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik shima kalo nyanyi live tak hauk okey je kot orang nak panggil. Kalo live pancit kenduri kahwin pon baik panggil budak basking perform.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
motip nk salahkan GV bila sendiri nyanyi hauk + stone
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum masuk gv ada tawaran ke?

Semoga murah rezeki acik shima, cuba kawan2 dengan rakan2 artis lain diorang boleh suggest job jugak kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2016 01:41 PM | Show all posts
sheol dh x seperti dulu sgt pasif bila menyanyi tp mngharapkan byrn setimpal dengan namanya sebagai diva. sape la yg snggup. kenapa nk salahkan gv dia la kena baiki diri. xkan selama ni xde bt ntworking dgn sapa2. xkan semua org tb2 nk lupakan dia klu pr bgus.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
serius ke? bukan dia mmg sendu ke sebelum gv lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik tengok salah diri sdr dulu sebelum nak salahkan pihak lain
Suara pun dah xpower mcm dl, dah la berdiri tegak mcm patung cendana, org pun pikir byk kali nak kasi job
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai acik,salahkan org lain plak.. poyo lebeyy
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
acik x tengok balik ke rakaman acik menyanyi?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 02:20 PM | Show all posts
tapii kan over betooll si nabil asyik duk bahan je acik nii kat gv3 .. kesian plk nengoknyaaa huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Shima sila pergi audition kilauan emas. Cuba nasib di sana plak. Guna nama shimo atau shimano.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sore blh thn lg.tp keras kejung ats pentas...mmg la org risau nk.ambik ko takot x blh perform nnti...adeh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Camner nak ada job ko nyanyi keras kejung masa gv..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 03:42 PM | Show all posts
patung cendana yach
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik masuk GV1..kalau GV3 jadi bahan gelak..i prefer razis lg
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik shima kalau nak keras kejung nyanyi Kat stage, mohon belajar dari Sia
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Shima perlu make over and image consultant

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 03:55 PM | Show all posts
Edited by katibism at 10-12-2016 03:57 PM

9 tahun lepas..sheols nyanyi best jugak la. OST Susuk

Xde kayu cendana sgt. Tp petanda2 tu da nmpk dah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.111575 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list