View: 6270|Reply: 42
|
Perihal Lalat dalam Minuman dan Makanan
[Copy link]
|
|
SOALAN:
Assalamualaikum SS Mufti, saya ingin bertanya. Apakah hukum makanan atau minuman yang dimasuki lalat?
|
|
|
|
|
|
|
|
AWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Jawapan bagi soalan ini memerlukan jawapan berdasarkan beberapa situasi:
Pertama
Bahawa lalat yang masuk itu tidak mati namun hanya singgah sahaja. Dalam hal ini, tidak ada apa-apa kecuali dikhuatiri makanan atau minuman berkenaan sudah dicemari kuman atau virus bawaan lalat yang memudaratkan kesihatan. Contohnya, bimbang ia sempat bertelur. Maka pada ketika itu sunat meninggalkan makanan dan minuman tersebut. Namun jika memang nampak kesan-kesan pencemaran seperti telur lalat dan sebagainya, maka haram dimakan atau dihidangkan kepada orang untuk makan kerana besar kemungkinan untuk mendatangkan keburukan kepada orang lain.
Firman Allah Taala:
وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ
Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
Surah al-Baqarah, (2:195)
Firman Allah Taala:
وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
Surah al-Nisa’, (4:29)
Rasulullah SAW bersabda:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Maksudnya: Tidak boleh mendatangkan kemudaratan dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan mudarat yang lain.
Hadis riwayat Imam Ibn Majah (no. 2340) dalam al-Sunan |
|
|
|
|
|
|
|
Justeru, sesiapa yang memakan dan meminum bahan-bahan yang memudaratkan adalah berdosa dan akan disiksa oleh Allah SWT jika tidak bertaubat, kerana mudarat itu merosakkan jasad, melemahkan dan menjatuhkan mereka ke lembah penyakit. Ini kerana Allah menyuruh kita untuk menjaga kesihatan dan badan melarang kita daripada merosakkannya.
Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/569)
Namun begitu jika lalat itu jatuh ke dalam minuman, atau makanan yang cair, maka adalah sunat untuk kita celupkan lalat itu sehingga tenggelam kedua-dua kepaknya kemudian kita membuangnya (Rujuk al-Mu’tamad (1/49). Ini kerana mengikuti petunjuk Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً
Maksudnya: Jika lalat masuk ke dalam minuman salah seorang daripada kalian maka tenggelamkan lalat itu kemudian buanglah, kerana sesungguhnya pada salah satu kepaknya mengandungi racun sedangkan yang satu lagi ada penawar.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3320) dalam al-Sahih |
|
|
|
|
|
|
|
Imam al-Syaukani menyebut:
“Hadis ini dijadikan dalil bahawa air yang sedikit tidak menjadi najis kerana matinya di dalamnya akan haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir, disebabkan tidak dapat dibezakan keadaan haiwan itu antara mati dan hidup. Itu telah dijelaskan dalam hadis tentang lalat dan kumbang yang dijumpai keduanya oleh Nabi SAW dalam keadaan mati di dalam makanan kemudian Nabi SAW memerintahkan untuk membuangnya, membaca bismillah lalu makan (makanan) itu. Faedah daripada perintah mencelup seluruh badan lalat di dalam makanan atau minuman itu adalah agar bertemu antara penawar dan penyakitnya, sehingga seimbang bahaya dengan manfaat maka tertolaklah bahayanya.”
Rujuk Nail al-Autar (1/77) |
|
|
|
|
|
|
|
Kedua
Bahawa lalat yang masuk itu mati di dalam makanan atau minuman. Jika lalat tersebut mati dalam makanan maka ia tidak menajiskan makanan tersebut kerana ia termasuk najis yang dimaafkan kerana lalat adakah sejenis haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir (tidak zahir pada mata). Sunat juga hukumnya jika lalat itu mati dalam minuman, untuk ditenggelamkan terlebih dahulu lalu dibuang lalat tersebut. Begitu juga jika ditakutkan mudarat seperti penyakit-penyakit berbahaya, maka dibuang makanan atau minuman tersebut dan tidak meminumnya.
Kesimpulannya, Islam amat menitikberatkan soal penyediaan makanan seperti sumber dan kebersihannya, halal haramnya dan manfaat mudarat daripadanya. Oleh itu hendaklah orang Islam juga sentiasa cakna soal kebersihan makanan dan tidak sewenangnya menyediakan makanan yang bercampur lalat sekalipun tidak menajiskan tetapi mendatangkan mudarat kepada masyarakat. Di saat itu, haram memakannya dan menyediakannya. Semoga makanan dan minuman kita adalah halalan toyyiban (halal lagi baik).
Wallahua’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً
Maksudnya: Jika lalat masuk ke dalam minuman salah seorang daripada kalian maka tenggelamkan lalat itu kemudian buanglah, kerana sesungguhnya pada salah satu kepaknya mengandungi racun sedangkan yang satu lagi ada penawar.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3320) dalam al-Sahih
Alhamdulillah
dah dapat jawapan kat sini
dulu pernah baca pasal ni
tapi tak ingat reason dia
so, dah tau jawapan, senang hati..
thanks info
Mod,
kalau makanan.minuman masuk semut camne plak?
betul ke orang kata boleh jadi pelupa? |
|
|
|
|
|
|
|
ha'a semut tu mcmne? org ckp jd pelupa.
ai buang terus je..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau banyak2 semut masuk dalam sejug air selalu aku buang jugak(kadang2 time musim panas, semut pun dahaga jugak. so sekumpulan semut lemas dalam air)
tapi kalo seekor semut je masuk dalam jug,
aku buang semut je
sayang plak nak buang air sejug
mintak mod bagi pencerahan
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ak heran, air masak tu suka sgt dihurungnya.. adoi. kalau air manis x nak ckp ape la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-12-2016 07:40 AM
i bukan mufti hehehe jauh sekali dari memberi fatwa etc.
cumanya , tang
a) semut dalam air pelupa tu - i tak tahu sama ada ini berdasarkan dalil naqli atau aqli - atau pun lebih kepada golongan huffaz atau tasauf ke - depa ni ba bab purity makanan depa jaga so may be depa boleh bagi pencerahan - sesiapa yg tahu ada bukti credible atau perkhabaran dari pernyataan yg kita biasa dengaq ni bagus jugak - semut masuk dalam minuman - adakah ia menyumbang kepada kelupaan?
b) kalau seekor semut ? i ambik panduan hadis atau penjelasan article ini yg air di sekiranya kita sauk / cedok sekali sikit dan buang bukan air satu bekas tu - sebab ia serangga yg tak ada darah as in darah mengalir - actually dalam biology kita tahu yg serangga mempunyai sistem pernafasan 'terbuka' tertentu untuk menyerap oksigen dalam udara, kalau nak kata depa ber'darah' tu susah lah sikit sebab depa tak ada darajh just ada bendalir dinamakan hemolymph ( ini saya ambil contoh belalang) yg ada pigment haemocyanin (yg dalam kebanyakan serangga tak pun digunakan untuk mengikat oksigen ) , begitu jugak sesetengah haiwan dalam family athropods yg tak bertulang belakang tapi ada cangkerang / rangka luar yg keras macam ketam , depa ade je ( bukan ikan ye ) ada je pigment ..i teringat pigment biru that means ada copper ? yg bawa oksigen ...
c)kalau banya semut - ni pandngan peribadi eee..i buang je kotor lah...
tapi kan apabila membicarakan logik hadis yg rendamkan kepak lalat tu ...i terbaca dan terfikir ada logik jugak menjawab tohmahan lekehan hadis ini iaitu , kita ambil analogi t lebah
lebah ada sengat dan lebah juga hasilkan madu ...so madu tu banyak khasiatnya ...
so ada lagi logik venom and anti venom snakes...
ini juga menunjukkan fauna atau binatang yg berbisa / berbahaya dalamnya juga ada penawar tapi kena handle secara berhemah lah
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang nie bukan zaman kuno, dah ada bukti saintifik? Imam al-Syaukani menyebut:
“Hadis ini dijadikan dalil bahawa air yang sedikit tidak menjadi najis kerana matinya di dalamnya akan haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir, disebabkan tidak dapat dibezakan keadaan haiwan itu antara mati dan hidup. Itu telah dijelaskan dalam hadis tentang lalat dan kumbang yang dijumpai keduanya oleh Nabi SAW dalam keadaan mati di dalam makanan kemudian Nabi SAW memerintahkan untuk membuangnya, membaca bismillah lalu makan (makanan) itu. Faedah daripada perintah mencelup seluruh badan lalat di dalam makanan atau minuman itu adalah agar bertemu antara penawar dan penyakitnya, sehingga seimbang bahaya dengan manfaat maka tertolaklah bahayanya.”
Rujuk Nail al-Autar (1/77)
|
|
|
|
|
|
|
|
Staphylococcus aureus in the House Fly: Temporospatial Fate of Bacteria and Expression of the Antimicrobial Peptidedefensin
You have access
Dana Nayduch, Hannah Cho, Chester JoynerDOI: http://dx.doi.org/10.1603/ME12189 171-178 First published online: 1 January 2013
Editor-in-ChiefWilliam K. Reisen, PhD
http://jme.oxfordjournals.org/content/50/1/171.full
IMPACT FACTOR1.712
5 YEAR IMPACT FACTOR1.944
SI: ENTOMOLOGY22 out of 94
Abstract
House flies disseminate numerous species of bacteria acquired during feeding and breeding activities in microbe-rich habitats. Previous house fly surveys have detected the pathogen Staphylococcus aureus Rosenbach 1884, which causes cutaneous and septic infections in mammals, and enterotoxic food poisoning. We assessed the fate of GFP-expressing S. aureus (GFP-S. aureus) in the house fly alimentary canal with microscopy and by culture of whole flies and excreta. Furthermore, the concurrent expression of the antimicrobial peptide gene defensin was measured in the crop, proventriculus, midgut, and fat body. As soon as 4 h postingestion (PI), GFP-S. aureus were visualized as cocci or diplococci in the hindgut and rectum of flies fed ≈105 colony forming units. Bacteria persisted up to 6 h PI but significantly decreased. Excretion of viable GFP-S. aureus peaked at 2 h PI and, although significantly less, continued up to 4 h PI. defensin was highly upregulated locally in the alimentary canal and systemically in fat body at 2, 4, and 6 h PI making this study the first to report, to our knowledge, an epithelial and systemic response to a bacterium with lysine-type peptidoglycan in flies exposed via feeding. While flies harbored S. aureus for up to 6 h PI, the highest probability of vectoring biologically relevant amounts of bacteria occurred 0–2 h PI. The combined effects of excretion, digestion and antimicrobial effectors likely contribute to loss of ingested bacteria. Nonetheless, house flies are relevant vectors for S. aureus up to 2 h PI and environmental reservoirs up to 6 h PI.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-12-2016 08:04 AM
World Journal of Medical Sciences 11 (4): 486-489, 2014
ISSN 1817-3055
© IDOSI Publications, 2014
DOI: 10.5829/idosi.wjms.2014.11.4.86131
Corresponding author: Rehab Mohammed Atta, Microbiology and Immunology Department,
National Research Center, Egypt.
486
Microbiological Studies on Fly Wings
(Musca domestica) Where Disease and Treat
Rehab Mohammed Atta
Microbiology and Immunology Department, National Research Center, Egypt
Abstract:
Over a thousand years ago Prophet Mohammed (Peace Be Upon Him) said “if a fly falls down on your
vessel, drown it then remove it, for one of its wings has the ailment and other has the cure “narrated by AlBokhari.
In this study 4 flies of (Musca domestica) species were collected to investigate the antibacterial and
antifungal activity of their wings. The obtained result showed that all media cultivated with right wing extract
were free of bacterial and fungal growth however the bacterial and fungal growth for the left wing were
observed. It could be concluded that the right fly wing is considered as new revolution of antibiotic
recommended for further researches to find more antibiotics from right fly wing.
Key words: Fly Hadeeth New Antibiotic and House Fly Miracle
link :
http://idosi.org/wjms/11(4)14/9.pdf
|
|
|
|
|
|
|
|
إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً
Maksudnya: Jika lalat masuk ke dalam minuman salah seorang daripada kalian maka tenggelamkan lalat itu kemudian buanglah, kerana sesungguhnya pada salah satu kepaknya mengandungi racun sedangkan yang satu lagi ada penawar.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3320) dalam al-Sahih
Furthermore, the concurrent expression of the antimicrobial peptide gene defensin was measured in the crop, proventriculus, midgut, and fat body. As soon as 4 h postingestion (PI), GFP-S. aureus were visualized as cocci or diplococci in the hindgut and rectum of flies fed approximately equal 10(5) colony forming units. Bacteria persisted up to 6 h PI but significantly decreased. Excretion of viable GFP-S. aureus peaked at 2 h PI and, although significantly less, continued up to 4 h PI. defensin was highly upregulated locally in the alimentary canal and systemically in fat body at 2, 4, and 6 h PI making this study the first to report, to our knowledge, an epithelial and systemic response to a bacterium with lysine-type peptidoglycan in flies exposed via feeding. While flies harbored S. aureus for up to 6 h PI, the highest probability of vectoring biologically relevant amounts of bacteria occurred 0-2 h PI. The combined effects of excretion, digestion and antimicrobial effectors likely contribute to loss of ingested bacteria. Nonetheless, house flies are relevant vectors for S. aureus up to 2 h PI and environmental reservoirs up to 6 h PI. tang mana kepaknya?
|
|
|
|
|
|
|
|
itu saya nak tunjukkan ada kajian anti microbial properties dalam perut atau sistem penghadaman usus lalat tu
yg kedua tu kajian EMPIRICAL tentang spesifik soalan yg ditanya
okay i selesaikan jawapan you
dan kalau anda nak penjelsan lanjut silalah pergi ke FB mufti dan tanya dengan sopan dalam message box.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan lalat saja, tubuh badan manusia sendiri pun mempunyai anti microbial properties
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-12-2016 08:33 AM
The new buzz on antibiotics
Tuesday, 1 October 2002Danny Kingsley - ABC Science Online
http://www.abc.net.au/science/articles/2002/10/01/689400.htm
fly head
Ugly but useful:
The sheep blowfly is one of the fly species that might provide humans with new antibiotics. (Pic: BioTrack.)
The surface of flies is the last place you would expect to find antibiotics, yet that is exactly where a team of Australian researchers is concentrating their efforts.
Working on the theory that flies must have remarkable antimicrobial defences to survive rotting dung, meat and fruit, the team at the Department of Biological Sciences, Macquarie University, set out to identify those antibacterial properties manifesting at different stages of a fly's development.
"Our research is a small part of a global research effort for new antibiotics, but we are looking where we believe no-one has looked before," said Ms Joanne Clarke, who presented the group's findings at the Australian Society for Microbiology Conference in Melbourne this week. The project is part of her PhD thesis.
The scientists tested four different species of fly: a house fly, a sheep blowfly, a vinegar fruit fly and the control, a Queensland fruit fly which lays its eggs in fresh fruit. These larvae do not need as much antibacterial compound because they do not come into contact with as much bacteria.
Flies go through the life stages of larvae and pupae before becoming adults. In the pupae stage, the fly is encased in a protective casing and does not feed. "We predicted they would not produce many antibiotics," said Ms Clarke.
They did not. However the larvae all showed antibacterial properties (except that of the Queensland fruit fly control).
As did all the adult fly species, including the Queensland fruit fly (which at this point requires antibacterial protection because it has contact with other flies and is mobile).
Such properties were present on the fly surface in all four species, although antibacterial properties occur in the gut as well. "You find activity in both places," said Ms Clarke.
"The reason we concentrated on the surface is because it is a simpler extraction."
The antibiotic material is extracted by drowning the flies in ethanol, then running the mixture through a filter to obtain the crude extract.
When this was placed in a solution with various bacteria including E.coli, Golden Staph, Candida (a yeast) and a common hospital pathogen, antibiotic action was observed every time.
"We are now trying to identify the specific antibacterial compounds," said Ms Clarke. Ultimately these will be chemically synthesised.
Because the compounds are not from bacteria, any genes conferring resistance to them may not be as easily transferred into pathogens. It is hoped this new form of antibiotics will have a longer effective therapeutic life.
|
|
|
|
|
|
|
|
surface is the keyword
now dah ada report dari 3 studies on :
sistem usus atau penghadaman lalat dan sifat anti microb
study empirical on sayap lalat
dan study on lalat dan anti microbial properties on the SURFACE
so permukaan badan...sayap tak berada dalam badan lalat, kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
saya qalas.
wallahuallam |
|
|
|
|
|
|
| |
|