CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9156|Reply: 24

(TV3 - Seramedi 2017) Misteri Wan Peah - Normah Damanhuri, Sasqia Dahuri, Usop W

[Copy link]
Post time 15-2-2017 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Lorra2411 at 15-2-2017 09:26 AM



Drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Misteri Wan Peah. Membariskan pelakon seperti Normah Damanhuri, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Sweet Qismina, Ariff Aziz, Sasqia Dahuri, dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod arahan Azman Yahya itu akan ditayangkan mulai 13 Februari, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di slot baharu TV3 iaitu Seramedi.

JUDUL : MISTERI WAN PEAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Seramedi TV3
SKRIP : Syed MOhamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Normah Damanhuri, Zee Zainal, Acap Jamludin, Faiz Tapaw, Usop Wilcha, Dalimawati, Sasqia Dahuri, Sweet Qismina, Indah Emeerlda, Ariff Aziz, Sherry Alhadad, Cat Farish, Zarina Zainuddin


WATAK PELAKON
Normah Damanhuri sebagai Wan Peah
Zee Zainal sebagai Lie Kelubi
Acap Jamaluddin sebagai Yeh kumbang
Faiz Tapaw as Ghani Gagap
Usop Wilcha sebagai Tok Hashim
Dalimawati sebagai Mak Timah
Sasqia Dahuri sebagai Cikgu Siti
Sweet Qismina sebagai Nurin
Indah Emeerlda sebagai Aishah
Ariff Aziz sebagai Cikgu Farhan
Sherry Alhadad sebagai Cikgu Zaiton
Zarina Zainuddin sebagai Puan Hajah

LAGU TEMA / OST MISTERI WAN PEAH
Tajuk Lagu : Seram Dik Seram
Penyanyi : Eddie G feat Cat Farish



SINOPSIS MISTERI WAN PEAH
Kisah misteri seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir. Dek sikapnya yang aneh, sering menyendiri dan tidak pernah senyum selain suka duduk dalam gelap membuatkan penduduk kampung menganggap Wan Peah (Normah Damanhuri) membela saka.

Akibat satu peristiwa dimana tiga rakan karib iaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) telah disergah oleh Wan Peah sehingga mereka jatuh sakit, Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung.

Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah.

Kemunculan Cik Siti (Sasqia Dahuri), merupakan janda anak seorang berpindah ke kampung itu bersama anaknya, Aisyah (Indah Emerlda DFKL) serta adiknya Nurin (Sweet Farhana). Lebih mengejutkan apabila Cik Siti berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah.

Satu demi satu perkara pelik berlaku kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke situ. Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mula mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan di kawasan kampung.

Farhan (Ariff Aziz), anak kepada Tok Hashim dan Mak Timah sudah pulang menetap di kampung itu. Dia bertugas sebagai guru ganti kepada kelas yang ditinggalkan oleh Cik Siti. Apabila Cik Siti kembali semula ke sekolah, mereka mula rapat

Perkara ini menyebabkan Cikgu Zaiton (Sherry Al-hadad) yang sememangnya cemburu kepada Cik Siti mula membawa mulut kononnya Cik Siti mengadakan cerita tentang hantu Wan Peah untuk menarik perhatian orang kampung. Perbuatan jahat Cikgu Zaiton turut disokong Mak Timah. Perhubungan mereka tidak akan mendapat restu Mak Timah sekiranya Farhan memilih Cik Siti.

Disebabkan itu, Cik Siti tekad untuk mencari kebenaran tentang Wan Peah. Cik Siti meminta bantuan tiga sekawan itu, namun kerana peristiwa silam mereka takut. Dapatkah Cik Siti merungkai kebenaran tentang misteri Wan Peah? Adakah benar Wan Peah sudah meninggal dunia dan rohnya yang telah mengganggu orang kampung kerana dirinya dihina?


GAMBAR PELAKON



Pelakon drama Misteri Wan Peah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2017 09:24 AM | Show all posts
Takde yang tengok ke drama ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:00 AM | Show all posts
ala tv rosak la plk nk rgk cter ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 12:57 PM | Show all posts
slot samarenda dh tukar jd slot seram ni ek..best x. kalu seram lawak mcm citer you saka best jgk
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmn kenapa pelakonnya hmm ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama ni boleh layan.lawak Dia light je.
Kalau lawak tahap sampah macam drama Namaku Bedah memang tak boleh nak masuk otak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2017 08:28 AM | Show all posts
Slot baru ini la kesinambungan/lanjutan daripada slot SERAM yang pernah bersiaran di TV3 dulu, kali terakhir ia bersiaran pada 2012.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
momoruru replied at 15-2-2017 11:08 PM
Drama ni boleh layan.lawak Dia light je.
Kalau lawak tahap sampah macam drama Namaku Bedah memang t ...

yg berlakon jadi bedah tu baru first time berlakonkahhh???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 12:55 PM | Show all posts
apa yg Diva AA dok meroyan pasal drama nie? ai x polow ig diva so x tau dia tulis apa...pagi ni baca dlm ig shila rusly, jinggo, n lain2 pelakon dok Al Fatihah kan diva AA
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bellxx replied at 16-2-2017 12:42 PM
yg berlakon jadi bedah tu baru first time berlakonkahhh???

Tak la...sebelum ni jadi heroin bagaikan kelip-kelip  ok je lakonan dia. Jadi bedah macam terencat je
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 04:44 PM | Show all posts
ok je drama ni klaka seram
abis 1 umah ai la dok layan
at least ada la drama yang luar dari kebiasaan drama2 sekarang
manjang cinta cintun lemas tengok lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
okla bolehla layan sbb nak tau jalan cerita dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:18 PM | Show all posts
tv3 tayang semula drama seram. menarik jugak nek normah.
teringat hantu sutinah kt rtm dulu2.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:19 PM | Show all posts
tv3 tayang semula drama seram. menarik jugak nek normah.
teringat hantu sutinah kt rtm dulu2.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 12:59 PM | Show all posts

layan juga drama ni..boleh tahan la, ada scene terkejut2 gak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:46 AM | Show all posts
rugii sape yang xtonton cite ni

kelakar seram ... pelakon  pun ok  walau pun xterkenal ..

ngekek2 tengok gelagat deme ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wan Peah kantoi curi ikan masin Yeh Kumbang.. menyampah ngan Cikgu Zaiton tu, asyik bawa mulut pasal Cik Siti her... :
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 08:51 AM | Show all posts
matchstick replied at 15-2-2017 12:57 PM
slot samarenda dh tukar jd slot seram ni ek..best x. kalu seram lawak mcm citer you saka best jgk

Ya.. Mula2 slot AKSI-SAMARINDA bersilih ganti dan berkongsi satu waktu siaran. Isnin hingga Rabu jam 10 malam.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:53 AM | Show all posts
matchstick replied at 15-2-2017 12:57 PM
slot samarenda dh tukar jd slot seram ni ek..best x. kalu seram lawak mcm citer you saka best jgk

aku layan cter ni....seram2 sengal...mcm u saka jgk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 12:16 PM | Show all posts
MInggu depan dah nk habis cite ni

maka terungkai le segala misteri wan peah ..

sediah tengok kalo wan peah menangis ... mesti dia menderita  dek kerana orang kampung
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.622016 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list