CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6275|Reply: 79

[Tempatan] Shahidan Kassim - Bayaran BR1M secara manual lebih mudah dari bankin

[Copy link]
Post time 5-3-2017 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Shahidan pertahan serah BR1M secara manual
KANGAR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara manual sebenarnya lebih mudah dan cepat selain peluang rakyat menemui pemimpin untuk meminta pertolongan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembayaran BR1M secara manual wajar dijadikan program pemimpin turun padang dan disertai sama wakil-wakil rayat serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri.
“Hari ini ramai mengambil kesempatan bertemu saya untuk mengadu masalah mereka. Yang mana boleh dibantu, saya bantu atau dipanjangkan kepada jabatan berkaitan,” katanya dipetik Bernama.
Beliau yang ditemui pada majlis pembayaran BR1M bagi penerima dalam kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Bintong di Dewan Warisan di sini hari ini turut melahirkan rasa sedih dengan sikap segelintir masyarakat mempertikaikan pembayaran secara manual.

Seramai 9,770 penerima menerima BR1M masing-masing secara tunai dalam tiga sesi pada pagi dan petang ini manakala sesi ketiga esok di tempat sama. Pembayaran sesi pertama selesai dalam masa kira-kira dua jam sahaja.
Dalam mempertahankan pandangannya, Shahidan berkata kerajaan bersedia menambah baik pembayaran BR1M secara manual agar menyenangkan rakyat.
Ketika ditanya mengenai beliau menjadi punca BR1M di Perlis dibayar secara manual yang menjadi tular dalam media sosial, Shahidan berkata, ia adalah keputusan kerajaan namun ia adalah wajar kerana penerima mengalami kesulitan dan membuang masa sehingga tiga jam apabila mengambilnya di bank.
“Saya dapat maklum balas ramai mahu BR1M dibayar secara manual kerana mereka boleh dapatkan tunai secara terus namun apa sahaja pandangan rakyat akan
diambil kira.
“Mereka yang memaki hamun saya pula wajar berfikir dan bertaubat. Jika memfitnah sampai tahap berleluasa, saya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindak balas yang sepatutnya,” kata Shahidan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Smp org pengsan beratur..kejadah lebih mudahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis menteri yg bodoh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 05:21 PM | Show all posts
ke dengar ceramah umno sebelum terima brim? sebelum ni apa fungsi jabatan? nape masa nak beri BRIM sibuk nak tahu masalah rakyat?

rakyat sibuk cari duit janganlah tambah susah rakyat lagi.. masukkan je dalam akaun masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 05:32 PM | Show all posts
bagi manual kena dengar ceramah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 05:34 PM | Show all posts
menteri bodoh, buka je mulut, keluar je yang bodoh2..

kalau gitu bayar gaji kakitangan awam, pakai manual..bagi check, pi cash kat bank..

satu hari beratur tunggu kerani buat check n ambik check,xpayah buat keje hari tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2017 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai pengsan acik tu beratur nak ambil brim. Kalau nak buat sesi bertemu rakyat, bila2 pun boleh. Takkan nak kena tunggu something macam bagi brim ke banjir ke open house ke ape2 ke baru nak turun padang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hihihi... patutla x maju2 org bn ni menteri nye suka cara lama....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2017 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau manual..boleh la diorg rembat brg serinu dua..kot2 yg layak tu tak dtg tuntut kan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:11 PM | Show all posts
jalfa replied at 5-3-2017 05:18 PM
Sejenis menteri yg bodoh....

Kau nak kena saman?...



Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:12 PM | Show all posts
ronapink replied at 5-3-2017 05:34 PM
menteri bodoh, buka je mulut, keluar je yang bodoh2..

kalau gitu bayar gaji kakitangan awam, paka ...

Kau pun nak kena saman?.



Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:13 PM | Show all posts
Spesis Mat Selan jugak ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:16 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 5-3-2017 06:12 PM
Kau pun nak kena saman?.

uishhhh takuttttnyeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama xbuka mulut pun, masih xhilang kebodohannya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 5-3-2017 06:38 PM

inilah konsep murni muntri humno,time bagi brim barulah nampak batang idong.kalu xde brim alamatnya kena tunggu dekat pru baru nmpak muka bg beras kat org kg
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 5-3-2017 05:34 PM
menteri bodoh, buka je mulut, keluar je yang bodoh2..

kalau gitu bayar gaji kakitangan awam, paka ...

Suruh gaji dia, menteri2 suma tue bayar pkai manual... Sblm tue kne dgr ceramah dlu tgk nak ke tak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya pemimpin la kena dtg jumpe rakyat bkn rakyat dtg pd diorg :

Pemimpin kena rajin turun pdg pegi jumpa rakyat dkt kedai kopi ke pasar tani ke baru btl...

Masa nak PRU pandai plak nak dtg cari sorg2 rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak sshkan org....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cHimo at 5-3-2017 09:36 PM

Manual ok la bagi tempat yang jauh nak pegi bank atau yang takda akaun bank.. Tapi choii bank in lagi mudah kot... Anytime boleh pegi ambik kalau nak.. Simpan terus pun boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:55 PM | Show all posts
Sabah nie pun guna bank in terus, seminggu beratur smpai ke luar

Brim+gji gomen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078591 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list