CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10481|Reply: 93

[Jenayah] bella dan supervisor rambut karat celaka penipu

[Copy link]
Post time 11-4-2017 11:17 PM | Show all posts |Read mode



senang mahu selamat jangan deal sama ini olang talak tipu, hidup talak sinang. ini celaka hali hali tipu olang balu lia moleh happy. cambabi.



WARGA EMAS DITIPU JURUJUAL DI TESCO MUTIARA DAMANSARA, KATA PERCUMA TAPI LESAP RM3,988



Kes seperti dibawah sebenarnya banyak berlaku kepada pengguna di Malaysia. Ramai yang terperangkap dengan tawaran ‘hadiah percuma’ dan bermacam-macam lagi kaedah untuk mengaburi mata ‘bakal mangsa’.

Sebagaimana yang berlaku kepada bapa Puan Norhaliza Mohd Nor. Beliau telah diperdaya dengan pelbagai hadiah percuma. Daripada dapat beg grocery percuma, kemudian seolah-olah cabutan bertuah pula. Lepas tu tunjuk kad kredit boleh dapat hadiah percuma. Masa inilah helah mereka hampir berjaya. Bila sudah dapat kad kredit, tanpa disedari mangsa sudah dianiaya.



Bermula dengan tawaran ‘hadiah percuma’…

So this is the story…

Dipendekkan cerita…

Kedua ibubapa saya telah ditipu oleh sekumpulan manusia di Tesco Mutiara Damansara petang semalam. Mulanya, dihulurkan beg grocery yang kononnya diberikan percuma. Pastu dijemput kedua ibubapa saya duduk sbb kononnya penerima beg percuma tu kena tulis nama. Haaa… time ni lah dengan cepatnya ibubapa saya ditipu oleh sekumpulan manusia ni.

1) mereka tunjukkan satu set vacuum cleaner yang dijual. Kedua ibubapa saya kata mereka tak nak beli sebab dah ada dah vacuum cleaner di rumah.

Menang barang percuma…

2) kemudian salah seorang salesgirl (dikenali dengan nama “Bella”) memberikan satu gadget kepada ibu saya. Ibu saya disuruh menekan pada skrin di gadget tersebut. Gadget yg sama diberi kepada ayah saya, dan disuruh untuk lakukan yang sama. Lo and behold! Ayah saya telah memenangi 2 barang percuma – 1) vacuum cleaner yang dikatakan bernilai RM3,680 dan 2) microwave yang dikatakan bernilai RM3,988.

3) ayah saya diberikan gadget tersebut untuk menekan sekali lagi. Kali ini ayah saya mendapat bonus sebanyak RM100, yang sekaligus melayakkan ayah saya mendapat sebuah water dispenser yang boleh digunakan secara percuma selama 3 bulan. Kalau berminat, Julai nanti baru mula bayar sebanyak RM80 sebulan selama 48 bulan.

Lagi hadiah percuma jika pakai kad kredit lebih 2 tahun…

4) kemudian ayah saya ditanya samada beliau ada memiliki apa2 kad kredit. Terus terang kat sini saya pun tak faham macamana ayah saya boleh keluarkan walletnya. Si Bella tadi ternampak kad kredit HSBC dan terus mengambil dari tangan ayah saya. Seorang lagi salesgirl bertanya kepada ayah saya, sudah berapa lama kad kredit HSBC itu digunakan kerana menurut mereka, kalau lebih daripada 2 tahun, ayah saya layak mendapat satu multi-cooker secara percuma. Wah! Percuma lagi!



5) entah bila masa kad tu di”swipe” pun tak tahulah. Tiba2 ayah saya diberikan beberapa dokumen untuk ditandatangani. Frankly speaking, for a 74-year old yang tak pernah guna kad kredit untuk beli barang2, bila diserahkan dokumen2 tu, it didn’t register in my dad’s mind that payment has taken place. Aduiii! Bila pulang ke rumah, dan meneliti terma2 dalam dokumen tersebut barulah ayah saya sedari bahawa dirinya telah ditipu dan wang sejumlah RM3,988 telah dicaj ke kad kreditnya.

Enggan kembalikan wang…

6) saya dan suami bergegas pulang dari sekolah anak bongsu dan terus ke Tesco Mutiara Damansara untuk “fight” untuk ayah saya yang juga telah pulang semula ke Tesco untuk minta duitnya dikembalikan.

7) tiba di sana, kami segera meminta supaya keseluruhan transaksi dibatalkan dan wang ayah saya dipulangkan. Kami bertegas bahawa mereka telah mengelirukan ayah saya dan telah menipunya. Si Bella ni tadi menelefon supaya supervisornya turun untuk berjumpa kami. Wah.. macam samseng rupa si supervisor ni. Kami terus bertegas dengan supervisor untuk kensel transaksi dan pulangkan duit ayah saya. Supervisor enggan kerana katanya ayah saya telah faham semua terma dan telah tandatangani dokumen2 yang diberikan.

Wait for the authorities to come…

8) kami tetap bertegas bahawa ayah saya telah ditipu (misled) dan mereka telah menipu ayah saya. Tiada disebut ayah saya perlu membayar atau membeli apa2 tetapi wang telah diambil.



(berlakulah insiden jerit-menjerit selepas itu sehingga saya sendiri menggigil kerana terlalu marah. Tak heran dah dengan orang keliling. Ayah saya telah ditipu dan saya takkan sesekali membiarkan manusia2 ni terlepas begitu sahaja)

9) encik suami membuat beberapa panggilan dan memaklumkan kepada saya. Sebelum kami beredar, saya sebut kepada si Bella “wait for the authorities to come”. Dia hanya senyum kepada saya, seolah2 mereka telah menang, dan kami telah kalah.

Buat laporan polis…

10) pulang ke rumah dan setelah berbincang dengan semua adik beradik saya, kami bersetuju bahawa satu laporan polis perlu dibuat kerana kami mungkin telah dan akan menyebabkan kesusahan kepada kumpulan manusia ini. Kami khuatir kedua ibubapa saya akan menghadapi apa2 komplikasi kerana alamat rumah sbgnya ada pada kumpulan manusia ini. Selepas maghrib, saya dan suami pun ke balai polis Taman Tun Dr Ismail bersama ayah untuk membuat laporan polis.

(huhu.. nak pendekkan cerita, tapi dah jadi panjang pulak! )

Serbuan KPDNKK…

Pagi tadi, kami dimaklumkan bahawa pihak KPDNKK telah pergi petang semalam juga dengan membuat penyamaran. Dipendekkan lagi cerita, mereka telah ditahan dan akan didakwa. ALHAMDULILLAH! Baru rasa puas hati saya. Mengambil kesempatan kepada warga emas untuk kesenangan hidup sendiri. Memang pantang tok nenek la kan!! Oh.. lupa nak cerita. Selepas ayah saya menandatangani dokumen2 yang diberi, mereka seolah2 begitu gembira. Siap suruh ayah saya belanja mereka makan lagi! Dan lagi sekali saya tak faham di sini bagaimana dengan mudah ibubapa saya bersetuju untuk belanja pulut durian, pulut mangga, siap dengan air minum lagi. Ada la dalam RM50 jugak untuk semua mereka tu. Adakah kedua ibubapa saya telah dipukau? Wallahu a’lam.

Moral of the story – Elakkan mengambil apa2 yang dihulurkan secara percuma. Sorry to all guys who are honest. Tapi disebabkan oleh manusia2 macam ni, saya semakin tidak percaya kepada sesiapa yang cuba nak beri apa2 secara percuma. There is no such thing as free gifts. Mesti ada “catch”nya. Tambah2 masa zaman ekonomi meleset seperti sekarang.

Sekian, terima kasih.

– – – – – – – – – – – – – – – – – –

Semoga kisah di atas menjadi iktibar kepada kita semua. Jangan mudah terpengaruh dengan ‘hadiah percuma’ sedangkan ada udang disebalik mee segera.













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah jerit kat malaun2 ni. Masa tu fiorg tarik tgn mak i lagi .. Mak i dah tua,ngikut je la diorg tu. Lps dgr i jerit,i dah ckp im not interested!! Diorg mcm tersentap trus lepaskan tgn mak i. Biar la org lain tgok i mcm org gile janji tak kena tipu. Modus operandi mmg suka aim warga emas.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup.. Hati2.. Ni cam gores dan menang new system.. Dolu2 ketuk rumah org.. Diorang target org tua..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 11:53 PM | Show all posts
dah namapun cina..... menipu je la kejanya..... melayu pulak menipu jugak.... tapi pakej umrah laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi belasah jer orang macam ni. Pi seret mak pak diorang, rompak balik duit mak pak tok nek diorang. Geram la pulak aku ni ha tak kira lah bangsa apa yang menipu nih: cocodile farm melaka pun tengah tak cukup makanan tu:
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yes ni sindiket gores n menang tapi versi terbaru.  My bf dulu de join mmber dgn tokey sindiket ni.  Mmg licik hokayyyyy... N diorg cina pun Pandai main bomoh.  Pkai bmoh siam taw... Tu pasal bila dia tepuk/shakehand dgn kita.  Kita mudah terikut n dengar cakap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2017 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
org melayu mmg mudah dipuji2 dgn bangsa asing.. lagi2 time gaji.. dorg plg senang n mudah sekali dipujuk berbelanja.. jarang bangsa lain mudah ditipu.. ada tapi jarang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah kene gak.. RM4k.. brand arezzo.. huaaa.. semua pun low quality punye brg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Kekhinziran sangat makhluk2 nie..mmg patut campak dlm kolam buaya :
Mengambil kesempatan pd warga emas
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi bukan semua nya penipuan. aku pernah dapat barangan berjenama. jumlah bayaran jauh rendah  dr jumlah harga barangan yg aku beli. aku bayar rm 2800 aku dapat digital cooker vigico buatan jepun , vakum cleaner dan water filter. gigeh aku cek harga dipasaran
memang jauh lebeh tinggi dr apa yg aku bayar.tp ini kes terpencil  9 tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 01:43 AM | Show all posts
I pernah almost terkena kat Giant Kinrara. Sama je konsep dgn 'gores dan menang' tapi skrg dah canggih scan code je. Aku dah siap2 msg husband aku even dia berdiri sebelah je...ini scam. dia rajin lak melayan orang tu. Beria dorang explain ckp kitorang menang itu ini...last2 husband aku cakap, takpelah, cakap je kat manager awak tu, we are not interested. Bagi je kat orang lain. terus blah. Takde pun dorang kejar ke apa. Yang paling tak boleh tahan tu, dalam kedai pasang ayat al-Qur'an. Dasar penunggang agama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Depan tabung haji gombak depa ni dok bertungga tangga. Siap kejar orang nak masuk kereta (depa rasa dah keluarkan duit dari th)
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Btl parent pun hampir terkena. Nasib baik berkeras. Minah2 sabah ni punye pujuk bkn main lg. Aku sempat la meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 05:24 AM | Show all posts
Salesperson memang aim orang tua. Orang tua je yang benar-benar mampu berbelanja besar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg paling kelakar taktik salesman konon call2 manager minta confirm orang ni dapat hadiah percuma..entah2 'manager'dia tu ada dalam kereta park dekat booth derang tu.. apa ingat semua orang malas membaca ke.. da brapa byk kes lah I dah baca.. last2 I on tablet..guna jari tunjuk pasal kes scam kt my husband depan2 derang.. then terus blah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Jorja replied at 12-4-2017 06:04 AM
Yg paling kelakar taktik salesman konon call2 manager minta confirm orang ni dapat hadiah percuma..e ...

Mesti cuak giler depa kan??

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku muskil tu..bapak nya dah umur 74thun tpi masih ada CC..dah tu tak pernah diguna utk beli barang2?..CC tu untuk apa??
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn bg eye contacf pun dgn khinzir2 x guna ni....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni banyak kat giant kan. Pastu giant pon mcm orang buta tak kisah ada scam dalam premis dorang
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 08:02 AM | Show all posts
Madel replied at 12-4-2017 06:32 AM
Yg aku muskil tu..bapak nya dah umur 74thun tpi masih ada CC..dah tu tak pernah diguna utk beli bara ...

boleh jadi utk fuel purchase...mydad pun guna card jah isi minyak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.175315 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list