CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1248|Reply: 2

Dua Wanita Dicukur Kepala, Polis Sahkan Bukan Berlaku Di Malaysia

[Copy link]
Post time 8-5-2017 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Paparan video yang menunujukkan sekumpulan lelaki bertindak keras mencukur kepala dua wanita yang dikatakan mencuri di kedai seorang peniaga, tempat kejadiannya bukan berlaku di Malaysia.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video yang menjadi tular di media sosial itu berlaku di sekitar tahun lepas di Maracaibo, Venezuela pada sekitar tahun lepas.


Memetik laporan Bernama, Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata, paparan video itu telah sengaja diperbesarkan dan difitnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan peribadinya.

"Berikutan penularan video itu, pelbagai reaksi berbaur perkauman yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian komunikasi yang lain."

"DRM ingin menasihatkan masyarakat agar bijak menilai setiap berita yang dikongsi di media sosial atau lain-lain rangkaian komunikasi serta tidak menjadi mangsa kepada niat serong pihak-pihak tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Masyarakat keseluruhannya dinasihati agar tidak sesekali memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman atau keagamaan sehingga boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, tambah Asmawati - CARI

sumber : mynewshub
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo kes la ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok what free haircut lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.264326 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list