CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY PART 2

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 12:20 PM | Show all posts
How To Train Your Dragon 3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 04:50 PM | Show all posts
Insidious Last Key

Not that great as the first two chapters
maybe because different director
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 02:49 PM | Show all posts
baru tgk semlm movie berdasarkan kisah benar dari kisah pesawat yg hampir terhempas dan penumpang dia boleh selamat..magical kot..tabik spring kt pilot ,pembantu pilot dan flight attendant..berdasarkan kisah incidenta aloha airlines flight 243 tahun 1988.walaupun movie nie sound effect tak berapa okay pasal filem lama tahun 1990 ..but menarik iols boleh ikuti susah payah pilot dan pembantu nk kemudi flight tue agar tak terhempas ..dan flight attendant yg bantu penumpang agar tak cemas ..gila ko bumbung kapal terbang tue dah tercabut kot..iols tak boleh bayangkan mcm mana berada dlm situasi tersebut..










boleh tgk kt youtube jer filem dia..ada inggeris sub lagi..






nie pic original dari flight yang bumbung tercabut..



     



   

kapal terbang nie sebelum terjadi..



Captain Robert L. Schornstheimer in the cockpit of an Aloha Airlines Boeing 737. ( muka sebenar pilot yg kemudikan kapal terbang )









Captain Madeline Lynn Tompkins, Hawaiian Airlines, was the first officer aboard Aloha Flight 243. She was awarded the Air Line Pilots Association 2010 Pilot Assistance Award for her exceptional leadership in supporting airline pilots who experience serious psychological trauma.




On April 28, 1988, Aloha Airlines Flight 243, a Boeing 737-297 airliner, FAA registration N73711, named Queen Liliuokalani, was enroute from Hilo International Airport (IPO) to Honolulu International Airport (HNL) with a crew of 5 and 89 passengers. The aircraft commander was Captain Robert L. Schornstheimer, an Airline Transport Pilot with 8,500 flight hours, of which 6,700 hours was in the Boeing 737. First Officer Madeline Lynn Tompkins  also held an Airline Transport certificate. She had flown 8,000 hours with 3,500 in the B-737. A Federal Aviation Administration air traffic controller was  on the flight deck as an observer.


hanya seorg sahaja yg meninggal dari excident nie..


















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 12:20 PM | Show all posts
Edited by scarlett-jo at 9-5-2019 12:22 PM

MIRAGE

AKU : 8/10
IMDB : 7.5/10

Genre : Drama, Thriller

Filem ni korang boleh tengok kat Netflix. Filem ni mengisahkan Vera Roy yang mempunyai seorang anak, Gloria dan suami, David. Filem ini mengenai space-time continuum glitch yang membuatkan Vera telah menyelamatkan hidup seorang budak tetapi hidup Vera pulak yang mengalami perubahan. Bagi aku, cerita ni menarik walaupun konsep filem ni banyak sudah dipertontonkan tapi masih ada plot twist dan misteri yang kita pun nak cepat tahu kenapa macam ni kenapa macam tu. Permulaan sedikit slow tapi perlu fokus untuk faham hubungkait penceritaan dalam filem ni.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 03:16 PM | Show all posts
Edited by scarlett-jo at 9-5-2019 03:18 PM



PADMANCast : Askhay Kumar, Sonam Kapoor, Radhika Apte

AKU : 8.5/10
IMDB : 8/10

Genre : Drama, Comedy

Filem ini mengisahkan Lakshmi yang baru berkahwin dengan Gayatri. Lakshmi sangat menyayangi isterinya dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan isterinya bahagia dan selesa hidup bersamanya. Pada satu hari, Gayatri datang haid dan Lakshmi tidak mempunyai ilmu kitaran haid wanita. Gayatri hanya memakai kain buruk sebagai pelapik darah haid. Lakshmi berasa sedih kerana sanitary pad sangat mahal dan mereka tidak mampu membeli. Rentetan dari peristiwa itu, Lakshmi mendapat idea untuk menghasilkan sanitary pad untuk kaum wanita. Tapi adakah usaha dia berjaya?Adakah usaha dia disokong masyarakat sekeliling?

Filem ini merupakan inspirasi dari kisah hidup Arunachalam Muruganatham seorang aktivis sosial Tamil Nadu. Memang best filem ni sebab kita dapat tengok budaya masyarakat di India dan kesungguhan Lakshmi ni untuk buat sesuatu untuk orang tersayang dan dugaan yang dia hadapi untuk merealisasikan impian membuat sanitary pad.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 03:46 PM | Show all posts
DRISHYAM

Cast : Ajay Devgan

AKU : 8.5/10
IMDB : 8.3/10

Genre : Drama, Mystery

Filem ini mengisahkan Vijay yang hanya bersekolah sehingga gred 4 tetapi mempunyai bisnes kabel tv. Dia mempunyai isteri, Nandini dan dua orang anak. Vijay gemar menonton tv dan filem. Vijay juga suka menolong orang sekeliling melalui pengetahuan yang dia dapat dari menonton tv dan filem.

Pada satu hari, anak Vijay, Anju mendapat ugutan oleh Sam untuk sebarkan video Anju mandi di sebuah summer camp. Seterusnya berlaku kejadian yang tidak diduga antara Sam dan keluarga ini. Vijay sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka sekeluarga selamat.

Filem ni best, bukan tipikal movie, orang jahat akan kacau keluarga ni dan keluarga ni akan lemah tak berdaya, no no. Silap, memang tidak disangka Vijay akan melakukan apa-apa sahaja demi memastikan keluarga dia selamat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2019 11:12 AM | Show all posts
Terima kasih kepada hanya satu jawatan di FB2Mate, saya tahu tentang Paprika. Saya selesai dan sekarang saya sedang mencari yang lain dengan subjek yang sama. Mana-mana di sini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 09:39 AM | Show all posts
baru2 ni kt astro ada tayang citer Tully.



Tully ni mengisahkan seorang ibu  bekerjaya bernama Marlo yang baru je bersalin anak ketiga.  suatu hari, abang die offer nak upahkan sorg night nanny utk Marlo, jagakan baby waktu malam so Marlo dapatla berehat. tp mula-mula Marlo menolak, tapi akhirnya lepas dapat tau husband die kene pindah keje pulak, and Marlo penat sgt jaga baby tu, akhirnye Marlo pun setuju la nak hire sorg night nanny bernama Tully.

Tully and Marlo akhirnye jadi kawan baik, dan Marlo pun makin happy dan dah tak stress, sampaila satu malam tu Tully and Marlo keluar pegi bersukaria kat city, balik-balik tu Marlo tertidur sampai kereta terbabas masuk sungai. dan akibat dr peristiwa tu, terbongkarla rahsia siapakah Tully ni sbnrnye.

aku suka movie ni, simple tapi menunjukkan realiti sebenar kepenatan menjadi seorang ibu bekerjaya di zaman moden ni, pulak tu dpt laki yang langsung tak reti nak nolong ape.  ending die mmg aku pun tak sangka. (sila highlight for spoiler).  Tully tu sbnrnye khayalan Marlo je, Tully tu adalah diri Marlo sendiri masa Marlo muda single and carefree.

aku kasi 5/5 utk movie, highly recommended, sesuai ditonton oleh ibu dan bapa, kasi terbeliak skit laki ni jgn balik rumah tido je anak melalak buat tak tau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2019 01:25 PM | Show all posts
Last cite tengok kt wayang - Avengers End Game.

Last tgk kt tv - 17 Puasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 04:28 PM | Show all posts
annehuda replied at 21-5-2019 09:39 AM
baru2 ni kt astro ada tayang citer Tully.

Hah yes i was watching this at FOX also...Love the storyline, simply true wat some Mothers went thru...


memang dah lama agree...Charlize Theron nih one of the greatest actress..

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 05:45 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 12:47 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 03:12 PM | Show all posts



THE PRODIGY

IMBD :5.9/10
AKU :5.5/10
Genre: Thriller/Horror
Cast :Taylor Schilling, Jackson Robert Scott, Peter Mooney



Filem ini mengisahkan Sarah dan John yang mempunyaianak bernama Miles. Perkembangan Miles ni sangat cepat berbanding kanak-kanakseusia dia, dia bijak dan boleh bercakap dengan lancar walaupun masih kecil.Pada usia 8 tahun, perubahan Miles semakin pelik sehingga mengakibatkan berlakusedikit kecelakaan kepada babysitter dia. Selepas itu, ada beberapa tindakanpelik yang dilakukan oleh Miles. Ini amat membingungkan Sarah. Siapa sebenarnyaMiles?


Filem ni best. Aku mengharapkan ending yanglebih baik tapi dapat dijangka filem macam ni memang ending jarang la sepertiyang kita harapkan. Pelakon Miles comel! Tapi Sarah silap langkah bila diatersepit dalam keadaan yang mendesak, demi untuk dapatkan anak dia kembali




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 03:15 PM | Show all posts
THE BAR
IMDB: 6.3/10
AKU : 6/10
Genre: Thriller, Comedy
Cast: Blanca Suárez, Mario Casas, Carmen Machi
Filem ini mengisahkan sekumpulan pelanggan yang terperangkapdalam kafe di Madrid. Sesiapa yang keluar dari kafe tersebut akan ditembak olehsnipper. Laluan berdekatan kafe di kosongkan. Mereka percaya pasti ada sebabyang berkaitan salah seorang dalam kafe tersebut. Apabila mengetahui puncasebenar mereka perlu dihapuskan, keadaan menjadi semakin tidak terkawal.
Filem ini menarik untuk ditonton dan misteri tapi aku mengharapkan plottwist yang lebih kebabom tapi tiada. Tapi masih berbaloi ditonton sebab adapart yang kelakar dan kejam juga. Aku suka Blaca Suarez tu, cantikk.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 03:18 PM | Show all posts
BOY MISSING (SECUESTRO)
IMBD : 6.4/10
AKU : 6.5/10
Genre : Crime, Thriller
Cast :  Blanca Portillo, AntonioDechent, Vicente Romero
Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki, Victor dijumpai cedera di dalam hutan. Mak Victor, Patricia ialah seorang peguam terkenal. Victor memberitahu bahawa beliau telah diculik oleh seorang lelaki. Berdasarkan maklumat Victor,polis telah mengenalpasti seorang suspek. Tetapi tak disangka tragedi yang berlaku pada Victor bukanlah seperti yang kita sangka, malah membawa kepada masalah lain bila Patricia cuba bertindak sendiri.
Best cerita ni, rasa geram je sebab masalah yang mungkin kita rasa kecil tapi membawa kepada masalah yang lain yang menunggang-langgangkan keluarga orang lain. Perjalanan cerita pun ok tak slow dan membuatkan kita ternanti-nanti. Memang rasa kesian dengan Victor dan Patricia.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 03:36 PM | Show all posts
Edited by scarlett-jo at 19-6-2019 03:37 PM

POLAROID

IMDB: 5.2/10
AKU: 5/10
Genre: Drama/Mystery
Cast: Kathryn Prescott, Tyler Young, Samantha Logan



Filem ini mengisahkan seorang pelajar perempuan, Bird yang menerima sebuah kamera vintage Polaroid daripada seorang kawan. Sesiapa yang telah diambil gambar menggunakan kamera tersebut akan menemui ajal.

Filem ini agak klise dan asyik bergelap, rimas hahaha. Tapi best jugak la kalo time tak de apa-apa movie untuk dilayan. Ending ada plot twist, tak sangka jugak sebenarnya. Yang pastinya pelakon eye candy,hahaha.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 04:16 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 10:16 AM | Show all posts
Edited by scarlett-jo at 28-6-2019 10:18 AM

TOC TOC

IMDB : 6.7/10
AKU : 7/10
Genre : Comedy
Cast : Paco León, Alexandra Jiménez, Rossyde Palma



Filem Spain ini mengisahkan enam orang pesakit OCD (lain-lain kategori penyakit mereka tapi dikelaskan dalam OCD) iaitu Blanca, Ana Maria, Emilio, Lili, Otto dan Federico. Mereka telah membuat temujanji dengan Dr Palomero yang mempunyai kepakaran dalam merawat pesakit OCD. Malangnya, akibat kesilapan teknikal, temujanji mereka telah bertindih pada hari dan waktu yang sama. Sementara menunggu Dr Palomero, berlaku pelbagai peristiwa yang melucukan.


Filem ini sangat menarik,sangat kelakar. Bagi aku filem ni bukan saja menghiburkan tetapi kita jugadapat beberapa pengetahuan mengenai penyakit OCD. Rupanya ada cabangnya dalam OCD. Pelakon pun best dan sangat menjiwai watak. Dalam kelakar ada juga elemen kejutan di ending.


p/s : Jadi, kadang-kadang aku pelik macam mana org yang sendiri gelar diri OCD, sedangkan tengok diorang ni macam rasa sedih dan terasing bila ada penyakit ni, siap kena jumpa pakar untuk bantu merawat dan mengawal penyakit diorang. Kat ofis aku pun ada okay, sikit2, ‘biasala orang OCD macam aku ni kena susun barang kemas2’ erkkk.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 03:27 PM | Show all posts
Baru layan filem ni semalam..sedih sangat, menangis2 tengok..

AYLA THE DAUGHTER OF WAR - tak pandai tepek gambar

Filem ini diangkat dari kisah nyata tentang seorang tentara Turki bernama Suleyman yang mempunyai anak korea bernama Ayla. Cerita berawal setelah perang dunia 2 pecahlah perang antara Korea Selatan dan Korea Utara pada tahun 1950. Negara Turki menjadi pasukan perdamaian di bawah naungan PBB. Suleyman yang seorang tentara ditugaskan dan terpaksa harus meninggalkan kekasihnya Nuran untuk melaksanakan kewajiban, ia pun berjanji akan menikahinya selepas kembali ke Turki.

Berangkatlah Suleyman dan pasukannya ke Korea Selatan. Pada suatu malam mereka diserang oleh musuh namun mampu bertahan. Di tempat yang telah porak poranda dan mayat di mana -- mana seperti tidak ada tanda -- tanda kehidupan lagi Suleyman menemukan satu anak kecil duduk sendiri di samping jenazah orang tuanya yang telah mati dibantai.

Kemudian Suleyman mengajak untuk ikut dengannya. Suleyman berkata kepada gadis kecil itu bahwa tidak akan meninggalkannya. Anak kecil itu hanya terdiam dan tidak bicara apapun termasuk mengatakan siapa namanya. Suleyman pun memberinya nama Ayla. Di Turki Ayla adalah nama yang bagus. Ayla berarati bulan, karena wajah nya seperti bulan. Ayla tidak ingin lepas dari Suleyman, kemanapun Suleyman pergi ia selalu ikut. Suleyman pun tidak tega jika harus meninggalkannya karena semenjak bertemu, Ayla tidak ingin berpisah darinya.

Suleyman pun mengurus dan menyayangi Ayla layaknya seperti anak kandungnya sendiri. Hal ini membuat ia ditegur bahwa keberadaan anak itu akan menghambat pekerjaannya sekaligus bisa membahayakan nyawa anak itu sendiri. Suleyman mengajari Ayla bahasa Turki. Ayla pun mulai berbicara  dan juga berinteraksi dengan tentara lainnya. Semua menyayangi Ayla. Sampai saatnya tiba Suleyman dan kawan -- kawannya sudah habis masa tugas dan harus kembali ke Turki..Di sini la bermulanya konflik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 04:12 AM | Show all posts
They Shall Not Grow Old (2018)













They shall not grow old, as we that are left grow old: age shall not weary them, nor the years condemn.

Filem dokumentari arahan pengarah trilogi LOTR dan Hobbits, Peter Jackson ini dihasilkan daripada beratus2 footage asli Perang Dunia Pertama dan diiringi dgn beratus2 audio interview veteran2 perang. Filem sempena ulangtahun WW1 yg ke-100 ini di colourized, dan ditambah dgn sound effect dan suara2 pelakon. Apa yg menarik filem nih tak mcm dokumentari langsung, takda narrator khas. Seolah2 kita dengar cerita atok2 psl pengalaman dia org ketika berkhidmat dlm tentera. Fakta2 sejarah tidak ditekankan, cuma kisah perang dari sudut pandangan org yg pernah melaluinya. Selama ni tentera2 yg terlibat hanya dilihat pada statistik secara keseluruhan (satu juta kematian direkodkan), tp dlm "They Shall Not Grow Old" dia org berkongsi bagaimana dari mula join army, kehidupan seharian dlm lubang trench hinggalah perang tamat. Saat klimaks adalah sewaktu mereka combat face to face dgn tentera Jerman, sgt detail hinggakan saya sendiri dpt bayangkan dgn penuh perasaan lol Highly recommended utk peminat2 sejarah terutamanya kisah2 Perang Dunia Pertama. Apapun, memandangkan filem ni colourized maka bersedialah dgn paparan gambar2 dan video2 kematian yg graphic.

Kesimpulan yg saya dpt drpd menonton filem "They Shall Not Grow Old", sesungguhnya WAR IS HELL.

Rating: 5/5







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.261749 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list