CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gabanistur

Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense

  [Copy link]
 Author| Post time 29-8-2017 11:51 PM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 30-8-2017 12:07 AM

Ok..dah kalah dah bola.  Sambung balik cerita..

Sebelum aku sambung aku nak disclaimer sikit. Apa yang aku cerita ni sebab nak dapatkan pandangan korang yang maybe ada yang ada sedare mare mcm Ucop dan apakah perlu aku bawa dia untuk berubat sebab dia ni tak nampak macam terganggu pun dengan benda2 yang dia nampak ni. Disebabkan akal dia tak sempurna mcm orang normal, mana2 benda halus yang tidak berupa menakutkan dan rupa macam manusia biasa, aku rasa dia tak dapat beza pun yang mana satu orang, yang mana satu entiti. Kalau dia nampak hantu, sesaat dia nampak dia jerit, sesaat kemudian dia lupa dah mcm takde apa2 berlaku.

Tapi sejak Ucop dah beso dan dah pandai tengok cerita hantu kat TV aku rasa dia dah boleh kenal makhluk hantu kalau dia terjumpa sebab rupanya maybe berbeza dari orang dan korang akan tak sangka di mana tempat2 yang biasanya Ucop bagitau aku, dia nampak hantu.

1. Tandas.

Ucop ni dari kecik seingat aku dia memang takkan masuk tandas waktu orang sedang azan. Kalau dia tengah bersabun masa azan berkumandang, memang dia akan berlari keluar dari bilik air dengan bersabun2 tu dan lepas dah setel azan baru dia masuk balik utk mandi sampai siap. Pernah juga ada sekali tu aku bawak dia jalan2 dekat Dungun. Tetiba masa tgh duk dalam toilet masjid - read. TOILET MASJID tau...azan asar berkumandang dan Ucop yang baru selesai membuang berlari keluar dari toilet macam tak cukup tanah sambil menjerit HANTUUUU! Laki aku yang bawak dia pun abih dia tinggal..sedor2 aku tengok abahnya pun berlari keluar dan di belakang abah dia pun ada sorang pakcik jugak maybe jemaah masjid pun turut sama berlari tak cukup tanah angkara Ucop memekik macam gitu. Rasa bersalah pun ada..tak memasal pakcik tu jogging dalam jamban tanjat punya pasal.

2. Atas bumbung pasaraya.

Masa tu kitorang sampai kat sebuah pasaraya G**** ..waktu dah lewat asar. Dah pukul 6 lebih. Agak2 time dekat senja tu di tengah kotaraya metropolitan ko ingat takde antu? Adaaaaa. Masa tu Ucop lebih kurang dalam 5 tahun jugak manakala adik dalam 2 tahun. Ucop ni disebabkan dia hyper dan non-verbal pada masa tu, kitorang akan letak dia dalam troli sbb takut dia hilang dan adik pulak akan duduk dekat bahagian seat baby troli tu.

Masa tengah tolak troli tu dari parking nak masuk kat entrance, tetiba Ucop pandang atas bumbung bangunan pasaraya tu dan tunjuk2.. Yang bestnya masa tu si adik boleh bantai tanya. "ehh...siapa tu?'" Yang adik ni mmg mulut dia kepoh..dan ditakdirkan dia memang cepat sangat bercakap. Memang spontan sangat reaksi kedua-dua anak aku bila nampak benda atas bumbung tu. Sorang tunjuk sorang lagi describe. Yang bestnya ada couple yang sedang jalan dekat2 kitorang tu sama2 pandang atas ke arah yg kekanak riang 2 orang ni sedang tunjuk dan si awek cepat2 tarik tangan boipren dia suh cepat2 masuk dalam pasaraya sbb takut. Bila dah sampai dalam bangunan aku tanya Adik..."Adik..sapa yang adik nampak atas bumbung tadi?" Tau dia cakap apa.."Kakak". Lepas tu anak sulung aku si Kakak sibuk melepuk adiknya sebab dia ingat adik fitnah di naik atas bumbung.. Sebenarnya apa yang Ucop dengan adik nampak masa tu kemungkinan entiti berperwatakan wanita dan nama saintifik dia kalau tak Cik Pon..dah tentulah Kak Lang.

3. Kedai makan

Ucop ni, kalau kedai makan yang menggunakan pelaris dia memang takkan masuk. Walau bagaimana cozy atau sedap sekali pun even ada serve makanan favourite dia yakni ayam goreng pun dia takkan masuk. Kalau dipaksa2 jugak masuk, dia takkan makan atau minum setitik benda pun.  Kalau dia haus dia akan heret either aku atau babah dia pergi 7 Eleven, kedai kat stesen minyak atau kedai2 runcit sekiranya ada berdekatan kawasan restoran tu. Kalau tak ada sanggup dia tak makan dan tak minum sampai kami balik.

Ada pernah satu masa tu, mak dengan adik aku datang rumah aku jadi aku pun bawak la diorang ke sebuah kedai sate paling popular kat bandar aku  tinggal ni. Disebabkan dah book tempat, dah order dan byr deposit awal2..nak tak nak aku heret jugak usop masuk dalam kedai walau dia berguling2 tak nak. Masa ni aku tak tau la nape dia takmo masuk sesetengah kedai. Aku anggap dia saja la buat perangai. Masa dia duduk tu, sepanjang masa dia mainkan video surah Ar-Rahman dari Youssef Edghouch yg memang aku download dlm henfon dan dia dok repeat phrase 'A'uzubillahi minassyaitonnirrajim' tu beratus2 kali..So ko paham la kan kenapa.. Maknanya dia ada nampak benda la dekat situ..dia takut itu pasal dia dok repeat ayat tu sebab masa tu dia tak boleh cakap dan ucapkan ayat tu sendiri lagi. Bila tengok dia buat camtu mak aku cakap "Moh le makan cepat..kesian Ucop dia tak selesa tu." Berdesup kitorang langsaikan sate gemok2 dalam 50 batang dalam masa kurang 20 minit.

4. Sekolah

Kat sini memang tempat dia la. Memang tak syak lagi. Masa mula2 Usop masuk sekolah di aliran pendidikan khas, dia ambik masa 2 minggu nak settle down dan serasi dengan persekitaran dan kawan-kawan serta cikgu baru. Yang bestnya setiap kali aku jemput dari sekolah dia akan renung atas satu pokok mempelam besar dekat sekolah tu sambil tarik tangan aku laju2 untuk keluar. Sekarang tu pokok mempelam besar tu dan takde..kena tebang. Tapi cikgu2 pernah cerita kat aku pokok mempelam tu sebelah koridor on the way nak pergi surau sekolah. BIla Ucop nak pergi surau je untuk amali solat, dia sanggup pusing ikut jauh iaitu ikut kaki lima kantin untuk ke surau dan selalunya abang2 pengawas pendidikan khas la yg akan temankan dia buat tawaf.

5. Pejabat

Bukan semua kot tapi pejabat aku memang ketara la ada benda dan Ucop siap tegur lagi benda tu. Matilanakkk...aku ni dah la selalu stay situ sorang2 waktu rehat sbb aku suka tido lps solat Zohor sementara menunggu waktu lunch berakhir. Pernah Ucop bgtau ada 'brothers ' dekat situ dan byk juga perkara pelik berlaku seperti tetiba ada orang padam whiteboard dalam bilik bos aku dan conteng siap logo 1 Malaysia lagi dekat situ. Pelik sbb masa lukisan tu dilukis, kiotarang semua pergi sambutan merdeka kat HQ dan ofis hari tu mmg takde sorang manusia pun. Jadi siapa yg pedajal pegi conteng white board bos aku tu.. Bos aku lak tak berani nak bising walaupun dia tension gak abih dateline2 dia kena padam. Agaknya dia takut karang dia marah lelebih membalas dendam pulak pelukis misteri tu nanti kann...

5. Tong sampah / Tempat pembuangan sampah.

Ni memang pasaraya dorang la. Ucop setiap kali lalu tong sampah besar dekat pasar2 dia sound selambe je..Hantu..Hantu sambil tunjuk2. Pernah sekali tu, laki aku nak buang sampah yg banyak dekat rumah sbb lori sampah tak datang dah dekat seminggu. Waktu tu malam pulak. Lepas buang sampah nak pegi beli barang dapur jadi 3 orang budak pun ikut sekali. Tengah laki aku isi elok2 plastik2 sampah dalam tong2 sampah besar dekat area pasar, tetiba Ucop jerit dalam kereta..HANTUUU...HANTU SAMPAH!! Mujur masa dia jerit tu laki aku tak dengar. Kalau dengar mau dia lempar je sampah2 tu tak masuk tong...

Ok la...dah ngantuk ni. Nak masuk tido...nanti kalau aku lapang aku sambung lagi tau..tq for reading!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2017 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 29-8-2017 05:39 PM
Sis...sorry tnya, lmbt ckp..umur 5 tahun baru mula  ckp tp 2 tahun pndai bc dan buat ayat.

Tp mmg ...

Tak pasti nama masjid tp mmg ada masjid besar yg ada taman permainan kanak2 dan trek jogging dekat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 30-8-2017 12:49 AM
Tak pasti nama masjid tp mmg ada masjid besar yg ada taman permainan kanak2 dan trek jogging dekat ...

Betoi la tu..area vision park, masjid besaq abdullah fahim...



Sis gabanistur..boleh sis list smua restoran yg ok..
Mmg gifted ank sis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 10:03 AM | Show all posts
khusyuk baca ni TT. nnt ada masa smbung lagiii.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 10:33 AM | Show all posts
raihaneem replied at 30-8-2017 09:04 AM
Betoi la tu..area vision park, masjid besaq abdullah fahim...

vision park tu kadang2 nampak scary jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2017 10:43 AM | Show all posts
raihaneem replied at 30-8-2017 09:04 AM
Betoi la tu..area vision park, masjid besaq abdullah fahim...

Nak list pun susah gak sbb kang kaco bisnes orang. Selalunya fast food mmg takde apa2 la. Setakat ni pegi fast food mmg Ucop ok je... Disebabkan ucop kekadang tetiba dia nak nyanyi, dia bantai nyanyi melalak, kalau nak ngamuk dia bantai ngamuk..selalu kalau pegi makan kami cari kedai yg tak berapa ramai org. Bukan apa takut ganggu keselesaan org kan...lagi tak best kalau ada yg usha gelak2 mmg mak dia bertukar jadi naga karang kat situ. Selalunya masa masuk ada 2 meja je ada org duduk. Masa nak balik...tuuuudiaaaa penuh. Dan keliling meja pun penuh kucing dok kat kaki. Ucop ni dia sendiri mcm ada daya penarik...pelaris semula jadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2017 11:06 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 30-8-2017 10:43 AM
Nak list pun susah gak sbb kang kaco bisnes orang. Selalunya fast food mmg takde apa2 la. Setakat  ...

Hihhh ini macam boleh la Ucop kerja dgn Mokcu. Kerja senang je... duduk, buatla apa nak buat cukup masa balik.. ni pelaris semula jadi ni......elok utk kedai makan Mokcu nanti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2017 11:14 AM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 30-8-2017 11:47 AM

OK..nak cerita pasal Ucop punya intuition atau pun gerak hati..instinct bak kata ongkampung aku.

Ucop ni gerak hati dia mmg kuat. Walaupun dia tau sesuatu nak jadi, tapi disebabkan vocab dia terhad dan pertuturan dia tak lancar, dia tak boleh nak bagitau..tapi dia akan ambik tindakan precaution.Kalau ada benda nak jadi dia siap2 dah prepare. Masa tu ko memang heran la..dah kenapa budak ni buat gitu, gini? Tapi lepas benda dah jadi baru ko paham dia dah tau benda tu nak jadi. Aku tak tau la suratan atau kebetulan tapi bila dah banyak kali sangat nak anggap kebetulan pun mcm mmm..susah nak cakap.
Salah satunya..masa tu bulan posa. Aku keje tapi bulan posa management bagi balik awal sejam kepada semua staff. Tapi awal tak awal kalau dah hadap jem tetaplah menggelupur bila sampai umah mana nak solat asar, mana nak masak prepare utk berbuka kan. Memang kitorang spesis tak pegi param so kenalah masak sendiri.

Satu hari tu aku dah balik lambat. Bajet2 tengok timing masak yg sempoi2 mcm ayam goreng dengan sayur campur sempat la. Ayam dah terjun dalam kuali...sambil tu aku potong bahan2 nak buat sayur campur. Potong bawang, bawang putih, basuh udang, potong sayur plak..sayur bunga kobis, putik jagung... Ehh...dah macam tulis resepi pulak

Tetiba aku dengar kecoh2 kat hall. Aku pun jenguk...apahal pulak dah kan.

Tengok2 laki aku tengah berleter kat Ucop sebab dia main dan keluarkan antiseptic wet tissue Dettol tu banyak2.. dah la mahal benda alah tu kan. Dah keluar mana boleh simpan balik... nanti tak hygenic la. Pelik gak aku..macamana dia dapat walhal benda tu aku simpan dalam bagpack travel aku. (nanti lain kali aku citer plak macamana dia ni sejenis yang boleh jumpa benda-benda tersorok).Dia pun diam je aku tengok..tak lama lepas tu aku tengok dia masuk dapur. Letak wet tissue tu dekat atas kabinet tak jauh dari rak rempah. Aku bajet2 dia nak buang kat tong sampah la tapi sbb aku menyemak kat situ tengah kelam kabut masak, dia letak la situ dulu.

Tiba-tiba...kedebuk! Carrot yang aku potong bergolek lalu pisau yg aku tengah tekan tu terpotong jari telunjuk tangan kiri aku..sampai dekat kuku weh...darah mula menitik dengan laju maklumlah tgh rushing, jantung tgh pumping darah kita dgn laju kan... Menitik darah aku sampai ke lantai dapur. Aku cepat2 sambar wet tissue yang Ucop letak tu terus pekup jari aku yg luka parah tu. Berdenyut toksah cerita la... aku panggil laki aku. Bila dia tengok berdarah bagai nak rak, laki aku pun panik. Terus suruh aku rest dan dia setelkan kerja2 kat dapur.

Dah luka mcm gitu, kitorang berbuka ala kadar dengan apa yg ada jelah. Nasib ayam goreng dan nasi dah siap. Lepas berbuka aku pegi klinik berdua dengan laki aku, Ucop dan adik Kakak tolong jagakan kejap. Dapat la hadiah 2 jarum jahitan.  Masa dalam perjalanan balik aku cakap dengan laki aku, mujur Ucop hantar wet tissue Dettol kat aku, kalau takde benda tu, dengan apa la aku nak tekan dan balut luka aku yg besar gitu. Laki aku diam...aku tau dia rasa bersalah marah kat Ucop tadi. Sampai rumah terus dia peluk2 dan gomoi si budak bambam tu...aku cakap.."Terima kasih Ucop. Kalau Ucop tak hantar tisu kat mama, mesti tangan mama berdarah lagi banyak".

Dan budak tu macam biasa...sengih je dengan mata inesen dia...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2017 11:32 AM | Show all posts
bel146 replied at 30-8-2017 10:33 AM
vision park tu kadang2 nampak scary jugak...

ada satu resort tinggal kan kat situ..dah la besar gedabak tempat tu...malam2 kalau lalu depan tu scary ya ampun...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:40 AM | Show all posts
Wow sis. Anak sis ada supernatural power. Masa sis pregnant kan ucop tu tak der benda2 pelik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:46 AM | Show all posts
Edited by manismanisan at 30-8-2017 11:56 AM

special sesangat anak sis ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2017 11:48 AM | Show all posts
manismanisan replied at 30-8-2017 11:46 AM
mana ni dah dua hari tak sambung2 lagi neh. aku pun dok S.A.B.A.R menunggu gak

Dah sambung dah...ce nengok balik yg atas2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:50 AM | Show all posts
" Berdesup kitorang langsaikan sate gemok2 dalam 50 batang dalam masa kurang 20 minit.




cerita lagi TT.. penceritaan yg baik

area vision park dlu sebelum jadi taman kt situ kawasan hutan kelapa sawit.. tempat baru teroka kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2017 11:51 AM | Show all posts
iwan007 replied at 30-8-2017 11:40 AM
Wow sis. Anak sis ada supernatural power. Masa sis pregnant kan ucop tu tak der benda2 pelik ke?

Takde pulak..yang saya ingat masa mengandung tu encik somi dok jauh. Tinggal berdua dgn Kakak je kat rumah. Stress tu memang la sbb penat...yang lain tak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 11:58 AM | Show all posts
best cite ni.. sambung lg tt
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 12:25 PM | Show all posts
best citer tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2017 12:40 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 30-8-2017 11:51 AM
Takde pulak..yang saya ingat masa mengandung tu encik somi dok jauh. Tinggal berdua dgn Kakak je k ...

Oh ok. Igt kan sis ada petada pelik2 masa pregnant kat ucop ni dulu. Tak per sis. Teruskan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 12:40 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 30-8-2017 11:32 AM
ada satu resort tinggal kan kat situ..dah la besar gedabak tempat tu...malam2 kalau lalu depan tu  ...

asalnya, tmpt tu resort plus water theme park.. tp ntah ngape x pernah buka.. ada dgr yg TH nak take over n buat pembaikan/reno tp x jadi.. maybe ROI x brp menarik atau bala menanti...tp tmpt tu siang pun nampak scary..x dpt bayangkan pi situ time mlm2.. aku yg dok selalu lalu situ pun rasa semcm je tmpt tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
i loike this thread
like like like...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 12:52 PM | Show all posts
best thread ko kak gaban.
pastu cara tulis pun bengong2.
tergelak gelak aku.
nak baca lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.180355 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list