KUALA LUMPUR: Dua daripada tujuh suspek kes membakartahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, akan didakwa atas kesalahanmembunuh dan khianat dengan api, esok.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim,berkata hanya mereka yang didapati terbabit secara efektif atau terbabit secaralangsung dalam kejadian berkenaan akan diambil tindakan.
"Baki mereka yang tidak didakwa akan disiasatmengikut Akta Dadah Berbahaya kerana mengambil dadah serta berperanan sebagaisaksi kejadian berkenaan.
"Perkara ini sudah diputuskan selepas pegawaipenyiasat mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara mengenaitindakan susulan terhadap kes bakar itu," katanya dalam sidang media diBukit Aman, tengah hari tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar SinghIshar Singh, berkata dua daripada suspek berkenaan akan didakwa mengikutSeksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, lima lagi dan seorang suspek utama akan didakwamengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Mereka akan dibawa ke mahkamah pagi esok,"katanya dalam kenyataan hari ini.
|