CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: espri6006

Cerita Hantu - Hiking

  [Copy link]
 Author| Post time 3-9-2020 10:38 AM | Show all posts
Alang - alang bercerita ..ada satu lagi peristiwa tapi taklah seram sangat. Waktu tu kami ke Sarut di setiu Terengganu dan ami bermalam di kem bonsai. Pada hari pertama kami sampai situ hujan ye, masing2 pasang khemah tengah hujan. Pakcik jadi tukang masak jadi pakcik duk sibuk masak mee kari. Tapi tiada apa2 yang berlaku pada malam pertama. Malam ke dua kami masih di kem bonsai dan malam tersbut cuaca elok je. so kami ice breaking lah malam tu duduk dalam bulatan keliling api. Masing2 bercerita sambil di selang seli dengan gelak ketawa. Kadang2 kami ketawa sampai tak ingat dunia tau..Lama juga kami duduk situ sampai jam 12.30 malam dan tiba masing2 nak masuk tidur.

Pakcik berdua dengan kawan pakcik yang 10 tahun lebih muda dari pakcik tidur dalam khemah tidak berdinding. Maksudnya kami tidur bawah Fly dan beralaskan ground. Ada lagi satu grup kmi juga tidur dalam hammock dan yang pasti berbumbungkan fly lah sebab mana tahukan kalau hujan.. lagi pula salah sorang yang tidur situ dah ada pengalaman tidur dalam hammck berbumbungkan langit dan katanya apabila terjaga tengah malam di tengok kak Ponti duduk atas pokok yang di gantung hammock. he he.,itulah pasal lain kali jangan tunjuk berani tau.
Malamnya kami tidur tu ada beberapa orang dari grup kami ada terdengar suara kanak-kanak menangis tau, mereka terdengar betul2 tempat kami duduk masa ice breaking , tapi alhamdulillah pakcik tak dengar apa2 walaupun kami tidur di khemah tidak berdinding.
Di kem Bonsai sarut tu kalau waktu malam macam seram sikit lagi pula kem site nya dengan tempat mandi agak tersselindung dari pandangan mata. Ibarat kata kalau siang atau malam kalau nak ke sunga tu memang kena berteman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2020 05:23 PM | Show all posts
best baca kisah tt ni ttg hiking...saya pun aktif berhiking sekitar tahun 2017 dan 2018, tapi takde la naik Gunung yg tinggi2. yg rendah2 saja sekitar Gunung2 kat belah2 utara Semenanjung ni.

Ada satu Bukit tu mmg jadi fabret pendaki2 dari segenap pelusuk negeri. Bukit tu bila time2 hujan malam mmg akan jadi fenomena awan kapet yg berkabus pada keesokan harinya.

setakat yg pernah saya pernah hiking belum pernah terjadi kejadian penampakan apa2 pun tapi ada satu group lain pernah bercerita ketika hendak naik satu Bukit ni...kami kena lalu di kawasan kelapa sawit yang rendang2 daunnya. Time lalu tu mmg sejuk saja rasa sebab teduh. tapi tak dibenarkan berborak atau bercakap bukan2. bila dah melepasi kawasan tu baru kitaorg boleh berborak2 utk hilangkan boring2 hiking.

Rupanya kat kawasan yg kitaorg lalu tu (kawasan kelapa sawit) ada diorg ternampak 2 susuk tubuh manusia berpakaian jubah serta bersonhkok putih sedang mudar madir dlm kawasan tu. jadi pada sesiapa lalu kawasan tu kena berhati2 ....ada org cakap susuh tubuh mcm manusia berjubah putih tu ketua org bunian..Wallahuálamm...

Tapi kat bukit tu belum pernah berlalu kejadian pelik2..cuma ada yg tersesat jalan balik saja..sampai panggil renger hutan untuk cari...nasib baik jumpa..



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 12:08 PM | Show all posts
cerita hantu hiking ni daku tak pernah kena la tt.. tp member meracau.. daku x jumpa jalan.. benda2 pelik.. bunyi bising.. benda berbisik..ada la terjadi..kadang daku rasa mcm 'penat sgt aku ni sampai terdengar bukan2' kadang terdetik eh ada org tutup jalan aku ke ni.. hah gitu la.. dlm hutan kan.. berhari2 sampai jadi positif..

tp bila dah keluar tu.. otw balik.. ats highway ke dlm bus ke dlm train ke.. sambil2 nyandar tgk2 gambar2 time on trek tu mula la berpikir balik.. time daku salah jalan dekat sekian2 ada org tepuk bahu mcm ada bgtaw ko dah salah jalan ni.. bila kalih xde org.. then kalih depan baru nampak xde trek.. patah balik la..

yg kes mmber meracau tu daku syak dia penat sgt.. masa tu Yellow pass... tp lepas dah keluar tu member cerita  masa nak bawak dia naik ke campsite (puncak) dari sungai.. ada benda tahan dia..  ngekor sampai ke atas.. tu yg malam tu fly pecah dua.. penat gak masa tu.. dah rest2 siap pasang semua.. tiber nk buat baru lg satu..

yg bunyi bising tu kat Melantai (merapoh kuala) hari ke lima x silap.. malam tu tido.. bunyik bising tengah pagi buta.. mcm tiber satu kumpulan yg baru sampai.. rasa daku nk bangun tgk.. bisingnya lahai gelak ketawa masak memasak.. daku emo gak sbb esok jalan jauh lagi.. buat rasa bingit.. time tu 2-3 pagi.. tp mcm malas nk melangkah member nk keluar khemah.. so padamkan jela niat.. esok bangkit dalm 6 lebih tu.. tlg org masak2.. bila dah siap masak hari pon cerah.. tup2 tgk xdak sapa.. kami 12 org ja.. tmasok guide 2 org.. krik2 sgt time tu.. (ini paling real la bunyi) slalu org kata dengar2 kan.. jadi ke daku.. dah smpi kuala lepas2 mandi tu baru cerita ke guide.. mmg guide kata situ ada laluan dia.. btuah la dengar katanya.. (apoooo bertuah seram adala)

eh bnyk lg la kesah aneh.. x jmp jln kat Ayam.. sampai delay2 kami.. kt Kutu member hilang masa kat Batu tedung.. cari2 dia kat situ jua.. bila kejadian2 gini buat rasa penat.. sbb dah kne p report bagai.. panggil org apa semua..

kdg husnazon sorg2.. tp bila share2 cerita gan member time balik.. tros rasa mistiknya.. huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.107458 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list