CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7487|Reply: 82

[Tempatan] Trend Raya Sekarang - "Balik raya dengan sewa kereta" -

  [Copy link]
Post time 13-6-2018 09:38 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Demi untuk kelihatan bergaya dan dianggap berjaya dalam hidup, ramai rakyat Malaysia sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata menyewa kende-raan mewah untuk balik ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Trend menyewa kereta menjelang musim raya semakin mendapat sambutan sehingga ba-nyak syarikat menyewa kereta wujud bagi memenuhi permintaan pelanggan.


Sewa kenderaan mewah bukan sahaja pada musim raya malah trend tersebut sudah merebak untuk dibawa ke majlis kahwin, percutian malah untuk ke rumah terbuka.

Presiden Koperasi Pengusaha Kereta Sewa Malaysia Bhd. (Kopkes), Mohd. Afendi Aman berkata, pada musim Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, pihaknya menganggarkan sebanyak 137 syarikat sewa kereta yang menjadi ahli Kopkes bakal mengaut perolehan RM5 juta bagi aktiviti perniagaan sewa ken-deraan.

Menurut beliau, jumlah tersebut berdasarkan kepada perkiraan 3,200 unit kenderaan daripada keseluruhan 4,000 unit dimiliki ahli Kopkes di seluruh negara telah habis ditempah selama seminggu sempena sam-butan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Jumaat ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2018 09:41 AM | Show all posts
yerr kerr..
x rasa membazir ker
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
thats is not the case kot....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 09:44 AM | Show all posts
sewa kereta mewah utk kawin biasa dengar
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 09:47 AM | Show all posts
tapi memang beberapa tahun kebelakangan ni ramai yang sewa kereta nak balik kampung
mostly sewa mpv macam vellfire
senang nak angkut berjalan ramai ramai
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 09:51 AM | Show all posts
Kalau sewa MPV apa salahnya. Untuk kesenangan jugak. Bukannya theyols sewa Ferrari pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2018 09:53 AM | Show all posts
ntahnye...sewapun salah ke, curi kang marah pula
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:07 AM | Show all posts
biar miskin, janji balik bergaya kereta mewah...kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mampu apa salahnya kan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:14 AM | Show all posts
ramai gak yg sewa keta.. especially MPV... senang nak hangkut org tua dikampung berzirah hari raya...

nak pakai utk harian xpraktikal  kalo stakat anak kecil2 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:15 AM | Show all posts
kalau family dah ramai tapi yang ada kereta myvi jah, apa salahnya sewa mpv..
lagi-lagi kalau nak jalan jauh..
tapi kalau yang jenis biar papa asal bergaya tu, tak leh nak cakap apa lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:17 AM | Show all posts
dari beli mpv besar2 tapi setakat parking ja jarang2 guna, baik sewa masa nk pakai ja..... rosak tengah jalan pun tinggal ja kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2018 10:28 AM | Show all posts
Kalau ada keperluan, tak salah. Cuma jangan berhabis melebihi kemampuan.

" Jangan lah kita berbelanja melebihi kemampuan hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang yang tak kita sukai" - anonymous
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:40 AM | Show all posts
ayat wartawan biasalah nak bagi gempak.

orang sewa kereta tu sebab lebih praktikal contoh balik Kelantan naik flight lepas tu nak bergerak sewa keretalah... itu pun nak heran ka....

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyewa la paling bagus
Tak terikat dgn komitment 9 taun
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sewa sekali sekala bila ada keperluan itu jauh lagi bijak dari tanggung utang 9 tahun tapi guna x seberapa.
Tapi pendapat ini x terpakai utk golongan sengkek tapi nak eksen dgn org kampung kunun2 idup berjaya di bandar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cassriena at 13-6-2018 11:00 AM

kalau family berlima ada myvi aje, kalau mampu apa salahnya nak sewa mpv pun. dah sedia maklum kalau balik raya , kain baju org ada anak ni mmg banyak. tu x masuk yg ada anak kecik ngan stroller, baby seat lagi

lainla org bujang atau yg baru kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 11:00 AM | Show all posts
hahahahha ada eh camtu?? baru tahu nie.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 11:00 AM | Show all posts
hzln replied at 13-6-2018 09:52 AM
Sewa sekali sekala bila ada keperluan itu jauh lagi bijak dari tanggung utang 9 tahun tapi guna x se ...

agreeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Apesal asyik negatif n skeptikal  je dengan org yg lifestyle xsama ngan kita?
Dorg sewa kereta lebih besar apa salahnya..
Kang beli kang ko kata nak berlagak nak bergaya..
Sewa pon salah jugak..
Tak balik kampung pon ngta..
Dah balik ngata jugak..
Apa korg nak sebenarnya? Penulis bawang..
Buat pe nak membazir beli keta besar..bayar bulan2. bukan selalu nak guna angkut ramai2.. sewa je.. sesekali nak balik angkut barang banyak n angkut sanak saudara beraya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.499220 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list