CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1080|Reply: 2

11 Ahli Umno Bersama Seorang ADUN Alami Kemalangan Di Tapah

[Copy link]
Post time 28-9-2018 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderoh Datuk Zainun Mat Noor bersama 11 ahli Umno mengalami kemalangan berhampiran kawasan Tapah, Perak awal pagi tadi.


Memetik laporan Malay Mail, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.20 pagi di Kilometer 329 arah selatan di di Lebuhraya Utara Selatan (Plus).


Kredit foto: www.projekmm.com



Difahamkan kejadian itu berpunca daripada sebuah lori yang membawa batu tembikar tiba-tiba terbabas sehingga menyebabkan kereta jenis 4WD milik Datuk Zainun Mat Noor yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh lori itu.


Manakala, kenderaan jenis MPV yang membawa ahli-ahli Umno juga tidak sempat mengelak dan terus merempuh kereta 4WD tersebut yang berada di depannya.


Menurut Ketua polis Tapah cif superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail, pemandu lori tersebut berasal dari Kedah dan disahkan tidak mengalami kecederaan.


Semua mereka dirawat bahagian kecemasan di Hospital Tapah.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2018 01:17 PM | Show all posts
oh innalillah. ini yang masa tu jem teruk gileee tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 01:21 PM | Show all posts
pesal tak ada berita pasal kematian bekan ADUN Tahan ..wan amizan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057591 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list