CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KoSe

NoRaNiZa IdRIs:SaWo MaTaNG: Tahniah ] Persembahan Terbaik AJL04

[Copy link]
 Author| Post time 4-8-2004 12:31 PM | Show all posts

DISEBUT JANGAN DIKENANG JANGAN

Sebuah irama berentak asli yang pernah dipopularkan oleh ALLAHYARHAMAH TOH PUAN SETIA DATUK HAJJAH RAFEAH BUANG, yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 27 JULAI 2002 kerana penyakit barah. Selain meminati keperibadian penyanyi ini, NORANIZA juga turut mengabadikan lagu ini dalam SAWO MATANG sebagai memenuhi amanat ARWAH AYAHNYA agar dapat dirakamkan semula sekiranya berkesempatan.

Sebagai tribute kepada perjuangan insan seni ini juga, lagu ini telah digubah dengan suntikan R&B dan asli moden tapi masih mengekalkan ciri ciri asli melalui nyanyian dan rentak.


SUMBER PETIKAN : inlay album SAWO MATANG


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2004 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 4-8-2004 12:26:
ala kose...aku nak pegi showcase kak ani tu. tapi nape wat weekdays.
byk keje la.
nape tak buat weekend.
dahtu kat melaka.
lainler kat kl.


weekdays ker? bukan OGOS tau tapi SEPTEMBER


3 SEPTEMBER tu hari JUMAAT...

jomlah pergi...ajaklah reramai lagi..:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2004 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 4-8-2004 12:25 PM:
PENAWAR RINDU

Lagu ini merupakan sebuah lagu INANG GHAZAL yang cukup popular dan telah dirakamkan pada sekitar hujung tahun 1969 di bawah pimpinan ALLAHYARHAM AT ...


Lagu ni memang my favourite sepjg zaman...aku dah dengar versi datin orchid, kak melah dan anuar zain nyanyi lagu ni...so la ni aku nak dengar versi kak ani plak...

dgn review yg ko buat tu KOSE, buat aku tak senang duduk nak pi cari kat KL ahad ni...:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2004 12:40 PM | Show all posts

INDUNG ANAK MELAYU

Lagu ini adalah sebuah irama KERONCONG MODEN yang disuntik dengan gabungan muzik moden berunsur RAGGAE dan masih mengekalkan penggunaan ciri ciri instrumen asal seperti UKULELE , DOUBLE BASS ,GUITAR AKUSTIK dan VIOLIN.

Sebagai corak asas nyanyian keroncong , kawalan alunan vokal dan lenggok yang lebih bersahaja amat perlu bagi menghidupkan jiwa nyanyian irama keroncong ini.


PETIAN ULASAN : inlay album SAWO MATANG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2004 12:51 PM | Show all posts

PUTERI LEDANG

Irama ini adalah irama GHAZAL yang menggabungkan POP INANG yang BERSKIL JAWA dan masih mengekalkan CHARR dan TODA sebagai identiti muziknya. Lagu ini pernah disampaikan dalam versi JAWA sepenuhnya oleh S.A AISHAH yang merupakan penyanyi ghazal tersohor dan disegani satu ketika dahulu.

Walaupun mempunyai suntikan moden dalam gubahan tetapi masih mengekalkan keunikan SARIGAMA dan PARSI dalam alunan yang sebenar.


SUMBER PETIKAN : inlay SAWO MATANG


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2004 12:55 PM | Show all posts
dlm album ni bnyk lagu bercorak apa KOSE??? ghazal ke??? apa lagi irama yg di utarakan???...kalau ko bleh kasi tau best jgk...boleh la ek???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-8-2004 12:59 PM | Show all posts

AYUH ! JURAGAN / JUKLAH ! GURU ABE

Masyarakat ORANG ASLI , ORANG ASAL atau ORANG PERTAMA merupakan kelompok pribumi minoriti di Semenanjung Malaysia. Secara kolektif turut diperkenalkan oleh ahli-ahli antropologi dan pentadbir2 yang merujuk kpd 18 kumpulan etnik kecil secara amnya melalui NEGRITO , SENOI dan MELAYU-PROTO yang diklasifikasikan bagi tujuan2 rasmi.

Irama SEWANG ini yang bermaksud menyanyi dengan alunan sahut menyahut sambil menari dengan diiringi ketukan buluh sebagai identiti masyarakat Orang Asli khususnya dari kaum SEMAI dan turut digabungkan dengan elemen muzik moden iaitu TWIST, selain lirik dalam bahasa SEMAI sepenuhnya yang juga sub-kumpulan kaum terbesar SENOI.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2004 01:04 PM | Show all posts

HATINYA TAK TAHAN / ATINE ORA TAHAN

Lagu ini merupakan sebuah irama ETNIK JAWA yang digabungkan melalui muzik moden yang berunsur TEKNO dan DISKO dengan GENDANG KETOPRAK JAWA dan GAMELAN BALI, selain bahasa seharian yang digunakan oleh kelompok masyarakat ini turut menyerlahkan identiti salah satu kaum yang juga menetap di Malaysia.

Pengunaan DWI-BAHASA sepenuhnya yang membawa maksud sama ini turut dialunkan dengan corak nyanyian mengikut identiti , dapat menghidupkan jiwa irama ini.


SUMBER PETIKAN : inlay SAWO MATANG


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2004 01:08 PM | Show all posts

RAJUK RINDU

Irama ini merupakan sebuah irama berentak ZAPIN atau ZAPANA dengan gabungan moden iaitu FUNKY. Teras penggunaan alat muzik bagi irama ini masih mengekalkan DARBUKA dan MARWAS sebagai identitinya.

Manakala GAMELAN digunakan hanya sebagai muzik penghantar dalam irama ini.


SUMBER PETIKAN : inlay SAWO MATANG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2004 01:40 PM | Show all posts

ZAPIN BERADAT

Merupakan sebuah irama ZAPIN KLASIK yang popular di kalangan budayawan dan telah digabungkan dengan elemen muzik moden iaitu FUNKY. Lagu ini pernah disampaikan oleh TAN SRI S M SALIM dan juga DATUK SHARIFAH AINI dan lain2 lagi mengikut corak penyampaian tersendiri.

Tajuk lagu bagi melodi ini sentiasa berubah mengikut lirik yang dicipta tapi masih mengekalkan melodi asalnya. Melalui Zapin Beradat ini sedikit perubahan telah dilakukan dlm penyusunan semula melodi.

Bagi menambahkan kecerian dalam lagu ini , sebuah irama khas telah dicipta sebagai penyambut maksud pantun yang lebih bersifat sebagai kesimpulan dari mesej yang disampaikan.


SUMBER PETIKAN : inlay SAWO MATANG


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2004 01:55 PM | Show all posts

DONDANG DI SAYANG

Irama ini merupakan irama tradisional identiti NEGERI MELAKA yang berasaskan RENTAK ASLI, INANG dan JOGET. Nyanyiannya berkonsepkan berbalas pantun secara berpasangan dengan tema usik mengusik, nasihat dan sebagainya. Masyarakat pelbagai kaum negeri MELAKA seperti MELAYU,PORTUGIS, BABA NYONYA dan CHITTY turut menyampaikan irama ini di pesta2 keramaian dengan cara tersendiri.

Selain penggunaan instumen asal seperti REBANA, BIOLA dan GONG, lagu ini telah menggabungkan rentak DISKO KLASIK MODEN dan LOOP sebagai pendekatan bagi menarik minat generasi masa kini terhadap etnik DONDANG SAYANG yang semakin dipinggirkan.

SUMBER PETIKAN : inlay SAWO MATANG


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2004 09:46 PM | Show all posts
lor bulan september ke. aku ingat ogos. hehehe.
alu setakat melaka tu mmg takde masalah sgt kalo weekend, sbb abg aku tinggal kat sana. boleh tumpang umah dia kejap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2004 12:29 AM | Show all posts
aku bole jamin sumer 12 lagu dlm album ni bukan stok tangkap muat....cover version tu pun ingat senang ke nak nyanyi
tiap2 satu lagu ada kelebihan tersendiri yg nak ditonjolkan...

bole kata sumer lagu aku suka...ada la satu dia kot lagu aku tak suka sgt...yg lain2 - perfect

mmg puas hati sangat dgn album ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2004 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 4-8-2004 21:46:
lor bulan september ke. aku ingat ogos. hehehe.
alu setakat melaka tu mmg takde masalah sgt kalo weekend, sbb abg aku tinggal kat sana. boleh tumpang umah dia kejap.


kalau camtu bolehla ko dtg ke showcase tu yerk..

aku nak pergi yg hari sabtu 4 hb tu..

sebab kak ani prefer fan datang yg 4 hb ..kak ani nak berbual ngan fan lepas show tu... 3 hb tu utk VVIP...kalau dtg 3 hb kak ani takut tak dapat nak layan fan..

nanti kompomkan ngan aku yerk...aku harap ko dpt dtg gak ke showcase tu...ajaklah reramai lagi tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2004 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 5-8-2004 00:29:
aku bole jamin sumer 12 lagu dlm album ni bukan stok tangkap muat....cover version tu pun ingat senang ke nak nyanyi
tiap2 satu lagu ada kelebihan tersendiri yg nak ditonjolkan...

bole kata sum ...


apa lagu yg ko rasa paling kuat dalam album nie?

aku rasa lagu HATINYA TAK TAHAN yg paling kuat...namun begitu lagu AYUH JURAGAN n RAJUK RINDU yg paling catchy..

aku suka lagu2 cover version dlm album nie..esp lagu DI SEBUT JGN DIKENANG JGN...si NAS ADILA pun ader nyanyi lagu ni jugak dlm album dia...tapi aku tak pernah dengar...

aku tak perasan pun ada serangkap lagi dicipta untuk lagu ZAPIN BERADAT tu..sebab aku tak pernah dengar pun versi2 lain lagu tu kecuali masa BOB AF2 tu nyanyi PANTUN BUDI..itupun aku tak prasan sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2004 10:36 AM | Show all posts
tqs KOSE sebab attach kan summary pasal info lagu2 dlm album ni...so boleh la buat penilaian sblm beli...berilmu sekali info tuh...tqs again!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2004 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 5-8-2004 10:36:
tqs KOSE sebab attach kan summary pasal info lagu2 dlm album ni...so boleh la buat penilaian sblm beli...berilmu sekali info tuh...tqs again!!!


jgn lupa dapatkan segera..

boleh kita terus berdiskusi tentang album nie..

sekarang nie lagu RAJUK RINDU yg paling aku suka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2004 08:51 AM | Show all posts
sekarang ni aku tengah angau pada lagu

1. AYUH JURAGAN
2. RAJUK RINDU
3. DISEBUT JGN DI KENANG JGN
4. DONDANG DI SAYANG
5. SAMA TAK SERUPA

nak tido jer mesti layan album nie..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2004 10:00 AM | Show all posts
errr...

album ni memang best

aku rasa macam menengok pameran kat muzium aje ~~~ siap ada penerangan lagi ttg setiap 1 lagu

aku terpana kejap menengok covernya

memang best!!!!! no words can explain!!!

kalo album ni masih tak mengubah nasib kak ani, tak tau ler aper nak dikater...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2004 11:44 AM | Show all posts
pelancaran album dan SHOWCASE SAWO MATANG telahpun selamat berlangsung dengan jayanya di MINI MALAYSIA/ASEAn AYER KEROH pada 3-5 SEPTEMBER yg lalu...pelancaran album tersebut telah dirasmikan oleh TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA-DATO' ZAHID HAMIDI...ramai tetamu VVIP yg hadir pada majlis tersebut..

saya juga sempat menyaksikan SHOWCASE SAWO MATANG pada mlm ahad yg lalu...saya tidak perlu risau lagi tentang kemampuan kak ani menyanyikan lagu2nya secara LIVE cuma ada beberapa part pada korus lagu AYUH JURAGAN yg kak ani terlupa liriknya...

persembahan dimulakan dgn penari GERAK BUDAYA menarikan lagu ASMARADANA...selepas itu kak ani muncul dgn lagu ATINE ORAK TAHAN...

suasana menjadi begitu sedih semasa kak ani menyampaikan lagu DISEBUT HGN DIKENANG JANGAN...kak ani baru kehilangan ibu tercinta pd HARI ISNIN 30 ogos yg lepas..menurut kak ani ibunya sempat mendengar lagu fav. ibunya itu..dan arwah ibu kak ani juga sempat memberikan komen2 pd lagu tersebut yg dinyanyikan semula oleh kak ani utk album sawo matang...apabila abang kak ani naik ke pentas menghulurkan tisu , saya tidak dapat menahan perasaan sebak yg menggunung di dada...

persembahan diteruskan dengan lagu PENAWAR RINDU..kali ini kak ani menarik seorang peminat naik ke pentas utk menyanyi bersama...sedap jugak suara peminat tu..hehehe

persembahan utk lagu DONDANG DI SAYANG n ZAPIN BERADAT diiringi oleh penari kanak2 dati TUNAS BUDAYA...anak ke-2 kak ani dan beberapa anak saudara kak ani yg didatangkan dari JOHOR turut menyertai TUNAS BUDAYA...persembahan mrk sungguh menghiburkan..

lagu2 lain yg turut dipersembahkan ialah AYUH JURAGAN(tarian org asli yg memang menarik), RAJUK RINDU , PUTERI LEDANG , ..

david arumugam tidak dpt hadir utk lagu SAMA TAK SERUPA..dan RIZAL(org kuat GERAK BUDAYA) menggantikan david utk berduet dgn kak ani menerusi lagu SAMA TAK SERUPA..

sebelum mengakhiri persembahan kak ani sempat mengajak seorang VIP MELAKA untuk menyanyi bersama...

keseluruhan show tersebut berjalan dgn lancar dan memang menghiburkan...

sebelum pulang kitaorg sempat berbual mesra ngan kak ani...dan kak ani menghadiahkan CD SAWO MATANG utk kitaorg(dah ada pun amik juga)...
dan kitaorg juga mengambil BANNER BESAR SAWO MATANG atas izin kak ani....

kak ani juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi kak ani sehingga masuk top5 AE04 untuk 2 kategori...

jam menunjukkan pukul 11.45 dan kami terpaksa berangkat pulang ke KL...tak berkesempatan utk minum mlm bersama kak ani n suami...

p/s terasa amat berbaloi menjadi fan kak ani..:bgrin::bgrin:

[ Last edited by KoSe on 7-9-2004 at 11:46 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.702637 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list