View: 4521|Reply: 27
|
Sufian Suhaimi tercalon dalam anugerah Herald Global
[Copy link]
|
|
Tahniah EanPenyanyi Sufian Suhaimi tercalon dalam anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global yang akan berlangsung bulan depan di ibu negara.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Sufian Suhaimi tercalon dalam sebuah anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global yang akan berlangsung pada bulan depan di Hotel Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.
Jejaka berusia 27 tahun itu tercalon dalam pencalonan‘Most Admired Leaders of Asia Award 2019’ untuk kategori hiburan.
“Saya terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah untuk Most Admired Leader dalam Asia Award yang dianjurkan oleh Herald Global berpusat di Mumbai, India.
“Pada mulanya mula saya macam tak percaya, ingat itu macam satu scam atau pun spam message yang kita dapat. Tetapi apabila mereka jelaskan semua sekali dengan lebih lanjut, barulah kita yakin,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.
Berita gembira itu sekali gus membuatkan selebriti kelahiran Johor itu seakan tidak mempercayai apabila dirinya tercalon terutamanya sebagi wakil tunggal negara.
“Saya amat berbesar hati sebenarnya apabila dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah di peringkat antarabangsa.
“Selain mewakili negara, saya harap anugerah ini dapat meletakkan nama Malaysia di atas pentas dunia,” jelasnya.
Anugerah Herald Global diadakan bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada individu yang berjaya mengukir nama dalam industri pembuatan, rekaan dan keusahawanan.
Justeru, atas kejayaan mereka, ia sekali gus mampu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meneroka idea baharu, berdepan dengan cabaran yang sukar dan mempunyai aspirasi untuk masa depan yang lebih terjamin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baby pian mennnnnnncoooobaaaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
owh lofake ada jugokkk..kategori apa
|
|
|
|
|
|
|
|
What????????????????????????????aiolzs is speechless... |
|
|
|
|
|
|
|
Hello, Hajah level antarabangsa.
So 5 point di situ.
Baby Pian 1 sebab kat Kuala Lumpur sajo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa drama putus tunang, x ke mana pun mamat ni. Thanks tu elbulu |
|
|
|
|
|
|
|
‘Most Admired Leaders of Asia Award 2019’ Macam mana buleh dek pian terpilih tu uolls? |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi.. nama award mcm award timbang kilo jah |
|
|
|
|
|
|
|
jahzouk bukan tercalon dalam award ni, tapi award dari Monaco ke mana entah...level up sket la
|
|
|
|
|
|
|
|
baca kt BN tajuk misleading betul, dh mcm menang award padahal baru tercalon je
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa lagi calon lain chuols? Apahal pulak si Pian ni boleh masuk tercalon sekali?
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam posting tu takde plak mention calon2 lain. lebih kepada story pasal pian tercalon je.. tajuk dah macam menang award dah.. tak tau la mcm mana boleh tercalon. nama award pon tak penah dengar
|
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah Herald Global diadakan bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada individu yang berjaya mengukir nama dalam “industri pembuatan, rekaan dan keusahawanan”.
BP ni ada business dlm industri pembuatan, rekaan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 5-7-2019 11:37 AM
Anugerah Herald Global diadakan bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada individu yang ber ...
Ada. Pembuatan dan rekaan drama berantai sampai la ke AJL. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by crazybeach at 5-7-2019 07:37 AM
eh pening iols dengan reputz punya ayat nih. sekejap kata pian ni tercalon. lepas tu tulis pian ni penerima anugerah pulak. benda yang sama ke nok? penerima anugerah tu means dah menang lah kan. kalo tercalon tuh belum tahu lagi kan sape pemenang nya.
memula kata tercalon
Penyanyi Sufian Suhaimi tercalon dalam sebuah anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global yang akan berlangsung pada bulan depan di Hotel Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur. Jejaka berusia 27 tahun itu tercalon dalam pencalonan‘Most Admired Leaders of Asia Award 2019’ untuk kategori hiburan. Berita gembira itu sekali gus membuatkan selebriti kelahiran Johor itu seakan tidak mempercayai apabila dirinya tercalon terutamanya sebagi wakil tunggal negara.
eh lepas tu tulis dah jadi penerima anugerah pulak
“Saya terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah untuk Most Admired Leader dalam Asia Award yang dianjurkan oleh Herald Global berpusat di Mumbai, India. “Saya amat berbesar hati sebenarnya apabila dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah di peringkat antarabangsa.
|
|
|
|
|
|
|
|
wartawan yg BM tak past, baby pian yg merana disalahkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih sesuai dan tepat... Love yg patut di calonkan.
Lobenak
aka lovebenak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|