CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 66237|Reply: 45

SEJARAH KUALA LUMPUR

[Copy link]
Post time 16-7-2004 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Mengenai Kuala Lumpur :: Sejarah Kuala Lumpur      




Sejarah Kuala Lumpur


Tidak banyak yang diketahui mengenai zaman prasejarah Kuala Lumpur selain dari penemuan beberapa artifak Neolitik di Gombak dan di Batu caves. Rekod awal menunjukkan yang Kuala Lumpur didiami orang tetapi bilangannya agak kecil. terdapat juga penempatan Orang Asli di sekitar Kuala Lumpur di akhir kurun ke-20

Sejarah pembukaan Kuala Lumpur boleh dikatakan bermula pada pertengahan kurun ke-19. Pada tahun 1857, Raja Abdullah, wakil Yam Tuan yang mentadbir Kelang, meneroka Kuala Lumpur untuk mencari bijih timah dengan dibantu oleh Raja Jumaat dari Lukut dan 87 pekerja Cina. Setelah menghilir Sungai Gombak dan Sungai Kelang, mereka merentas hutan belantara dan menjumpai bijih disekitar Ampang. mulai dari saat itu, Kuala Lumpur terus bergerak dari sebuah perkampungan perlombongan bijih timah menjadi pusat perdagangan yang dapat menarik minat pelabur dari luar.


Kedatangan Yap Ah Loy semasa tahun 1860-an menampakkan pertumbuhan yang lebih pesat sehinggakan pada bulan Mac 1880 pihak Inggeris telah memindahkan pusat pentadbirannya dari Kelang ke Kuala Lumpur. Pentadbiran Inggeris terus mentadbir Kuala Lumpur dengan menjadikannya sebagai pusat bandar yang berwajah baru dengan pelan dan perancangan yang lebih tersusun. Pembangunannya mula dirancang untuk memenuhi keperluan sesebuah bandar yang selesa terutamanya setelah Frank Swettenham menjadi residen Selangor pada tahun 1882. Pembangunan ini lebih mudah dilaksanakan kerana Kuala Lumpur telah beberapa kali musnah akibat kebakaran dan perang saudara.

Bangunan-bangunan pejabat dan rumah kedai bertingkat mula menyerikan wajah Kuala Lumpur pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Rumah-rumah atap sudah hilang dan digantikan dengan bangunan batu-bata. Pada tahun 1887, terdapat 518 buah rumah kedai di Kuala Lumpur dan pada tahun 1894, bangunan berbentuk senibina Islam Moorish mula dibina. Mulai 1885 penduduk Kuala Lumpur kian bertambah, bukan sahaja oleh pedagang-pedagang tetapi juga oleh orang ramai yang mencuba nasib mereka di bandar yang baru dibuka. Kemudahan- kemudahan lain mula dibina seperti pusat rekreasi Taman Tasik Perdana.

Pada tahun 1896, Kuala Lumpur terus berkembang dan menjadi ibu negeri bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, peranan Kuala Lumpur terus menjadi lebih penting sebagai ibu negara baru mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2004 10:47 AM | Show all posts

IMEJ KUALA LUMPUR

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 06:22 PM | Show all posts
Mercu tanda Kuala Lumpur terbakar



Oleh Mohd Azis Ngah




MEI 1973, sebuah kompleks berharga RM10 juta dibuka dan secara tidak rasmi menjadi mercu tanda Kuala Lumpur pada masa itu kerana ia satu-satunya bangunan pencakar langit di pusat bandar raya yang menjadi kebanggaan warga kota.

Kompleks Campbell itu mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat.

Ketika usianya baru mencecah tiga tahun, bangunan itu hangus dijilat api pada 8 April 1976 yang disifatkan tragedi paling besar pada era 70-an kerana pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa hampir 30 jam untuk memadamkan kebakaran itu.

Kejadian dikatakan bermula pada jam 10.30 malam dan api marak sehingga jam 2 pagi di bangunan yang menempatkan 180 kedai serta 20 tingkat bangunan pejabat.

Bangunan itu menempatkan Ibu Pejabat Bank Kerjasama Rakyat, Lembaga Latihan Persijilan Perusahaan Ketukangan Kebangsaan, seksyen akaun Pertubuhan Keselamatan Sosiol (Perkeso).





API merebak memusnahkan seluruh bangunan dan kompleks



Kejadian disifatkan media sama seperti filem ‘ The Towering Inferno ’ yang mendapat sambutan hangat di pawagam ketika itu.

Seorang peniaga, Yap Leong Hoem, 59, maut selepas terjun dari tingkat dua kompleks berkenaan manakala lebih 1,000 orang hilang pekerjaan - antaranya pekerja Emporium Campbell, pejabat, gerai kompleks, kedai pakaian, alat solek, kedai kasut, kedai rekod dan syarikat pelancongan.

Kebakaran itu mula disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat dua kompleks selepas ternampak kepulan asap keluar daripada sebuah kedai batik kira-kira jam 10.45 malam dan asap mula menyelubungi seluruh tingkat berkenaan.

Ketika itu, kebanyakan kedai di situ sudah ditutup kerana hanya beroperasi sehingga jam 10 malam setiap hari.
KEADAAN bangunan 20 tingkat sehari selepas kebakaran.

Mangsa yang terkorban, Yap Leong Hoem, dikatakan berada di tingkat dua dan terlalu panik menyebabkannya membuat pilihan nekad dengan terjun bangunan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Enam lagi termasuk wanita yang berada di kelab malam di tingkat lima turut pengsan kerana terhidu asap tebal.

Pasukan bomba mula memasuki bangunan dengan memakai topeng gas serta membawa tangki oksigen untuk menyelamat dan memadam kebakaran tetapi usaha awal mereka selama dua jam tidak begitu berhasil.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut membantu mengawal keadaan dan Jalan Campbell mula ditutup kepada orang ramai bagi memudahkan usaha mengawal dan memadam kebakaran.

Wartawan Berita Harian yang membuat liputan kebakaran, Muhammad Sharom Suboh bersama dua rakan setugas, Halim Majid dan Ali Mansor menyifatkan kejadian itu amat menggerunkan tetapi memberi banyak pengalaman serta pengajaran.

“ Kami dapat menyaksikan api merebak dari satu tingkat ke satu tingkat lain. Satu demi satu tingkat hangus, kaca pecah dan berterbangan. Orang ramai memenuhi segenap penjuru kawasan sekitar untuk melihat sendiri kebakaran.



- Berita Harian -

Last edited by HangPC2 on 28-2-2013 01:52 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 01:00 PM | Show all posts
yap ah loy...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 01:03 PM | Show all posts
yap ah loy...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 12:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2008 02:19 PM | Show all posts
Cable Car Bukit Nanas











Stadium Merdeka








Taman Tengku Abdul Rahman








Maktab Penguruan Bahasa @ DBP







Sources : http://flickr.com/photos/striderv/sets/72157607761593584/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 06:28 PM | Show all posts
kl dari zaman 60an lagi dah jem ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 02:52 PM | Show all posts
Bila dan siapa sebenarnya yang membuka Kuala Lumpur masih menjadi soalan yang terbuka.


Pada mulanya dikatakan Yap Ah Loy yang telah mengasaskan Kuala Lumpur. Yang pasti bukan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur kerana dia adalah Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga. Kalau ada orang Cina yang layak dipanggil pengasas Kuala Lumpur tentulah dianya Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama.

Dalam pusingan kedua, Raja 'Abdu'llah diiktiraf secara rasmi sebagai 'pengasas sebenar' Kuala Lumpur. Raja 'Abdu'llah yang dikatakan raja Melayu itu sebenarnay adalah raja Bugis dari Riau.

Sebelum Raja 'Abdu'llah dan Raja Juma'at membuka kelian bijih timah di Ampang pada 1857 dengan pertolongan kuli-kuli Cina upahan mereka, Sutan Puasa sudahpun tinggal dekat dengan Ampang.

Malah menurut Raja Yacob yang bermarga Nasution, pengarang Tarikh Raja Asal dan Keluarganya, orang-orang Mandailinglah yang membuka Ampang diketuakan pada awalnya oleh Raja Bernang dan akhirnya Raja Banding.

Ini masuk akal kerana pada ketika itu, penduduk yang tinggal di pendalaman negeri Selangor adalah orang-orang dari Sumatra. Orang-orang Mandailing dan Batu Bara meneroka kawasan pendalaman Hulu Kelang kerana orang-orang Bugis dan Melayu sudah menetap di pesisiran pantai sebelum kurun ke-19 lagi.

Semasa kawasan pelombongan dibuka di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur, orang-orang Mandailinglah yang berkelian bijih timah di situ, di samping membuat relau, membeli timah dan berniaga. Raja-raja Bugis memungut cukai dari orang-orang Mandailing di pengkalan-pengkalan sungai.

Malah nama "Ampang" itu sendiri mungkin diambil sempena ampangan yang dibina oleh orang Mandailing dalam kerja-kerja berkelian timah. Air dipakai untuk mengeluarkan bijih dari karang.

Ketika Sutan Puasa di Ampang, anak raja Mandailing itu berurusan dengan pedagang Tionghua Hiu Siew dan rakannya Ah Sze Keledek dari Lukut. Kedua-dua pedagang Tionghua suku Haka itu kemudian pindah ke Ampang setelah diberitahu oleh Sutan Puasa bahawa mereka boleh cepat mengaut untung di Ampang.

Setibanya di Ampang, mereka memilih tempat sebatu jauhnya dari pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang sebagai tapak kedai mereka. Ini berlaku kira-kira pada 1859. Muara kedua-dua sungai itulah kemudiannya dipanggil Kuala Lumpur - berlumpur barangkali kerana kerja-kerja berkelian bijih timah di ulu sungai-sungai tersebut.

Jelaslah bahawa Sutan Puasa, Hiu Siew dan Ah Sze Keledek memainkan peranan dalam pembukaan Kuala Lumpur. Hiu Siew kemudiannya menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama dengan sokongan Sutan Puasa.

Sebagai "the leading Sumatran trader of Kuala Lumpur" (pedagang utama anak-anak Sumatra di Kuala Lumpur Sutan Puasalah yang memperkenalkan Hiu Siew dan Ah Sze Keledek kepada pengusaha-pengusaha timah Sumatra di Kuala Lumpur.

Penabalan Yah Ah Loy

Sutan Puasa dan Raja Asal adalah "sahabat baik" dan "sahabat karib" dan rakan perkongsian Yap Ah Loy. Apabila Yap Ah Loy dipilih menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga, Sutan Puasa memberi sokongannya. Istiadat keramaian yang meriah telah diadakan untuk mengiktiraf perlantikan Yap Ah Loy, dan upcara penabalannya disempurnakan oleh Raja Mahdi, seorang raja Bugis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.091206 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list