CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mok_nik

Hutan Hujan Tropika Di Malaysia Dan Kepentingannya

[Copy link]
 Author| Post time 25-7-2004 01:11 PM | Show all posts
]Antara matlamat-matlamat penubuhan hutan lipur adalah seperti berikut:-

1- Menyediakan tempat-tempat untuk kemudahan beristirahat di dalam hutan seperti tempat berkelah dan pemandangan jauh (look-out), taman-taman rekreasi dan kawasan-kawasan semulajadi yang indah kepada orang ramai terutamanya kepada setiap golongan masyarakat;

2-Melahirkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengekalkan keaslian alam sekitar khususnya hutan supaya terpelihara demi kesejahteraan kehidupan mereka;

3-Meninggikan prestasi individu menerusi pembebasan fikiran daripada tekanan kesibukan kerja-kerja harian dan juga suasana persekitaran yang tidak tenteram terutamanya di bandar-bandar besar;

4-Memberi peluang dan dorongan untuk menjelajah di kawasan-kawasan hutan sambil menikmati keindahannya melalui penyediaan denai-denai hutan, kemudahan aktiviti-aktiviti mendaki gunung, bersampan serta lain-lain aktiviti yang berbentuk aktif;

5-Berperanan sebagai menambah kepada kawasan-kawasan penyelidikan yang sedia ada, sesuai dengan keasliannya yang terpelihara dan;

6-Menambah kawasan yang boleh menarik lebih ramai pelancong yang berkunjung ke negara yang mana hasilnya akan menolong dalam peningkatan ekonomi negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2004 01:19 PM | Show all posts

Hutan Lipur Air Terjun Temurun Di Kedah

Hutan Lipur Air Terjun Temurun terletak di Hutan Simpan Machinchang Langkawi. Sungai Temurun mempunyai air terjun yang menarik dengan ketinggian 30 meter, sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Kemudahan yang disediakan adalah beberapa kemudahan rekreasi seperti wakaf dan kemudahan awam untuk mandi, trekking dan bersiar-siar. Disamping itu terdapat satu denai hutan yang menghubungkannya ke Hutan Lipur Pasir Tengkorak.

Terdapat juga denai hutan sepanjang 3 km yang mengelilingi hutan lipur ini. Tumbuhan utama ialah Meranti langgong, Meranti tembaga, Meranti seraya dan Palma.


Hutan Lipur Tasik Pedu

Hutan Lipur Tasik Pedu ini terletak di Hutan Simpan Pedu yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga terletak berhampiran dengan pintu limpahan air Empangan Pedu serta melalui jalan yang sama menuju ke Pusat Peranginan Tasik Pedu. Terdapat pelbagai flora dan fauna juga dapat ditemui di hutan lipur ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2004 01:23 PM | Show all posts

Hutan Lipur Air Keroh

Hutan Lipur Air Keroh yang terletak 11 km dari pusat Bandaraya Melaka melalui Jalanraya Air Keruh ke Bandaraya Melaka. Ia adalah terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Antara tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini adalah pokok-pokok seperti Kempas, Keruing, Meranti, Jelutong, Tampoi, Kedondong, Petai dan Pokok Melaka. Keunikan hutan lipur ini ialah pengunjung dapat melihat pemandangan pelbagai tingkat silara pokok melalui titian silara yang merentangi hutan sepanjang 250 meter pada aras ketinggian 15 meter dari atas tanah.



Hutan Lipur Durian Perangin

Hutan Lipur Durian Perangin terletak dalam Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi Lokasi hutan lipur ini disempadani oleh beberapa kawasan perkampung dengan dusun buah-buahan milik penduduk tempatan. Tarikan utama Sungai Perangin yang mempunyai 14 peringkat air terjun dan batu-batannya yang unik. Ianya sesuai untuk berkelah, berehat dan berekreasi.

Tumbuhan utama di kawasan ini ialah Rengas, Merpauh periang, Melunak, Meranti temak, Meranti jerit, rotan dan palma. Terdapat denai hutan ke puncak Gunung Raya dan ke Hutan Lipur Lubuk Sembilang.

Hutan lipur terdapat pelbagai jenis fauna seperti monyet, tupai, burung, mamalia kecil, reptilia dan serangga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2004 01:38 PM | Show all posts
PAKU-PAKIS DALAM UBATAN TRADISIONAL

1- LYCOPHYTA / LEPIDOPHYTA(AKAR RU)

Ciri-ciri

1- Rizom melekat pada kulit kayu tumbuhan besar khasnya di tempat batang tersebut bercabang

2- Dari rizom ini akan keluar cabang udara yang tergantung ke arah bawah sebagai bandul dan bercabang dua atau tiga kali

3- Daun kecil tersusun rapat menutupi permukaan cabang udara tadi

4- Sporangiumnya terkumpul di hujung cabang-cabang membentuk suatu struktur yang dinamakan strobilus

5- Setiap sporangium terletak di antara ketiak daun dengaan paksi cabang

6-Ukuran daun pada strobilus ini adalah lebih kecil daripada daun steril pada bahagian cabang lain


Penggunaan Dalam Pengubatan Tradisi
Sebagai ubat penyubur rambut

daun dan batang direbus dengan air sampai lembut, dihancur dan kemudian disaring
air saringan diguna sebagai pencuci rambut ketika mandi

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2004 10:36 PM | Show all posts
salam..
bila saya skim thru , bagus lah thread ini. cuma boleh tak bubuh sekali layer hutan hujan tropika ikut ketinggian sbb kalau tak salah saya tumbuhan adalah berbeza pada sesuatu peringkat ketinggian.

[ Last edited by mbhcsf on 25-7-2004 at 10:37 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 01:11 PM | Show all posts
w.salam

memang betul..tumbuhan berbeza mengikut ketinggian yang berbeza

mok nik harap agar forumers lain juga tambah2....kita berkomgsi ilmu...

ok untuk itu mok nik akan buat pengkelas hutan secara umum dahulu, sebelum deatil kepada pengkelas hutan hujan tropika.

Pengkelasan hutan secara umum boleh dilihat berdasarkan rajah dibawah:


Pengelasan hutan ini juga boleh dikategorikan mengikut perubahan ciri-ciri altitud, komposisi flora, habitat, iklim, tanah dan biotik. Pengelasan yang ditetapkan adalah seperti berikut:-

(I) Hutan Paya Laut
Hutan ini terletak di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut.150M dari paras laut. Spesies utama ialah Bakau.

pokok bakau


(ii) Hutan Paya Gambut
Hutan ini terletak di belakang hutan paya laut menghala ke darat dengan tanah gambut dan airnya yang kurang masin. Spesies yang terdapat di kawasan ini ialah Meranti.

meranti

(iii) Hutan Dipterokarp Pamah
Hutan ini terletak di ketinggian 300 meter a.p.l. yang mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.

(iv) Hutan Dipterokarp Bukit
Hutan ini terletak di ketinggian antara 300 - 750 meter a.p.l. yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia. Spesies utama ialah Seraya, Keruing dan Meranti.

seraya

(v) Hutan Dipterokarp Atas
Hutan ini terletak di ketinggian 750 - 1,200 meter a.p.l. yang mengandungi terutamanya spesies Meranti bukit Dan Damar minyak.

meranti bukit

(iv) Hutan Montane - Oak
Hutan ini terletak di ketinggian 1,200 - 1,500 meter a.p.l. yang kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Mempening, Berangan, Damar minyak dan Podo.

(vi) Hutan Ericaceous - Gunung
Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l. yang mengandungi spesies pokok bersaiz kecil, bengkok dan rendah seperti Kelat, Periuk kera dan berbagai jenis belukar, buluh, resam, paku pakis dan lumut.


periuk kera
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2004 01:28 PM | Show all posts
HUTAN HUJAN TROPIKA SEBAGAI SUMBER TUMBUHAN UBAT-UBATAN

Hutan tropika merupakan semula jadi yang terbesar untuk perubatan moden. Sebanyak 150 000 daripada 250 000 spesies tumbuhan berbunga yang diketahui di dunia berasal dari kawasan tropika. 35 000 spesies terdapat di Asia Tenggara dan 8 000 daripadanya terdapat di Malaysia. 6 000 daripada spesies tumbuhan berbunga di Asia Tenggara ini mempunyai nilai perubatan.

Di India, terdapat 18 000 spesies tumtuhan berbunga, 2 500 daripadanya digunakan untuk tujuan perubatan. Di Filipina pula, terdapat 9 000 spesies tumbuhan berbunga dan 900 daripadanya memenuhi keperluan kesihatan. Di Jawa, 200 daripada 4 598 spesies tumbuhan berbunganya digunakan sebagai ubat

Di antara contoh tumbuh-tumbuhan ubatan moden yang berasal dari hutan hujan tropika dan kegunaannya ialah :


1-kuinin (Cinchona officinalis)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 01:40 PM | Show all posts
Selain daripada itu, hutan hujan tropika juga telah menjadi sumber ubatan tradisional kepada masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 70% - 80% dari penduduk dunia masih lagi bergantung kepada sistem perubatan tradisional di dalam penjagaan kesihatan asas.

Di China misalnya, perubatan tradisional yang banyak menggunakan sumber flora sudah mengakar lebih dari 5 000 tahun. Di India, dengan ayurvediknya, sejumlah 8 000 herba sudah dikenal pasti berupaya mengubat pelbagai penyakit berabad lamanya.


Bagi kaum Melayu misalnya, menggunakan akar susun kelapa (Tabernaemontana divaricata), akar melur (Jasminum sambac), bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), dan ubi bemban (Maratha arundinacea) untuk merawat kanser.


akar susun kelapa



akar melur



bunga raya



ubi bemban

[ Last edited by mok_nik on 26-7-2004 at 12:46 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2004 02:13 PM | Show all posts
Terdapat juga tumbuhan berikut telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit. Antaranya ialah :

1-senduduk  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:27 PM | Show all posts
5-Tongkat Ali
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2004 04:09 PM | Show all posts
mok nik... uwaaaaaaaaaa nak balik mesiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :cry:

TQ for your info mok nik:tq: sangat berguna.. rasa windu sangat kat cuaca mesia.. harap2 la eva tak sakit kalau balik nanti..

mengenai hutan tropika nie, memang sangat misteri. byk ubat terdpt kat hutan tropika nie..

eva ada pengalaman berjalan dr pokok ke pokok dlm hutan tropika.. seram sejuk sbb tinggi sangat :gila:
Reply

Use magic Report

zaliinun This user has been deleted
Post time 1-1-2005 11:31 PM | Show all posts
Alhamdulillah kerana bumi Malaysia kaya dengan floranya.... namun khazanah yang begini berharga belum lagi diterokai sepenuhnya oleh kita, anak buminya... kita lebih kenal tumbuhan yang dibawa masuk dari luar memandangkan adanya rujukan tentangnya... tetapi tumbuhan kita sendiri terutamanya spesis hutan, masih banyak yang kita tidak tahu memandangkan kurangnya bahan rujukan.  Dengan bilangannya yang semakin mengurang mungkinkah anak cucu kita nanti dapat melihat bagai mana rupa pokok Sintok? Begitu jua pokok Melaka, Mertajam, Petaling, Merlimau dan Dungun?  Di mana boleh mereka lihat pokok  Bayas, Palas, Dedalu dan tualang?  Masih bolehkah mereka menggunakan damar dari pokok damar lagi? Atau tahukah mereka apa yang boleh mereka gunakan pada tumbuhan tersebut?  Jadi... apakah ikhtiar kita?  Melombong ilmunya... atau... biarkan ianya luput ditelan waktu......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by zaliinun at 1-1-2005 11:31 PM:
Alhamdulillah kerana bumi Malaysia kaya dengan floranya.... namun khazanah yang begini berharga belum lagi diterokai sepenuhnya oleh kita, anak buminya... kita lebih kenal tumbuhan yang dibawa masu ...



salam

korang ni ade ke yang berminat dalam bab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 03:50 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by TheOne at 16-2-2005 01:17 PM:



salam

korang ni ade ke yang berminat dalam bab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 10:43 AM | Show all posts
mok_nik tolong carikan gambar sebenar bunga dan pokok ketam guri. pernah dengar... tapi tak pernah tengok. Ianya lazim digunakan sebagai motif ukiran kayu. timaceh in advance

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 25-7-2004 01:38 PM:
PAKU-PAKIS DALAM UBATAN TRADISIONAL

1- LYCOPHYTA / LEPIDOPHYTA(AKAR RU)

Ciri-ciri

1- Rizom melekat pada kulit kayu tumbuhan besar khasnya di ...



seronok tgk pos mok_nik nih...sejuk mata tgk...hm..mmg mok_nik nih seorg pencinta laam...dah la suka travel n suka gak...pokok2 nih.....best kan..:love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2005 03:30 AM | Show all posts
Originally posted by kitul at 17-7-2005 09:43 PM:
mok_nik tolong carikan gambar sebenar bunga dan pokok ketam guri. pernah dengar... tapi tak pernah tengok. Ianya lazim digunakan sebagai motif ukiran kayu. timaceh in advance


mok nik try search kat google..tak adala pokok ni..jenuh mencari
tapi kalau Pokok Lemak Ketam ada, Nama sains : Parsonsia helicandra

nie gambarnya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2005 03:37 AM | Show all posts
TUMBUH-TUMBUHAN DI MALAYSIA YANG MEMPUNYAI NILAI PERUBATAN TRADISIONAL

1. Pokok Tapak Kuda

Pokok Tapak Kuda merupakan pokok yang merayap. Daunnya ringkas dan berbentuk seperti tapak kuda. Daunnya disusun bertentangan. Bilangan bunga adalah 1 hingga 3 pada satu tangkai yang panjangnya 1.3cm. Korala bentuk serombang dan berwarna ungu. Ia mempunyai kapsul.

Pokok tapak kuda biasanya tumbuh di kawasan pantai berpasir



Kegunaan

Pokok Tapak Kuda boleh mengubati bisa-bisa badan. Beberapa helai daun dicampur dengan 6 jenis ramuan lain iaitu Blumea balsamifera, Justicia gendarussa, cerek-cerek, serai wangi, tulang-tulang dan lengkuas serta rebus ramuan tersebut. Air rebusan tadi dibuat untuk mandi.

Selain itu ia berfungi untuk merawat wanita yang telah bersalin. Daun pokok tapak kuda bersama-sama daun Justicia gendarussa dan daun inai direbus dan airnya buat mandi.

Daunnya dapat melegakan sakit lutut. Daunnya direndam dalam air panas dan diramas bersama daun Crinium asiaticum dan daun pisang batu. Selepas itu, air rebusan disapukan pada lutut. Pokok tapak kuda juga dapat mengurangkan demam panas dengan daunnya diramas dalam air dan jeram kepala untuk menghilangan panas badan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2005 03:39 AM | Show all posts
2.  Pokok Teh Tempuyung

Pokok teh tempuyung adalah sejenis pokok herba. Bentuknya berupa herba tegak, batangnya bulat. Batangnya mengeluarkan getah sekiranya dipotong. Daunnya berwarna hijau dan setengahnya berwarna ungu dan bersaiz antara 15 hingga 50cm panjang dan 3 hingga 12cm lebar. Tinggi pokok mencapai 2 meter. Pada masa muda, bunganya berwarna kuning cerah tapi menjadi merah keperangan bila matang.

Pokok Teh Tempuyung tumbuh di pinggir-pinggir sungai atau cela-cela batu kebun ataupun di tembok-tembok rumah. Ia merupakan tanaman liar.



Kegunaan

Pokok Teh Tempuyung dapat mengubati penyakit kencing manis dan batu ginjal. Daunnya perlu dicelup dalam air panas dan meminumnya setiap hari. Kandungan kimia seperti kalium dan magnesium yang ada pada pokok ini dapat menghancurkan batu dalam ginjal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2005 03:47 AM | Show all posts
3. Mertajam

Pokok mertajam mencapai ketinggian antara 5 hingga 12m. Daun pinat dan 4 hingga 6 pasang. Saiznya besar iaitu lebih kurang 5cm dan mempunyai reramput halus serta peruratan pinat. Bunganya berwarna putih, bentuknya bulat dan berpetal 4. Buahnya kecil, berwarna kuning semasa muda dan bertukar menjadi merah dan kundang gelap bila matang.

Pokok mertajam tumbuh meliar di sekitar kampung.



Kegunaan

Pokok mertajam mempunyai pelbagai kegunaan. Ia digunakan untuk merawat kudis. Pucuk dan daun dikunyak, campur sedikit air dan sembur di tempat kudis. Cara ini perlu diulangi 2 hingga 3 kali sehari selepas mandi.

Daun mertajam bersama daun jering dilupar di tapak tangan hingga hancur. Sapu hancuran itu di sendi yang terasa sengal. Ia akan mengurangkan sakit sendi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073425 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list