CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HARRIER28

LA HIJA DEL JARDENIRO [THE GARDENER'S DAUGHTER][MARIANA OCHOA y CARLOS TORRES]

[Copy link]
Post time 22-1-2005 01:00 PM | Show all posts
semalam kak liza tak dapat tenguk citer ni..
kena p rumah kawan..dia jemput raya...

nasib baik ada jumpa sinopsis di tenet..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2005 09:49 AM | Show all posts
heheh..suka kak liza...yg ni pon mesti suka...

ada SIFU sanggup bahsa telenovella kita ni...
saya promote kat bod ni...ramai peminat kan...
so apa lagik kengkawab...cuba la...
cek link ni...baru je ni bukak...

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=144385&fpage=1
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2005 05:49 PM | Show all posts
Sorilah frens.
Sekali baca mmg conpuse abis.
Kenalah baca berkali-kali baru bole faham.
Consolation tu...er, tak silap I, Consuelo kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2005 06:05 PM | Show all posts
kak liza fenin baca dalam BI..
so kak liza tetap mennten BM gaklah..
dah tua ni otak malas fikior sikit....:lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 02:15 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 23-1-2005 06:05 PM:
kak liza fenin baca dalam BI..
so kak liza tetap mennten BM gaklah..
dah tua ni otak malas fikior sikit....:lol

SEtuju beno dengan tang last line you tu.
Tgk tv sekadar hiburan.
Tapi bila disuruh perah otak, aduhhhh!
Terima kasih jer leee......
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 03:50 PM | Show all posts
Jumaat 21 Januari 2005

Luis Aljenador mula mencari Marissa.
Carlos Eduardo memberitahu Xochilt bahawa Alfredo baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan ia berjaya.
Pedro memberitahu Luisa Fernanda bahawa Alfredo terlibat dalam kemalangan dan itu menjadi punca mengapa dia tidak menghadiri majlis perkahwinannya sendiri

Vanessa y Luisa Fernanda pergi ke hospital.
Pedro memberitahu Marissa bahawa dia akan melakukan apa sahaja unutk Marissa.
Luis Alejandro sedang menanti Marissa dirumah dan menghalau Rosario. Carlos Edaudro memaklumkan keadaan kesihatan Alfredo.
Xochilt menghampiri Luisa Fernanda dan menyalahkannya atas apa yang menimpa Alfredo.
Consuelo merancang untuk menghalau Vanessa tetapi Heriberto memintanya agar tidak menghalau anak gadisnya.
Rigoberta diberitahu bahawa keadaan Don Fernando semakin pulih.

Lupe marah Cesar yang teringin mengetahui dan mengenali siapakah ayah kandungnya.
Jennifer memberitahu Carol bahawa Alfredo terlibat dalam kemalangan dan berkemungkinan menjadi lumpuh.
Xochilt masih mamarahi Luisa Fernanda atas kemalangan yang menimpa buah hatinya, Alfredo.
Daniel tiba di hospital.
Marissa naik marah dengan sikap Luis Alejandro yang mahu bergaduh dengan Pedro.
Joaquina memberitahu Pedro bahawa Luis Alejandro ada mencari Luisa Fernanda di rumah mereka.

Rigoberta mendesak Consuelo agar memberitahu Don Fernando tentang cucu yang dicarinya selama ini iaitu Luisa Fernanda dan mereka berbincang. Luisa Fernanda menangisi keadaan Alfredo.
Dia cuba meyakinkan Alfredo bahawa mereka akan tetap meneruskan perkahwinan mereka.
Carlos Eduardo adalah orang yang paling terluka setelah mendengar kata-kata Luisa Fernanda itu.
Marissa akhirnya mengakui dia juga menyintai Pedro.
Rosario cuba untuk membantu menyelesaikan masalah percintaan antara Luisa Fernanda dan Carlos Eduardo.

V韈tor menasihatkan Xochilt agar terus berjuang untuk memenangi hati Alfredo.
Pancho memberitahu Pedro bahawa Susana telah mengetahui tentang hubungannya dengan Marissa.
Rigo dan Consuelo tiba setelah mereka berbincang untuk memberitahu hal yang sebenar

Alfredo pulih seperti sediakala.
Ordonez memberitahu Lupe bahawa anaknya Cesar berhak untuk mengetahui dan mengenali siapakah ayah kandung.
Marisa akhirnya memutuskan untuk tidak memaksa Carlos Eduardo untuk mengambil-alih pengurusan bank Metropolitan kerana dia menyedari minat dan bakat anaknya lebih cenderung kepada bidang perubatan.
Dengan itu, Marissa memutuskan bahawa orang yang layak menerajui tampuk pentadbiran Bank Metropolitan adalah dirinya sendiri.

Alfredo begitu gembira dengan sikap Xochilt yang mahu terus menjaganya. Jennifer menasihati Luis Alejandro untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan kembali cinta Marissa, dan ini akhinya Luis Alejandro memberitahu bahawa Marissa menyintai Pedro, si tukang kebun.
Dari segi undang-undang Pedro berhak dalam pengambilan anak angkat keatas Salvador.
Consuelo memberitahu Rigoberta bahawa dia mahu berbincang dengan ayahnya sendirian untuk memberitahu keadaan sebenar sedangkan hakikatnya dai merancang untuk membunuh ayahnya .
Pada masa itu, muncul Luisa Fernanda.

Carlos Eduardo begitu terkejut bila diberitahu Jennifer bahawa iunya Marissa menyintai Pedro Perez Nuevamente.
Luis Alejandro tiba di rumah Pedro dan mereka bergaduh.
Daniel terpaksa meleraikan pergaduhan antara Pedro dan Luis Alejandro.
Don Fernando mahu bertemu dengan Luisa Fernanda dan memberitahunya bahawa ia merupakan satu kesilapan yang besar seandainya Luisa Fernanda meneruskan perkahwinan itu.
Carlos Edaurdo menerima untuk tinggal di rumah baru bersama Jennifer. Marissa memberitahu Carlos Edaurdo adalah elok untuk Carlos Eduardo bertugas semula di hospital dan dia akan mengambil alih jawatan presiden Bank Metropolitan.
Alfredo terkejut bila mendapat tahu Xochilt berdepan dengan Luisa Fernanda demi mempertahankan cintanya.

Doktor Serrano memberitahu Alfredo bahawa dia akan meluangkan masa yang lama untuk menggunakan kerusi roda.
Rigo bertanykan Consuelo adakah dia telah memberitahu perkara sebenar kepada ayahnya dan seperti biasa,
Consuelo berdalih. Pedro mengakui kepada Luisa Fernanda tentang perasaan cintanya kepada Marissa.
Carlos Eduardo juga bertanyakan hal yang sama kepada ibunya adakah dia sedang bercinta dengan ayah Luisa Fernanda. Marissa menjawab ya dan Carlos Eduardo memeluk ibunya dengan penuh emosi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2005 04:16 PM | Show all posts
Isnin 24 Januari 2005

LA meminta Conuselo untuk menemukannya dengan LF.
CE menawarkan diri untuk menemani Marissa pergi ke rumah Pedro untuk bertemunya.
Pedro akhirnya mengakui kepada anaknya LF bahawa dia memang menyintai Marissa.
LF bimbang jika ayahnya terlalu mengharap akan hubungan dengan Marissa.
Akhirnya, DF semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumahnya.

LA menelefon Conuselo unutk pergi segera ke hotel atas beberapa perkara.
Ordonez berusaha unutk menenagkan Lupe setelah mengetahui bahawa Cesar teringin sangat untuk mengetahui dan mengenali ayahnya selam ini. Ordonez akhirnya meluahkan rasa cintanya terhadap Lupe dan berjanji bahawa dia tidak akan meninggalkan Lupe bersendirian.
Consuelo tiba di hotel dimana dia bakal bertemu dengan LA yang memintanya untuk menghubungi LF kerana LA mahu berbual dengan anak gadisnya itu.
Marissa dan Pedro memutuskan untuk keluar bersama.
LF bimbang akan reaksi CE yang lebih banyak menenangkannya.
Conuselo menghubungi LF dan memintanya datang segera ke hotel dengan alasan dia mahu berbual dengan LF.
LF menolak unutk bertemu dengan Consuelo yang menemani LA.
Consuelo meminta LA agar tidak memberitahu LF tentang wasiat itu.

Marisa dan Pedro pergi minum di sebuah bar La Enramada, dimana Susana juga ada disana yang berasa begitu cemburu melihat kelibat Marissa dan Pedro bersama.
Daniel cuba unutk memberitahu Alfredo bahawa jika dia meneruskan perkahwinan itu hanyalah disebabkan LF merasa simpati akan keadaanya dan tidak lebih dari itu.
LF dan CE bersendirian di rumahnya.
CE menawarkan diri untuk menyediakan makan malam.
Jennifer semakin hilang harapan sedang menanti kepulangan CE.
Akhirnya, CE berpeluang untuk menghabiskan masa bersama LF dan dia tidak pernah jemu dan putus asa meluahkan perasaan cintanya yang semakin mendalam terhadap LF.

LA mengakui perkara yang sebenarnya kepada LF.
LF menolak apabila CE mahu mencunbuinya dan meminta agar mereka berdua cuba unutk menghormati pasangan masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 04:37 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 24-1-2005 04:16 PM:
Isnin 24 Januari 2005

LA meminta Conuselo untuk menemukannya dengan LF.
CE menawarkan diri untuk menemani Marissa pergi ke rumah Pedro untuk bertemunya.
Pedro ...

Wah Liza!
You ni efisyennyer!
Baru 10 minit cerita habis, dah buat summary.
Anyway, keep up the good work.
:clap::clap::clap:
Nice job!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2005 04:51 PM | Show all posts
Hmm...
Rasa kelakar lak tengok org tua2x bercinta.
Tapi kira ok gaklah.
Jennifer dah macam nak tersembul biji mata dia everytime dia dengar nama LF.  Hai..., dah macam orang kena trauma LF lak!
Phobia lah tu!
Yg kelakar lak, si Ordonez dgn si Lupe.  
Naper tetiber jer boleh jatuh cinta.  Macam tak real pulak aku tengok.
Hish!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 05:27 PM | Show all posts
Kalau dah minta..adap TV sungguh..
bersembang pun waktu iklan jer...:lol

kak liza kesian kalau ada yg tertinggal citer ni..
tu yyg cepat antar ulasan/kisah telenovela ni..

kalau kita ikuti citer dari awal  memanglah nampak..
Jennifer tu trauma sungguh nama LF..

manakala kisah cinta Ordenez dan Lupe tu memang dah nampak dari awak yg Ordenez minat kat dia..rasanya sejak Amelia mati tu..

tapi cinta oran tua ada sopan sikit jika banding ngan cinta orang muda tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 24-1-2005 05:27 PM:
Kalau dah minta..adap TV sungguh..
bersembang pun waktu iklan jer...:lol

kak liza kesian kalau ada yg tertinggal citer ni..
tu yyg cepat antar ulasan/kisah tel ...

:bgrin::bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2005 04:16 PM | Show all posts
Selasa 25 Januari 2005

LF menolak apabila CE mahu mencunbuinya dan meminta agar mereka berdua cuba unutk menghormati pasangan masing-masing.
Jennifer masih menanti CE unutk tiba dirumah mereka .
Cesar cuba unutk menenangkan ibunya Lupe bahawa dia tidak akan meninggalkan ibunya biarpun sekarang dia telahpun mengenali siapakah ayah kandungnya.
Consuelo memberitahu Rigoberta bahawa LA akan memberitahu perkara yang sebenar kepada LF.
Armando mencari Lucero bagi meminta bantuan untuk mencari dan bertemu dengan adiknya LF setelah mengetahui perkara sebenar.
Alfredo mula mmebuat andaian bahawa Luisa FF tidak mahu bersamanya kerana hanya mahu bersama dengan CE.
Pedro dan Marissa akhirnya mengumumkan bahawa mereka adalah sepasang kekasih.
CE memberitahu DF bahawa hubunganya dengan LF adalah sesuatu yang mustahil setelah banyak halangan dan apa yang telah berlaku.
Jennifer mahukan sebuah rumah yang baru untuknya dan CE.
LF datang untuk bertemu dengan Consuelo dan dia begitu marah bila mendapati LA juga ada bersama.
Tetapi LA cuba untuk menenangkan keadaan dan akhirnya memberitahu LF bahawa dia adalah ayah kandungnya.
Sebaliknya LF tidak percaya dan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan LA bahawa lelaki durjana itu adalah ayah kandungya.
DF meminta agar CE berusaha unutk memperjuangkan cintanya terhadap LF dan bukanya melepaskannya ke tangan Alfredo ataupun orang lain.
Alfredo akhirnya mula percaya bahawa LuF setuju untuk mengawininya disebabkan rasa terhutang budi dan bukanya keraan cinta seperti mana cinta LF terhadap CE.
Pedro cuba unutk menenangkan Alfredo.
LA memberitahu LF mengapa dia meninggalkan ibunya Amelia dan dia tidak mahu mengakui akan anak yang kandung oleh Amelia suatu ketika dahulu.
LF keluar dari bilik hotel tersebut sambil menangis.
LF akhirnya pergi ke taman dimana tempat dia dan CE selalu bertemu sewaktu mereka masih bercinta dahulu dan dia mula teringat akan kata-kata ibunya bahawa Pedro bukan ayah kandungnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2005 04:15 PM | Show all posts
Rabu 26 Januari 2005

LuF mencari mak ciknya Jiaquina unutk bertanaykan tentang rahsia yang disembunyikan darinya untuk sekian lamanya.
Pedro meminta persetujuan CE untuk merestui hubungannya dengan Marissa.
Mujica menyerahkan beberapa keeping dokumenpenceraian kepada LA , tetapi dia menolak untuk menandatangni surat pencerain tersebut.
Consuelo memberitahu Rigoberta bahawa LA sudah memberitahu perkara yang sebenar kepada LF.
Jennifer diberitahu bahawa pemilik rumah yang diidamkannya tidak mahu menjual rumah tersebut kepadanya untuk menjadi rumah idamnnya dengan CE.
LF bertanyakan ayahnya Pedro dan memintanya unutk memberitahu perkara sebenar tentang hubungannya dengan LA.
LF menangis setelah mengetahui perkara sebenar dari ayahnya Pedro.
Malah Pedro memberitahu tentang apa yang pernah berlaku antara LA dan Amelia.
LF memutuskan untuk tidak mengakui LA adalah ayah kandungnya setelah apa yang pernah dilakukan oleh LA terhadapnya.
LA menolak untuk menandatangani surat penceraian dengan Marissa .

Armanod meminta Vanessa untuk membantunya mencari adiknya LF dan teringin memberitahu LF bahawa mereka adalah adik-beradik.
Alfgredo begitu cemburu apabila memikirkan bahawa LF tidak datang melawatnya kerana sedang bersama dengan CE.
LF menjelaskan bahawa dia akn datang lambat kerana dia bertemu dengan ayah kandungnya terlebih dahulu.
Alfredo juga yakin LF sudah mengetahui hal sebenar bahawa LA adalah ayah kandungnya.
Alfredo meminta maaf kepada LF dan LF berharap Alfredo akan lebih memahaminya dan tidak mengulangi perkara yang sama lagi.

LF memberitahu Alfredo bahawa dia telah mengetahui bahawa LA adalah ayah kandungnya.
Alfredo meminta maaf kerana berfikir bahawa kelewatan kedatangan LF kerana dia sedang bersama CE.
Mujica memberitahu Marissa bahawa LA tidak mahu menandatangi surat penceraian itu.
CE memberitahu ibunya Marissa bahawa Pedro telah meminta restu dan izinnya untuk menjadi kekasih ibunya.

Vanessa memberitahu Armando bahawa dia akn membantunya memberitahu LF bahawa mereka adalah adik-beradik.
Jennifer memberitahu Carolina bawa pemilik rumah tersebu tidak mahu menjualkan rumah tersebut kepadanya dan juga tentang dia bakal kehilangan CE sekali lagi.
LF cuba meyakinkan Alfredp bahawa dia akn meneruskan rancangan untuk berkahwin dengannya.
LF memberitahu bahawa ayahnya hanyalah Pedro, bukannya LA.
Pedro menceritakan kepada Joaquina tentang hubungannya dengan Marissa
.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2005 04:46 PM | Show all posts
hahaha...padan muka jennifer! sapa agaknya tuan rumah tu ye?

kesian LF. tau jugak dia akhirnya LA ayah dia. Bila dia nak tau Don Fernando tu datuk dia pulak?

tq kak liza!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2005 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by MamaAlya at 2005/01/26 18:17:


samo le kite aserehe....dlm pantang layan TV...brapa hari dah masuk keje?



Sorry mamaalya...lambat reply...baru masuk koje..cuti raya sambung ke thaipusamm...

Masuk koje awal tahun hari tu...;)
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2005 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 2005/01/26 17:15:
Rabu 26 Januari 2005

LuF mencari mak ciknya Jiaquina unutk bertanaykan tentang rahsia yang disembunyikan darinya untuk sekian lamanya.
Pedro meminta persetujuan ...



Fullamakkk kak liza.:hug:.tenkiu..tenkiu....semalam cuti den dapek tengok...bilo kojo balik hari ni...tak tentu arah den kek dopan pc nih haaa....nunggu ulasan cepats dans sensasis daris kaks lizasss...

Bravo kak liza...keep up da gud work.....:bodek::bodek:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2005 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by Aserehe at 26-1-2005 04:58 PM:



Fullamakkk kak liza.:hug:.tenkiu..tenkiu....semalam cuti den dapek tengok...bilo kojo balik hari ni...tak tentu arah den kek dopan pc nih haaa....nunggu ulasan cepats dans sensasis daris kaks ...

Bravo kak liza...keep up da gud work


sama-sama kasih..
tapi kak liza takleh janji gak setiap ari buat ulasan terkini..

mana lah tahu ada ari yg kak liza sendiri mis pulak.,..:lol
masa tu nampaknya kak liza pulak minta ulasan dari orang lain kan..kannnn..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2005 12:48 PM | Show all posts
tengkiu bebanyak ler kak liza sebab selalu bagi update citer ni.. hari tu cuti panjang kat rumah mmg saya tengok hari-hari.. dah masuk opis ni, mmg tak leh follow lagi la..tensen sungguh..mcm ni hari-hari la saya check kat sini..tengkiu again..
Reply

Use magic Report

emma This user has been deleted
Post time 27-1-2005 01:31 PM | Show all posts
wah kak liza mcm penunggu setia cite ni.siap ngan sinopsis. best gila cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2005 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by periwinkle.. at 27-1-2005 12:48 PM:
tengkiu bebanyak ler kak liza sebab selalu bagi update citer ni.. hari tu cuti panjang kat rumah mmg saya tengok hari-hari.. dah masuk opis ni, mmg tak leh follow lagi la..tensen sungguh..mcm ni ha ...


sama-sama kasih dek non....
seronok kan kalau mis citer tu ada jugak yg bercerita...:clap:


Originally posted by emma at 27-1-2005 01:31 PM:
wah kak liza mcm penunggu setia cite ni.siap ngan sinopsis. best gila cam ni

tak kisah berikan sinopsis..
biar giler tenguk citer ni asalkan jangan giler [sakit otak ]dah ler..:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.062642 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list