CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HARRIER28

LA HIJA DEL JARDENIRO [THE GARDENER'S DAUGHTER][MARIANA OCHOA y CARLOS TORRES]

[Copy link]
Post time 20-4-2005 04:17 PM | Show all posts
Rabu 20 April 2005

Jennifer berpura-pura di depan Carlos Eduardo dan Luisita.
Luis Alejandro bimbang akan pandangan Jennifer terhadap Luisita dan Carlos Eduardo.
Carol mendesak Guillermo untuk membantu Jennifer.
Pedro dan Marissa mendapat tahu berita penculikkan Pedrito.
Teresita dan Chava berbual tentang penculikkan itu.
Luis Alejandro tiba di rumah Luisita dan bertanyakan hal tersebut.
Malah menawarkan bantuan kepada Luisita.
Mapache dan Rebeca cuba untuk mengambil kesempatan atas penculikkan tersebut.
Alfredo akhirnya menerima untuk menjalani satu sesi psikologi memandangkan Carlos Eduardo akan menjadi majikannya tidak lama lagi.
Pedro melihat Luis Alejandro di rumahnya dan mereka berdua hampir bergaduh seperti biasa.
Carlos Eduardo cuba untuk menghalang Pedro.
Luisita meminta agar semua orang pergi dari rumahnya.
Luisita meminta Carlos Eduardo untuk mencari penculik-penculik tersebut. Don Fernando meminta Rigoberta untuk pergi bersama dengan Luis Alejandro.
Xochilt meminta Guillermo untuk memberinya masa pergi ke Acapulco. Guillermo perasan bahawa Xohilt tidak mahu kehilangan Alfredo.
Luisita menghantar satu pesanan kepada para penculik melalui pelbagai cara termasuk rancangan TV .
Mapache bersepakat dengan Rebeca untuk menjaga Pedrito agar merea berdua boleh meminta wang tebusan.
Mapache menelefon rumah Pedro dan meminta 50 juta pesos sebagai tebusan untuk membebaskan Pedrito.
Ordonez menyediakan jumlah duit yang diminta.
Alfredo baru mendapat tahu berita penculikkan Pedrito dan dengan segera pergi ke rumah Pedro.
Jennifer berasa gembira, memberitahu adiknya Carol tentang penculikan Pedrito, anak musuh ketatnya, Luisita.
Carol mengesyaki bahawa Jennifer terlibat dalam penculikkan tersebut. Mapache berbincang dengan Carlos Eduardo dan meminta Carlos Eduardo untuk menyerahkan duit tebusan tersebut , malah jangan sesekali meminta bantuan dari pihak polis jika mahukan anaknya kembali hidup-hidup.

Luisita menjadi histeria. Don Fernando menyoal Rigoberta mengapa Luisita menjadi agresif dan histeria, tetapi Rigoberta tidak boleh berselindung lagi dan akhirnya memberitahu bahawa Pedrito telah diculik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2005 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by minah_selekeh at 20-4-2005 12:17 AM:
Bodoh punye Luis Alejandro!!! Ade ke patut dia nak mintak duit tebusan. Culik cucu sendiri plak tu. Tahap kebangangan sama cam Jennifer.....nf:nf: Berapi plak minah..........

alahai minah ooiiii!
dia sendiri yg cakap, pasal duit anak pun bole kidnap mak.
so kalau atok sendiri boleh colek cucu, nak heran kebende????
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by mai_pinky at 20-4-2005 07:59 AM:


Dia ingat dia buat macam tu CE suka kat dia balik, lagi menyampah adalah. Memang bengong pompuan gila tu. LA tu lagi lah bengong, takde perasaan langsung kat cucu dia. Dah tua tu bawa2 la berta ...

Itulah dier.
sebenarnyer, dier ni dah tak betul dah.
tadi, bila carol tgk kakak dier ketawa sbb anak LF kena colek, terpinga2x dier kejap.
at least carol tu sekarang nampak ada timbangrasa sket!  dulu dier tak ubah cam jennifer.  tapi si jennifer tu...., mmg perasaan benci dier dah terlalu extreme sampai tak bole nak kawal.
ratu cantik kalah di tangan anak tukang kebun.
gitulah......
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by arbae at 20-4-2005 08:12 AM:
risau lak aku kemudian2 nie asyik ada aja halangan nak tgk kacau la bos aku nih....:no::no:....tgk sekerat2 aja la...sib baik kak liza ada leh gak tahu apa berlaku...chava tuh tak tahu ke yg tolak  ...

sabo ajerlah arbae.
:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 04:14 PM | Show all posts
Khamis 21 April 2005

Don Fernando tidak percaya akan apa yang diceritakan oleh Rigoberta. Vanessa tiba dan memaklumkan bahawa semua yang diceritakan oleh Rigoberta adalah benar, begitu juga dengan kematian anak-anaknya Amelia dan Consuelo.
Alfredo meminta untuk menemani Carlos Eduardo tetapi Carlos Eduardo menolak.
Semua orang terkejut bila mendapati Alfredo tiba bersama dengan pihak polis, kerana Alfredo telah meletakkan keadaan Pedrito dalam keadaan bahaya.
Carlos Eduardo , dengan perasaan bimbang dan cemas, menyerahkan sejumlah suit tersebut di tempat yang telah dijanjikan.
Solorzano menafikan bahawa dia terlibat dalam penculikkan itu tetapi Mapache mengugut Solorzano, jika tidak, Mapache akan pergi ke balai polis untuk memberitahu cerita sebenar.
Jennifer mendapat tahu melaui Carolina bahawa Armando memberitahunya Carlos Eduardo pergi untuk menyerahkan duit tebusan yang diminta.
Jennifer naik marah mendengar apa yang diberitahu oleh Carol, dan terus keluar dengan segera untuk mendapatkan Luis Alejandro tetapi Luis Alejandro menafikan dia meminta duit tersebut.
Setelah lama menanti, Carlos Eduardo kembali semula ke rumah Pedro tanpa Pedrito kerana para penculik tidak muncul seeprti yang dijanjikan.

Carlos Eduardo hampir-hampir bertumbuk dengan Alfredo kerana melibatkan pihak polis.
Solorzano mengugut untuk membunuh MApache jika meminta sebarang duit tebusan, dan pada masa tersebut, muncul Luis Alejandro dan Jennifer.
Don Fernando menangisi kematian kedua-dua anaknya.
Pihak polis meminta Luisita dan Luis Alejandro untuk memberitahu siapakah musuh mereka.
Carlos Eduardo menyebut kepada Luis Alejandro dan Luisita bahawa musuh mereka adalah Jennifer de la Vega.
Mapache menelefon semula Carlos Eduardo untuk menyerahkan duit tersebut di tempat lain.
Alfredo meminta untuk pergi bersama Carlos Eduardo.
Carolina tidak dapat mempercayai kata-kata Armando bahawa Jennifer adalah dalang penculikkan Pedrito.
Luis Alejandro memutuskan untuk mengembalikan semula cucnya, Pedrito.
Carlos Eduardo dan Alfredo tiba di tempat yang dijanjikan untuk menyerah duit tebusan yang diminta, Mapache keluar dan mereka menyerahkan duit tersebut, namun malangnya, pihak polis muncul dan mereka berjaya memerangkap dan menangkap Mapache.

tunggu esok.. jangan tak tungguuuuuu...kensel date yg lain tauuuu..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 12:47 PM | Show all posts
kan aku dah kata dulu, satu2 kes ambik masa seminggu nak selesai.... pedrito kena culik hari senin, sampai hari ni aku harap dptlah balik kat LF.  Letih aku tgk semua org risau merisau ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2005 04:15 PM | Show all posts
Jumaat 22 april 2005

Mapache dapat ditangkap oleh polis.
DF gembira dengan kehadiran Vanessa dan LF.
Mapache memberitahu tempat dia menyimpan Pedrito.
Rabecca memberitahu Pedrito telah dibawa oleh LA ketempat lain.
CE amat terkejut mendengar nama LA terlibat dalam penculikan anaknya.
Victor dan Xochilt berbual mengenai penculikan itu. Victor syak Jennifer terlibat dalam hal ini.
Carol dan Armand mendesak supaya Jennifer beritahu dimana dia menyembunyikan Pedrito tetapi Jennifer tidak mahu menjawab dan cuba mengelakkan dari soalan itu.
Guillerrmo sampai dirumah Jennifer.
Malissa makin risau melihat keadaan penculikan cucunya.

LF beritahu DF selama ini Pedro amat mengambil berat ttg Amelia dan DF.
Polis dapat menangkap LA dan Solorzano yg sedang bersiap mahu lari.
Apabila disoal oleh CE LA memberitahu Jeniffer emnculik Pedrito dan dia hanya tolong emenjaga dan mahu menghantarkan pada LF semasa mereka masuk.
CE menailpon LF dan beritahu Pedrito selamat dengan dia.

Masing2 gembira kerna Pedrito selamat.
CE nberitahu LF Jennifer menculik anak mereka dari rumah itu.
LA dan Solorzanao dimasukkan dalam lokap dan mereka berbalah mengata sesama sendiri.
CE juga beritahu LA juga terlibat dalam penculikan ini.
Jennifer beritahu dai hanay akan bagitahu diaman anak CE setelah dia selamat berada dilluar nagara.
Bila dia nak keluar rumah polis pun sampai dan menahan dia.
Polis mencari LF dan menyerahkan sampul surat kepada Pedro.
Pedro buka dan nampak wasiat sebenar LF adalah pewaris tunggal harta DF.
Xochilt gembira kerana Alfredo mahu menerimanya sebagai kekasih.
Oleh kerana LA ditangkap dan masuk penjara DF menjadikan Orlando sebagai Naib Presiden syarikatnya.
DF dan CE berjumpa Jennifer dan bertanyakan mengapa dia melakukan penculikkan anaknya tetapi Jennifer hanya senyum.

so tunggu senin ini..episod terakhir....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 08:38 PM | Show all posts
tak sabo nak tengok ending nie...

tp punya laa lembab...minggu nie ajer citer pasal pedrito yg hilang jer...

luisita tu kengkadang nyampah nengok...keras kepala tull...ikut kepala dier jer...

kesian kengkadang tengok ce...melayan jer si lf tue..

aniwei award bagi kat jennifer...giler sungguh..

samer laa kat la tue..pandang muka dier pun menyampah..:devil:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2005 08:02 AM | Show all posts
okey, criter dah nak abis.
jennifer sahaja yg benar-benar bahagia ending ni.
mungkin terlebih bahagia kot.....lol:lol

kak liza, senin tu jadik ke plan kiter????
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2005 03:15 PM | Show all posts
wei..plan aper korg nie..?

tgk ending sambil makan black forest ker...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2005 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by fadzssha at 24-4-2005 03:15 PM:
wei..plan aper korg nie..?

tgk ending sambil makan black forest ker...:hmm:


hahahhaha...:lol
esok kak liza nak buat pulut kuning dan rendang daging..
tapi bukan sebab tamat citer ni tapi sebab anak bujang kak liza balik dari KL..

rumah kak liza kalau buat pulut kuning 1 kilo tu sekali adap/hidang jer..almaklumlah ramailah katakan..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2005 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 24-4-2005 03:54 PM:


hahahhaha...:lol
esok kak liza nak buat pulut kuning dan rendang daging..
tapi bukan sebab tamat citer ni tapi sebab anak bujang kak liza balik dari KL..

r ...

uuuiiikkks!!!
sedap tu. pulut kuning ngan rendang daging.
pas2xlah kat sini sket kak liza.
:bgrin::bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 04:20 PM | Show all posts
Isnin 25 April 2005

Jennifer terus2 menghina LF semasa ditahan oleh polis.
Jennifer beritahu dia hanya mahukan LF menderita.
Marissa dan Pedro gembira kerana wasiat asal DF telah dijumpai.
LF memberitahu DF dan Vanessa juga Rigo dia mahu buat perubahan wasiat dan memasukkan nama mereka dalam wasiat itu.
Semua gembira.
Marrisa memberikan rumahnya apda CE dan LF supaya amereka tinggal disitu manakala dia akan kerumah Pedro dan tinggal disana.
Carol meminta LF menggugukan kes culik itu memandang kakaknya Jennifer mengalami gangguan mental.

Armando berjumpa ayahnya LA dilokap dan mahu membantu ayahnya dalam perbicaraan nanti.
Marrisa membawa Rosario pindah kerumah Pedro.
LF berjumpa
Alfredo dan mengucapkan terimaksih kerana membantu mereka mendapatkan  anaknya yg diculik.

Alfredo mengucapkan tahniah pada LF keran mengahwini CE.
Masing gembira menyediakan persiapan perkahwinan CE dan LF.Sebelum keluar ke gereja LF melihat gambar ibunya Amelia dan menciumnya.

Pedro mengiringi LF masuk kedalam gereja.
Guillermo melawat Jennifer di lokap dan menenangkan dia.
BIla Guillermo memberitahu CE dan LF kahwin hari ini dia terdiam.Alfredo melamar Xochilt sebagainisterinya.
DF mengambilalih balik semula ke syarikatnya sebagai Presiden dan melantik Jumica sebagai peguam sayarikatnya.
DF juga melantik Orlando sebagai Presiden bersama.
Armando memberitahu LF [ayahnya] dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahannya.
Carol memberitahu Jennifer dia telah mengandung.
Jennifer di kurangkan hukuman keran CE dan LF menggugurkan dakwaan mereka.
LF memberitahu CE dia mengandung lagi.
Mereka sangat gembira.

OKEYLAH.....DAH ABISSSSS...
Jom makannnnn..kak liza dah siapkan pulut kuningggg....
:kunyah:

lol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 04:21 PM | Show all posts
alo-alo....rendang dah habis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 04:21 PM | Show all posts
Dah habis cite ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 04:28 PM | Show all posts
laaa....sekali refresh, terus keluar ulasan terakhir kak liza...

nak tanya - masa LF kawin CE tu, adegan yang macam dlm gazette cerita ni ke? LF pakai baju putih, main-main kat taman bunga?

[ Last edited by MamaAlya on 25-4-2005 at 04:33 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2005 05:31 PM | Show all posts
heh..boleh caye ke jennifer tu..?
dah byk kali dah aku tgk dia ni buat2 insaf pehtu jahat balik...
tapi tak kisah laa..citer pun dah habis..:lol
yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!! :lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 08:07 PM | Show all posts
Originally posted by MamaAlya at 25-4-2005 04:28 PM:
laaa....sekali refresh, terus keluar ulasan terakhir kak liza...

nak tanya - masa LF kawin CE tu, adegan yang macam dlm gazette cerita ni ke? LF pakai baju putih, main-main kat taman bunga?

[[i ...


tak der pulak nampak CE dan LF bermain sorok maacam dalam gezet tu..
tapi meamang dia pakai baju putih ..cantik..




dan

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 08:11 PM | Show all posts
Originally posted by yna@arabella at 25-4-2005 04:21 PM:
Dah habis cite ni...

~~~ F I N ~~~
:clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by Guantanamera at 25-4-2005 05:31 PM:
heh..boleh caye ke jennifer tu..?
dah byk kali dah aku tgk dia ni buat2 insaf pehtu jahat balik...
tapi tak kisah laa..citer pun dah habis..:lol
yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!! :lol

kalu dier jahat lagi, aku rasa LF ngan CE pun tak mau tarik segala tuduhan yg dikenakan pada dier.
tapi bak kata ko, criter pun dah abis!!!
:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.074604 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list