CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HARRIER28

LA HIJA DEL JARDENIRO [THE GARDENER'S DAUGHTER][MARIANA OCHOA y CARLOS TORRES]

[Copy link]
Post time 31-12-2004 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by montoya at 31-12-2004 01:48 AM:
nak tanya skit...apa maksud perenggan nih?

Pedro menuduh Alfredo dan LF atas apa yang berlaku sambil memberi ucapan terima kasih kepada mereka berdua kerana dia tidak berjaya memperolehi hak unt ...

Oleh kerana Alfreod dan CE bergaduh dihadapan pegawai kebajikan tu..
so peluang Pedro untuk mengambil Salvador sebagai anak angkat tu adalah tipis...
dia mengucapkan terimakasih hanya untuk perli kepada Alfredo dan LF kerana ini akan membuatkan nampak saperti keluarga Pedro adalah keluarga yg kasaar..
gitulah gamaknya....:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2004 04:55 PM | Show all posts
tadi baru tgk blk citer nie....hurm..nak tanya sket...salvador tu mcmmana leh ada kat rumah LF laks??siapa dia tu??
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2004 04:55 PM | Show all posts
sorry la banyak tanya sket....sebab tk berapa tgk la citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by sydneybristow at 31-12-2004 04:55 PM:
tadi baru tgk blk citer nie....hurm..nak tanya sket...salvador tu mcmmana leh ada kat rumah LF laks??siapa dia tu??

Salvador tu lari dari bapa tiri dia..
dia nak dijadikan adik angkat pada LF..tetapi tak boleh..
kerana bapa tiri Salvador telah buat laporan mengatakan Pedro menculik Salvaador..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 01:25 AM | Show all posts
Selasa 4 Jan 2005..

Peguam Mujica meminta hakim mengaitkan bagaiman Carlos Eduardo cuba untuk mengugut Luis Alejandro dengan sepucuk pistol.
Daniel dan Alfredo berusaha untuk mencari ayah tiri Salvador sebaliknya mereka mendapat tahu dia berada di sebuah kawana yang bahaya.
Rosario berasa serba salah berkenaan dengan keputusan yang telah diambil olhe Jennifer dan Carlos Eduardo.
Jennifer cuba untuk mencari dimanakah Luisa Fernanda derada diantara orang yang hadir pada perbicaraan kes Carlos Eduardo.
Luis Alejandro meyakinkan hakim bahawa dia hampir maut dan orang yang mendapat manfaat daripada dan juga bank adalah Carlos Eduardo.
Sebelum keputusan dibuat, Luis Alejandro memutarbelitkan fakta dan berlakon bahawa dia menganggap Carlos Edaurdo sebagai anaknya sendiri bagi meraih kepercayaan dan belas kasihan Marissa yang bodoh dan buta akn cintanya itu.

Pedro begitu risau apabila mendapat tahu Salvdaor telah dapat melarikan diri dari rumah kebajikan tersebut.

Peguam percaya bahawa Carlos Eduardo tidak bersalah dalam kejadian itu dan meminta agar satu siasatan lanjut dilakukan.J
ennifer cuba untuk meyakinkan Carlos Eduardo bahawa meskipun dia bersalah dia tetap menyintai Carlos eduardo padahal hakikatnya Jennifer mahu membolot harta yang bakal diwarisi oleh Carlos Eduardo dan cintanya itu sebagai satu alasan untuk mencapai cita-citanya itu.


Peguam Carlos Eduardo memulakan siasatan berhubung kes tersebut.
Mereka menemui bahawa pemilik bank sekranag iaitu Luis Alejandro mahu melakukan sesuatu terhadap Carlos Eduardo bagi melindungi kepentinganya dan juga jenayah yang dilakukannya.
Polis akhirnya berjaya mendapat bukti saiapa yang melakukan jenayah tersebut dan menahan kedua-dua penjenayah sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 01:29 AM | Show all posts
Eeeiii...., tak tahan betul tengok perangai Jennifer tu.
Susah sangat ke nak bagitau dia yang Carlos Ed memang tak cintakan dia?
Mak aaaaiii?!
Apa susah sangat skripwriter buat character pompuan macam tu???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2005 07:20 AM | Show all posts
Originally posted by btho at 5-1-2005 01:29 AM:
Eeeiii...., tak tahan betul tengok perangai Jennifer tu.
Susah sangat ke nak bagitau dia yang Carlos Ed memang tak cintakan dia?
Mak aaaaiii?!
Apa susah sangat skripwriter buat character pompuan ...



sabar btho..sabar....heheh..kalau tkder watak camnier..takder sapala kita nak kutuk kat sini...heheheh...tapi kekadang memang tak tahan tengok perangai si jennifer tuh....nf:nf:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 07:49 AM | Show all posts
Menyampah gila tengok muka Jeniffer tu, pandai betul dia berlakon.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2005 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by mai_pinky at 5-1-2005 07:49 AM:
Menyampah gila tengok muka Jeniffer tu, pandai betul dia berlakon.........

nampaknya Jennifer berjaya menipu kita dengan lakunan dia yg gitu..

aaawwww..tifah tertipu...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 01:42 PM | Show all posts
Iyelah hanieliza
Tifah Tertifu..... hehehe!!!:bgrin::kerek:
nf:nf:nf:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 02:57 PM | Show all posts
Originally posted by btho at 5-1-2005 01:42 PM:
Iyelah hanieliza
Tifah Tertifu..... hehehe!!!:bgrin::kerek:
nf:nf:nf:

jangan lupa..
setiap ari senin sampai jumaat.. jam 3.30 pm - 4. 30pm..
tifah rela tertifuuu...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 09:30 PM | Show all posts
Rabu 5 Januari 2005..

Leopoldo memberi keterangan siapa yang mahu membunuh Luis Alejandro.
Kedua-dua penjenayah sebenar telah ditahan atas tuduhan cubaan membunuh dan mereka dibawa ke mahkamah.
Marissa cuba untuk memujuk Carlos Eduardo bahawa Jennifer yang paling banyak membantunya berhubung kes tersebut tetapi Carlos Eduardo memberitahu bahawa dia tidak mempercayai Jennifer lagi.

Vanessa mahu bertemu dengan Luisa Fernanda tentang hal berkenaan dengan kedudukan hubungan Luisa Frenanda dan Alfredo setelah apa yang terjadi.

Pedro putus harapan berkenaan dengan kehilangan Salvador.
Alfredo tiba di rumah Luisa Fernanda dalam keadaan yang menyedihkan akibat penderitaan putus kasih dengan Luisa fernanda.

Luis Alejandro bersama Armando dan Solorzanocuba merancang sesuatu terhadap perbicaraan itu.

Salvador dan Teresita terpaksa bermalam di jalanan.

Jennifer dengan peragai yang sentiasa agresif dan panas baran pergi ke rumah Luisa Fernanda.

Polis cuba untuk mendapatkan maklumat siapakah orang yang mengupahkan kedua-dua penjenayah itu untuk membunuh Luis Alejandro dan mereka menjawab bahawa Leopoldo adalah dalangnya.
Detektif meminta untuk mencari Leopoldo dengan secepat mungkin bagi membantu siasatan dan tuduhan terhadap Carlos Eduardo.

Jennifer menuduh Luisa Fernanda cuba untuk memusnahkan kebahagiaanya sehingga pada masa sekarang jennifer menjadi musuh ketat Carlos Eduardo setelah apa yang terjadi.

Pedro berjumpa dengan ayah tiri Salvador di mahkamah dan hampir berlakunya pergaduhan antara mereka berdua.

Ordoonez memaklumkan Carlos Eduardo tentang penjenayah sebenar dan juga keterangan yang mereka berikan.
Carlos Eduardo begitu terkejut dan tidak menyangka bahawa kawan baik Luis Alejandro sendiri yang mahu membunuhnya.
Fernando juga mahu membantu dalam perbicaraan Carlos Eduardo.
Luisa Fernanda muncul di mahkamah.
Kejutan untuk Luis Alejandro, pihak hakim memanggil Leopoldo bagi memberitahu keadaan sebenar bahawa dia adlah dalang di sebalik kejadian cubaan membunuh itu.

Leopoldo menceritakan kepada hakim bahawa Luis Alejandro cuba untuk membunuh Marissa.
Luis Alejandro berkeras mahu meneruskan tuduhan ke atas Carlos Eduardo dan menuduh bahawa bahawa Carlos Eduardo telah merasuahi Leopoldo untuk mengakui salah bagi pihaknya dan Carlos Eduardo dibebaskan.
Leopoldo menceritakan secara terperinci tentang motifnya menhantar pembunuh upahan untuk membunuh Luis Alejandro.

Semua pelanggan Bank Metropolitan berusaha unutk mengeluarkan semua duit dan simpana mereka kerana mereka hilang kepercayaan terhadap pengurusan bank berkenaan lebih-lebih lagi setelah mengetahu pemilik bank tersebut disabitkan tuduhan membunuh melalui akhbar.J

ennifer cuba untuk mencari Rosario bagi meminta maaf diatas apa yang telah dilakukanya selama ini.
Rosario tidak mahu menerima kemaafan dari Jennifer kerana dia tahu Jennifer tidak ikhlas untuk meminta maaf kerana itu salah satu lakonan Jennifer dan seperti Carlos Eduardo, Rosario juga tidak mempercayai keikhlasan Jennifer setelah apa yang dilakukanya.

Ayah tiri Salvador muncul rumah kebaikan dan cuba untuk membuat satu perjanjian dengan Pedro berhubung Salvador, dia mahukan sejumlah duit dari Pedro sebagai pertukaran dengan Salvador.

Heriberto kembali mengamuk bila mendapti anaknya Vanessa dan Orlando dalam keadaan yang memeranjatkannya.

Luis Alejandro menjerit kepada Leopoldo bahawa dia telah berbohong demi melindungi Carlos Eduardo.
Leopoldo cuba untuk meyakinkan hakim bahawa Luis Alejandro telah merancang untuk membunuh Marissa bagi merebut jawatan presiden Bank dan secara tidak langsung dia adalah pemilik mutlak bank tersebut selepas kematian Marissa.
Semua keterangan Leopoldo yang menceritakan rancangan Luis Alejandro untuk merampas bank tersebut dan tuduhan keatas Carlos Eduardo digugurkan.
.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 08:28 AM | Show all posts
Padan muka Jeniffer, Rosario tak percaya pun apa yang dia cakap semalam. cara dia minta maaf pun tak ikhlas. tak sabar nak tengok, kalau dia naik gila biar Marissa tengok perangai sebenar dia.

kah..kah..kah.....pecah tembelang Luis Alejandro padan juga muka dia..........
Kak Liza, bila cite ni nak habis yer?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by mai_pinky at 6-1-2005 08:28 AM:
Padan muka Jeniffer, Rosario tak percaya pun apa yang dia cakap semalam. cara dia minta maaf pun tak ikhlas. tak sabar nak tengok, kalau dia naik gila biar Marissa tengok perangai sebenar dia.

Kak Liza, bila cite ni nak habis yer?
...

Kak liza rasa lambat lagi lah..
sebab kisah percintaan Marrisa ngan Pedro belum tunjukkan lagi..

so tungguuuuuuu..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by mai_pinky at 6-1-2005 08:28 AM:
Padan muka Jeniffer, Rosario tak percaya pun apa yang dia cakap semalam. cara dia minta maaf pun tak ikhlas. tak sabar nak tengok, kalau dia naik gila biar Marissa tengok perangai sebenar dia.

Mmg pun.  
Barulah lega aku ada watak yang macam tu.  Tapikan...., aku paling gelihati sekali tengok muka Jennifer yang minta ampun maaf, Rosario tak nak gak terima, apalagi...., macam singa betina si Jennifer tu.  Haa!!!  Itulah Jennifer, tak pernah nak ikhlas punnf:.  


Originally posted by hanieliza at 6-1-2005 10.19 AM:
Kak liza rasa lambat lagi lah..
sebab kisah percintaan Marrisa ngan Pedro belum tunjukkan lagi..

so tungguuuuuuu..

Tulah..., tang ni tak sabo lak aku.  Balik-balik menengok kisah cinta LF dgn CE yang sekejap ok sekejap tak ok tu, nak tukar angin lak:bgrin:.  Aku rasa bila Marissa tau yang laki dia jahat macam hantu.... di saat dia tengah frust menonggeng....hehehe!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 05:29 PM | Show all posts
Khamis 6 Januari 2005...

Luisa Fernanda begitu gembira sekali dengan berita pembebasan Carlos Eduardo, orang yang amat dicintainya dan mereka berbual sendirian.
Luis Alejandro memutarbelitkan fakta dan menududh Leopoldo memberikan keterangan palsu kerana masalah peribadi mereka berdua yang berebut akan cinta Adreina.
Unutk menyelamatkan diri, Luis Alejandro berfikir untuk memberikan sejumlah duit( jutaan pesos) kepada Leopoldo bagi menutup mulut.

Salvador berbual dengan Pedro dan memberitahu bahawa dia dan Teresita berada dalam keadaan yang sihat.

Marissa merayu sambil menagis kepada Carlos Eduardo kerana tindakannya tidak mempercayai anak sendiri kerena dia hanyut dan leka dalam cinta palsu Luis Alejandro

Carlos Eduardo meminta ibunya untuk mendapatkan rawatan.
Ordonez tiba dengan membawa berita buruk berkenaan krisis yang sedang dihadapi oleh bank mereka.
Marisa memutuskan untuk menyekat bidang kuasa Luis Alejandro dan mahukan penceraian mereka diuruskan secepat mungkin.

Luis Aljenadro dengan perangai yang suka berpura-pura memberitahu Jennifer bahawa semua keterangan Leopoldo bahawa dia merancang untuk membunuh Marissa adalah tidak benar.
Jennifer teringat pada saat Adreina memberitahunya bahawa Luis Alejandro bercadang mahu menghapuskan Marissa unutk menguasai bank tersebut.

Alfredo mendengar Luisa Fernanda mahu membatalkan terus perkahwinan mereka berdua kerana hakikat sebenarnya Luisa Fernanda terhutang budi denganya selama ini
.Pedro mendapat tahu apa yang terjadi kepada Marisa dan memutuskan untuk menziarahi bekas majikannya itu.
Luisa Fernanda akhirnya mengetahui apakah perasaan sebanar ayahnya terhadap Marissa, iaitu CINTA dan memberikan ayahnya sejambak bunga ros untuk diberikan kepada Marissa.

Luis Alejandro meminta bantuan Jennifer untuk meyakinkan Marissa bahawa keterangan Leopoldo adalah palsu.J
ennifer menerima tawaran Luis Alejandro kerana Luis Alejandro pernah membantunya dahulu untuk mendapatkan Carlos Eduardo.

Leopoldo ditahan atas tuduahn cubaan membunuh Luis Alejandro.

Jennifer datang melawat Marissa .
Marissa memberitahu Jennifer bahawa dia akhirnya sedar mengapa Luis Alejandro cuba untuk berbaik dengan semula kerana mempunyai nita tertentu tetapi Jennifer teru smemainkan perananya dan menafikan tentang hal itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2005 01:32 AM | Show all posts
sinopsis jumaat lepas ngan isnin takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2005 08:00 AM | Show all posts
tolongla marissa, janganla termakan kata2 si Jeniffer bongok tu.......
padan muka Armando ,dia sendiri jugak yang dapat malu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2005 12:47 PM | Show all posts
Agaknya apa Jennifer dengan laki Marissa tu rancang nak buat sampai Jennifer beriya-iya nafikan tentang tuduhan Adriena kat Marissa.
Jangan sampai Marissa diperdayakan, sudahlah.
Kalau si Marissa termakan lagi criter bodoh tu, aku rasa criter ni dah meleret-leret.  
Rasanya, lebih baik aku tengok criter ni bila dah dekat2x nak abis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2005 04:27 PM | Show all posts
Jumaat 7 Januari 2005

Leopoldo ditahan atas tuduahn cubaan membunuh Luis Alejandro.
Jennifer datang melawat Marissa .
Marissa memberitahu Jennifer bahawa dia akhirnya sedar mengapa Luis Alejandro cuba untuk berbaik dengan semula kerana mempunyai nita tertentu tetapi Jennifer teru smemainkan perananya dan menafikan tentang hal itu.
Jennifer cuba untuk meyakinkan Marissa bahawa Luis Alejandro tidak bersalah tetapi sebaliknya menyalahkan Adreina kerana dia cemburu akan hubungan Marissa-Luis Alejandro.
Armando tiba di rumah Marissa dan Carlos Eduardo juga sampai, unutk meminta maaf daripada Carlos Eduardo dan Marissa.

Alfredo masih lagi teringat janji Luisa Fernanda yang pernah setuju untuk mengahwininya.

Pedro dan Daniel mempersiapkan diri untuk menghadapi perbicaraan untuk mengambil Salvador sebagai anak angkat.

Consuelo begitu bimbang apabila ayahnya memberitahu bahawa dia mahu mengubah wasiatnya.

Rosario memberitahu Carlos Eduardo untuk terus berjuang dengan wanita yang benar-benar dicintainya dan wanita itu bukannya Jennifer.

CArlos Eduardo malawat Luisa Fernanda dengan penuh harapan apa yang telah terjadi antara mereka berdua.

Consuelo mendapat tahu Luisa Fernanda memajak gadai rumahnya untuk membayar ikat jamin Pedro dan dia telah meminta peguamnya untuk menguruskan pembelian pajak gadai rumah anak saudaranya itu.
Dengan itu, ia dianggap sebagai satu bonus bagi Consuelo untuk menghapuskan Luisita yang menjadi penghalang untuknya mewarisi harta ayahnya kelak.

Consuelo menghantar seorang peguam ke rumah Luisita untuk membeli pajak gadai rumah tersebut.

Heriberto, marah dan mendapatkan Orlando.

Luisa Fernanda meminta Carlos Eduardo agar memikirkan segala pengorbanan yang dilakukan oleh Jennifer yang menemani dan menyokongnya ketika ibunya sakit tenat dahulu.

Luis Alejandro meminta Solorzano untuk mengupah banduan lain untuk membunuh Leopoldo.

Marissa meminta bantuan Jennifer untuk mengesan dimanakah Adreina berada sekarang kerana dia mahu tahu keadaan yang sebenarnya adalah benar Luis Alejandro mahu membunuhnya.

El juez menolak permohonan Pedro untuk mengambil Salvador sebagai anak angkat.
Luisa fernanda cuba meyakinkan Hakim bahawa Pedro memang bukan ayah akandungnya tetapi dia sanagt menyayangi dan mengambil berat akan dirinya sejak dari kecil lagi dan lebih mulia dari ayah kandungnya sendiri.

Luis Aljendro tiba di bank kerena dia mempunyai satu lagi helah untuk mengenakan Carlos Eduardo dan memberitahu bahawa dia tidak akan bersetuju untuk bercerai dengan Marissa dan melepaskan jawatan presiden bank kepada orang lain.

Jennifer merayu Carlos Eduardo agar tidak meninggalkannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.069817 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list