CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HARRIER28

LA HIJA DEL JARDENIRO [THE GARDENER'S DAUGHTER][MARIANA OCHOA y CARLOS TORRES]

[Copy link]
Post time 8-1-2005 11:38 PM | Show all posts
:hug:cayang kak liza...
byk dah ketinggalan la citer ni...
nasib ada akak:hug:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2005 10:18 PM | Show all posts
Aku nak nengok siapa yang hulur bantuan mangsa si Consuelo tu?
Carlos Eduardo ke, atau Don Fernando?
Rasa-rasa aku, elok si Don Fernando.
Sebab duit tu hanya main pusing-pusing kat Consuelo.  Dapat sekejap, terpaksa pulangkan semula kat Luisa Fernanda balik.
Lagi satu, si Jennifer tu tak penatke dengan plan dia yang semakin tak laku tu?
Aku fikir balik, kalau Carlos Eduardo terima offer si Jennifer untuk tinggal kat apartment dia, actually bagus gak.  Boleh si CE buat edisi siasat kat mana kotak-kotak bapak tiri dia sorokkan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2005 08:49 PM | Show all posts
kak liza tak dapat tenguk s1/2 jam pertama semalam..Isnin 10 Januari 2005..

ini mungkin citer yg terjadi kot..
Carlos Eduardo meminta Jennifer membiarkan masa sahaja menentukan semua masalah mereka dan dia berjanji akan mencari Jennifer bila tiba saatnya nanti.
Hakim akhirnya memutuskan Pedro boleh mengambil Salvador sebagai anak angkat.
Sebagai mangsa, Luis ALejandro memberitahu Marissa bahawa semua orang mahu memusuhinya sebaiknya dia tetap terus menyintai Marissa, kerana dia tahu Marissa pasti akan termakan pujuk rayu dengna cinta palsunya.
Salvador tidak mahu lagi menjadi mangsa ayah tirinya dan memberitahu bahawa ayahnya hanaylah Pedro.
Hakim mengambil keterangn Salvador.


Don Fernando menelefon peguam unutk membuat wasiat yang baru, Consuelo adalah orang yang paling risau sekali kerana dia bimbang ingatan ayahnya semakin pulih dan ini secara tidak langsung akan membuatkan Fernando teringat untuk mewarisi segala hartanya kepada anak Amelia, Luisa Fernanda.
Marissa meminta Luis Aljenadro memberi masa untuk rumahtangga mereka.
Pada masa itu, Carlos Eduardo muncul dan memberitahu ibunya bahawa dia mempunyai bukti kukuh tentang segala apa yang telah dilakukan oleh Luis Alejandro terhadap bank tersebut ketika menjadi presiden.
Semua orang di rumah begitu teruja untuk menanti ketibaan Salvador tetapi sebaliknya peguam Consuelo datang untuk mengambilalih rumah tersebut.

Selasa 11 Januari 2005...
Rigoberta mengaku kepada Luis Alejandro bahawa Luisa Fernanda adalah anak kandungnya.
Jennifer mendapat tahu Lupe membantu Luisa Fernanda dan dia pergi mendapatkan Marissa kerana tahu Marissa akan menyebelahinya.
MArissa mahu melawat Pedro setelah megetahui apa yang berlaku keatas Pedro.
Carlos eduardo meminta Jennofer untuk membrikannya kunci apartment kerana dia yakin Luis Alejandro menyembunyikan semua dokumen tentang jenayahnya berhubung bank keluarga di rumah Jennifer.

Don Fernando memecat Luis Alejandro dari terus menjadi peguam peribadinya.
Alfredo terpaksa mengaku kepada Luisa fernanda bahawa dia tidak boleh menggadaikan rumahnya kepada pihak bank.
Luisa Fernanda naik berang dan memberitahu mengapa dia tidak mahu menerima bantuan Carlos Eduardo semata-mata untuk menjaga sikap cemburu Alfredo yang melampau.
Alfredo cuba menyalahkan Luisa fernanda selalu meletaknya selepas carlos Eduardo dalam setiap tindakan yang diambilnya.

Rigoberta meminta Consuelo untuk membantu Luisa Fernanda tetapi Consuelo tidak mahu membantunya.
Rigberta memberitahu wakil Consuelo iaitu Luis ALejandro bahawa orang luar itu adalah anak kandunganya, Luisa Fernanda.
Luis Alejandro meminta Consuelo untuk memberitahunya segala apa yang terjadi dan juga siapakah yang menjaga anaknya kini.
Consuelo naik berang dan memberitahu Luis Alejandro bahawa dia hany berminat untuk mengethaui harta yang bakal di warisi oleh Luisa Fernanda.J

ennifer merancang sesuatu terhadap Carlos Eduardo tetapi Carol cuba menenangkannya dan memberitahu bahawa Luis Alejandro mempunyai seorang anak perempuan, dan Armando memutuskan untuk mencari adiknya.

Marissa manawarkan rumahnya kepada Pedro Luisa Fernanda memutuskan untuk menyiasat siapakah nama peguam yang menguruskan rumahnya dan mahu merampas kembali rumah mereka secepat mungkin.
Alfredo begitu kecewa sekali kerana tidak dapat membantu Luisa Fernanda.

Consuelo memarahi Rigoberta kerana memberitahu perkara sebenar kepada Luis Alejandro tentang Luisa fernanda.
Vanessa yang bersembunyi terdengar akan perbualan itu dan baru mendapat tahu bahawa Luisa Fernanda adalah cucu sebenar datuknya, Don Fernando.


[ Last edited by hanieliza on 11-1-2005 at 08:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2005 10:58 PM | Show all posts
Yeah!
Hari ni punya episode, banyak tembelang sudah pecah!  But anyway, ini pun aku tengok after berita terkini.  The first half, tak tengok sbb sibuk buat homework!
Top secret yang dah terpecah, si Rigoberta dah btau Luis Alejandro yang Luisa Fernanda tu anak dia.  Maka bertekaklah dia dengan Consuelo.  Consuelo tak mau rahsia pecah, takut harta bapak dia dibahagi-bahagi dengan org lain termasuklah si Luisa Fernanda.  Yang Luis Alejandro ni pulak, nak sangat harta sebab sekarang ni tgh dok mengumpul harta org jadi harta sendiri.... hehehe!!!  2x5 - 5x2, diorang berdua mmg padan sesangatlah tu!
Pas tu, Carlos Eduardo dah tahu yang Luis Alejandro ada anak luar nikah yang lain selain Armando.  Berita tersebut telah disampaikan melalui adik Jennifer.  Si Jennifer mengamuk sebab adik dia masuk macam tu aje tak bagi salam.  Maklumlah, masa tu member cuba menjala Carlos Eduardo semula.  
Yang si Lucero pula...., tengah buat edisi siasat nak tolong Armando carikan adik dia.  Dia ada kawan yang kenal dengan semua perempuan yang pernah ada hubungan sulit dengan Luis Alejandro masa muda-muda dulu.  
So tomorrow episode, tak tahu apa pulak rahsia yang terpecah:kant:.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2005 11:02 PM | Show all posts
Ooops!!
Kak Liza dah buat summary.  Tak perasan lak!
Anyway, kita samalah.  Tengok half of the story je.
Tapi esok, mmg nak tengok full episode.
Criter dah makin sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2005 08:14 AM | Show all posts
LA dah tau saper anak dia............konon dia nak tolong LF...padahal dia nak bolot harta warisan tu...

Jeniffer bodoh tu, geram tengok dia!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2005 04:23 PM | Show all posts
Rabu 12 Januari 2005

Luis Alejandro mula mencari Luisa Fernanda.
Rigoberta menasihatkan Consuelo agar tidak lagi berpura-pura dan perlu memberitahu perkara yang sebenar kepada ayahnya, Fernando.
Vanessa menghampiri Consuelo dan mengugutnya untuk memberitahu Luisa Fernanda akan perkara sebenar.
Pedro dan Luisa Fernanda akhirnya terpaksa akur menerima bantuan Marissa untuk menyelamatkan rumah dan juga kedai bunga mereka berdua.

Ordonez memberitahu Lupe tentang wasiat sebenar Don Fernando dan mereka berdua memutuskan untuk menghubungi Pedro dan berbincang tentang hal tersebut.
Pedro terpaksa memberitahu Luisa Fernanda bahawa ayah kandungnya adalah Luis Alejandro tak guna itu.

Vanesa meminta Luisa Fernanda agar meraka dapat berbincang sendirian.
Don Fernando mendapat satu serangn dari penyakitnya.
Mujica mencari dimanakah peguam yang telah membeli pajak gadai rumah Pedro dan membuat satu perjanjian untuk pembelian semula rumah tersebut.

Joaquina bertanyakan Pedro tentang perkara sebenar kepada Luisa Fernanda dan pada masa itu, Luis Alejandro muncul memberitahu untuk berjumpa dengan anaknya Luisa Fernanda.
Pedro perasan niat Luis Alejandro mahu mencari Luisa Fernanda adalah kerana harta yang bakal di warisi oleh Luisa Fernanda.
Luisa Fernanda tiba dan menghalau Luis Alejandro dari rumahnya.

Don Fernando semakin tenat.Vanessa hampir memberitahu perkara sebenar tentang datuk Luisa Fernanda, Don Fernando tetapi tidak sempat berbuat demikian kerana pekerja sosial tiba dan memberitahi mereka bahawa boleh mengambil Salvador sebagai anak anagkat.

Alfredo memberitahu Carlos Eduardo segala bantuan yang telah diberikannya kepada Luisa Fernanda oleh Carlos Eduardo bertujuan untuk memenangi kembali hati Luisa Fernanda sehingga Luisa Fernanda mengambil keputusan untuk membatalkan terus pertunangan meraka berdua.
Alfredo menyalahkan CArlos Eduardo atas kegagalan pertunagan dan perkahwinannya.

Mujica memaklumkan Marissa bahawa peguam Consuelo menolak untuk menjual kembali rumah Pedro.
Armando melawat Leopoldo di penjara dan bertanya siapakah adik perempuannya.
Marissa memberitahu Pedro mereka tidak dapat membeli kembali pajak gadai itu dan ia amat bahaya kerana Pedro bakal kehilangan hak ke atas rumahnya sendiri pada bila-bila masa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2005 09:40 PM | Show all posts
Hah!!!
Nak tengok muka manusia yang berwajahkan syaitan mata duitan?
Tu diaaaa!!!!
LUIS ALEJANDRO datang dengan wajah seposen menuntut hak dia dari Pedro.
KAH! KAH! KAH!!!!
Yang lagi jahil...., si Jennifer.
Aku rasa sumer plan dia untuk menguburkan Luisa Fernanda hidup-hidup, tak jadi.
Ntah2x, dia yang masuk lubang yang dia gali untuk LF.
Kita tengok saper yang kenaaaaa........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2005 07:45 PM | Show all posts
Khamis 13 Januari 2005

Pedro meluahkan rasa cintanya kepada Marissa.
Mujica cuba untuk meyakinkan Pedro bahawa seseorang yang prejudis padanya yang telah membeli gadai janji hartanya kerana peguam Consuelo menolak tawaran yang tinggi untuk membeli gadai janji itu.
Marissa menawarkan Pedro dan LF untuk tinggal dirumahnya dengan alasan Pedrito adalah cucunya.
Alfredo meminta Luisa Fernanda bekahwin dengannya juga pada petang yang sama supaya mereka boleh hidup bersama.
Pedro begitu risau kerana dia bakal kehilangan hak pengambilan anak angkat ke atas Salvador apabila pihak hakim mengetahui bahawa dia sudah kehilangan rumah dan juga kebun bunganya.
Vanessa cuba memujuk ayahnya untuk mempengaruhi Consuelo untuk menarik balik wasiat palsu bagi membantu kawannya, Luisa Fernanda.

Jennifer berbual dengan Luis Alejandro bahawa Carlos Eduardo mendapat tahu dia mempunya seorang lagi anak iaitu anak perempuan dan yakin, Carlos Eduardo akan memberitahu ibunya Marissa berkenaan hal tersebut.
Dan ini akan memberi satu ruang mengapa Marissa menceraikannya.
Keadaan kesihatan Don Fernandao menjadi kritikal.

Mujica menasihatkan Carlos Eduardo bahawa dia perlu melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan rumah dan asset Pedro.
Marissa menawarkan Pedro untuk membelikan sebuah rumah untuknya tetapi Pedro menolak dan sebagai balasan akan kebaikan Marissa.
Pedro memberikan satu ciuman untuk wanita idamannya itu.
Pada masa itu, Luis Alejandro datang.
Marissa dan Pedro tidak menyedari kehadiran Luis Alejandro.

Carlos Eduardo menawarkan Luisa Fernanda untuk membeli sebuah rumah baru demi anaknya tetapi Luisa Fernanda tidak mahu melukakan hati Alfredo. Pedro akhirnya meluahkan perasaan cintanya kepada Marissa dan pengakuan Pedro itu menyebabkan Marissa hilang kata-kata.

Peguam yang diupah oleh Consuelo mencari Mujica untuk menjual gadai janji dengan harga yang tinggi.
Rumah Solorzano di geledah oleh pihak polis untuk mencari dokumen sulit yang di curi oleh Luis Alejandro.

Armando berbual dengan Vanessa dan memberitahu bahawa mereka adalah adik-beradik, sedangkan adik yang dicarinya adalah Luisa Fernanda.
Consuelo dan Heriberto berbincang tentang Vanessa kerena Vanessa telah mengetahui akan rahsai sebenar pemalsuan wasiat asal ayahnya, Don Fernando.
Luisa Fernanda dan Alfredo akhrinya bersetuju untuk menerima sebuah rumah yang ditawarkan oleh Carlos Eduardo demi kepentingan anaknya, Pedrito.
Luis Alejandro bertanykan Marissa bahawa Marissa menipunya dengan menyembunyikan hubungannya dengan si tukang kebun, Pedro.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2005 09:03 PM | Show all posts
akhirnya armando malu sendiri bila vanessa kata dier mmg anak heriberto...

tp apsal laa vanessa tue slow semacam..itu pon x leh nak pick up...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2005 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by fadzssha at 13-1-2005 09:03 PM:
akhirnya armando malu sendiri bila vanessa kata dier mmg anak heriberto...

tp apsal laa vanessa tue slow semacam..itu pon x leh nak pick up...!!!

Kelirulah tuuuu..... hehehe!!!!
Wah!  Hari ni dah start scene pedro ngan marissa.
Tengok scene orang tua bercinta, best gak.
Orang muda bercinta, asyik2x ikut rasa hati.  Kita yang depan tv boleh separuh mati tengok perangai kebudakan tu.
Apa akan jadi pada Jennifer kalau Pedro ngan Luisa Fernanda pinda kat rumah Marissa bawa Pedrito?
Aku rasa, mau gugur gigi Jennifer tu.... keh keh keh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2005 10:55 PM | Show all posts
Jumaat 14 Januari 2005

Ord篑ez mendapat tahu bahawa Consuelo yang membeli gadai janji rumah dan kebun bunga Luisa Fernanda.
Marissa mempertahankan diri dari tuduhan Luis Alejandro.
Jennifer berasa sungguh gembira apabila Carlos Eduardo memberitahunya bahawa Luisa Fernanda akan berkahwin dengan Alfredo pada keesokan hari dan perkahwinan Luisa Fenanda-Alfredo merupakan satu peluang baginya untuk memenangi semula hati Carlos Eduardo.
Ordonez cuba untuk menambahkan jumlah tawaran kepada peguam Consuelo sebagai satu cara untuknya mengetahu siapakah yang sebenarnya membeli gadai janji itu.
Akhirnya, peguam tersebut mengakui bahawa dia di upah oleh Consuelo.

Pedro memutuskan untuk memberitahu Luisa Fernanda siapakah ayah kandungnya yang sebenar tetapi pperbualan mereka diganggu dengan kehadiran Mujica yang memberitahu bahawa mereka telah mengetahui siapakah orang yang membeli gadai janji rumah dan kebun bunga itu.

Don Fernando berada dalam keadaan yang koma. Rigoberta mahu memberitahu Carlos Eduardo bahawa Luisa Fernanda adalah cucu kandung Don Fernando yang dicarinya selama ini.

Sebelum Armando mencari siapakah adiknya, Luis Alejadro tidak mempunyai alasan bagaimana mahu memberitahu Armando bahawa Luisa Fernanda adalah adiknya.
Carlos Eduardo mendapat tahu bahawa Consuelo yang telah membeli gadai janji rumah dan kebun bunga Luisa Fernanda dan dia akhirnya memutuskan untuk datang ke rumah

Carlos Eduardo, seperti Rosario juga terpedaya dengan lakonan Conseulo. Alfredo bertanyakan Luisa Fernando siapakah orang yang telah membeli hutang tersebut.
Joaquina memberitahu bahawa persiapan untuk perkahwinan Luisa Fernanda dan Alfredo akan siap sepenuhnya menjelang petang esok.
Pedro memutuskan untuk tidak berbincang dengan Luisa Fernando tentang ayah kandungnya.

Pekerja kebajikan memberitahu Pedro bahawa dia berjaya mendapatkan hak pengambilan anak angkat ke atas Salvador.
Vanessa memberitahu Orlando, dia tidak mahu tinggal dengan ayahnya dan Consuelo lagi setelah dia mengetahui siapakah mereka sebenar sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan mereka.
Rigoberta dan Consuelo seperti biasa bertelagah tentang hak sebenar Luisa Fernanda.
Luis Alejandro naik marah bila mendapat tahu Marissa berada di rumah Pedro.
Luisa Fernanda menjemput Marissa untuk menghadiri majlis perkahwinannya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2005 12:01 AM | Show all posts
Apahal si Carlos Eduardo tu nak tinggal serumah ngan Jennifer lak????
Alah...... bencinyerrrrr!!!!!
Mungkin dia nak cari kotak-kotak yang hilang tu kat rumah Jennifer kot???
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 03:15 PM | Show all posts
Den pun raso gerram betul ngan si carlos eduardo:ketuk: tu..boleh lak dia terimo tidoq kat rumah jenniper tu...alahaaiiii...tensen aku!!....dia tak leh tau ke yg jennifer tu cuma nak harta dia jekk.....bengong betul le...

si luisa fernanda tu plak takut beno nak lukakan hati alfredo tu....tak nyempat2 nak ajak kawen...takut CE rampas balik LF le tu....hampehh..nf:.

chehh..

cheh...

mau sakit jantung aku nengok cerita nieh....tak pun kene darah tinggi...heheheeee..:gila:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 07:54 PM | Show all posts
Isnin 17 Januari 2005

Carlos Eduardo meminta Jennifer untuk mencari sebuah rumah kerana dia tidak mahu tinggal dirumah ibunya lagi kerana dia yakin ibunya akan kembali semula ke pangkuan Luis Alejandro, dan setelah dia berjaya menyelesaikan masalah di Bank Metropolitan, bolehlah mereka berkahwin.
Sedangkan itu adalah satu rancangan Carlos Eduardo.
Seperti Luisa Fernanda, Pedro meminta Marissa untuk hadir pada majlis tersebut.
Di hodpital, doctor memaklumkan Rigoberto bahawa keadaan Don Fernando semakin tenat.

Vanesa memberitahu Luisa Fernanda akan keadaan datunya Don Fernando. Luis Alejandro cuba untuk melakukan sesuatu terhadap penceraiannya dengan Marissa.
Pedro mengambil Salvador dari rumah kebajikan untuk menghadiri majlis perkahwinan Luisa Fernanda.
Rosario cuba unutk memujuk Carlos agar jangan melakukan kesilapan lagi dengan bersetuju untuk berkahwin dengan Jennifer.
Carlos Eduardo mendapat tahu Luisa Fernando menangis di hospital setelah mengetahui keadaan Don Fernando yang semakin tenat.

Heriberto cuba untuk memujuk Consuelo agar bertemu dengan Luisa Fernanda dan memberitahu bahawa dia baru sahaja mendapat tahu bahawa dia adalah ibu saudara Luisa Fernanda sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Luis Alejandro muncul di rumah Pedro untuk berbincang tentang Marissa.

Carlos Eduardo memujuk Luisa Fernanda unutk berbincang dengan Consuelo kerana ia penting.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2005 09:55 PM | Show all posts
Memang sah2x si Luis Alejandro tu jahat habis punyer manusia.
Keji betul.
Kerja dia, asyik menipu org.  Memanipulatekan orang.  Tapi apa yang dia kata tu, tak secara langsung mencriterkan diri dia sendiri.
Yang Carlos Eduardo ni lak, macam jilat pada ludah sendiri nampak gayanyer.  Patutlah ending nanti, si Jennifer tu betul2x giler.  Carlos Eduardo asyik dok berjanji dengan dia.  Berjanji tapi tak tepati janji.  Nak kahwin, tak jadi.  Nak bercinta, cinta tak berbalas.  Hai, kesian ratu cantik universe tu.  Jadi ratu cantik kat hospital gilerlah tak lama lagi...... tuah badan, tak siapa yang tahu.
Isk isk isk!!!!!

[ Last edited by btho on 17-1-2005 at 11:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2005 02:16 PM | Show all posts

permintaan...

kak liza,

thanks sebab buat summary cite ni.

Masa dalam pantang ari tu, saya follow cite ni. La ni dah masuk keje, dah miss...

sambunglah lagi, apa yang dah jadi tiap-tiap ari ye?

lupalak - sekarang ni dah episod berapa yek? Ada dalam VCD tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by MamaAlya at 18-1-2005 02:16 PM:
kak liza,

thanks sebab buat summary cite ni.

Masa dalam pantang ari tu, saya follow cite ni. La ni dah masuk keje, dah miss...

sambunglah lagi, apa yang dah jadi tiap-tiap ari ye?

lupa ...

insyaAllah kak liza akan tuliskan summary setiap hari..
tapi kak liza tak tahu episod keberapa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2005 04:19 PM | Show all posts
Selasa 18 Januari 2005

Alfredo rasa terhina apabila Mujica membayar penuh hutang gadai janji rumah tunangnya, Luisa Fernanda dan ini telah membuatkan Alfredo dalam keadaan yang keliru.
LF menagmuk pada Consuelo kerana tindakan Consuelo itu boleh menyebabkan mereka merempat di jalanan, tetapi Consuelo memberitahu dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana hal sudah terjadi.
LF memberitahu CE tentang perbincangannya dengan Consuelo.

Ord篑ez memberitahu Lupe bahawa CEsudah mengetahui bahawa LF adalah cucu DF.
Ruben (ayah kandung Cesar) datang dan Lupe begitu terkejut.

Victor memberitahu Pedro bahawa LF masih menyintai dan sentiasa akan menyintai CE sampai bila-bila kerana itu adalah cinta sejatinya dan memberitahu Pedro bahawa dia tidak akan menghadiri majlis perkahwinan itu.
Consuelo mengugut CE agar tidak memberitahu LF bahawa dia adalah cucu DF dan pewaris tunggal harta keluarga Alcantara.

Lupe memberitahu Ruben bahawa Cesar sudah berkahwin dan mempunyai pekerjaaa n untuk menyara keluarganya.
Consuelo meminta agar LA mencuri dan menghapuskan wasiat sebenar ayahnya dari Bank Metropolitan.
LA memberitahu bahawa dia ternampak Marisa bercumbu dengan Pedro. Marissa memberitahu Pedro bahawa dia akan bercerai dengan LA , mereka pun bercumbuan dan Susana (wanita yang teramat menyintai Pedro) hanya melihat dari jauh sahaja dan dia merasa amat cemburu.
.
Roasrio meminta LF agar tidak mengahwini Alfredo kerana dia seharusnya hidup bersama CE, lelaki yang amat dicintainya dan juga yang menyintainya. CE memutuskan untuk menghalang perkahwinan LF dan Lafredo, sebaliknya dia terserempak dengan Jennifer.
Jennifer memberitahu CF bahawa dia telah menemui sebuah rumah yang cukup ideal.

Alfredo mengucapkan selamat tinggal kepada Xochil dan tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan dan keadaanya parah.
Alfredo perlu dimasukkan ke dalam wad kecemasan kerana mendapat kecederaan yang parah.

LF memberitahu Rosario bahawa sudah terlalmbat baginya untuk mebatalkan perkahwinannya dengan Alfredo.
CE berharap dia mampu menghalang perkahwinan LF dan Allfredo,
Jennifer pula memaklumkannya dengan penuh emosi bahawa akhirnya mereka boleh hidup bersama dirumah tersebut.

Pedro terkejut bila mendapati LF menangis dibilinya.
Akhirnya LF mengakui perasaan sebenarnya terhadap CE.

Vanessa masuk ke bilik Consuelo untuk mencari wasiat sebenar sebaiknya dia dikejutkan dengan kehadiran ibu tirinya itu.

CE tiba di hospital untuk melawat DF dan mendapat tahu bahawa Alfredo terlibat dalam satu kemalangan ngeri.
Doktor Serrano memberitahu bahawa keadaan Alfredo dalam bahaya dan dia perlu diselamatkan dengan kadar segera.
Reply

Use magic Report

emma This user has been deleted
Post time 18-1-2005 06:24 PM | Show all posts
thanks k.liza.kebetulan hr ni tak sempat tengok. parah betul ke alfredo.ada harapanlah tak jadi kawin heh heh heh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.139539 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list