CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62461|Reply: 102

~MERGED~ Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

  [Copy link]
Post time 7-8-2004 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Dari dulu lagi nak bertanya apa sebenarnya yang terjadi pada keluarga diraja sultan melaka? dengar ceritanya yang dulu melaka tu ditawan portugis, sultan melaka terpaksa melarikan diri dengan berpindah randah dari satu negeri ke satu negeri.

   sampai sekarang katanya saki baki keluarga diraja melaka tinggal dekat teluk intan, Perak sekali dengan barang-barang berharga macam keris taming sari(walaupun sebelum ni keris tersebut dikatakan hilang).

   Ada sesiapa tahu kisah yang sebenarnya tentang keluarga diraja ni? mcm mana diorg boleh tak dapat balik takhta diraja dekat negeri melaka?

[ Last edited by  amazed at 20-12-2008 04:29 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2004 12:00 AM | Show all posts
Sultan Mahmud pindah ke Johor lepas penaklukan Melaka oleh Portugis.  Pemerintahan keturunan sultan mahmud di johor berakhir selepas sultan mahmud II, cicit sultan mahmud, dibunuh (mangkat dijulang).

Anak ke2 Sultan Mahmud I, Raja Kassim, memudik sungai Perak sampai Kuala Kangsar, lalu menubuhkan kesultanan Perak sekarang.  Di luar istana bukit chandan ada replika keris tamingsari.  ada juga yg kata, keris sultan perak sekarang tu adalah tamingsari.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 07:33 AM | Show all posts
Setelah Melaka jatuh ke tangan orang Portugis. Maka, Sultan Ahmad yang pada ketika itu memerintah Melaka telah berundur ke Bentayan manakala Sultan Mahmud ke Kota Hampar. Walaupun Portugis telah menawan Melaka tetapi mereka masih lagi menghantar pasukan tentera untuk menyerang Sultan Mahmud.

Oleh kerana siri serangan orang Portugis ini , ia telah menyebabkan Sultan Mahmud terpaksa beberapa kali berundur . Sultan Mahmud apabila diserang di Pagoh buat kali pertama telah berundur ke Pahang  kemudian Sultan Mahmud telah berundur ke Pulau Bentan dan seterusnya patah balik ke Pagoh dan apabila diserang lagi oleh Portugis maka Sultan Mahmud berundur pula ke Muar dan pada 1513-1519 Sultan Mahmud bersemayam di Bentan.Dan manngkat di Kampar.

Raja Ali (anak Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah) pula dlantik sebagai pengganti Sultan Mahmud. Sultan Ahmad pula telah meninggal dunia ( ada pendapat mengatakan bahawa ia dibunuh untuk memberi laluan kepada Raja Ali menjadi Sultan)

Anaknya Raja Kassim menubuhkan kesultanan Perak dengan gelaralan SUlatan Aluddin Riayat Shah II.

Jadi dapat dibuat kesimpulan yang keturunan Sultan Melaka masih ada di kesultanan Johor dan Perak sekarang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 2004-8-8 07:33:
Setelah Melaka jatuh ke tangan orang Portugis. Maka, Sultan Ahmad yang pada ketika itu memerintah Melaka telah berundur ke Bentayan manakala Sultan Mahmud ke Kota Hampar. Walaupun Portugis telah me ...



Kesultanan Melaka di Johor berakhir lepas Sultan Mahmud II mangkat di julang.  Kesultanan kemudian jatuh ke tangan Bendahara yang seterusnya membunuh semua isteri dan keturunan Sultan Mahmud II.  Kecuai seorang isteri yang lari bersama anaknya Raja Kechil.  Raja Kechil kemudian kembali merampas takhta, tetapi lepas 5 tahun dirampas semula oleh keturunan Bendahara.  Raja Kechil lari ke Siak menubuhkan kerjaan kesultanan Siak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2004 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 2004/8/8 12:00 AM:
Sultan Mahmud pindah ke Johor lepas penaklukan Melaka oleh Portugis.  Pemerintahan keturunan sultan mahmud di johor berakhir selepas sultan mahmud II, cicit sultan mahmud, dibunuh (mangkat dijulang ...

fin ada dengar cerita yang raja muda perak sekarang bukanlah dari keturunan keluarga diraja perak yang sebenar? betul ke?


hurmm....:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2004 02:34 PM | Show all posts
kesultanan siak tuh kat mana? raja muda perak seakrang nih raja nazrin laa kan?? umm kalau nak diikutkan kaum keluarga sultan idris larr pewaris sebenar kesultanan perak..itu yg i tau la.... sorry kalau salah info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2004 03:35 PM | Show all posts
nf:nf:Just to ask pada sesiape yang pakar...

Megat terawis tu ada kena mengena ke dengan
keturunan sultan melaka?:pray:
Reply

Use magic Report

kumac This user has been deleted
Post time 9-8-2004 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by hulubelang at 9-8-2004 03:35 PM:
nf:nf:Just to ask pada sesiape yang pakar...

Megat terawis tu ada kena mengena ke dengan
keturunan sultan melaka?:pray:


Masa zaman Sultan Muzaffar Shah... Megat Terawis ni Bendahara Paduka Raja. Tak salah aku, Megat Terawis ni kerabat Raja Minangkabau.

Megat Terawis datang ke Perak dengan Sultan Muzaffar Shah. Kemudian, Megat Terawis jadi Bendahara lepas Megat Terawis ni kalah kan Tun Saban yang tak suka dengan keturunan Kesultanan Melaka. Since then Bendahara Perak dari keturunan Megat.

Cerita kenapa Tun Saban tak suka dengan Sultan Muzaffar. Sebelum zaman Kesultanan Melayu Perak, masa tu tak ada Sultan lagi. Kira ketua masa tu nama dia Tok Mahsuka. Orang orang besar Tok Mahsuka ni inc. Tun Saban, Nakhoda Kassim, etc. Tun Saban ni anak Bendahara Tun Perak. Lepas Portugis serang Melaka... memang Tun Saban ikut Sultan Mahmud Shah lari ke Bentan masa tu. Tapi lepas Portugis serang Bentan pulak, Sultan Muzaffar lari ke Kampar... tapi Tun Saban pegi ke Hulu Perak.

Masa zaman Tok Mahsuka ni lah agama Islam dah mula di Perak. Masa ni pemerintahan Perak banyak influence by ada satu orang Arab.

Tun Saban tak suka, then dia suruh anak dia Tun Kelewang pegi bunuh orang Arab ni. Tengah dalam jalan nak pegi bunuh orang Arab ni, Tun Kelewang meninggal dunia kena petir. So, lepas tu ramai kata orang Arab ni ada power dan ramai lagi yang masuk Islam. Masa ni juga Tun Saban terpaksa dengar nasihat orang Arab ni lepas Tok Mahsuka meninggal dunia dan untuk lantik ketua baru. Orang Arab ni kata ketua negeri mesti Sultan. Dan satu lagi syarat cause Tok Mahsuka tak ada anak lelaki, jadi Sultan Perak kena dari Kesultanan Melaka. Itu sebab invite anakanda Sultan Mahmud Shah, Sultan Muzaffar Shah jadi Sultan Perak.

Ada lagi version lain. Nanti aku sambung cerita.

[ Last edited by kumac on 9-8-2004 at 09:13 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kumac This user has been deleted
Post time 9-8-2004 06:51 PM | Show all posts
Satu lagi version asal Kesultanan Melayu Perak ni... masa dulu Perak ada 3 daerah - Beruas, Manjung dan Hulu Perak. Masa tu Beruas dan Manjung ni bawah Kerajaan Melaka dan ketua nya Tok Mahsuka. Hulu Perak tadi ketua nya Tun Saban.

Kemudian, ada cadangan kata nak combine tiga tiga daerah ni jadi satu negeri. Mula mula nak bagi nama Melaka tapi cause masa negeri Melaka ada lagi even tho' bawah Portugis, so mereka setuju bagi nama PERAK. Bukan sebab ada silver tapi ambil dari nama Bendahara Melaka, Tun Perak.

Sebab masa tu tak ada lagi Raja di Perak, so Tok Mahsuka ni kata negeri Perak kena ada satu Raja berdaulat. So, dari sini mereka invite anakanda Sultan Mahmud Shah, Sultan Muzaffar Shah jadi Sultan Perak.
Reply

Use magic Report

kumac This user has been deleted
Post time 9-8-2004 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by sinbad^boy at 9-8-2004 02:34 PM:
kesultanan siak tuh kat mana? raja muda perak seakrang nih raja nazrin laa kan?? umm kalau nak diikutkan kaum keluarga sultan idris larr pewaris sebenar kesultanan perak..itu yg i tau la.... sorry  ...


Perak bukan macam negeri lain which is... anakanda Sultan akan jadi Raja Muda or Tengku Mahkota.

Kita tengok history sikit. Lepas tahun 1780 something (aku tak sure tahun) keturunan Kesultanan Melayu Perak ni dari Sultan Ahmaddin Shah. Baginda ada 3 anak... Sultan Abdul Malik Mansur Shah, Raja Inu dan Raja Abdul Rahman. Jadi... selepas tu waris Kesultanan Melayu Melaka ni dari 3 families ni tadi.

Sultan Azlan Shah dari keturunan Sultan Abdul Malik Mansur Shah.

Selepas SUltan Mangkat not necessary anakanda Sultan akan terus jadi Sultan kerana ada 6 steps:

1. Raja Muda
2. Raja Dihilir
3. Raja Kecil Besar
4. Raja Kecil Sulung
5. Raja Kecil Tengah
6. Raja Kecil Bongsu

Tetapi, Sultan ada kuasa untuk tentu kan siapa baginda pilih i.e. DYMM Sultan Azlan Shah lantik DYTM Raja Nazrin menjadi Raja Muda. Sebelum ini, selalu anakanda Sultan akan ikut 6 steps tadi.
Reply

Use magic Report

kumac This user has been deleted
Post time 9-8-2004 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by finnie at 8-8-2004 10:23 PM:

fin ada dengar cerita yang raja muda perak sekarang bukanlah dari keturunan keluarga diraja perak yang sebenar? betul ke?

hurmm....:hmm:


DYTM Raja Nazrin Shah adalah anakanda Sultan Azlan Shah dan Sultan Azlan Shah (sultan ke 34) adalah anakanda Sultan Yusuff (sultan ke 32) dari keturunan Sultan Abdul Malik Mansur Shah (1780 something).
Reply

Use magic Report

kumac This user has been deleted
Post time 9-8-2004 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by sinbad^boy at 9-8-2004 02:34 PM:
kesultanan siak tuh kat mana? raja muda perak seakrang nih raja nazrin laa kan?? umm kalau nak diikutkan kaum keluarga sultan idris larr pewaris sebenar kesultanan perak..itu yg i tau la.... sorry  ...


Kesultanan Melayu Perak... anakanda Sultan tak terus jadi Sultan. Dia kena ada steps:

Raja Muda
DYTM Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir
DYAM Raja Jaafar Raja Muda Musa

Raja Kecil Besar
DYAM Raja Izzuddin Sultan Idris Shah

Raja Kecil Sulong
DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah

Raja Kecil Tengah
DYAM Raja Ashman Sultan Azlan Shah

Raja Kecil Bongsu

Selalu nya anakanda Sultan akan mula steps ni. Macam anakanda Sultan Idiris... Raja Izzuddin dan Raja Iskandar Dzulkarnain. Tetapi Sultan ada kuasa untuk lantik anakanda baginda terus menjadi Raja Muda.
Reply

Use magic Report

kumac This user has been deleted
Post time 9-8-2004 07:46 PM | Show all posts
Originally posted by finnie at 7-8-2004 06:20 PM:
sampai sekarang katanya saki baki keluarga diraja melaka tinggal dekat teluk intan, Perak sekali dengan barang-barang berharga macam keris taming sari(walaupun sebelum ni keris tersebut dikatakan hilang).


Keris Taming Sari ada lagi... iaitu alat alat kebesaran Diraja Perak. Yang lain inc.

1. Pedang Cura Si Manja Kini - ada yang kata Pedang ni dari zaman Sang Sapurba di Bukit Siguntang lagi

2. Keris Gading - ni dari Raja Bugis bagi kepada Sultan Muzaffar Shah dulu

3. Potoh Naga dan Potoh Ular Lidi (kalau tengok gambar Sultan pakai di tangan sampai atas tangan tu... atas lagi dari siku... apa nama lengan ke apa)

4. Nobat

5. lain lain tak ingat

Tapi Mahkota tu... yang ni bukan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mahkota ni Sultan Idris Shah yang beli di London masa tu... tahun 1910 something. Kemudian lepas baginda mangkat baru Kerajaan Perak beli harga berapa puluh ribu tak sure. Satu lagi.. masa zaman Jepun dulu, mahkota ni Jepun bawa balik pegi Tokyo. Tapi lepas tu masa zaman Sultan Abdul Aziz baru Jepun pulang kan semula.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by sinbad^boy at 2004-8-9 14:34:
kesultanan siak tuh kat mana? raja muda perak seakrang nih raja nazrin laa kan?? umm kalau nak diikutkan kaum keluarga sultan idris larr pewaris sebenar kesultanan perak..itu yg i tau la.... sorry  ...



Kesultanan Siak tu di Sumatera.  Dan dipadamkan oleh Belanda dan kemudiannya delete terus oleh Sukarno dan Suharto.  Yang tinggal cuma istana dan keturunan-keturunan mereka yang dah jadi rakyat biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by kumac at 2004-8-9 19:03:


Perak bukan macam negeri lain which is... anakanda Sultan akan jadi Raja Muda or Tengku Mahkota.

Kita tengok history sikit. Lepas tahun 1780 something (aku tak sure tahun) keturunan Kesultan ...



Sultan Abdullah Muhammad Syah (mangkat pada tahun 1857), pada masa tu
Raja Jaafar sebagai Raja Muda
Raja Ali sebagai Raja Bendahara
Raja Yusof sebagai Raja di Hilir

Raja Jaafar menjadi Sultan dan melantik Raja Ali sebagai Raja Muda, mengekalkan Raja Yusof sebagai Raja di Hiir kemudian mengambil Raja Ismail dari kesultanan Siak (sedara mara dema le kot) sebagai Raja Bendahara.  Timbul masaalah kemudian, lalu Sultan Jaafar kata bahawa Raja Ismail tidak akan jadi Raja Muda dan Sultan.
Bila Sultan Jaafar mangkat, Raja Ali menjadi Sultan dan dengan peliknya melantik anak Sultan Jaafar, Raja Abdullah, sebagai Raja Muda.  Kedudukan raja-raja lain dikekalkan spt berikut

Raja Abdullah sebagai Raja Muda
Raja Ismail sebagai Raja Bendahara
Raja Yusof sebagai Raja di Hilir

Bila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871, raja Ismail dilantik menjadi Sultan kerana Raja Abdullah tidak hadir pada hari pengkebumian.  Masa tu Istana Raja Muda di Teluk Anson (T.Intan).  Raja Abdullah dikatakan tidak mahu menempuh kawasan Raja Ismail kerana takut di apa-apakan oleh pengikut Raja Ismail.

Raja Abdullah kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Sutan Perak dan Raja Yusof sebagai Raja Muda.  Raja Abdullah kemudian meminta bantuan British.  dan bermulalah sejarah penjajahan British di Perak selepas Perjanjian Pangkor.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 09:16 AM | Show all posts

Beberapa isi kandungan Perjanjian Pangkor.

1.   Raja Abdullah diakui sebagai Sultan Perak.

2.  Raja Ismail dilantik menjadi Raja Muda. Beliau diberi sebuah wilayah dan wang bersara sebanyak $1000 sebulan.

3.  Segala perlantikan yang disertai dengan alat-alat kerajaan yang dibuat semasa Bendahara Ismail menjadi Pemangku Sultan yang sah.

4.  Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam setiap perkara kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.

5.  Semua pungutan dan kawalan cukai serta pertandingan am mestilah dijalankan di atas nama Sultan.

6.  Pungutan dan pengawalan terhadap semua cukai-cukai dan pentadbiran negeri dijalankan dengan berpandukan kepada nasihat-nasihat Residen dan penolongnya.

7.  Menteri Larut akan terus berkuasa tetapi beliau tidaklah diakui sebagai pemerintah yang merdeka di Larut.

8.  Menteri Larut ini juga dikehendaki menerima seorang Penolong Residen untuk menasihati beliau dalam urusan pentadbiran Larut.

9.  Gaji Residen dan penolongnya ditentukan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan dibayar oleh Sultan.

10. Gaji-gaji Residen, Penolong Residen, Sultan, Bendahara, Menteri Larut dan pembesar-pembesar atau pegawai-pegawai lain ditetapkan oleh satu senarai awam (civil test).

11. Perjanjian mengenai penyerahan wilayah Dinding dan Pulau Pangkor kepada Inggeris yang telah menimbulkan kekeliruan itu diperbetulkan.

12. Apabila keamanan dapat dipulihkan semula di Perak, kegiatan-kegiatan melombong hendaklah dimulakan semula. Ganti rugi mengenai kerosakan jentera dan lain-lain akan dibayar dan tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh pegawai-pegawai Inggeris adalah muktamad.

............................................................................................................

Pangkat Raja Bendahara telah ditiadakan selepas itu kalau tak silap saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2004 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 11-8-2004 08:11 PM:

Sultan Abdullah Muhammad Syah (mangkat pada tahun 1857), pada masa tu
Raja Jaafar sebagai Raja Muda
Raja Ali sebagai Raja Bendahara
Raja Yusof sebagai Raja di Hilir

Raja Jaafar menjadi Sultan dan melantik Raja Ali sebagai Raja Muda, mengekalkan Raja Yusof sebagai Raja di Hiir kemudian mengambil Raja Ismail dari kesultanan Siak (sedara mara dema le kot) sebagai Raja Bendahara.  Timbul masaalah kemudian, lalu Sultan Jaafar kata bahawa Raja Ismail tidak akan jadi Raja Muda dan Sultan.


Perlantikan Raja Ismail bukan sahaja mendapat tentangan Raja Yusof, tetapi juga pembesar-pembesar Perak kerana Raja Ismail berasal dari keturunan Siak (Sumatera). Untuk mengelakkan berlakunya kekacauan, Raja Jaafar berjanji bahawa kedudukan Raja Ismail akan dikekalkan sebagai Raja Bendahara. Baginda tidak akan dilantik sebagai Raja Muda atau Sultan.

Bila Sultan Jaafar mangkat, Raja Ali menjadi Sultan dan dengan peliknya melantik anak Sultan Jaafar, Raja Abdullah, sebagai Raja Muda.  Kedudukan raja-raja lain dikekalkan spt berikut

Raja Abdullah sebagai Raja Muda
Raja Ismail sebagai Raja Bendahara
Raja Yusof sebagai Raja di Hilir


Raja Abdullah dilantik menjadi Raja Muda ekoran dari persetujuan awal antara armarhum Sultan Jaafar untuk mengekalkan jawatan Raja Ismail sebagai Raja Bendahara. Sebab itulah Raja Abdullah melompat terus ke jawatan Raja Muda tanpa menjawat jawatan Raja Bendahara. Perlantikan Raja Abdullah sebagai Raja Muda telah mendapat tentangan Raja Yusof, Raja Ismail dan pembesar-pembesar Perak.

Bila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871, raja Ismail dilantik menjadi Sultan kerana Raja Abdullah tidak hadir pada hari pengkebumian.  Masa tu Istana Raja Muda di Teluk Anson (T.Intan).  Raja Abdullah dikatakan tidak mahu menempuh kawasan Raja Ismail kerana takut di apa-apakan oleh pengikut Raja Ismail.


Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871 Keadaan di Perak semakin runcing kerana Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusof menuntut takhta Perak dan masing-masing menganggap berhak ke atas takhta tersebut.Sala hsatu syarat untuk ditabalkan menjadi Sultan ialah menghadiri upacara pengkemudian almarhum sultan.Jenazah al marhum Sultan Ali berada di Sayung dan Raja Bendahara Ismail juga berada di Sayung.  Dalam upacara pengebumian Sultan Ali di Sayong pada tahun 1871, pembesar-pembesar Perak telah melantik Raja Ismail sebagai Sultan kerana Raja Abdullah (Raja Muda) tidak menghadiri upacara tersebut. Di antara pembesar yang memainkan peranan penting di atas perlantikan Raja Ismail sebagai Sultan ialah Ngah Ibrahim kerana beliau mengharapkan Raja Ismail akan melantiknya sebagai Raja Bendahara, sebagai anak tangga ke arah takhta Perak.Raja Abdullah berada di Hilir Perak tidak berani melintasi kawasan Raja Yusoff

Raja Abdullah kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Sutan Perak dan Raja Yusof sebagai Raja Muda.  Raja Abdullah kemudian meminta bantuan British.  dan bermulalah sejarah penjajahan British di Perak selepas Perjanjian Pangkor



Perlantikan Raja Ismail sebagai Sultan telah mendapat tentangan dari Raja Abdullah, Raja Yusof dan pembesar-pembesar Hilir Perak. Raja Abdullah telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dan melantik Raja Yusof sebagai Raja Muda dalam usaha mendapatkan sokongan. Setelah usahanya untuk mendapatkan takhta Perak gagal,(kerana pembesar2 juga tidak mengiktiraf perlantikannya sebab tidak menghadiri majlis perkebumian) Raja Abdullah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir Andrew Clarke pada 31 Disember 1873 dan 9 Januari 1974 memohon bantuan British dalam usaha mendapatkan takhta Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 11-8-2004 08:16 PM:
1.   Raja Abdullah diakui sebagai Sultan Perak.

2.  Raja Ismail dilantik menjadi Raja Muda. Beliau diberi sebuah wilayah dan wang bersara sebanyak $1000 sebulan.

3.  Segala perlantikan yang  ...


Tambahan mengenai Perjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874. Isi kandunagn perjanjian ini ini dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu mengenai takhta Kerajaan Perak dan mengenai orang Cina.


Mengenai orang Cina

1-  kedua-dua pihak hendaklah meletakkan senjata dan memusnahkan kubu-kubu mereka.

2-  satu suruhanjaya yang terdiri daripada pegawai-pegawai British dan 2 orang wakil Cina, akan menyelesaikan semua tuntutan terhadap lombong-lombong itu dan urusan-urusan di Larut pada masa akan datang akan dijaga oleh seorang Residen Inggeris.

3- mereka hendaklah mengikut janji sebanyak $50000 untuk menjaga keamanan dan menuruti syarat-syarat perjanjian itu.


Memang betul jawatan Raja Bendahara dihapuskan selepas Perjanjian Pangkor
Reply

Use magic Report

kumac This user has been deleted
Post time 12-8-2004 11:50 AM | Show all posts
Ada jumpa website ada pic Alat Kebesaran Perak inc. Keris Taming Sari.


Nobat

Bagi Negeri Perak ada terdapat lapan jenis alat alat bunyian yang di gunakan didalam permainan nobat; sebuah Gendang Nobat, dua buah Gendang Peningkah, sebuah Nafiri, dua buah Serunai dan dua buah Nekara. Nobat ini dikatakan telah dibawa dari Parsi ke Melaka di zaman pemerintahan Parameswara bersempena dengan perkahwinan baginda dengan seorang puteri Parsi.

Makna nya Nobat Di Raja Perak asal dari Kesultanan Melayu Melaka masa zaman Parameswara lagi.


Pedang Cura Simanja Kini

Pedang Cura Si Manja Kini
Riwayat Sang Sapurba Bukit Siguntang di pusakai
Lambang kebesaran, kegagahan pertiwi
Menjadi kemegahan generasi kini.

Bertitah pula Paduka Seri Sultan
Nama asalnya bukanlah demikian
Cura Si Mandang Cheni namanya gerangan
Sempena Tasik Cheni di benua India di hikayatkan.

Lagenda sejarah mengesahkan pula
Hikayat ketinggian Salahsilah Perak di singkap kembali
Kedaulatan Perak keturunan Sang Sapurba
Putera Raja Suran dan Puteri Mahtab Al Bahri

Kisah bermula dari tanah seberang, Minangkabau namanya
Naga Saktimuna mengganas negeri binasa
Menitah Sang Sapurba akan Permasku Mambang Perkasa
Ambillah Cura SiManja Kini, bunuhlah Saktimuna durjana

Sumpah setia Demang Lebar Daun - Sang Sapurba
Berteguh janji hingga ke anak cucu
Cura Si Manja Kini menjadi saksi:
"Tidak Melayu menderhakai kepada Rajanya,
Adil saksama ganjaran diberi
Memberi malu tidak sekali-kali."

Hikayat berlalu memecah gelora
Cura Si Manja Kini berlayar ke Melaka
Parameswara di tabal sebagai Maharaja
Cura Si Manja Kini menjadi lambang Kedaulatan Negara.

Kekallah Kesultanan Melaka zaman berzaman
Sampai pula giliran Sultan Mahmud Shah
Portugis mengganas bagaikan syaitan
Musnahlah Melaka dimamah penjajah.

Berundurlah Sultan Mahmud Shah ke serata negeri
Membawa sekeping hati dan alat kebesaran negeri
Kampar membenteng hamparan agar Baginda merajai
Kekallah pemerintahan tak kembali ke Melaka lagi.

Cura Si Manja Kini warisan anakanda
Raja Muzzaffar Shah bangsawan perkasa,
"Berangkatlah ke Negeri Perak yang tidak beraja
Pusaka kesaktian Kesultana Melaka terus dipelihara"

Zaman berlalu musim berubah
Cura Si Manja Kini pusaka bertuah
Menjadi lambang Kedaulatan Sultan Pemerintah
Warisan terpelihara, demikian sejarah dititah.


Mengikut cerita Pedang ni dari zaman Sang Sapurba lagi dan di bawa dari Melaka ke Perak oleh Sultan Muzaffar Shah.


Cap Mohor Halilintar

Mohor Kecil - CAP HALILINTAR nama nya.
Pusaka Parameswara satelah mengislamkan dirinya.
Terukir kalimah "Sultan Muhammad Shah Dizil Allah Fil Alam"   
Pemegangnya bukan kayu biasa
"Gempita" demikian namanya diberi
Lagenda Indera Varja, lambang gembita
Itulah jalinan ceritera disurati


Cap mohor ni dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi iaitu dari zaman pemerintahan Parameswara di bawa ke Perak oleh Sultan Muzaffar Shah.


Keris Taming Sari

KERIS HANG TUAH
Segagah tuan asalnya Laksamana Melaka terbilang
Sarung dan hulu bersalut emas
Kesaktiannya diluar jangkaan manusia
terbang ke udara bagaikan peluru berpandu
Mencari sasaran musuh durjana
Bukan mudah untuk menghunusnya
Kalau bukan orang terpilih dan kena pada ketikanya

Menurut hikayat yang ampunya cerita
Hang Tuah malu menyembah Duli Yang Di Pertuan
Satelah gagal meminang Puteri Gunung Ledang
Keris diberi kepada Tun Mamat sebagai penebus malu
Untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud.

Kekallah keris ditangan Baginda
Hingga diwariskan kepada Raja Muzzaffar
Sultan Perak yng pertama
Diturunkan kepada setiap Sultan
Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.


Keris Taming Sari juga di bawa ke Perak oleh Sultan Muzaffar Shah
Reply

Use magic Report

kumac This user has been deleted
Post time 12-8-2004 12:05 PM | Show all posts
Alat alat kebesaran Perak yang lain.


Mahkota

Sama macam yang aku cerita sebelum ni... mahkota ni di beli oleh Sultan Idris Shah tahun 1911 di London masa menghadiri istiadat kemahkotaan King George V. Selepas Baginda mangkat pada tahun 1916, Kerajaan Negeri Perak beli mahkota harga $20,000.

Tahun 1941, Jepun datang ke Kuala Kangsar, Mr.Jomaran Pegawai Daerah ketika itu bawa mahkota ini ke Singapura untuk dijaga tapi lepas Singapura jatuh ke tangan Jepun, mahkota ini telah dibawa oleh pihak Jepun ke Tokyo. Pulang kan ke Perak semula semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Aziz.


Potoh Bernaga

Sepasang gelang emas berkepala naga
POTOH BERNAGA hiasan Paduka Seri
Bertambah gagahlah Duli Yang Maha Mulia
Disarungkan ke lengan kanan dan kiri
Di istiadat rasmi kebesaran negara
Potoh sebagai lambang kebesaran duli.



Potoh Ular Lidi

Raja Perempuan bersemayam di Singgahsana
Memakai POTOH ULAR LIDI
Buatannya emas berbentuk kepala ular biasa
Di istiadat rasmi rakyat menyembah duli.



Sembrit

SEMBRIT - Penghias bekas santapan
Talam Di Raja alat kebesaran negeri
Riwayatnya kaabur sukar di carikan
Hilang bersama Si Indera Sakti.



Batil Emas

Batil Emas berasal dari Acheh
MUNDAM namanya pusaka ini
Selepas santapan di hidangkan ia
Berkasan limau di permainan berhantu



Puan Bujur dan Puan Nagataru

PUAN BUJUR daun sireh bentuknya
PUAN NAGATARU bekasan pinang
Emas sepuluh indah buatannya
Istiadat Istana tidak mudah dibuang
Lambang kebesaran negeri terbilang



Keris Gading

KERIS GADING namanya keris ini
Tambahan baru perkakas kerajaan
Istana Raja Bugis gelaran diberi
Warisan Sultan Yusuf anugerah tersimpan

Daeng Upu Tenderi Burung
Raja Bugis yang ketiga
Keris diberi silaturahim bersambung
Sultan Muzzaffar Shah (III) menerima dengan tangan terbuka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.112916 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list