CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: finnie

~MERGED~ Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

  [Copy link]
Post time 3-6-2007 04:30 PM | Show all posts

Reply #6 the_slayers's post

Besonya cop tu.....penoh kot satu muka surat bila di guna. Mungkin harus di semak semula dgn surat2 lama kalau masih ada di mana2 musium sebelum diterima bulat2 cerita ini???:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2007 08:02 PM | Show all posts
betul ker..??eh..bukan ker cop mohor tuh kecik jer..??
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 08:48 PM | Show all posts

Reply #8 GRINDSAKHTANIC's post

Hami lihat macam besor tapak tangan je.............stamp pad diapun mestilah besor lagi kan? Ada sesiapa boleh konfim?

[ Last edited by  hamizao at 3-6-2007 08:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 10:52 PM | Show all posts
kasi org putih kaji la kalau susah susah,mereka boleh mengesahkan penemuan beribu tahun yg lalu..kalau setakat 500 tahun tu kacang je bagi mereka
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:10 AM | Show all posts
perghh beso giler cop tuh... maybe zaman dulu surat semua besar2 tak mcm skarang standard A4. cop besar camtu kalau buat ketuk kepala orang pun buleh pengsan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 09:45 PM | Show all posts
Originally posted by CRK at 4-6-2007 09:10 AM
perghh beso giler cop tuh... maybe zaman dulu surat semua besar2 tak mcm skarang standard A4. cop besar camtu kalau buat ketuk kepala orang pun buleh pengsan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2007 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by the_slayers at 30-4-2007 17:48
cam nie kan rupe cop mohor tu??


yeke ni copnya...
nmpak baru jerkkk.....
ntah2 buat kat kedai.pastu claimm cop sultan melaka tak....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by arnabkiut at 5-6-2007 11:36 PM

yeke ni copnya...
nmpak baru jerkkk.....
ntah2 buat kat kedai.pastu claimm cop sultan melaka tak....


Itulah arnabkiut..........yang Hami biasa tengok dema buat macam cincin...boleh pakai di jari. Orang lain tak leh amik guna melainkan kerat jari tu...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2007 11:07 AM | Show all posts
Jejak: Portugis guna tipu muslihat jajah Melaka
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)


Kedatangan Benggali Putih ke Timur untuk teruskan Perang Salib, hancurkan Kerajaan Islam





TATKALA kita dilaungkan yang Malaysia kini sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan, kita seolah-olah lupa yang negara sebenarnya dijajah selama 446 tahun.

Nyata usia kemerdekaan negara masih terlalu 憁uda
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 11:07 AM | Show all posts
FAKTA:
Pemerintahan Portugis


1511: Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina kubu Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak Sultan. Selepas 10 hari mengepung, Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan tewasnya Sultan Mahmud Shah, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.


1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Kerajaan Portugis di Melaka.


1518-1519: Sultan Mahmud Shah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan dalam usaha menawan kembali negara itu.


1521: Gereja St Paul dibina Kapten Portugis, Duarte Coelho dan dinamakan 慜ur Lady of The Hill
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 11:08 AM | Show all posts
Jejak: Johor diperalat usir Portugis
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)


Belanda tidak serahkan Melaka kepada Kesultanan Johor sebaliknya menubuhkan kerajaan sendiri jadi pangkalan baru


MENELITI lembaran sejarah kemerdekaan Malaysia, pastinya tercatat pada suatu perenggan bahawa Belanda adalah antara bangsa asing yang pernah menjajah tanah air kita.

Lebih tepat adalah Belanda dipercayai penjajah kedua yang menjajah tanah air kita selepas Portugis malah bangsa asing itu saja menduduki dan melebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu selama 131 tahun.

Lembaran sejarah itu bermula pada 1641 apabila angkatan perang Belanda yang dibantu tentera Kesultanan Johor, berjaya mengalahkan Portugis yang menguasai Melaka ketika itu.

Sebelum itu, Melaka berada di bawah pemerintahan Portugis selama 130 tahun selepas merampasnya dengan memerangi Kerajaan Melaka pimpinan Sultan Mahmud Shah pada 1511.

Dalam peperangan itu, Sultan Melaka dan pengikut terpaksa berundur ke Bentan (Riau) seterusnya mengasaskan Kesultanan Johor. Berkurun berlalu, kerajaan baru itu sentiasa menyerang Portugis di Melaka untuk merampas kembali kedaulatan negara dan hak mereka.

Serangan demi serangan yang berterusan bagaimanapun masih gagal mengalahkan Portugis di Melaka. Malah, serangan terbesar menggabungkan angkatan tentera Johor, Perak, Pahang dan Japara (Jawa) masih gagal meruntuhkan kubu Portugis walaupun pahlawan Melayu mengepung Melaka selama tiga bulan.

Sehinggalah kemunculan Belanda yang sedang mencari pengaruh di Tanah Melayu ketika itu. Mereka mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Johor dan kepada Sultan Johor, mereka menyatakan persetujuan untuk menghulurkan bantuan ketenteraan memerangi Portugis.

Dengan bantuan Belanda, Johor semakin yakin untuk meraih kemenangan ke atas Portugis seterusnya mendapatkan kembali tampuk kesultanan mereka yang ditakluk bangsa asing itu. Mereka beriltizam memerdekakan Melaka yang sudah 130 tahun dijajah Portugis.

Pada 14 Januari 1641, bersama kelengkapan senjata yang hebat, angkatan perang Belanda dan Johor bergerak menuju ke Melaka. Serangan besar-besaran akan dilakukan bagi memusnah dan mengusir penjajah itu dari bumi Melaka buat selama-lamanya.

Pertempuran hebat kemudian menggegarkan bumi Melaka. Laksamana Tun Abdul Jamil yang mengetuai angkatan perang Johor, menggempur Portugis dari jalan darat manakala Belanda menyerang Melaka dari laut.

Ledakan meriam, peluru senapang berterbangan mencari mangsa. Keris pahlawan Melayu mencantas dan menikam jasad penjajah dan akhirnya pertempuran sengit yang menumpahkan banyak darah itu berakhir.

Portugis yang ketakutan, lintang-pukang melarikan diri dan sorakan tentera Johor dan Belanda bergema membelah ruang udara Melaka. Selepas ratusan tahun, Melaka akhirnya bebas dan beroleh kemerdekaan dari Portugis pada hari itu.

Bagaimanapun, selepas berakhirnya peperangan menentang Portugis, Kerajaan Johor mula menyedari yang mereka ditipu. Hasrat untuk mendapatkan kembali hak dan negeri asal mereka yang terlalu lama dijajah, masih tidak kesampaian. Belanda bermain helah.

Selepas penawanan Melaka, Belanda tidak menyerahkan negeri itu kepada Johor sebaliknya bangsa asing itu menubuhkan kerajaan mereka dan bertapak di situ.

Bagi bangsa asing itu, Melaka amat penting kepada strategi Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) iaitu syarikat perdagangan antarabangsa yang ditubuhkan Kerajaan Belanda.

Kedudukan Melaka yang strategik sehingga pernah menjadi pelabuhan entrepot termasyhur menarik minat Belanda untuk menubuhkan pangkalan mereka di situ.

Mereka berharap dapat memanipulasikan kedudukan Melaka yang terletak di tengah laluan perdagangan utama Barat ke Timur selain kekayaan hasil bumi di negeri sekitar Melaka akan membawa keuntungan kepada mereka.

Belanda kemudian membuat perjanjian perdagangan dengan beberapa negeri Melayu seperti Kedah, Ujung Salang, Bangkeri dan Perak bagi mendapatkan timah. Perjanjian menyebabkan Belanda menubuhkan pangkalan, kilang dan aset mereka di negeri terbabit.

Bagaimanapun, kehadiran bangsa asing itu bersama niat untuk meragut hasil bumi watan sebanyak mungkin selain diketahui penduduk sebagai penjajah Melaka, jelas tidak disenangi orang Melayu.

Pada 1651, pangkalan di Perak dimusnahkan penduduk tempatan manakala tentera Belanda yang ditugaskan di lokasi itu, dibunuh. Pada 1660 pula, kilang yang dibina Belanda di Ujung Salang, terpaksa ditinggalkan. Belanda juga turut berperang dengan orang Melayu di Naning yang wilayahnya terletak bersebelahan Melaka.

Penjajahan Belanda menyebabkan aktiviti perdagangan di Melaka merosot. Pada era kegemilangan Melaka sebagai pelabuhan entrepot, pedagang daripada pelbagai negara bebas berniaga barang masing-masing tetapi apabila Belanda menjajah, VOC ingin memonopoli semua barang yang dijual.

Selain itu, kemerosotan perdagangan di Melaka turut berpunca daripada keputusan Belanda yang ingin memajukan Betawi (Jakarta) lebih dari Melaka, berikutan Betawi adalah pangkalan utama pentadbiran VOC di Timur.

Kemerosotan populariti Melaka di kalangan pedagang asing menyebabkan Johor mengambil peluang membuka pelabuhan dan pusat tumpuan perdagangan di Riau iaitu satu daripada jajahan kerajaan itu.

Aktiviti perdagangan di Riau kemudian jauh mengatasi Melaka berikutan barang yang didagangkan di pelabuhan itu lebih pelbagai.

Kesibukan pelabuhan Riau dilihat sendiri Gabenor Belanda, Thomas Silcher yang melawat pusat pentadbiran Johor itu pada 1689. Tatkala melihat jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan itu, Silcher berkata: 揟erlalu banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 11:08 AM | Show all posts
FAKTA: Penjajahan Belanda

1641: Belanda menewaskan Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan bantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

1645-1670: Perang antara Belanda dan Naning.

1650: Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.

1710: Gereja St Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas Belanda memberi kebebasan kepada penganut Katolik untuk mengamalkan agama mereka.

1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni reka bentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas dibina selama 12 tahun.

1756: Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja, menyerang Belanda di Melaka.

1784: Raja Haji memerangi Belanda di Melaka tetapi terbunuh ketika pertempuran di Teluk Ketapang.

1795: British menguasai Melaka buat sementara ketika Perang Napoleon.

1807: British di bawah William Farquar memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang menukarkan pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan British di Melaka.

1808: Kedatangan Stamford Raffles menyelamatkan Melaka daripada kemusnahan dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan.

1818: Melaka dipulangkan kepada Belanda di bawah Perjanjian Vienna selepas Perang Napoleon.

1819: Sultan Husin Shah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris.

1824: Perjanjian London dibuat yang mana British memberi Bangkahulu di Sumatera kepada Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 02:33 PM | Show all posts
sejarah2 kesultanan melayu melaka antara subjek fav.aku time skolah dulu...
aku ajar otak aku bila bukak buku sejarah ni macam baca buku cerita yg menarik...dan masa SPM aku dapat score baekkk punyer....!

dan bila masuk thread ni..aku kena polish balik otak aku nih....
pasal aku suka sejarah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 01:12 PM | Show all posts
1001 persoalan timbul kenapelah sultan2, pahlawan2 dulu bermati-matian lwn ngan barat, Kenapelah bile je sampai Tunku Abedul Rahman senang-senang merdeka? hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 05:02 PM | Show all posts
saya musykil betul, adakah tun habib abdul majid betul2 berasal dari keturunan sayyid al-idrus? kalu kat dalam forum asyraf.com, mereka menolak beliau berketurunan sayyid al-idrus kerana bermotif politik n x ada bukti bertulis asal usul keturunan.

"mencuri nasab" kononnya?..

minta penjelasan...tq
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 11:57 AM | Show all posts
melalui nasab kita, kita tahu siapa diri kita n peranan yg boleh kita mainkan...sbg cth, kalu ada darah ahlul bait, biasanya mudah gak kalu dalam hal2 agama...mintak lah x jadi sayyid al kohol....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 04:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 07:46 AM | Show all posts

Tun Perak

TUN PERAK BERASAL DARI KLANG SELANGOR KENAPA NAMANYA TUN PERAK SEHINGGA ADA SESETENGAH YANG TIDAK TAHU SEJARAH MENGANGGAP TUN PERAK BERASAL DARI PERAK

[ Last edited by  amazed at 20-12-2008 04:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 12:14 PM | Show all posts
nih cuma nak dapat Digest tread laa neh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 20-12-2008 12:14 PM
nih cuma nak dapat Digest tread laa neh....


totok tak tahu sejarah sebab tu terpinga2, masaalahnya ramai student universiti pun ingat tun perak dari perak.
totok ohh totoh (macam bangau oh bangau lah dia nie cari salah orang je )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060383 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list