CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7527|Reply: 33

Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa

[Copy link]
Post time 16-12-2020 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Ungku Aziz meninggal dunia
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Disember 15, 2020 @ 6:52pmbhnews@bh.com.my











KUALA LUMPUR: Tokoh ekonomi dan pendidikan negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court di sini, hari ini.

Jurucakap Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berkata, perkara itu disahkan isterinya yang juga bekas Naib Yang Dipertua ANGKASA, Rahaiah Baheran.

Allahyarham yang berusia 98 tahun meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Allahyarham mendapat ijazah dalam bidang ekonomi pada 1951, di Universiti Malaya (UM), Singapura sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sama di Universiti Waseda, Tokyo pada 1964.

Ungku Aziz pernah berkhidmat di Fakulti Ekonomi UM, Kuala Lumpur pada 1961 hingga 1965 dan pernah menjadi Dekan di fakulti itu.

Pada 1968 Allahyarham dilantik sebagai Naib Canselor UM sehingga 1988. Beliau adalah Naib Canselor paling lama berkhidmat di universiti berkenaan.
Allahyarham yang juga bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

Ungku Aziz adalah menjadi tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji (TH), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) serta dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara, pada 21 Julai 2002 serta Tokoh Maal Hijrah, pada 1997.

Allahyarham juga dianugerahkan Tokoh Ekonomi Melayu pada 25 Jun 2005 dan menerima Anugerah Akademik Negara pada 2006.
Selain itu, Allahyarham juga antara tokoh ekonomi yang terbabit dalam merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB).




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2020 05:12 PM | Show all posts

KUALA LUMPUR: Kehilangan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid ibarat satu dalam sejuta dan tiada galang gantinya.

Bidang ekonomi bukanlah satu-satunya kekuatan Profesor Diraja Ungku Aziz, sebaliknya Allahyarham turut terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama.

Dilantik sebagai Pengarah DBP dan berkhidmat dari tahun 1956 hingga 1957.

Memindahkan DBP dari Johor ke Kuala Lumpur pada 10 Julai 1957. Tindakan beliau ini amat penting kerana Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran dan dijangka segala urusan menjadi lebih lancar dan mudah.

Allahyarham memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan tugas utama Balai Pustaka dengan menerbitkan hasil kesusasteraan dan persuratan Melayu serta menjaga hal ehwal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

DBP sendiri pernah menerbitkan sebuah buku berjudul Riwayat Ungku Aziz yang diitulis oleh Asmah Omar.  Buku ini terdiri daripada lapan bab yang menerangkan tentang latar belakang Ungku Aziz, susur galur dan salasilah beliau, ketokohan, kepimpinan serta jasa beliau kepada pembangunan Malaysia.

Berjuang menerusi saluran penulisan dan pendidikan, Ungku Aziz terus memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ilmu adalah aset untuk masa depan yang lebih baik. Berikut adalah antara cetusan minda yang direalisasikannya:

Sepanjang hayatnya, Allahyarham menulis lebih daripada 50 buah buku mengenai isu ekonomi dan sosial.

Pada 1988, Ungku Aziz pernah menyuarakan agar pihak penerbit menurunkan harga buku agar lebih ramai orang mampu membeli sekali gus menggalakkan budaya membaca.

Mencetuskan idea untuk penubuhan pusat Hak Asasi Sains Universiti Malaya (UM).

Sejak tahun 1980-an, Ungku Aziz aktif mempromosikan kajian sastera dan warisan intelektual orang Melayu.

Allahyarham juga bertanggungjawab memperkenalkan kursus Tamadun Islam sebagai kursus pilihan yang ditawarkan kepada semua pelajar sama ada beragama Islam atau bukan beragama Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat beli buku pantun susunan beliau.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2020 05:14 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-12-2020 05:14 PM
Sempat beli buku pantun susunan beliau.

share please
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 16-12-2020 05:14 PM
share please

Ada dalam simpanan tapi kena tgk kat rak mana dulu. Iols beli kat Pekan Buku UM. Lepas tu baru dapat tau penulis beli semua buku tersebut dan jual di Pekan Buku UM. Yang sedihnya Pekan Buku UM dah ditutup beberapa tahun lepas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2020 05:21 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-12-2020 05:16 PM
Ada dalam simpanan tapi kena tgk kat rak mana dulu. Iols beli kat Pekan Buku UM. Lepas tu baru dap ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 16-12-2020 05:21 PM

Macam kenal je gambar tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 03:55 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 03:55 PM | Show all posts
Ada dua wanita dari Kerajaan Uthmaniyyah yang dihantar ke alam Melayu untuk menjalinkan perhubungan iaitu Khadijah Hanum dan Ruqayyah Hanum. Khadijah Hanum berkahwin dengan Sultan Abu Bakar dari Johor manakala Ruqayyah Hanum  berkahwin dengan adiknya Sultan, Engku Abdul Majid.

Peranan Ruqayyah Hanum lebih besar, kerana beliau berkahwin 3 kali. Selepas Engku Abdul Majid beliau berkahwin dengan menteri besar pertama Johor, Dato Jaafar Muhammad, dan dengan seorang usahawan berjaya Syed Abdullah Alatas.

Hasil dari perkahwinan dengan Engku Abdul Majid muncul dari keturunannya, individu2 seperti seorang ilmuan Professor DiRaja Ungku Abdul Aziz dan anaknya Zeti Aziz yang merupakan bekas governor bank negara Malaysia.

Dari perkahwinan bersama Syed Abdullah Al Attas munculnya dari keturunannya ilmuan2 gergasi seperti Almarhum Prof Syed Hussein Alatas dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, dan anak2 mereka seperti Dr Syed Farid Alatas dan Dr Ali Tawfik al-Attas. Mereka adalah kaum kerabat bersama ulama dan Imam masjid Ba'alawi Singapura, Habib Hasan Alatas.

Dari perkahwinan bersama Dato Ja'afar Muhammad pula terlahirnya Onn Ja'afar, pengasas UMNO, Tun Hussein, dan Dato Seri Hishammuddin Hussein, menteri pertahanan dan Naib Presiden UMNO.

Jadi kesan dari hubungan yang terjalin antara Turki dan alam Melayu sangat2 besar yang melahirkan individu2 yang memberi sumbangan besar pada ummat Islam pada peringkat nasional dan antarabangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 03:58 PM | Show all posts
Pidato yang ditulis dan dibaca oleh Dato’ Syed Danial (Alumni UM) sempena penganugerahan “Anugerah Tuanku Syed Putra” kepada Profesor DiRaja Ungku Aziz oleh DYMM Tuanku Raja Perlis di Istana Arau, Perlis, pada 29 Mac 2007.

PROF DIRAJA  UNGKU ABDUL AZIZ

Tamparan yang tak parah
Di punggung merah  
Masih basah bersalut darah

Jeritan bayi baharu dilahirkan
Di Hampstead Heath, utara London
Tahun 1922 Januari tanggal 28

Ibundanya Hamidah gelisah
Tetapi tetap tabah
Seraya merasai megah
Ayahandanya keluh-kesah
Ungku A Hamid mudah gelabah
Namun merasakan bertuah
Lantas terluahlah
Kalimat Alhamdulillah
Demikian bermula riwayat yang dikisah

Ayahandanya Ungku Abdul Hamid
Ketika itu belajar di Cambridge

Menuntut Ll. B di negara matsaleh
Bila balik kelak taklah dipandang lekeh

Kemanjaan bayi dan ibu tidak lama
Belum 3 tahun ibundanya meninggal dunia
Ketika Ungku berusia 5
Dibawa balik ke Johor negeri asalnya

Ungku yang kecil ketika itu
Hairan pertama kali melihat rumah Melayu
Beratap nipah berdinding buluh dan kayu
Berjalan dan bermain tanpa sepatu

Pakaian pula koyak dan rabak
Almaklum Depression sudah merebak
Bila diingat hatinya sebak
Kesannya ternukil sejak ia kanak-kanak  

Apa dilihatnya menyemaikan semangat
Untuk berjasa dan melestarikan khidmat
Kemiskinan ditentang selagi berhayat
Sampai sekarang pun belum tamat
Bayi itu sudah kini berusia kencana
Hari ini sehari dua bulan melebihi 85  

Nama orangnya Ungku Abdul Aziz  
Anakanda Ungku Abdul Hamid
Cucunda Ungku Abdul Majid

Nindanya itu adinda Sultan Johor
Sultan Sir Abu Bakar yang masyhur
Baik di barat maupun timur
Pemerintah negeri yang aman-makmur

Seperti ayahandanya yang merantau jauh
Ungku belajar pulun sungguh-sungguh

Di Ngee Heng dan Bukit Zaharah
Di sanalah Ungku bersekolah rendah
Panas atau hujan Ungku tak kisah
Sebab cita-citanya sudah diserlah

Malang sungguh tidak disangka
Ketika Ungku masih remaja
Belasan tahun belumpun dewasa
Ayahandanya pulang ke alam baqa  

Pelajaran diteruskan ke English College  
Kemudian ke Raffles namun pengajiannya tak habis
Sebab Jepun menakluk menggantikan British

Di Raffles College dia jadi mahasiswa
Hanya setahun pengajiannya tergendala
Daripada menganggur baiklah bekerja
Menjadi kuli menggunakan tenaga
Di Tambak Johor yang dibina semula
Namun keazamannya diperhati juga
Oleh Mayor JB, Yoshitomo Tokugawa
Direkomennya kepada Gen. Yamashita
Lantas dihantar Ungku ke Universiti Waseda
Belajar di Nippon pada 1944 & 1943  

Bila tamat Perang Dunia Ke-2
Disambung pengajiannya di Universiti Malaya
Yang baharu ditubuhkan di Singapura

Mendapat ijazah BA Hons (Ekonomi ) Kelas I
Tahun 1951, dialah tunggal seorang Melayu l

Pada awal Universiti pasca Perang
Mahasiswa ketika itu lebih matang
Berbagai aliran fahaman dipegang
Ada yang radikal senantiasa menentang
Konon nak membetulkan dunia yang pincang
Semuanya ingin menjadi pejuang
Berpidato berapi alang-kepalang
Ada yang benar dan ada yang temberang
Tetapi Ungku Aziz, cita-citanya tak tergalang

Ungku yang yatim-piatu itu tetap berazam
Bertugas  JCS  setahun dalam Perkhidmatan Awam
Namun jiwanya masih tidak dirasakan tenteram  

Lantas kembalilah Ungku ke Universiti
Memulakan usaha menaburkan bakti
Kemiskinan dikaji bukan hanya diperhati
Penindasan oleh manusia ingin dibasmi
Faktor-faktor penyebab sudah dipasti
Penindasan, pengabaian dan rendah produktiviti  

Patutkah ayam mati di jelapang kerana lapar
Itik mati dahaga di telaga, adakah wajar?

Jika bangsa mahu merdeka
Bukan setakat bangga di dada
Iktisad masyarakat hendaklah diupaya
Agar kemerdekaan benar berharga
Mesti ada isi bukan cuma ada rangka
Tak juga dibelenggu peranggu minda

Dijajah lama masyarakat longlai-kaku
Bukan mudah nak mencairkan sikap yang beku
Namun itulah cabaran kepada Ungku
Mendayakan kejayaan manusia khasnya Melayu

Retorik manusia memanglah lunak
Tindakan sedikit pun, isi-seninya banyak  

Pensyarah pertama Melayu di Universiti Malaya
Ungku masih sempat merencana dan mengelola
Kursus Ekonomi di Udara melalui Radio Malaya  
Satu program yang dimanfati belia
Dan lain-lain pemirsa  di desa dan kota
Menambah ilmu memperkasakan jelata

Menjelang Merdeka menjulang martabat
Bahasa Melayu pula perlu didaulat
Di Johor Bahru di situlah tempat
Penubuhan pertama DB&P  dibuat
Siapakah gamaknya dipanggil menjawat
Pengarah Dewan yang diperlukan sangat
Ungku dilantik dan sangatlah tepat

Kolej Universiti 1959 bermula di Ibukota
Sebagai cawangan kampus U M di Singapura
Bagi menyediakan keperluan tenaga manusia
Untuk pembangunan Negara yang sudah merdeka

Pemisahan Universiti dua tahun kemudian
U M di KL menjadi Universiti tunggal watan
Tak bergantung dengan induknya di Jalan Dunearn
Ungku ke Kuala Lumpur sebagai Pensyarah Kanan
Tapi dengan Universiti Waseda tak diputuskan pelajaran
Mendapat D Econs, namanya adalah Dr. di depan

Sebagai Melayu menjadi Prof yang pertama
Terus dia meningkatkan darjat serta nama
Menjadi Dekan Fakulti Ekonomi pada 1965

Tiga tahun kemudian
Dari 1968 hingga 1988
Ungku pegang lain peranan
Sebagai VC, 20 tahun 1 bulan

Sungguhpun dia memimpin Universiti
Khidmat kepada masyarakat tidak diketepi
Ungku berjaya menyelesaikan Mogok Keretapi  
Telagah pekerja dan majikan upaya diberhenti  
Kerajaan dan rakyat tidaklah terus rugi

Pekerja-pekerja estet juga dibantu ikhlas
Akibat fragmentation yang mudaratnya jelas
Jasa Ungku NUPW tak dapat membalas
Cuma satu tanda penghargaan yang khas
PPN Hostel Ungku yang meletak batu-asas

Satu perkara yang dikaji Ungku
Gerakdaya menabung orang Melayu
Untuk ke Mekah menunaikan fardhu
Menyimpan di bank dengan riba tidak disetuju
Ungku mencadangkan gagasan yang jitu
Sheikh Shaltout, Rektor Al-Azhar, memberi restu
Tertubuhlah L U T H yang kita semua tahu
Menggemblengkan dana RM berjutaan ribu
Gadai tanah dan berhutang tidak lagi perlu
Bakal Haji pula menikmati khidmat bermutu
Konsep Tabung Haji kita itu
Kini banyak negara yang hendak tiru

Gerakan koperasi pula sangat dekat di hati
Cara menyekat kemudaratan eksploitasi
Menggembleng sumber melalui jayadiri
ANGKASA berperanan pelindung yang jati
Ditubuh 1971 dan masih subur hingga kini
Sebab selama 36 tahun Ungkulah pengerusi

Economic Study of Malay Rubber Smallholders itulah judul
Kajian ilmiah pertama pada 1947 oleh Ungku A Aziz
Sekarang lebih 160 karya dan monografnya terkumpul
Termasuk 1954 Notes on the Economic Farm Study in Perlis

Walaupun sudah pencen 1988 sebagai VC
Ungku tidak duduk di rumah sahaja menyepi
Terus terlibat dalam 10 bilangan institusi  
Mewakili Malaysia di antarabangsa dalam 4 lagi  

Selain menyambut gelaran Professor Diraja  
Anugerah tunggal 1978 daripada Seri Paduka Baginda
Ijazah Kehormat 14 diterima dan 9 dari luar negara  
Serta 17 lagi pengiktirafan kerana jasa yang terkemuka
Sepuluh darinya dari negara Malaysia  
Itu pun belum dikira Anugerah Tuanku Syed Putra

Pada 20 06 2006 Perdana Menteri melakukan acara
Penghargaan negara kepada budiman 6 dasawarsa  
Kerajaan mewujudkan Kursi Akademik di Universiti Malaya
Sempena namanya kerana sumbangan dan jasa
Demi menjadikan U M pusat kecemerlangan antarabangsa  

Ungkulah puspa yang kembang dan harum
Sepanjang usianya yang melebihi 85 tahun
Masih menabur budi dengan penuh tekun
Macam pak tani yang duk perdoh kebun.


Dipersembahkan Ungku Abdul Aziz ibni Ungku Abdul Hamid kepada DYMM Tuanku dengan harapan semoga diperkenankan beliau, seorang putra raja, prawira jelata, kesatria bangsa dan jasawan kepada manusia, dikurniakan Anugerah Tuanku Syed Putra.

#WeLovePakUngku
#UMisOne
#LagendaUM
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:22 PM | Show all posts
Teringat dia terhegeh hegeh bukak pintu pagar bila mahathir hantar polis geledah rumah dia malam malam buta tahun 90an dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri Arwah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita menyedari ada pihak yang dari semasa ke semasa cuba memperlekehkan pencapaian dan jasa Profesor Diraja Ungku Aziz. Ini sebenarnya sudah berlaku semenjak Pak Ungku sudah tidak menjadi Naib Canselor Universiti Malaya (UM) lagi.

Antara yang cuba dipertikaikan ialah kononnya Pak Ungku bukanlah intelek yang hebat sangat. Buktinya, berapa banyak buku yang pernah Pak Ungku tulis? Bila Pak Ungku tulis buku pasal pantun pun diketawakan. Intelek apa yang tulis pasal pantun?

Ada juga yang sebut Pak Ungku bukanlah hebat mana cuma kebetulan pada waktu itu tidak ada anak Melayu yang ada PhD dan berpangkat Profesor untuk jadi Naib Canselor UM pada tahun 1968. Sebab itu Pak Ungku jadi Naib Canselor.

20 tahun jadi Naib Canselor pun bukanlah ada pencapaian apa sangat pun, cuma sebab UM universiti tertua sebab tu UM nampak hebat. Sewaktu Pak Ungku jadi Naib Canselor, UM merupakan satu-satunya universiti awam yang ada di Malaysia dan ketika beliau bersara sebagai Naib Canselor, universiti awam cuma ada 5, 6 buah sahaja. Tentulah UM nampak hebat. Zaman tu ranking pun tak ada sebab memang UM dah nombor satu sedari asal.

Pandangan-pandangan sinis sebegini sebenarnya tidak mengurangkan kehebatan Pak Ungku pun. Golongan ini sebenarnya hanya segelintir sahaja tetapi jika dilayan, kita pun boleh hanyut sama.

Betul Pak Ungku tidak menulis banyak buku tapi apa gunanya buku kalau buah fikirannya berjaya dilaksanakan sebagai satu dasar kerajaan? Contohnya penubuhan Tabung Haji. Kalau dah kerajaan setuju tubuhkan Tabung Haji nak buat apa Pak Ungku tulis buku panjang-panjang lagi?

Atau kepentingan untuk menubuhkan koperasi nasional bertaraf antarabangsa yang mantap dan kukuh. Maka kerajaan tubuhkan Koperasi Angkasa. Siap ada bangunan dan aset sendiri bernilai lebih RM150 bilion.

Kalau dah macam tu nak buat apa lagi tulis buku?

Itu belum lagi pelbagai dasar kerajaan dalam bentuk pembasmian kemiskinan yang telah dilaksanakan dengan buah fikiran Pak Ungku. Kalau dah dia cakap je dan kemudian boleh terus buat, maka buatlah terus, buat apa nak menulis panjang-panjang?

Menulis panjang-panjang ni cerita orang yang ada idea tapi tak boleh atau tak mampu nak laksanakan, sebab itu dia kena tulis panjang-panjang nak bagi orang faham. Kalau tak boleh nak buat sekarang mungkin 10 tahun lagi boleh buat.

Ada sekian ramai profesor, malah yang bertaraf Profesor Ulung apatah lagi Profesor Emeritus pun, kalau kita kaji sebenar-benar apa sumbangan yang mereka telah berikan kepada negara yang semacam Pak Ungku sumbangkan? Tak ada pun. Ada yang tahap kangkung goreng belacan je. Habis-habis baca puisi dan tulis sajak.

Cerita menghapuskan legasi orang ni cerita biasa. Apabila seseorang itu sudah tidak lagi berkuasa maka legasi yang ada cuba dipadamkan atau diremehkan. Hakikatnya yang menyambung legasi itu tidak ada kekuatan baharu untuk menandingi legasi yang ada. Pendeta Za'ba, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, malah Pak Ungku sendiri antara tokoh yang cuba dipadamkan sumbangannya sama ada secara sengaja atau pun tidak.

Tetapi kita sendiri nak jadi yang mana? Mencipta legasi palsu dengan mengambus legasi orang? Atau menghargai legasi orang dan memperbaiki mana yang kurang? Sudah cukup hebatkah kita untuk orang ikut cakap kita macam kerajaan dengar cakap Pak Ungku dulu?

10 Pak Ungku lahir dan 10 Pak Ungku mati sekalipun tidak akan mengubah diri kita jika kita tidak mahu mengubahnya.

Kredit: Sheikh Dr Hj Mohamed Hadi AH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Buku berkaitannya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 17-12-2020 06:13 PM
Isteri Arwah

Beliau ada dua isteri dalam satu masa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah. TQ Syd for sharing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-12-2020 08:53 PM
Beliau ada dua isteri dalam satu masa ke?

Lerrr

Mak si Zeti tu dah meninggal lama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 05:41 AM | Show all posts
Syd replied at 17-12-2020 11:41 PM
Lerrr

Mak si Zeti tu dah meninggal lama.

bermakna hidup almarhum ni Syd

masa saya Form 5, dia ada beri pendapat tentang muzik, how it would be useful dalam membentuk pemikiran etc. ha ha sy gatal tangan tulis surat kepada BH kata itu pendapat yg tidak elok  .. tak pernah follow up sama ada pendapat tu keluar ke tak. rajin la pulak tup tap menaip dan pos surat etc masa tu.. nak beli stamp pun sayang pitih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 18-12-2020 05:41 AM
bermakna hidup almarhum ni Syd

masa saya Form 5, dia ada beri pendapat tentang muzik, how it wo ...

Ooo

Ni pung kaki gosip mbebel kat paper gak ya?

I ingat i jer buat gitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 17-12-2020 10:28 PM
Al fatihah. TQ Syd for sharing.

Sama-sama.

Takkan orang lupa mereka anak beranak, keturunan moyang sape etc
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.353371 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list