CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa

[Copy link]
Post time 18-12-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 18-12-2020 08:23 AM
Sama-sama.

Takkan orang lupa mereka anak beranak, keturunan moyang sape etc

kita masa kecik penah ikut pakcik kita interview dia... kita xtau sapa dia masa ni. Again, org hebat selalunya bila dah tiada baru kita ingat.. hopefully anak anak beliau akan sambung legasinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 18-12-2020 05:41 AM
bermakna hidup almarhum ni Syd

masa saya Form 5, dia ada beri pendapat tentang muzik, how it wo ...

ooh kaki komplen rupanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 09:05 AM | Show all posts

mmg kaki komplen tuuu si @ipes2
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
We all lost someone who has done something big in our country
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2020 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts

26 JANUARI 2014

PROF. DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ : WAWANCARA TERKINI

WALAUPUN usianya akan menjangkau ke angka 92 tahun pada 28 Januari ini tapi PROF. DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ UNGKU ABDUL HAMID masih sihat bukan saja secara fizikal tetapi masih lagi berupaya menulis dan mengeluarkan idea-idea bernas. Kehidupannya kini juga lebih ceria dengan kehadiran isteri baharu di sisi yang dikahwininya hampir setahun lalu.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku bertemu jodoh dengan Rahaiah Baheran yang merupakan bekas Senator Parlimen selama dua penggal mulai tahun 1991.

“Saya sudah mengenali dia hampir 20 tahun. Kami berdua sudah solo. Mungkin inilah dikatakan jodohnya," kata Pak Ungku sambil tersenyum.

Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR, MARHAINI KAMARUDDIN, RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH dan jurugambar, ZAINI HUSIN di kediamannya, Astana Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Pak Engku turut berkongsi pelbagai isu mengenai bahasa Melayu, perpaduan kaum dan ekonomi.


MINGGUAN: Apakah pandangan Pak Ungku tentang perpaduan negara sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa ialah penyatuan bangsa. Kita ada bahasa Melayu yang boleh menyatukan semua bangsa di negara kita. Dalam hal ini, pemimpin memainkan peranan penting. Mereka harus jelas tentang peranan dan apa yang dipimpin. Jangan terlalu mengutamakan pangkat dan duit. Kita harus hidup bersederhana, barulah kita boleh melaksanakan segala yang dirancang demi perpaduan.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang termasuk Perlembagaan negara?

UNGKU AZIZ: Apa yang kita ada sekarang menunjukkan bahawa sistem yang kita ada itu betul. Tetapi apa yang kita mahu ialah keadaan sekarang ini jadi semakin baik. Bagi saya, Perlembagaan tidak perlu dicuit. Apa yang sedia ada cukup baik untuk perpaduan dan masa depan negara.

Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.

Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi.

Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.

Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.

Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?

Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.

Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.

Bagaimana Pak Ungku melihat isu kenaikan harga barang ketika ini?

UNGKU AZIZ: Harga barang naik kerana kuasa pasaran. Kita tidak boleh menghalang keadaan ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.

Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang.

Saya dilatih oleh arwah bapa saya supaya tidak berhutang sejak usia saya tujuh tahun lagi.
Saya masih ingat ketika saya berusia 17 tahun, saya mahu membeli kamera tetapi duit saya tidak cukup. Apa yang saya lakukan ialah menyimpan duit dan akhirnya saya berjaya membeli kamera tersebut. Malah kereta pertama yang saya beli tunai ialah kereta terpakai jenis Ford lama.

Saya juga telah melakukan penyelidikan sendiri untuk melihat dan memahami gaya hidup masyarakat Melayu yang tinggal di desa yang dibelenggu kemiskinan.

Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).

LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu untuk jangka masa yang panjang

Bagaimana Pak Ungku melihat penggunaan bahasa Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu. Sayang sekali bahasa Melayu ketika ini dikira bahasa rojak. Seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri sama seperti budaya kita.

Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu.

Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Saya tidak nafikan bahasa Cina (Mandarin) bakal menguasai global dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang.

Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan? Ini kerana ada kaum yang langsung tidak mahu mempelajari bahasa Melayu.

UNGKU AZIZ: DI Amerika Syarikat kaum imigran berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi atau mencari pekerjaan. Yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris Amerika.

Bukan bahasa Inggeris England. Para pelajar baik muda atau tua termasuk kanak-kanak meskipun yang sememangnya boleh berbahasa Inggeris (England) diadun dan dilentur supaya bertutur dan menulis dalam loghat bahasa Inggeris Amerika.

Berbagai kemudahan disediakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, termasuk institusi-institusi pelajaran untuk orang dewasa.

Namun tidak ada kaum imigran yang protes. Tidak ada yang mendesak supaya bahasa etnik mereka diterima sebagai bahasa rasmi.

Sebaliknya rakyat Amerika amat bangga dengan bahasa Inggeris Amerika.

Keadaan berbeza dengan Malaysia, kita tidak ada kelas khas untuk mereka yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu.

Apa salahnya kita wujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu. Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan.

Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan.

Bagaimana Pak Ungku melihat peranan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu?

UNGKU AZIZ: Masalah paling utama ialah kita tiada penguasaan. Lama-kelamaan semangat cintakan bahasa Melayu akan hilang. Kita ada banyak rancangan tetapi pelaksanaan kurang. Itulah yang patut dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka harus melaksanakan kuasa, kalau tidak, semuanya akan terlepas.(sumber:MM)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
UNGKU AZIZ dari pena NOOR AZAM SHAIRI.

Rencana penulisan yang baik.

Walaupun saya kurang berminat dengan Zaaba yang terlalu menghormati institusi feudalisma Melayu.

Selain dari sikap sedemikian , Zaaba harus disifatkan pendita pemodenan Melayu , yang sewaktu itu belum kenal apa itu konsep Negara Bangsa ( Nation State ) maupun Negara Moden ( Modern State ).

Selamat membaca rencana Noor Azam Shairi tentang Ungku Aziz mengimbau Zaaba.

Al Fatihah buat kedua warga yang banyak berjasa.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/290413

Ungku Aziz, orang Melayu dan telur ayam sebiji seminggu

NOOR AZAM SHAIRI

SAYA sempat mewawancara Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, tokoh intelek luar biasa yang meninggal dunia pada Selasa, beberapa kali antara awal 2003 hingga hujung 2006.

Seingat saya dua kali bersama wartawan Ramli Abdul Karim dan tiga kali bersendirian, ketika kami sama-sama mengendalikan meja rencana di Mingguan Malaysia terutamanya ruangan Wawancara halaman 7 yang terbit pada setiap Ahad.

Wawancara awal saya dan Ramli dibuat bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-46 pada 2003. Seingat saya wawancara itu diatur macam tangkap muat. Minggu itu tiada isu besar. Kebetulan Ahad itu Hari Kebangsaan.

Bukan mudah mengendalikan ruangan wawancara satu halaman penuh setiap minggu. Selain isu yang relevan dan menarik, tokoh pilihan juga bukan sembarangan. Mesti ada sebab kenapa orang ini yang diwawancara dan bukan orang itu.

Isu yang diangkat diberi perhatian yang sama penting; dibahaskan sebelum setiap Rabu dengan ketua pengarang, ketika itu Khalid Mohd. Pesannya satu – wawancara ini jangan mengulang-ulang pandangan yang dilaporkan sebagai berita pada sepanjang minggu tetapi mesti membuka wacana baharu dan segar untuk minggu berikutnya.

Pada hujung Ogos 2003, selepas dapat persetujuan Pak Ungku untuk diwawancara, saya dan Ramli ke apartmennya di Seksyen 17 Petaling Jaya. Dia meminta kami menunggu di kolam renang di lantai bawah. Tidak sampai 10 minit menunggu, Pak Ungku pun datang. Kami duduk dan berbual.

Dr Mahathir Mohamad ketika itu sedang menghabiskan baki dua bulan terakhirnya sebagai perdana menteri sebelum bersara. Abdullah Ahmad Badawi sedang mempersiapkan diri untuk jadi pengganti.

Kami bertanya kepada Pak Ungku maksud merdeka dan patriotisme, tentang Wawasan 2020, dan makna menjadi negara maju. Pak Ungku – dan begitulah Pak Ungku – akhirnya menarik kami untuk mendengar syarahannya tentang orang Melayu dan kemiskinan.

Saya cepat mengerling mata kepada Ramli. Saya tahu Ramli akan bertanya satu soalan yang sudah awal-awal lagi diberitahunya kepada saya – sebagai satu amaran, ketika kami dalam kereta dari pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin menuju ke Petaling Jaya.

"Kalau Pak Ungku cakap lagi pasal orang Melayu kena makan telur ayam sebiji seminggu, aku akan tanya kenapa dia ulang-ulang cerita yang sama," katanya, begitulah lebih kurang.

Setuju, kata saya kepada Ramli. Ya, dalam wawancara kami dengannya sebelum itu dan wawancara dengan media lain yang kami baca sebagai rujukan pun memang Pak Ungku bercakap tentang kepentingan makan telur sekurang-kurangnya sebiji seminggu.

Pada petang itu, kami sekali lagi mendengar 'syarahan' Pak Ungku tentang saiz badan orang Melayu yang kecil dan tentang orang Melayu perlu makan telur sekurang-kurangnya sebiji seminggu.

Kami lalu bertanya: kenapa Pak Ungku mengulang-ulang cerita yang sama, adakah kerana orang tidak mendengar katanya?

Halus tetapi tajam dia menjawab: pendengaran orang lain mungkin tidak sama dengannya dan kerana itu mereka tidak dengar apa yang dia kata, dan mungkin juga dia tersalah pandang sehingga tidak nampak kejayaan yang orang lain nampak.

"Saya tahu cerita saya sudah lapuk tetapi saya akan terus mainkan lagu saya kerana saya tahu lagu saya adalah lagu orang Melayu," katanya.

Sebelum akhir wawancara, Pak Ungku menegur sikap orang Melayu yang tidak minat berfikir dan tiada kemahiran untuk berfikir. Dia kemudian ditanya, apa lagi pada pandangannya masih lagi menjadi masalah bagi orang Melayu.

"Kemiskinan dan kemunduran," katanya.

"Saya minta maaf kerana terpaksa mengulang-ulang hal ini. Mungkin saya agak konservatif kerana sudah tua. Saya tidak ada pemikiran baru setiap hari."

Wawancara itu disiarkan di Mingguan Malaysia pada 31 Ogos 2003 dengan tajuk Erti Kemerdekaan Kita.

Dua bulan selepas itu, Abdullah mengangkat sumpah jadi perdana menteri Malaysia yang kelima menggantikan Dr Mahathir yang mentadbir selama 22 tahun. Dalam satu wawancara juga dengan Mingguan Malaysia, ahli sosiologi Syed Hussein Alatas, yang juga seorang lagi cendekiawan unggul, menyifatkan peralihan era itu "ibarat kita keluar dari kota raya dan masuk ke hutan belantara; kita menghirup udara yang segar."

Harapan orang kepada Abdullah atau Pak Lah memang berbunga-bunga.

Sekali lagi wawancara Ungku Aziz

Hampir lima bulan jadi perdana menteri, Pak Lah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen – sembilan bulan lebih awal daripada mandat berakhir. Pak Lah mencari mandat baharu, yang secara rasminya akan membuka era baharu selepas Dr Mahathir. Barisan Nasional menang besar, 198 daripada 219 kerusi. Pembangkang hanya menang 20 kerusi: DAP 12, PAS 7 dan PKR hanya satu kerusi. Ketua pembangkang Abdul Hadi Awang yang ketika itu memangku jawatan presiden PAS pun kalah.

Pak Lah pun dapat mandat yang cukup selesa dan mula mahu menunjukkan kepimpinannya sendiri, membawa Malaysia keluar dari bayang-bayang Dr Mahathir. Antara satu perkara yang jadi perhatiannya ialah dasar ekonomi.

Dalam satu perbincangan tidak rasmi anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada hujung Julai 2004, sekumpulan tokoh korporat, ahli akademik, pengarang kanan media dan pegawai kanan kerajaan diberi taklimat tentang angka-angka petunjuk sosioekonomi Malaysia yang membimbangkan. Kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera "berada di persimpangan jalan". Sedikit pencapaian yang ada sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada 1971 akan terhakis akibat cabaran globalisasi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Norraesah Mohamad menulis rencana yang provokatif "Menang bentuk, kalah isi" yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 8 Ogos 2004. Rencana itu disusuli oleh kupasan ahli ekonomi Dr Ismail Mohd Salleh yang disiarkan sehari kemudian, yang menghuraikan dengan angka-angka petunjuk yang lebih terperinci tentang kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Dua tulisan itu kemudian membuka polemik tentang "agenda Melayu", bukan sebagai wacana perkauman tetapi satu isu nasional yang memerlukan campur tangan kerajaan. Hampir di semua akhbar dan majalah utama pada masa itu ada saja perbincangan tentang agenda Melayu. Ketika itu lebih kurang sebulan sebelum perhimpunan agung Umno.

Saya lalu ditugaskan untuk wawancara Pak Ungku. Saya dapat temu janji pada petang Jumaat. Pak Ungku tidak banyak bertanya, terus saja bersetuju, ketika diberitahu Mingguan Malaysia mahu kupasan dan pandangannya tentang tulisan Norraesah. Saya pergi seorang. Saya diminta tunggu di tepi kolam renang.

Seperti sebelumnya, saya tidak lama menunggu. Pak Ungku muncul di tepi kolam renang – seperti selalu dengan raut wajah ceria dan tersenyum. Di tangannya ada sebuah dokumen tebal. Berjilid. Pada mata saya, cukup tebal. Hampir dua inci tebalnya.

"Ini laporan Mapen II," katanya, merujuk pada laporan yang beliau bentangkan kepada Majlis Perundingan Ekonomi Negara II.

Pak Ungku antara anggotanya; duduk dalam jawatankuasa kerja pembasmian kemiskinan.

"Penyelesaiannya sudah ada dalam laporan ini tetapi kita selalu mahu mencari cara-cara baru,'' katanya.

Laporan itu antara lain memuatkan cadangan Pak Ungku bahawa untuk berjaya, seseorang itu mesti sekurang-kurangnya makan sebiji telur seminggu.

Dalam wawancara itu, Pak Ungku bercakap tentang dua perkara yang harus ada pada orang Melayu kalau mahu maju – pendidikan yang bermutu dan pemakanan yang seimbang. Dia bercakap tentang saiz badan orang Melayu yang kecil. Dia bercakap tentang pemimpin Melayu yang tidak mahu betul-betul mengupas dan mencari penyelesaian kepada isu kemiskinan jiwa dan fizikal anak bangsa.

"Mereka mengelak daripada menyentuh isu-isu yang sebenarnya relatif iaitu kemiskinan, kekurangan fizikal dan kelemahan mental," katanya.

Namun lebih penting lagi, beliau menyebut buku Za'ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri dan hubung kaitnya dengan sikap orang Melayu yang juga beragama Islam. Kononnya beragama tetapi hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan tentang umat, dan selebihnya, tidak pula melihat salah pada rasuah.

"Buku itu pada saya cukup relevan untuk dibaca semula pada hari ini oleh semua orang Melayu," katanya.

Selepas wawancara selesai, Pak Ungku minta saya tunggu sebentar. Katanya, dia mahu naik dan akan turun semula. Dia membawakan bukunya Jejak-Jejak di Pantai Zaman, yang kemudian ditandatanganinya.

"Bacalah buku ini. Saudara akan lebih faham tentang Za'ba," katanya.

Dia kemudian bercerita tentang Za'ba dan pemikirannya dalam dua rencana yang dimuatkan dalam buku itu. Rencana dengan tajuk Kemiskinan Orang Melayu dan Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu tersiar di akhbar Al-Ikhwan pada 1927. Pak Ungku juga bercerita tentang derita batin Za'ba – yang beliau sebut sebagai "ratapan jiwa" – kerana didera oleh tali barut Britain yang mahu mengekang kesedaran semangat kebangsaan melawan penjajah.

Melayu unggul

Beberapa bulan kemudian, Umno menamakan Pak Ungku sebagai tokoh Melayu terbilang, yang diberikan sempena ulang tahun parti yang ke-59 pada 11 Mei. Abdullah yang juga presiden Umno ketika itu memimpin dengan cita-cita mahu Malaysia dan rakyatnya jadi "cemerlang, gemilang dan terbilang."

Sekali lagi, saya diminta menemubual Pak Ungku – tentang peribadi unggul. Kali ini dia menyuruh saya naik ke rumahnya, tidak lagi berbual di tepi kolam renang.

"Saya sebenarnya takut. Secara peribadi (anugerah) ini membimbangkan saya kerana menjadi terbilang bermakna lebih tinggi daripada orang lain.

"Saya tidak fikir sesiapa saja yang berjaya suka merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang lain, melihat semua orang lain duduk di bawah," katanya, ketika membuka sembang di ruang tamu rumahnya.

Sekali lagi kemudiannya dia menyebut tentang Za'ba dan buku Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. Sekali lagi juga dia bercakap tentang orang Melayu badannya mesti lebih besar. Orang yang berjaya badannya besar, tinggi dan dadanya bidang. Pemakanan yang baik bukan saja membentuk tubuh badan yang sihat tetapi membina otak yang cerdas, katanya.

Dia bercakap tentang makanan tambahan di sekolah. Dia bercakap tentang makanan seimbang. Dia bercakap tentang makan telur sekurang-kurangnya sebiji seminggu.
Dia bercakap tentang menjaga kesihatan dengan bersukan. Seterusnya, sekali lagi dia bercakap tentang pendidikan.

Wawancara dengan tajuk Hidup bukan Que Sera, Sera disiar di Mingguan Malaysia pada 15 Mei 2005.

Orang Melayu boleh jadi unggul, katanya, tetapi dengan syarat. Orang Melayu yang sudah berjaya mesti membantu anak bangsanya untuk juga berjaya. Jangan jadi macam enau dalam belukar. Mesti ada semangat wira. Tidak tahu takut. Pantang berundur. Mesti jadi perkasa. Mesti jujur, amanah, berkata benar, berhemah, bekerja keras dan ada semangat tinggi.

Semua nilai itu ada pada orang Melayu, kalau tidak tak mungkin lahir peribahasa yang merakamkan ketinggian peribadi, katanya.

"Genggam bara api biar jadi abu. Kita jangan jadi bangsa hangat-hangat tahi ayam," tambahnya.

Namun pada akhirnya, Pak Ungku kembali kepada pesan Za'ba. Kalau mahu jadi unggul, mahu berjaya atau mahu jadi apa pun, terserah masing-masing. Pokoknya, bergantung pada diri sendiri.

Katanya, baca buku Za'ba.

"Buku Za'ba itu bacaan wajib untuk semua orang Melayu."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2020 07:32 PM | Show all posts
Syd replied at 17-12-2020 03:55 PM
Ada dua wanita dari Kerajaan Uthmaniyyah yang dihantar ke alam Melayu untuk menjalinkan perhubungan  ...

Baru baca artikel the patriot tentang gelaran hanim bagi puteri kerajaan Turki uthmaniah.. kiranya bonda ungku aziz pun kerabat diraja juga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2020 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana replied at 21-12-2020 07:32 PM
Baru baca artikel the patriot tentang gelaran hanim bagi puteri kerajaan Turki uthmaniah.. kiranya ...

Bukan kaleng-kaleng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2020 01:12 PM | Show all posts
Edited by Syd at 23-12-2020 01:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2020 01:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]2fot8vJEUJQ[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 09:24 AM | Show all posts

ha ha, sy memang tak setuju, sebab sy rasa muzik lebih banyk buruk dari baik
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 09:25 AM | Show all posts
Syd replied at 18-12-2020 09:05 AM
mmg kaki komplen tuuu si @ipes2

a ha syd, sy tak yakin mzuik boleh bina ilmiah etc, so sy forwardkan opinion saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan Universiti ditukar kepada Jalan Prof Diraja Ungku Aziz

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
31 Disember 2020, 2:37 pm

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dekat sini dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz pada kadar segera.

Sultan Sharafuddin bertitah, ia sebagai mengabadikan nama tokoh tersohor tanah air bagi mengenang jasa dan bakti Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid semasa hayatnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi Melayu.

“Pemilihan Jalan Universiti untuk dinamakan semula kepada Jalan Prof Diraja Ungku Aziz adalah bertepatan kerana merupakan jalan pintu masuk utama ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti MAHSA,” titah baginda menerusi laman rasmi Selangor Royal Office sebentar tadi.

Untuk rekod, Allahyarham Ungku Abdul Aziz pernah bertugas sebagai pensyarah di UM di Singapura bermula tahun 1952 hingga 1961 sebelum dilantik pula ke jawatan profesor dan seterusnya Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM di Kuala Lumpur dari tahun 1962 sehingga 1965.

Jalan Universiti sepanjang 3.2 kilometer adalah jalan utama yang menghubungkan Petaling Jaya ke Kuala Lumpur. Ia dibina pada tahun 1960 dan merupakan jalan dua hala pertama di Malaysia.

Jalan itu menghubungkan ke jalan-jalan utama lain seperti Lebuhraya Persekutuan, Jalan Prof. Khoo Kay Kim, Jalan Dato’ Abu Bakar 16/1 dan Jalan Harapan.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima menghadap anak Allahyarham, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz bagi menyampaikan hasrat Baginda sekaligus memutuskan pertukaran nama jalan berkenaan.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz meninggal dunia pukul 4 petang, pada 15 Disember lalu akibat sakit tua pada usia 98 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. -K!ONLINE
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.083099 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list