CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6801|Reply: 25

Kisah Wanita ‘Tersunyi’ Di Dunia Yang Hidup Bersendirian Di Pergunungan Siberia

  [Copy link]
Post time 19-12-2020 12:28 AM | Show all posts |Read mode





Wanita ‘tersunyi’ di dunia, Agafya Lykova, 76, yang hidup bersendirian jauh di kawasan pergunungan Siberia mendapat bantuan rumah baharu oleh seorang hartawan bagi persediaan menghadapi musim sejuk baru-baru ini.

Mengimbas kembali, wanita berdarah Russia itu dilahirkan di situ setelah keluarganya yang juga golongan aliran Old Believers (Kristian Orthodox lama) yang didakwa melarikan diri daripada peperangan penindasan agama oleh pemerintah Soviet-USSR, Stalin pada 1936 lalu.


Dikatakan lokasi kediamannya yang diwarisi oleh keluarganya itu terletak begitu jauh daripada kawasan penempatan manusia, dipercayai kira-kira 150 batu jauhnya dengan bandar terdekat.
Masa berganti masa, Agafya dibesarkan keluarganya dan meneruskan 100 peratus kehidupan mereka bertiga hanya di sekitar rumahnya, tidak bercampur dengan mana-mana masyarakat terdekat.

Keluarga kecil Agafya yang menjalani hidup bertiga anak-beranak di pergunungan itu pernah diberi gelaran ‘The Lykovs’ oleh masyarakat tempatan dan media.





Sehinggalah ibu ayahnya meninggal dunia dan usianya sudah lanjut ke 76 tahun kini, Agafya masih menyara hidup bersendirian bersama ayam ternakan, kebun kecil dan rumah warisannya sehingga dia digelar ‘wanita tersunyi di dunia’.

Malah rutin hariannya banyak diluangkan bersama kitab ajaran pegangannya, Bible.

Disebabkan menetap bersendirian jauh di sebalik pergunungan, Agafya langsung tidak tahu-menahu tentang sebarang perkembangan dunia luar termasuk negara asalnya Russia.

Bukan sahaja episod panjang Perang Dunia Kedua tidak diketahuinya, malah kejayaan Russia melancarkan kapal angkasa Yuri Gagarin juga ‘terlepas’ daripada pengetahuannya.

Bukan itu sahaja, bahkan dia juga langsung tidak tahu tentang pandemik COVID-19 yang melanda Russia, Siberia dan seluruh dunia sejak akhir tahun lalu sehingga hari ini.







Menurut laporan lalu, Agafya pernah ditawarkan bantuan untuk berpindah ke tempat lain, namun dia memilih untuk kekal berada di situ.

Kisah ikhtiar hidup Agafya ini pernah menjadi tajuk muka hadapan beberapa laporan media beberapa tahun sebelum ini.

Sepanjang keberadaannya di teratak usangnya di kawasan pergunungan itu, terdapat banyak bantuan berupa barangan keperluan asas disampaikan oleh beberapa pihak dan agensi selama ini.

Namun, ‘kesunyian’ Agafya sedikit terubat apabila seorang hartawan Russia, Oleg Derispaka, 59, dilaporkan bakal memberikannya sebuah rumah baharu.

Ia sebagai usaha membantu wanita tua itu menghadapi musim sejuk dengan lebih selamat memandangkan suhu sejuk di wilayah pergunungan itu di bawah paras -50 darjah Celcius.

Difahamkan, barang-barang binaan rumah baharu tersebut diangkut ke sana menggunakan helikopter.

Sebelum ini, hartawan Russia yang memiliki aset lebih RM2.3 bilion itu juga pernah menyalur sumbangan dana kepada Khakassia Nature Reserve di kawasan sempadan Mongolia yang terletak tidak jauh dengan ‘kampung’ Agafya.









Sumber: Daily Mail, The Moscow Times/SiakapKeli







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2020 12:37 AM | Show all posts
habis tu sakit demam dia macam mana sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik gmbr dia masa, muda
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Best je jadik sheol. Ignorance is a bliss.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini betul2 living a solitary life & being fine with it. Mesti stress-free je hidup dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Parents aku selalu cakap aku ni kena duduk hutan sorang, jenis taknak bergaul which aku ok jer..haha
Best kot keliling nature
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari mana dia dapat pakaian? Ada pula gmbr dia dan family masa dolu2 tu..{:dot
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat tiktok aku tgk ade org up psl kehidupan dekat poland. Psl polar nights. Psl xde matahari selama 52hari. Ya Allah aku rasa mcm nk pergi duduk sana je. View dia mmg cantik sgguh. Wlpn xde matahari, cuaca xdelah gelap mcm mlm. Sometimes view harian jadi warna hijau,biru,purple. in love betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipan tanak komen ke kat benang ni????
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
bubuk_bearbear replied at 19-12-2020 12:37 AM
habis tu sakit demam dia macam mana sorang2

Jaranv sakit or x sakit pn.
Sbb die mkn pn mknan fresh.
Die pn mesti exercise carik mkanan
Carik kayu..

Pastu hati xsakit xde stress sbb dok sorang2 je..

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-12-2020 02:10 AM
Best je jadik sheol. Ignorance is a bliss.

Kan u.
I pn rse cm best je.

X pyh nk pk ape2.
Pk pasal nk makan je.

Tp rmai bantu die. Syukur la.
Sejuk gile bawah - 50 tu

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Act acik ni ada sorang neighbour. Lelaki tu geologist rasanya, dulu2 datang situ then terus menetap. Dua ni hate love relationship gitu. Laki tu nak kawan dgn dia, tapi dia tak suka . Kadang2 ada group volunteers datang melawat dua orang ni, diorang tolong bercucuk tanam dan cari kayu api prepare for winter. Acik ni tak terima sumbangan makanan dari luar. Tapi dia okay kalau orang tolong dia menanam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Di mata iols walaupon dia dh tua tp dia sgt cantik n nampak sihat.. maybe sbb mind dia free n dia jalani hidup betul3 secara alami.. cuma iols tfikir cane dia masak tak guna minyak ke? Garam gula semua..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada dokumentari x pasal acik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 08:53 PM | Show all posts
aman2 tinggal sendiri..takde stress apa..seronok dok sorang2.umur dah 76 thn tp takde lah nampak tua sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy: Best je jadik sheol. Ignorance is a bliss.


Betul.. tak tahu apa2 lebih baik dari tahu banyak perkara..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2020 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdira: Dari mana dia dapat pakaian? Ada pula gmbr dia dan family masa dolu2 tu..{:dot

Shopee kan ada sis. Lazada xde delivery smapai rusia
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka life gini
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 11:09 AM | Show all posts
Ternyata lah masih ada orang boleh survive hidup sunyi sepi sorang2. Tanpa hiburan, pasangan dan kemudahan2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 05:48 PM | Show all posts
missyL replied at 19-12-2020 10:33 AM
Jaranv sakit or x sakit pn.
Sbb die mkn pn mknan fresh.
Die pn mesti exercise carik mkanan



yeke..kita dok sorang2 bape jam je pun stress nak mati ini kan pula dia sorang2 nak borak pun tak ada kawan.. tv pun tak ada
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.062905 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list