CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15820|Reply: 235

[Tempatan] Doktor pelatih bagi ubat terlebih dos, budak kecik hilang jari kaki kanan...

  [Copy link]
Post time 25-12-2020 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/12/656788/oh-anakku

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: "Saya terkilan kerana pihak pengurusan hospital seolah-olah lepas tangan dan enggan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku," kata ibu kepada empat anak, Siti Aisyah Md Rani.
Siti Aisyah, 33, yang menetap di Putrajaya memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisah anaknya, Muhammad Afeef yang kini tidak dapat berjalan kesan komplikasi akibat diberi dos ubat berlebihan.
Suri rumah itu mendakwa kesalahan berkenaan dilakukan doktor pelatih ketika Muhammad Afeef yang berumur setahun 10 bulan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya pada 12 September lalu.
Menurutnya, Muhammad Afeef dimasukkan ke hospital berkenaan tiga bulan lalu iaitu pada 11 September selepas mengalami demam panas dan sawan.
"Saya dan suami pada mulanya menghantar anak kami ke Hospital Putrajaya, namun dirujuk ke PPUM untuk mendapat rawatan lanjut.
"Pada bulan pertama, anak saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) sebelum dipindahkan ke wad pediatrik dan kini di wad kanak-kanak.
"Sepanjang lebih tiga bulan di hospital, banyak prosedur dijalankan namun apa yang mengecewakan apabila berlaku komplikasi pada anak saya dan menurut seorang pegawai perubatan di PICU, keadaan itu berpunca daripada dos ubat berlebihan diberi doktor pelatih secara intravena menerusi saluran darah.
"Kesannya, anak saya terpaksa ditidurkan selama seminggu untuk menjalani prosedur cuci darah bagi membuang ubat berlebihan ," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Siti Aisyah berkata, lebih menyedihkan apabila semua jari kaki kanan anaknya termasuk sebahagian tapak kaki dan separuh ibu jari kiri terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman.
Katanya, terdapat kudis (bedsore) besar pada bahagian kepala selain masalah pada hati yang tidak sembuh lagi dan keadaan itu menyebabkan Muhammad Areef ditahan lebih lama di hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Pada 10 November lalu, anak saya terpaksa menjalani pembedahan pada usus yang dipotong anggaran 10 sentimeter (cm) kerana doktor memaklumkan terdapat usus tidak sihat dan perlu dibuang.
"Pada 16 November, anak saya sekali lagi menjalani pembedahan usus kerana bahagian (usus) disambung terbuka dan perlu dipasang beg stoma untuk merehatkan dan memastikannya (usus) kembali sihat dan normal.
"Terbaru iaitu pada 16 Disember lalu, saya dan suami hadir ke mesyuarat persidangan bersama peringkat atasan hospital, namun mereka hanya meminta maaf dengan apa terjadi dan merahsiakan identiti kakitangan yang menyebabkan kecuaian walaupun diminta mendedahkannya," katanya.
Lebih mengecewakan Siti Aisyah apabila pihak pengurusan hospital tidak menawarkan kos rawatan percuma untuk anaknya sebagai ganti rugi.
Katanya, kakitangan terbabit bekerja seperti biasa di hospital tanpa datang menziarah mereka dan memohon maaf.
"Sedangkan, dia sepatutnya tampil memberi penjelasan bagi melegakan sedikit hati kami sebagai ibu bapa seolah-olah tiada sifat kemanusiaan dengan apa yang menimpa anak kami sepanjang tiga bulan 11 hari di hospital.
"Saya turut mengalami trauma serius kerana melihat keadaan Muhammad Areef, gangguan tidur dan makan serta tidak dapat menjalankan tugas seharian sebagai suri rumah mahupun menjaga anak lain kerana kebanyakan masa dihabiskan di wad," katanya.
Siti Aisyah berkata, suaminya yang bekerja sebagai penjawat awam terpaksa mengambil cuti dengan separuh gaji pada Oktober lalu, memohon cuti kecemasan selain berulang alik ke hospital selepas waktu bekerja untuk menjaga Muhammad Afeef.
Katanya, mereka terpaksa mengeluarkan kos banyak untuk perbelanjaan anak lain termasuk kos makan minum, ulang alik dan sebagainya.
"Banyak wang simpanan dikeluarkan bagi menampung kos seharian dan kos rawatan ubat yang tidak ditanggung oleh pihak hospital antaranya alatan memasukkan ubat (PICC), beg stoma dan alat sokongan pemulihan.
"Oleh kerana kerjasama pihak hospital amat mengecewakan, saya tidak dapat bersabar dan sudah membuat laporan di Balai Polis Pantai pada 18 Disember lalu dengan harapan ada tindakan susulan daripada pihak berwajib termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Bukan niat untuk bergaduh jauh sekali memperbesarkan hal ini, tetapi hanya mahu memperjuangkan nasib dan kebajikan anak saya yang sudah dibenarkan discaj daripada wad, hari ini," katanya yang kini dalam proses memohon kad Orang Kurang Upaya (OKU) untuk anaknya itu.
Sementara itu, Pengarah PPUM, Profesor Dr Nazirah Hasnan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai aduan perkhidmatan oleh ibu pesakit.
"Susulan daripada situasi berlaku, pihak PPUM mengambil beberapa tindakan klinikal dan pentadbiran termasuk mengadakan pertemuan untuk memberi penjelasan kepada ibu bapa pesakit.
"Selain itu, PPUM turut mengambil langkah penambahbaikan secara tertumpu dan berterusan.
"Pihak PPUM sudah memberikan dan akan memastikan perawatan berterusan kepada pesakit," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi kiriman emel kepada Harian Metro.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Waduh. Kecik2 kena pakai stoma bag
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
saman la kak, saman je, hosital byk duit..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak nye bercerita mcm confirm je ubat tu yg buat anak dia jdi mcm tu. Alang2 tu bgtau la sekali ubat apa yg terlebih tu. Bole gak tahu btol ke sebab ubat tu anak ko jdi cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 04:49 PM | Show all posts
Kene dgr cerita dr semua pihak dulu sblm aku judge.
Mmg kesian kt budak2, tp kdg2 ceritanya mendaki everest, sudahnye menjunam dalam grand canyon.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Camna blh terlebih ubat? Dr pelatih selalunya ada mentor kan. Mentor x monitor ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya..nak salahkan terus pd doktor terlibat mmg xleh la selagi x buat siasatan..tapi ikut pengalaman jaga arwah MIL kat hospital, mmg penah pun doktor pelatih memandai bagi certain ubat kat my MIL smpi kena tegur dgn doktor senior..doktor pelatih tu kata sbb arwah MIL ada mengadu dia sakit kaki ke caner tah, so dia bagi la sejenis ubat ni..doktor senior tu argue la dgn doktor pelatih tu psl bagi that ubat pada my MIL...i dengar masa diorg buat rondaan katil pesakit tu..tapi I malas la nak panjang2 citer since my MIL time tu pun mmg dah sakit teruk..lagipun hal ubat tu pun hal kecik je..cuma i citer kat sini, nak bgtau je, bleh jadi betul jugak kalu parents adik ni claim psl doktor pelatih salah bagi ubat..pastu bila warded kan,doktor suka try n error bagi ubat (yg ni bukan hospital kerajaan je, hospital swasta pun sama), mungkin itu yg buat parents adik ni rasa salah hospital kot..so, staf2 KKM termasuk la yg dlm forum ni, takyah la in denial sgt..uols n kita2 semua ni bukannya maksum @ special sgt smpi tak mungkin buat salah..biarlah siasatan yg tentukan..kang cakap lebih2, kata diorg staf KKM lebih tahu..tapi I nak highlight la jugak kat sini, x semesti uols x mungkin buat silap..uols pun manusia jugak..so,takyah cepat sentap

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubat untuk budak2 memang kena kira betul2. Sebab tu doktor akan bawak kalkulator. Pasal bed sores tu biasanya sebab tak tukar position every 2 hours. Sedihnya anak kena macam ni. Semoga kalau betul terjadi sebab kecuaian, dapat la pampasan yang cukup. Tapi paling kesian macam mana hidup dia nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 25-12-2020 05:10 PM
kesiannya..nak salahkan terus pd doktor terlibat mmg xleh la selagi x buat siasatan..tapi ikut penga ...

I perasan yang KKM selalu defensive kalau orang buat complain. Padahal dulu memang selalu I nampak kakitangan bergosip, tak buat kerja betul2
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian adik ni. Aku yg dewasa pun trauma nk p hospital lps kena warded lama. Ni kan dia, kecik lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:14 PM | Show all posts
yg luluskan ubat farmasi kan? ke doctor? kadang2 confuse siapa bg siapa ubat . ce cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dos ubat unt kanak2 ni a bit tricky. In terms of dose, frekuensi, pencairan ubat etc. Kadang2 dos betul, pencairan salah. Terlebih pekat, bagi kat pesakit kanak2 adalah komplikasinya. Yg serious camni lah, sampai gangrene. Kesiannya adik ni. Usus pun necrotized smpi kena potong. Semoga bertabah kepada parents.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor kelas belakang lattew..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cenderakirana9 replied at 25-12-2020 05:14 PM
I perasan yang KKM selalu defensive kalau orang buat complain. Padahal dulu memang selalu I nampak ...

Mengongkek kat celah lemari macam siri Grey's Anatomy tu pon entah2 ade..  Alahai.  Manusia biase la katekan..  Ade nefsu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 25-12-2020 05:40 PM

takutnya aku bila tangan nurse pelatih tu terketar ketar nk 'cucuk' picagari kat lengan aku tuk amik darah.....juga kat spital tu.Tapi kwn aku dulu lagi 'teruk'...bila nurse..tanya doktor nak 'cucuk' kat mana ni...terus dia lari..balik rmh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-12-2020 05:38 PM
takutnya aku bila tangan nurse pelatih tu terketar ketar nk 'cucuk' picagari kat lengan aku tuk amik ...


Gini ye game kat sepital cabok2 ni sume.  They play the blame game ja..  U blame me.  I blame U..  Blame nurse, blame assistant.  Kalo boleh aci tukang sapu tu pon depe nak blame..

Juz becoz there's a different set of treatment for the marhaen.  Kalo ko masok sepital mahe bayor puloh2 hengget itu lain la layanannye..

Aku ingat lagi camne bidan kampong marah aku time dia nak cek bukaan.  "Bila 'buat' tak sakit.."  Kata beliyau..  Hello.  Aku beranak cerok Ganu tu sebab ex-laki aku nak anak dia jadi anak Ganu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih nya la anak lahir normal elok, Tiber jd mcm tu, mcm2 dbuatnya kt budak tu

Mmg x leh caya doc pelatih ni, kn tgk jugak dia dpt arahan ka dr pakat utk suntik ubat yg dmaksudkan, ataupun dia x buat kira sukatan utk budak tu bdasarkan berat n umur

Sbb tu anak aku newborn sampai preschool, kalu demam x kenag, jmpa specialist terus, x nak doc gomen
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 25-12-2020 06:09 PM
Sedih nya la anak lahir normal elok, Tiber jd mcm tu, mcm2 dbuatnya kt budak tu

Mmg x leh caya do ...

Ade 1 sepital swasta ni wat taik.  Lost my blood sample.  Had to extend my wait sampai 2 jam.  Aku tulih borang komplen..  Hah, tau pon call aku balik.  Cakap baek2, lemah-lembut.

Kalo sepital gomen silap2 aku pulak yang kene maki..  See??
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kes hospital ni x pernah salah pihak hospital...semua jatuh balik salah ke pesakit....sapa boleh lawan gomen
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian mikir camne budak tu nak menempuh hari mendatang.. lahir elok serba serbi cukup sifat. Berat mata memandang, berat lagi la bahu mak ayah memikul.
Iols masa pregnant bermacam2 doc la kena jumpa sbb ada GDM n history ngan previous pregnancy. Then dapat sorang doc n sorg lagi pakar. Yg doc sorang ni dok la hentam iols pasal diet n pemakanan ubat, yg doc pakar pulak slowly bagi iols hadam ttg apa yg berlaku, precaution yg nak kena ambil. Nampak lain la pendekatan yg digunakan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.858011 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list