CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2118|Reply: 2

Segalanya tentang Harimau Melaya

  [Copy link]
Post time 9-2-2021 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Segalanya tentang Harimau Melaya

Harimau adalah kucing terbesar dalam keluarganya..singa, harimau bintang, harimau kumbang, kucing rumah, kucing hutan, lynx, puma, jaguar adalah antara keluarga kucing yang lain..tapi jangan samakan kejinakan kucing di rumah walaupun mereka dari keluarga yang sama..sedikit sebanyak aku nak cerita beberapa fakta menarik tentang harimau..




1. Tidak seperti kucing domestik yang suka memburu di waktu malam (nokturnal) walaupun hakikatnya sentiasa di beri makan , harimau adalah haiwan krepuskular di mana ia aktif memburu di antara waktu subuh dan senja..

2. Oleh kerana tidak mampu meletakkan papan tanda di kawasannya, harimau mencakar batang pokok dan menggunakan air kencingnya untuk menandakan kawasan tersebut adalah kawasannya..

3. Cap jari setiap manusia adalah berbeza dan keistimewaan ini digunakan dalam urusan di bank..setiap harimau juga mempunyai belang yang berbeza tetapi keistimewaan ini langsung tidak praktikal dalam urusan bank..

4. Harimau adalah buta semasa seminggu pertama kelahiran tetapi mampu mencari sumber susu sendiri dari ibunya dan ini jauh lebih baik berbanding bayi manusia kerana perlu diberikan pertolongan untuk mendapatkan susu..

5. Usain Bolt mungkin manusia terpantas di dunia..namun masih mampu diterkam oleh harimau dengan bergaya, di mana ia mampu mencatat kelajuan 60 km/j dalam masa yang singkat..

6. Walaupun boleh dikatakan agak laju, hanya 1 dari 10 cubaan mereka berjaya dalam menangkap mangsa semasa mencari makanan..ini disebabkan satu kelemahan utama harimau ialah kekurangan stamina..binatang yang dikejarnya mampu mentertawakannya sekiranya harimau tersebut gagal dalam pencariannya..



7. Namun sekiranya berjaya ditangkap harimau mampu mematahkan tulang dengan gigi dan rahang yang sangat kuat..harimau akan mematahkan tulang vetebra di leher dengan selamba untuk membunuh mangsa yang mungkin mentertawakannya sebelum ini..

8.Harimau akan mati kelaparan sekiranya masih tidak menjumpa buruannya dalam masa 2-3 minggu..di sini manusia lebih hebat kerana mampu bertahan 30-40 tanpa makanan sebelum arwah walaupun ada juga yang tidak mampu menahannya walaupun sehari tak kala di bulan puasa..

9. Harimau Siberia ( Panthera tigris altaica) adalah bapak segala harimau kerana mampu mencapai 222 kg manakala Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) adalah subspecies yang paling kecil dengan berat mampu mencapai 140 kg..

10..Antara subspecies harimau yang lain adalah seperti Harimau Bengal (panthera tigris tigris), Harimau Indochina (panthera tigris corbetti) , Harimau Cina Selatan (panthera tigris amoyensis) dan tak lupa juga Harimau Malaya (panthera tigris jacksoni)..tiada nama harimau berdasarkan nama negara tetapi berdasar geografi di mana dia tinggal..

11. Air liur harimau mempunyai antiseptik yang mamapu membersihkan lukanya tetapi jangan sesekali suruh harimau menjilat bahagian luka anda..

12. Harimau boleh dikacukkan dengan singa dan anak tersebut dipanggil Liger atau Tiglon..ini menjadikan ia haiwan terbesar dalam kumpulan kucing dengan berat mampu mencapai 363 kg..tetapi haiwan buatan ini biasa akan mati awal kerana mempunyai masalah genetik..



13. Hayat seekor harimau yang tinggal di hutan mampu mencapai 25 tahun..sangat jarang harimau menyambut hari jadinya ke-25 kerana mereka lebih sibuk memikir soal mencari makanan di penghujung hayat berbanding memikir untuk menyambut ulang tahunnya..

14. Harimau lebih suka menangkap mangsa secara serang hendap..sekiranya mangsa ternampak mereka, harimau akan kurang erminat untuk menangkap..harimau mungkin lebih gemar unsur suspen dan cemas dalam menangkap mangsanya..

15. Harimau biasanya tidak menganggap manusia sebagai senarai menu harian mereka..mereka akan menyerang sekiranya terancam atau tiada sumber makanan yang lain.

16. Namun ada seekor hariamau betina yang dipanggil harimau Chapawat telah membunuh 430 orang di sekitar Nepal dan India pada awal 1900an..telah menjadikannya harimau paling banyak membunuh manusia sebelum ditembak mati oleh Jim Corbett..



17. Kebanyakan harimau mempunyai mata bewarna kuning tanpa menggunakan contact lens tetapi harimau yang bewarna putih mempunyai mata bewarna biru dan juga tanpa menggunakan contact lens..



18. Harimau biasa hidup bersendirian dan hanya berkumpulan sekiranya ingin mendapatkan buruan yang besar... ia berpasangan sekiranya mengawan atau di tempatkan di zoo untuk dilihat oleh manusia..manusia pasti enggan ditempatkan di hutan apatah lagi untuk dilihat harimau..

19. Harimau boleh melihat seperti manusia melihat berbanding haiwan lain yang kebanyakannya buta warna..tetapi harimau tidak pernah melihat tentang perihal yang manusia suka lihat

Malaysia merupakan negara ke-2 di dunia yang mempunyai populasi harimau di habitat semulajadi paling banyak..dianggarkan terdapat 500 yang masih merayau di hutan tebal..harimau malaya merupakan haiwan kebangsaan Malaysia..dalam banyak-banyak harimau, harimau Bengal merupakan subspecies paling banyak..dianggarkan 1500-1900 di India..400 di Bangladesh, 200 di Nepal dan 75-80 di Bhutan.harimau Bengal adalah haiwan kebangsaan di India dan Bangladesh....kali ni aku nak bercerita tentang negara yang punyai paling sedikit bilangan harimau Bengal..Bhutan..

Bhutan merupakan sebuah negara yang terletak di asia selatan..ia dikelilingi oleh negara China dan India..Bhutan berkeluasan 38, 394km2..secara perbandingan lebih besar sedikit dari gabungan saiz negeri Pahang.dan Pulau Pinang..ibu negara Bhutan ialah Thimpu dan juga merupakan bandar terbesar di Bhutan..jumlah penduduk pula 700 ribu orang (2011)..nama Bhutan itu sendiri berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud tanah tinggi..



Bhutan terletak di banjaran Himalaya dan di pinggir kawasan Tibet..Bhutan antara negara paling terasing di dunia serta di katakan kurang pembangunan..ini disebabkan kerajaannya mengawal ketat kemasukan pengaruh asing dan pelancong untuk mengekal budaya dan jati diri di negara tersebut..namun Bhutan adalah negara yang ke-8 paling bahagia penduduknya di dunia setelah tinjauan antarabangsa dibuat..Buddha merupakan agama majoriti di sana diikuti dengan pengaruh Hindu..



Ekonomi di Bhutan antara yang terkecil di dunia..ini disebabkan kawalan terhadap eksport import juga dilakukan pemerintah di sana..walaubagaimanapun, Bhutan antara negara yang paling tinggi dari kadar pertumbuhan ekonomi..ekonominya bergantung kepada pertanian sumber hutan, perlancongan dan eksport tenaga elektrik ke negara India..walaupun Bhutan adalah negara yang kecil tetapi ia mempunya kepelbagaian species haiwan termasuk harimau bengal, harimau kumbang salji, badak sumbu, arnab Assam dan beruang Sloth dan takin (sejenis kambing) yang merupakan haiwan kebangsaan Bhutan..



Walaupun "Harimau Malaya" kalah dalam perlawan semalam namun bukanlah menandakan pasukan bola sepak negara itu teruk..tapi tidak di akui masih banyak yang perlu dibaiki..pasukan Malaysia ada potensi untuk bersaing dalam sukan Asia kelak..kata orang, kalau tak mampu menyokong semasa pasukan kalah, janganlah menyorak semasa pasukan menang..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Poyoss la kau tt gelak sensorang aku baca..baru tau Malaysia ada byk rimau
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni tt karang sendiri ke? Tergelak akak dalam kehangatan panas terik di luar.
Kalau tt jadi cikgu pasti pelajar segar bugar sepanjang masa tt mengajar. Tahniah, teruskan berkarya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.064643 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list