CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1805|Reply: 3

Survivor Titanic Masabumi Hosono

[Copy link]
Post time 10-2-2021 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Survivor Titanic Masabumi Hosono



Kehormatan, tanggungjawab dan rasa malu adalah tiga sifat yang sangat berakar dalam budaya Jepun selama berabad-abad lamanya. Bagi seorang pahlawan samurai misalnya, sekiranya gagal menyelesaikan sesuatu misi, dia hanya dapat mengembalikan kehormatannya hanya dengan mengambil nyawanya sendiri, dengan cara yang agak kejam yang dikenali sebagai hara-kiri.

Perbuatan seperti itu dianggap sebagai cara yang “mulia” untuk mati, membolehkan seseorang pahlawan untuk menghilangkan rasa malu yang mungkin dikaitkan dengan namanya dan keluarganya.

Tidak seperti budaya Barat di mana banyak masalah sosial berputar di sekitar rasa bersalah dan dapat disingkirkan melalui proses undang-undang atau melalui rawatan psikoterapi atau tindakan pengakuan kepada seorang paderi (bagi orang Kristian), konsep malu tertanam dalam budaya Jepun dan perasaan ini tidak dapat dibuang sehinggalah individu itu melakukan apa yang diharapkan oleh masyarakat, iaitu membunuh diri.

Satu-satunya orang Jepun yang terselamat



Masabumi Hosono hanyalah seorang lelaki biasa. Dia dilahirkan di Jepun pada tahun 1870, lulus dari sekolah pada tahun 1896 dan mula bekerja di Kementerian Pengangkutan Jepun pada tahun 1910.

Dia pernah mengikuti kursus bahasa Rusia yang kemudian membolehkannya dihantar pergi ke Rusia untuk tugasan khas di sana. Disana, dia telah ditugaskan untuk mempelajar dan mengkaji mengenai operasi kereta api di negara tersebut.

Setelah menyelesaikan tugasan tersebut, dalam perjalanan pulang ke rumah pada 10 April 1912, dia telah menempah tiket kelas kedua untuk menaikin kapal impiannya, Titanic RMS. Kapal itu dinaikinya di Southampton. Segalanya nampak indah buatnya kerana dapat menaiki Titanic yang merupakan impiannya ketika itu.

Pada masa itu, penumpang kapal besar seperti Titanic dibezakan bergantung pada “kelas” atau kedudukan seseorang individu itu. Setiap kelas ini mendapat layanan berbeza di atas kapal itu. Pada masa itu dia tidak tahu bahawa kapal ini akan mengubah hidupnya selama-lamanya.

Pada awalnya, tiada perkara yang pelik berlaku. Penumpang-penumpang dilayan dengan begitu mewah, sesuai dengan statusnya sebagai kapal penumpang terbesar dunia pada ketika itu. Namun, tiada siapa yang menyangka apa yang terjadi empat hari kemudian pada 14 April 1912.


Tenggelamnya Titanic


Ketika Masabumi Hosono dkejutkan daripada tidurnya oleh salah seorang pramugari pada malam 14 April, dia awalnya menganggapnya sebagai latihan penggera keselamatan.

Sekitar jam 11:40 malam kapal itu bertembung dengan bongkah ais di lautan Atlantik Utara, kira-kira 300 batu nautika tenggara Newfoundland dan kemudian dipenuhi dengan air. Dalam perjalanan ke bahagian atas kapal, Masabumi Hosono pada mulanya ditahan kerana seorang kru menyangkanya sebagai penumpang kelas ketiga dan bot penyelamat seharusnya dipenuhi dengan penumpang kelas satu terlebih dahulu.

Namun, dalam keadaan kelam-kabut itu dia bernasib baik apabila dapat mengakses ke dek atas. Namun, setibanya di atas Masabumi Hosono perasan bahawa bot penyelamat yang ada mungkin tidak mencukupi untuk menyelamatkan kesemua penumpang di atas kapal tersebut.

Dalam keadaan kelam-kabut dan penuh cemas itu, dia terdengar jeritan daripada pasukan penyelamat bahawa masih terdapat 2 kekosongan untuk bot penyelamat nombor 10. Dalam keadaan gelap itu. para petugas di bot penyelamat itu membenarkannya masuk.

Kepulangan ke Jepun



Daripada saat itu, ia mengambil masa lebih daripada 8 jam sehingga penumpang dalam bot penyelamat itu diselamatkan oleh kapal berdekatan RMS Carpathia. Daripada kira-kira 2,200 penumpang di Titanic, 1,514 mati pada malam itu dan Masabumi Hosono adalah antara yang bernasib baik terselamat.

Bersama dengan mangsa yang masih hidup, Masabumi Hosono tiba di New York. Pada mulanya tidak banyak perhatian yang diberikan kepadanya. Dengan bantuan oleh rakan-rakan, dia akhirnya sampai ke tanah airnya, di mana tajuk utama surat kabar menyatakan dia sebagai “Anak Jepun yang Beruntung.”

Sekembalinya ke Jepun, Masabumi Hosono tidak mempunyai banyak peluang untuk menikmati hidupnya yang baru kembali seperti sediakala. Kisahnya sebagai satu-satunya penumpang Jepun di Titanic yang berjaya diselamatkan tersebar dengan cepat ke seluruh negara.

Dia memberikan pernyataan, wawancara dan foto keluarga untuk beberapa surat khabar di Jepun dan keadaan ini memberinya kemasyhuran buat seketika. Namun, tidak lama kemudian, keadaan menjadi terbalik apabila dia dikecam secara terbuka di akhbar-akhbar Amerika Syarikat.


Dianggap pengecut dan tidak bermaruah



Archibald Gracie, seorang penulis dan penumpang kelas satu yang juga mangsa tragedi Titanic menggelarnya sebagai “pengecut.” Akhbar-akhbar Jepun mula memetik penyataan itu dan kemudian menyusul dengan cepat, mengkritik Masabumi Hosono secara terbuka dan menyalahkannya atas perbuatannya.

Tidak lama kemudian, tokoh-tokoh dan orang-orang kenamaan disana mula memberi komen mengenai kes ini. Akhbar-akhbar mula mengecamnya sebagai pengecut yang kononnya berpura-pura menjadi wanita agar ditawarkan tempat di bot penyelamat. Semuanya menyalahkan tindakannya itu sehingga menyebabkan ratusan yang mati di lautan.

Malah, majikannya bertindak memberhentikannya kerana tidak mahu mempunyai pekerja sepertinya yang dianggap pengecut dan tidak bermaruah. Tidak terhenti setakat itu, kes Masabumi Hosono ini turut dimasukkan ke dalam buku teks Jepun dan dijadikan sebagai contoh tingkah laku yagng memalukan dan tidak bermaruah oleh rakyat Jepun.

Seorang profesor turut menggambarkan tingkah lakunya sebagai tidak bermoral dan tidak beretika. Alasan utama pengkritik ini adalah bahawa Masabumi Hosono telah melanggar kod pengorbanan diri samurai dan dengan itu dianggap memalukan seluruh Jepun.

Sehingga saat kematiannya, Masabumi Hosono dan seluruh keluarganya dianggap memalukan negara dan hingga nafas terakhirnya, Masabumi Hosono tidak pernah membicarakan apa yang sebenarnya berlaku. Satu-satunya perkara yang masih tinggal dalam ceritanya adalah beberapa surat yang ditulisnya kepada isterinya di mana dia menggambarkan peristiwa tenggelamnya Titanic.

Kredit: https://medium.com/lessons-from- ... itanic-ee7229f2353e


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.. hidup salah.. mati pun salah ke? Betapa media boleh jadikan sesuatu berita tu positive or negative
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejinya penulis yg juga penumpang kelas satu....
Sesuka hati label orang sebagai pengecut sedangkan dia sendiri berada di situasi yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Y tulis psl dia ni pn pengecut jgk..xsedar diri betul..kalau bkn pengecut,knp xje selamatkn org lain..korbankn je diri sndiri dlu..dan2 plak nak kecam org lain..dasar amareka taguna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.059502 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list