CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 1

Siapa Tinggal Di Tempat Paling Tinggi

[Copy link]
Post time 12-2-2021 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Siapa Tinggal Di Tempat Paling Tinggi

Kehidupan di universiti mungkin antara detik paling manis sepanjang kehidupan..tinggal di kolej membuatkan kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kawan..sapa duduk aras bawah paling bawah mungkin tidak sepenat mereka yang tinggal di aras lima..aktiviti turun naik tangga adalah rutin harian..secara tak langsung ia melenguhkan kaki dan juga  menyihatkan badan..duduk di aras paling tinggi membolehkan kita dapat melihat pemandangan dari atas tentang apa yang berlaku di bawah..memang spot yang sesuai untuk mengusha awek yang lalu lalang..ha19

Adakah tinggal di tingkat paling atas membolehkan kita merasa kita duduk paling tinggi..bagaimana pula dengan rumah flat 10 tingkat, kondo 25 tingkat dengan ketinggian mencecah 100 meter..mereka yang tinggal di tingkat paling atas pasti dapat melihat pemandangan yang jauh berbanding di bawah..nak pula dekat tepi pantai..cantik je view tengok panorama sekeliling..nasib baik lah ada lif takdelah penat naik tangga..adakah itu cukup tinggi..pastinya tidak..

Burj Khalifa, UAE merupakan bangunan tertingi di dunia dengan ketinggian 818 meter yang mempunyai 160 tingkat..tapi tingkat paling atas bukan lah untuk kediaman..tetapi di dalam bangunan itu juga terdapat kawasan kediaman pada tingkat 77-108..dengan kelajuan lif 64km/j, urusan turun naik menjadi mudah..mungkin tempat yang menarik untuk di diami..cuma kalau lif rosak jangan tanya kenapa..adakah ini tempat paling tinggi yang manusia tinggal..juga pastinya tidak..benar Burj Khalifa adalah bangunan yang paling tinggi tapi ia di bina tinggi sedikit dari aras laut..bagaimana pula dengan bangunan yang di bina di atas gunung dan tanah tingggi..



Di Malaysia antara kawasan yang paling tinggi yang menjadi tempat tinggal adalah Kundasang. Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang terletak 1884 dari aras laut..1000 meter lebih tinggi berbanding orang yang tinggal dekat Burj Dubai.. manakala bandar yang paling tingggi di Malaysia adalah Berinchang, Cameron Highland.. dengan ketinggian 1592 meter, suhu yang lebih dingin dapat dinikmati berbanding suhu normal sebuah negara beriklim tropika..adakal suhu boleh mencecah 6°C pada waktu malam..awal sem hari tu aku berkesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Berinchang..sejuk lah jugak..mungkin itu kawasan paling tinggi di diami di Malaysia..bagaimana pula di negara-negara yang lain..

Umum tahu, gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 8848 meter..tapi takde sape yang sanggup tinggal dekat situ..dekat kaki gunung pon orang taknak tinggi..ini disebabkan semakin kita tinggi dari aras laut tekanan atmosfera semakin rendah..oksigen pon susah nak dapat..makanan lagi nak dapat dekat mana..orang nak datang pon jauh..so tiada kepentingan kalau duduk tinggi sangat..tapi kalau ada sebab yang kukuh pasti ada manusia sanggup tinggal di mana-mana..begitulah dengan tempat yang paling tinggi di dunia didiami manusia..

Pernahkah korang dengar bandar La Rinconada, Peru..La Rinconada adalah sebuah pekan kecil yang terletak di ketinggian 5 100 meter dari aras laut..di sinilah tinggalnya manusia hidup di altitud paling tinggi di dunia..dengan jumlah penduduk mencapai 30, 000 orang, kawasan ini sebenarnya adalah berhampiran dengan lombong emas di banjaran Andes..masyarakat di sini bekerja sebagai pelombong emas untuk sebuah syarikat.. apa yang menarik mereka bekerja tanpa gaji hampir selama sebulan..tetapi pada hari terakhir mereka bekerja setiap bulan, mereka boleh melombong sendiri dan jumlah emas yang mereka dapat adalah gaji mereka..dan itu bergantung pada nasib dan tuah..atas faktor ini manusia sanggup tinggal di tempat ekstrem sebegini..2.7 kali lebih tinggi dari mereka yang tinggal di Kundasang..mereka ini lah yang tinggal tempat paling tinggi berbanding dengan manusia lain yang ada dekat duni..apa yang menjadi masalah di kawasan ini ialah tiada sistem pembentungan, segala sisa buangan dikumpul di suatu tempat dan sukar dilupuskan.. pencemaran terhadap logam berat seperti merkuri yang digunakan semasa aktiviti perlombongan memburukkan lagi keadaan..


Euophrys omnisupertses

Tapi tahukah korang makhluk yang duduk paling tinggi di dunia di ketahui sehingga kini adalah seekor labah-labah..sejenis labah-labah lompat telah dijumpai pada ketinggian 6700 meter di sekitar gunung Everest.. Labah-labah lompat Everest atau nama saintifiknya Euophrys omnisupertses (yang bermaksud berdiri di atas segala-galanya) tinggal di kawasan celahan batu gunung..memakan serangga kecil pemakan tumbuhan yang sesat setelah ditiupkan angin dari altitud yang lebih rendah..menarik bukan..tumbuhan pon tak hidup pada keadaan yang terlalu ekstrem begitu..begitulah hebat dan uniknya setiap ciptaan tuhan.


Sumber : http://blogpesonadunia.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok baca benang tt tapi banyak sangat sampai tak tahu nak komen apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054382 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list