CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1876|Reply: 1

Ada apa dengan ‘keling’?

[Copy link]
Post time 12-2-2021 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 12-2-2021 09:46 PM

Ada apa dengan ‘keling’?


Sudah lama dan kerap mendengar perkataan “keling”, sejak kecil lagi di sekolah, di kawasan kejiranan, di luar, di mana-mana sahaja.

Adakah sebagai seorang berbangsa India, saya rasa hina atau marah? Sudah tentu.

Selepas lama tidak hangat diperkatakan dalam arus berita, kini perkataan itu kembali aktif di laman sosial, semuanya kerana Tun Dr Mahathir Mohamad yang terlepas cakap pada satu sidang media mengecam SPR.

Belajar dan bekerja di negeri utara Malaysia, Pulau Pinang, selama 5 tahun, saya akur perkataan tersebut digunakan secara meluas tanpa apa-apa prejudis.

Kalau anda anak jati utara, memang panggilan itu mungkin tidak membawa kesan besar, kecuali seperti bagi penghijrah dari Kuala Lumpur seperti saya.

Memang terkejut kawan baik rujuk mamak di restoran nasi kandar dengan perkataan sensitif itu ketika berbual.

Tetapi ia tidak bermakna anda boleh menggunakannya, kerana umum tahu ia berbunyi menghina.

Lebih buruk apabila pemimpin dan bekas perdana menteri Dr M pula menyebut tanpa memikirkan sensitiviti. Selaku pemimpin negara, kenalah ada sensitiviti.

Kebetulan pula musim pilihan raya, orang India di Malaysia seolah tiada topik lain untuk dibincangkan selain saling bercakaran mengenai perkataan “K” ini untuk saling mengecam parti politik didampingi Dr Mahathir.




Sebelum itu, tahukah anda mengenai latar belakang perkataan ‘keling’?

Seorang blogger tempatan yang terkenal dengan penulisan mengenai budaya dan bangsa India, Sharmalan Thevar berkongsi pemahaman mengenai perkataan yang secara popular digunakan oleh rakyat Malaysia dan segelintir rakyat Indonesia dalam merujuk bangsa India.

“Perkataan ‘keling’ berasal daripada perkataan Kalinga iaitu empayar terkenal dari benua India, lebih tepat, Orissa.

“Ia salah satu empayar paling kuat dan berkuasa, memperluas kolonialisme di negara-negara seperti Maldives, Sri Lanka, Myanmar dan kepualuan Nusantara,” tulisnya.

Katanya lagi, kapal-kapal yang membawa saudagar Kalinga kemudian disebut sebagai Keling oleh rakyat tempatan sehingga perkataan itu dipopularkan.




Namun, ia tidak merujuk kepada saudagar dari Tamil Nadu, orang Tamil yang datang kemudian hari, rata-rata dari kerajaan Chola.

“Mereka yang datang dari Tamil Nadu ketika empayar Chola pula dipanggil sebagai Cholia atau Chulia. Kalau kita berada pada zaman 1000 tahun lalu, kita (keturunan Tamil) pasti digelar sebagai Chulia di sini,” ujarnya lagi.

Teori lain yang dikaitkan dengan ”keling” ialah bunyi gelang kaki atau aksesori wanita India ketika itu, walaupun tidak dipastikan kesahihannya.

“Mungkin ada yang bangga dengan gelaran ‘K’ kerana merujuk kepada empayar berkuasa besar, Kalinga. Tetapi kenapa perlu saya bangga, ia bukan dari etnik Tamil yang merupakan nenek moyang saya,” katanya.

Jelasnya lagi dalam penulisannya, perkataan Keling popular dan menjadi satu panggilan normal selepas ia dibabitkan dengan pedagang dan saudagar India yang berlabuh di Melaka.

“Kebanyakan saudagar India ini beragama Islam dari komuniti Maraikayar. Mereka bercampur dengan komuniti tempatan dan mempunyai penempatan sendiri dikenali sebagai Kampung Keling.

“Mereka juga berkahwin dengan wanita Melayu tempatan yang ketika itu beragama Hindu. Jadi perkahwinan campur India Muslim dan Melayu Hindu berperananan dalam penyebaran agama Islam selain wujudnya komuniti campur Darah Keturunan Keling (DKK) di Malaysia,” tulisnya.

Sharmalan tidak berhenti di situ sahaja tetapi menjelaskan lebih lanjut dengan mengaitkan Kesultanan Melaka yang dipengaruhi DKK, iaitu Raja Kassim pada 1456.

Kesimpulannya, orang India di Malaysia tetap tidak memilih dengan mana-mana panggilan yang menghina apatah lagi langsung tidak mengena dengan keturunan atau nenek moyang kami.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya ke.....

setau aku, perkataan keling tu melabelkn org india yg kelas bawahan yg selalu goncang loceng & bunyi KLING KLING KLING.....

Eh, dah mcm Ace hang kling klong le pulak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.081132 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list