CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1944|Reply: 3

Jejantas Khas Hanya Untuk Hidupan Liar Melintas Lebuh Raya,

[Copy link]
Post time 18-2-2021 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Jejantas Khas Hanya Untuk Hidupan Liar Melintas Lebuh Raya,

Lebuh raya enam lorong yang sibuk boleh membahayakan hidupan liar. Bahagian Sumber Hidupan Liar Utah membuat rancangan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan melindungi keselamatan hidupan liar.
Pada bulan Disember 2018, jambatan hidupan liar atau jejantas Parley's Canyon telah dibuka secara rasmi, ia sebuah jejantas atas lebuh raya paling sibuk khas hanya untuk laluan haiwan liar melintasi lebuh raya, dengan suasana semula jadi di mana jejantas ini dilengkapi hiasan batu kerikil, kayu balak dan batu-batu besar.


Haiwan liar biasanya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan di persekitarannya, dan para pegawai percaya ia akan memakan waktu bertahun-tahun sebelum jambatan itu digunakan oleh haiwan-haiwan liar, sebaliknya haiwan itu jelas berterima kasih atas pilihan alternatif dan para penyelidik melihat kejayaan yang tidak dijangka apabila ia hanya memakan waktu hampir semalam saja haiwan-haiwan liar tersebut mula menggunakan jejantas.
Jabatan Perhubungan Utah dan Universiti Negeri Utah memantau "lalu lintas" di jejantas menggunakan kamera tersembunyi, ternyata amat mengejutkan apabila mereka melihat banyak nyawa haiwan yang telah diselamatkan dengan terbinanya jejantas tersebut.



Dalam sebuah video yang disiarkan pada bulan November, rusa, beruang, landak, tupai, bobcats dan rakun berlumut di seberang jalan berkerikil, menggunakan laluan jalan selamat berulang-alik ke seberang lebuh raya untuk mencari makan.

"Ianya berkesan!" Utah Division of Wildlife Resources menulis di Facebook . "Seperti yang anda lihat, tahun kedua jalan raya ini berjaya membantu hidupan liar berhijrah dengan selamat di Interstate 80 yang sibuk dan pemandu kenderaan juga lebih selamat daripada berlakunya kemalangan. [thedodo.com/]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 11:05 AM | Show all posts
dekat highway seremban-port dickson pun ada jugak, jambatan untuk haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 04:11 PM | Show all posts
woww
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 12:34 AM | Show all posts
mrsbob87 replied at 18-2-2021 11:05 AM
dekat highway seremban-port dickson pun ada jugak, jambatan untuk haiwan

aah...  dulu aku macam pelik jambatan tu untuk apa...  pastu dok la orang heboh kata tu jambatan untuk orang bunian...  hahaha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.343795 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list