CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1348|Reply: 0

Mengapa Kebanyakan Tempat Duduk Penumpang Pesawat Udara Warna Biru

[Copy link]
Post time 19-2-2021 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan hampir semua syarikat penerbangan sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti perkhidmatan masing-masing terus berkembang maju seiring dengan teknologi terkini serta ciri-ciri estetik dan inovatif. Ciri-ciri penambahbaikan segala kemudahan perkhidmatan dalam penerbangan akan tetap berterusan demi keselesaan penumpangnya.

Anda mungkin telah melihat satu lagi ciri yang agak konsisten, dan bersifat estetik iaitu tempat duduk penumpang kebanyakan syarikat penerbangan berwarna biru. Syarikat penerbangan gergasi dunia seperti Southwest, American Airlines, dan United Airlines semuanya mempunyai tempat duduk penumpang disalut dengan warna biru dalam armada mereka. Mengapa demikian?  Antara sebab yang logikal dan menarik, biru merupakan warna yang paling praktikal ialah;

Pertama, tempat duduk warna biru adalah antara yang paling mudah untuk menjaga kebersihan atau sekurang-kurangnya cara terbaik untuk mengelakkan mudah kotor atau comot, bagi memastikan penampilan yang bersih. Biru membolehkan kotoran dan noda agak tersembunyi ke dalam fabrik yang berwarna agak gelap.

Kedua ialah ramai orang yang menyatukan warna biru dengan rasa kedamaian dan kesejahteraan. Memandangkan perasaan cemas semasa berada di awan biru adalah perkara biasa, maka logiknya banyak syarikat penerbangan menggunakan warna biru menjadi pilihan utama kerana ia mempunyai kesan yang menenangkan.


Ketiga, syarikat penerbangan juga menggunakan warna biru sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan, namun beberapa syarikat penerbangan utama A.S. memilih warna merah sebagai identiti mewakili Amerika. Di peringkat korporat, ia melambangkan rasa amanah, satu lagi sentiasa positif apabila anda membenarkan juruterbang membawa anda melalui langit pada kelajuan sehingga 575 batu sejam.

Anda akan melihat pilihan reka bentuk lain di syarikat penerbangan seperti Virgin Atlantic, sebagai contoh, mempunyai tempat duduk warna merah, namun kemungkinan utama bahawa warna biru akan tetap menjadi warna paling dominan di udara untuk masa depan yang boleh dijangka seterusnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062258 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list