CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2388|Reply: 2

Korang Belum Tengok Sendiri Video 3D Lembu Emas Yang Viral Tu?

  [Copy link]
Post time 19-2-2021 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Korang Belum Tengok Sendiri Video 3D Lembu Emas Yang Viral Tu?

Baru-baru ini sempena ketibaan Tahun Baru Cina telah viral di media sosial mengenai video pertunjukan animasi 3-Dimensi (3D) Lembu Emas yang pertama kali dipaparkan di skrin LED gergasi di pusat beli-belah popular, Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Video yang menunjukkan imej seekor Golden Bull yang penuh semangat berjuang bagi menentang penularan wabak COVID-19 itu penuh simbolik dengan harapan membawa kesihatan yang baik dan kesejahteraan kepada Malaysia -- ternyata bukan sahaja viral di negara ini tetapi juga di seluruh dunia!


Bagi korang yang mungkin belum berkesempatan atau teringin melihat kehebatan tayangan 3D lembu emas yang seakan keluar merempuh dinding kaca bagi melawan pandemik COVID-19 itu, korang jangan risau kerana video tersebut masih lagi dipertontonkan kepada orang ramai sehingga bulan Mac nanti.

Lokasi paling sesuai jika korang nak melihatnya dengan jelas adalah dari air pancut di luar perkarangan Pavilion yang dipanggil 'Crystal Fountain' yang turut menjadi ikonik Pavilion KL.


Skrin LED Pavilion Elite yang memaparkan video 3D tersebut adalah berukuran 60.8 meter lebar dan 21.5 meter tinggi -- dengan ukuran keseluruhan yang menakjubkan 1,310 meter persegi serta menjadi lokasi sempurna untuk mempamerkan pertunjukan dan teknologi 3D yang canggih seperti ini.

Video :


Video Kredit: Ye Xiao

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk kwn share kat whatsapp..tp kena pegi pavillion tgk lg best kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 03:19 PM | Show all posts
sembah lembu ke kau skg ni tt?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.129096 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list