CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1127|Reply: 0

Kucing Ada 9 Nyawa Sebenarnya Hanya Mitos Je

[Copy link]
Post time 26-2-2021 10:55 PM | Show all posts |Read mode
Kucing Ada 9 Nyawa Sebenarnya Hanya Mitos Je



Kucing sebenarnya tak ada 9 nyawa. Ya, ianya hanyalah mitos semata-mata. Jadi janganlah anda sangkakan kucing anda sebagai hero dengan 9 nyawa lagi selepas ini. Walaupun ini hanyalah mitos semata-mata, pernah tak anda terfikir dari mana idea ini muncul?

Sebenarnya tidak ada yang tahu asal usul mitos yang mengatakan kucing mempunyai sembilan nyawa. Walau bagaimanapun, sejarawan mempunyai beberapa idea tentang dari mana datangnya ia. Pertama, mungkin dari masyarakat Mesir kuno.

Orang Mesir kuno menyembah dewa-dewa yang menyerupai kucing atau berbentuk setengah kucing, berkat sifat pelindung kucing yang bersifat keibuan. Orang Mesir kuno percaya bahawa kucing adalah makhluk ilahi dengan kekuatan psikik atau ghaib. Idea bahawa mereka boleh mempunyai banyak kehidupan sama dengan pandangan mereka pada kucing.




Tetapi kenapa sembilan nyawa? Ada banyak kemungkinan, salah satunya ialah dewa matahari masyarakat Mesir kuno yang dipercayai boleh menyerupai bentuk kucing. Legenda mengatakan bahawa Atum-Ra melahirkan lapan dewa lain dan dengan demikian mewakili sembilan nyawa dalam satu.

Selain itu, William Shakespeare pernah merujuk kepada mitos sembilan nyawa dalam karyanya Romeo and Juliet. Ada juga peribahasa kuno yang menyatakan, “Seekor kucing mempunyai sembilan nyawa. Tiga untuk dia bermain, tiga untuk dia merayau dan tiga terakhir untuk dia hidup tetap.”



Sebahagian orang pula percaya bahawa mitos sembilan nyawa itu berkaitan dengan kemampuan kucing untuk selalu mendarat di kaki mereka. Kucing juga terkenal dengan ketangkasannya dalam memanjat dan berjaya mendarat dengan selamat walaupun berbadan kecil.

Nombor sembilan juga dianggap sebagai nombor ajaib, yang juga boleh menjadi sebab mengapa kucing dikaitkan dengan sembilan nyawa. Kucing telah dipuja dan ditakuti sepanjang zaman dan dilihat sebagai makhluk ajaib. Mungkin itulah sebabnya.

Sumber:https://himpunanceritalawak.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057059 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list