CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2740|Reply: 13

Kisah Pembunuh Bersiri Pakistan Dijatuhkan Hukuman Sama Seperti Dilakukannya Ter

[Copy link]
Post time 22-3-2021 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 22-3-2021 02:08 PM

Kisah Pembunuh Bersiri Pakistan Dijatuhkan Hukuman Sama Seperti Dilakukannya Terhadap Mangsa – Javed Iqbal


Pada tahun 2000, seorang hakim di Pakistan telah menjatuhkan hukuman terhadap Javed Iqbal Umayr dengan hukuman dicekik dengan rantai besi, dipotong-potong tubuh badannya dan dilarutkan dengan asid di hadapan orang ramai.

Hukuman ini dilihatkan sangat dahsyat dan mengerikan, yang mana tidak sepatutnya dijatuhkan kepada mana-mana manusia. Namun, apakah relevan di sebalik hukuman yang diterima ini?

Javed Iqbal Umayr adalah pembunuh bersiri yang mengaku bersalah melakukan penderaan seksual dan membunuh 100 budak lelaki, berumur antara 6 hingga 16 tahun.

Pada Disember 1999, Javed menghantar sepucuk surat kepada pihak polis dan ketua penyunting berita akhbar di Lahore iaitu Khawar Naeem Hashmi, mengaku melakukan jenayah rogol dan pembunuhan 100 budak lelaki.

Dalam surat berkenaan, Javed mendakwa bahawa dia melakukan jenayah itu dengan mencekik dan memotong badan mangsa. Potongan mayat mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam tong yang berisi asid hidroklorik untuk dilupuskan.

Ia kemudiannya dibuang ke sungai setempat.

Kebanyakan daripada mangsanya adalah kanak-kanak yang melarikan diri dari rumah, pengemis dan juga anak-anak yatim yang tinggal di jalanan di Lahore.
Di dalam rumah Javed, pihak polis dan wartawan menemui kesan darah di lantai dan dinding, bersama-sama rantai yang mana Javed mengaku menggunakannya untuk mencekik mangsa.

Dua tong asid yang masih tersisa dengan mayat manusia yang terlarut juga dibiarkan di tempat terbuka oleh Javed agar polis menemuinya, dengan nota yang mendakwa mayat-mayat di rumah itu sengaja tidak dilupuskan sehingga pihak berkuasa menjumpainya.

Dia juga menghasilkan diari 32 halaman yang memperincikan penderaan seksual dan pembunuhan mangsa termasuk gambar kanak-kanak berkenaan.

(Tiga rakan jenayah Javed Iqbal yang terdiri daripada remaja belasan tahun)

Malah, pembunuh licik ini tidak melakukan jenayah ini berseorangan. Dia mempunyai pembantu dan terdiri daripada mereka yang mudah dipengaruh iaitu remaja belasan tahun.

Sajid Ahmed hanya berusia 17 tahun namun merupakan rakan jenayah utama Javed.

Dua lagi yang lain juga dinamakan sebagai rakan jenayah iaitu Mamad Nadeem berusia 15 tahun dan Mamad Sabir berusia 13 tahun ketika dijatuhkan hukuman.
Berita dahsyat ini telah menggegarkan masyarakat setempat, dengan gambar dan rakaman televisyen menunjukkan ibu bapa yang menangis melihat timbunan pakaian kanak-kanak yang ditemui dari kediaman Javed.

Ini sekaligus mengejutkan masyarakat Pakistan, yang mulai mempersoalkan keprihatinan terhadap masyarakat kelas bawahan yang sangat miskin.
Malah, sebilangan mangsa Javed terdiri daripada mereka yang telah hilang lebih dari enam bulan sebelum ibu bapa mereka melaporkan kehilangan mereka kepada polis.

Javed juga mengaku dalam suratnya bahawa dia merancang untuk membunuh diri di Sungai Ravi berikutan jenayahnya.
Namun selepas pihak polis gagal menemui mayatnya di sungai berkenaan, mereka dengan segera melancarkan pemburuan terbesar dalam sejarah Pakistan.


Beberapa jam selepas pihak berkuasa berjaya menahan dua daripada rakan jenayahnya di Sohawa, Javed akhirnya ditangkap setelah masuk ke pejabat akhbar berbahasa Urdu terbesar di Pakistan, Jang, dan menawarkan untuk menyerah diri.

Editor Jang, Shaheen Quereshi mengatakan bahawa Iqbal ingin menulis pengakuannya tetapi takut polis akan cuba membunuhnya.

Ketika dia mula menulis, para pekerja Jang memberi tahu pihak berkuasa tentera Pakistan, yang menghantar lebih dari 100 tentera untuk mengepung bangunan itu.

“Saya Javed Iqbal, pembunuh 100 kanak-kanak. Saya benci dunia ini, saya tidak malu dengan tindakan saya dan saya bersedia untuk mati. Saya tidak menyesal. Saya membunuh 100 kanak-kanak,” kata Javed ketika menyerah diri.

Semua jenayah mengerikan ini dilakukan dalam tempoh 6 bulan.

Motif pembunuhan dahsyat Javed Iqbal

Javed memberitahu pihak akhbar bahawa motif jenayahnya didorong oleh keinginan untuk membalas dendam terhadap polis, mendakwa dia dipukul ketika mereka menahannya untuk disoal siasat atas tuduhan melihat kanak-kanak pada tahun 1990-an.

Dia tidak pernah didakwa atas tuduhan tersebut.

“Saya dipukul dengan teruk sehingga kepala saya hancur, tulang belakang saya patah dan saya dibiarkan lemah. Saya benci dunia ini,” kata Javed Iqbal.
Ibu Javed menangis melihatkan keadaan anaknya yang sangat teruk dan disebabkan ini, Javed mahu 100 ibu lain menangis untuk anak-anak mereka.

Tiada penyesalan

“Saya tidak menyesal. Saya bunuh 100 kanak-kanak. Keadilan terhadap saya dinafikan,” kata Javed kepada akhbar The News di Lahore sejurus selepas dia ditangkap.

Malah, Javed berkata bahawa dia boleh membunuh 500 orang kanak-kanak.

“Saya boleh bunuh 500 orang dan ini bukan satu masalah. Wang bukan satu masalah. Tapi saya janji untuk bunuh 100 kanak-kanak sahaja dan saya tak mahu langgar janji ini,” katanya.

Namun, Javed juga menarik balik pengakuannya dan mengaku tidak bersalah, dengan mengatakan bahawa dia hanya mereka cerita itu untuk mengetengahkan masalah anak-anak yang melarikan diri dan terbiar.

Walaupun begitu, Javed dijatuhi hukuman mati dengan cara tali gantung. Hakim yang menjatuhkan hukuman mengatakan:

“Anda akan dicekik hingga mati di hadapan ibu bapa kanak-kanak yang anda bunuh, mayat anda akan dipotong kepada 100 bahagian (kerana membunuh 100 kanak-kanak) dan kemudiannya dimasukkan ke dalam asid, sama seperti anda membunuh kanak-kanak tersebut.

Walaubagaimanapun, sebelum hukuman mati ini dilangsungkan, Javed dan seorang rakannya jenayahnya yang juga telah disabitkan, ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam sel penjara mereka yang berasingan pada malam yang sama.


Kematian mereka diputuskan sebagai bunuh diri.

Mamad Nadeem didapati bersalah ke atas 13 pembunuhan dan menerima hukuman 14 tahun penjara untuk setiap pembunuhan membawa kepada 182 tahun.
Mamad Sabir pula menerima hukuman 63 tahun penjara atas penglibatannya dalam jenayah ini.

Adakah hukuman yang dijatuhkan oleh hakim ini setimpal dengan jenayah yang dilakukan?

Wallahualam.

Rujukan:
1. Dawn


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulis tentang pembunuh bersiri Bangladesh yg hanya bunuh perogol..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 07:41 PM | Show all posts
Saya banyak membaca mengenai pembunuh bersiri. Dulu saya menentang hukuman mati. Tetapi setelah mengetahui mengapa dan bagaimana orang membunuh saya mengubah fikiran saya.

academic paper writing service
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya inilah hukuman yg layak diberi berdasarkan jenayah yg dia buat kira bg pengajaran & kesakitan yg sama dialami oleh mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka nerd tapi kejam... bagus pon.. hukuman setimpal untuk dia... kalau buat live streaming time jatuh hukum tu jangan lupa bagitau.. nak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 12:13 PM | Show all posts
sakit hati dengan polis tp p bunuh budak2 x bersalah...apo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2021 05:02 PM | Show all posts
nerd gila muka.tapi kejam yakmat
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 08:33 AM | Show all posts
untoldname replied at 23-3-2021 07:57 AM
Muka nerd tapi kejam... bagus pon.. hukuman setimpal untuk dia... kalau buat live streaming time jat ...

Dah mati dah pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 24-3-2021 08:33 AM
Dah mati dah pun

Alaaa...ade link tak...or dh ade documentary psl kes ni ke...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 12:52 PM | Show all posts
untoldname replied at 24-3-2021 12:30 PM
Alaaa...ade link tak...or dh ade documentary psl kes ni ke...

Polis pun tak sempat nak buat apa kak.

Walaubagaimanapun, sebelum hukuman mati ini dilangsungkan, Javed dan seorang rakannya jenayahnya yang juga telah disabitkan, ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam sel penjara mereka yang berasingan pada malam yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-3-2021 02:42 PM
Tulis tentang pembunuh bersiri Bangladesh yg hanya bunuh perogol..

ada eh.
Ala2 vigilante/crusader? Ka dia actually take revenge.
Nak try google lah.
Tq sarah bg idea benda nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsbale replied at 29-3-2021 04:27 PM
ada eh.
Ala2 vigilante/crusader? Ka dia actually take revenge.
Nak try google lah.

Ada.. X salah nickname dia hercules..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-3-2021 04:51 PM
Ada.. X salah nickname dia hercules..

Oo.. Dah jumpa some articles.
Cerita kira baru la jg lg 2019.
Smp sekrg belum identified lg eh sapa Hercules nih.

Serial killer jg mcm cerita tt ni tp tu lah, dia bunuh rapists. Tah2 org sana protect dia.. mcm dlm movie2
Eh sorry ot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsbale replied at 29-3-2021 09:28 PM
Oo.. Dah jumpa some articles.
Cerita kira baru la jg lg 2019.
Smp sekrg belum identified lg eh  ...

Serial killer biasanya ada penyebabnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 1.648257 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list