CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 1

Sesame Street perkenal watak anak pelarian Rohingya

[Copy link]
Post time 24-3-2021 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Sesame Street perkenal watak anak pelarian Rohingya



Walaupun bangsa Rohingya terus ditindas di negaranya sendiri, ada yang masih sayang dan prihatin terhadap nasib mereka. Pelbagai usaha bermacam peringkat digerakkan untuk membela kumpulan manusia ini, dari perbincangan intelektual sehingga ke pendidikan anak-anak kecil.

Sesame Workshop, sebuah pertubuhan pendidikan tidak berkeuntungan di sebalik Sesame Street memperkenalkan dua watak terbaharu dalam keluarga Muppets mereka iaitu Aziz dan Noor - sepasang kembar berusia enam tahun berbangsa Rohingya dari kem pelarian terbesar dunia.

Mereka adalah sebahagian daripada program kemanusiaan Play to Learn anjuran Sesame Street, yang bermatlamat menyokong kanak-kanak dan keluarga yang terkesan daripada krisis dengan menyediakan pendidikan awal kepada mereka, khususnya di Cox's Bazaar, Bangladesh di mana ratusan ribu anak-anak Rohingya bertumpang teduh.

Sesame Workshop menyifatkan usaha bernilai $200 juta ini dapat membantu anak-anak ini dalam pelbagai aspek terutamanya pendidikan dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.

"Mereka berdua ini adalah Muppet Sesame yang sangat istimewa - untuk anak-anak Rohingya, Noor dan Aziz akan menjadi watak pertama dalam media yang berwajah dan berbunyi seperti mereka," kata Sherrie Westin, presiden Impak Sosial di Sesame Workshop dalam temubual eksklusif dengan NBC.




Siri baharu nanti akan berakarkan budaya Rohingya dan dibuat dengan kajian meluas dan terperinci serta input daripada keluarga-keluarga Rohingya.

Noor dan Aziz akan bergandingan dengan Elmo, muppet paling masyhur dalam siri video yang menumpukan pembelajaran sosial-emosi, matematik, sains, kesihatan dan keselamatan. Video-video ini akan sedia untuk dikongsi dengan komuniti itu menjelang September 2021 sementara bahan pembelajaran bercetak menampilkan Noor dan Aziz akan diagih pada Mac tahun depan.

Noor dan Aziz diharap menjadi perwakilan yang positif buat anak-anak Rohingya. Mereka bukan sahaja berkongsi pengalaman yang sama dengan kanak-kanak yang terperangkap dalam krisis, tetapi juga akan membantu mereka mengatasi trauma dan tekanan serta membina ketahanan diri.

Ramai yang membesar dan belajar daripada menonton Sesame Street, termasuk saya. Mereka telah mengembangkan dan terus memperluaskan khidmat bakti lebih daripada sekadar rancangan televisyen yang menghibur dan mendidik kanak-kanak sejak 1969. Semoga Tuhan merahmati kalian.




Sumber: Mashable.SEA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
"Sesame Street sayang Rohingya" ujar Tengku Datuk Paduka Ebit Hans Lew Isaac (bukan nama sebenar) ketika ditemui sedang beli belah di KLCC sebentar tadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.448246 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list