CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2897|Reply: 8

[MITOS] Neraka' sudah ditemui! Saintis jumpa planet dipenuhi lahar menggelegak

[Copy link]
Post time 24-3-2021 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Neraka' sudah ditemui! Saintis jumpa planet dipenuhi lahar menggelegak


Kalau anda rasa hidup di Bumi pada tahun 2020 ini bagaikan di neraka, anda silap.

Beberapa ratus tahun cahaya dari sini, saintis menemui sebuah planet yang dibentuk daripada lahar cair, anginnya bertiup pada kelajuan supersonik dan hujannya batu. Planet ini diberi nama K2-141b, dan menurut mereka, ini adalah penemuan angkasa paling ekstrem setakat ini.

Menerusi satu kajian yang diterbitkan dalam Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, saintis dari Universiti McGill, Universiti York dan Institut Pendidikan Sains India mendedahkan butiran tentang planet ini - yang mengorbit mataharinya pada jarak yang amat dekat, menjelaskan keadaan ekstrimnya.

Atmosfera dan kitaran cuaca planet K2-141b ini sangat aneh. Saiznya lebih kurang seperti Bumi, tetapi mempunyai permukaan, lautan dan atmosfera yang diperbuat daripada bahan yang sama - batu.

Ketika sedang menganalisis corak pencahayaan planet tersebut, saintis menemukan yang kira-kira 2/3 daripada planet ini kekal berada pada waktu siang. Kerana ia terlalu dekat dengan mataharinya, tarikan graviti antara kedua-dua jisim menyebabkan ia terkunci pada kedudukannya - maknanya bahagian yang sama sentiasa menghadap matahari.

Pada bahagian itu, suhu permukaannya yang seluruhnya adalah lautan lahar melebihi 5,400 darjah Fahrenheit (2982.222 darjah Celsius). Bukan sahaja begitu panas untuk mencairkan batu, tetapi juga menjadikannya dalam bentuk wap.


Begini agaknya permukaan planet K2-141b. (foto: Business Insider)

Kalau di Bumi, bahan teras kita adalah air. Air tersejat jadi wap, membeku jadi ais. Di sini, segala-galanya batu. Memang tak boleh nak bayang batu tersejat macam ais di bawah matahari. Jadi bermakna udaranya adalah wap batu.

Sementara bahagian yang sebelah sana adalah kawasan yang gelap segelap gelapnya, dan suhunya mencecah kebekuan tak masuk akal -328 Fahrenheit (-200 darjah Celsius).

Sodium, silikon monoksida dan silikon dioksida pada K2-141b tersejat menjadi wap mineral, yang dibawa ke bahagian gelap planet ini oleh angin supersonik yang bertiup pada kelajuan melebihi 3,100 batu sejam. Sampai ke bahagian sejuk, ia menjadi hujan yang turun semula ke lautan lahar sedalam 60 batu yang mengalir semula ke bahagian terangnya. Begitulah kitarannya.

Bagaimanapun menurut saintis, kitaran ini tidak sestabil seperti di Bumi. Aliran lautan magma dari bahagian gelap ke bahagian terang adalah perlahan, jadi mereka menjangkakan komposisi mineral itu akan berubah, sekaligus menukar permukaan dan atmosfera planet itu secara seluruhnya.

Bumi pun juga begitu dahulunya, bermula sebagai sebuah planet lebur kemudian menyejuk dan memejal. Mungkinkah K2-141b ini adalah Bumi pada berjuta-juta tahun akan datang?


*Sumber: CBS News

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
motip gegeh claim baru jumpa neraka? matahari yang memang panas jah sepanjang masa tu tak neraka pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 08:18 AM | Show all posts
ada nampak sesape ko kenal tak?

pandai2 jumpa melaka konon
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
planet lain pun saintis ada jumpa jugak cth planet paling sejuk, planet air x de daratan langsung dan planet berlian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2021 01:58 AM | Show all posts
haifawehbe replied at 27-3-2021 05:40 AM
planet lain pun saintis ada jumpa jugak cth planet paling sejuk, planet air x de daratan langsung da ...

serious la planet berlian?



Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 08:13 AM | Show all posts
neraka tu kan matahari...
lambatnye buat research..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
amboi tajuk kemain
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Saintis jumpa neraka? Syurga depa xjumpa pulak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2021 08:03 PM | Show all posts
ni planet mustaffa..tempat anakin ngan tok guru dia obi wan kelubi berlawan..
gara2 obi wan marah anakin curik jeruk kelubi si obi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073658 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list