CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3680|Reply: 2

Sultan Selangor zahir ucapan tahniah ulang tahun RTM ke-75

  [Copy link]
Post time 2-4-2021 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Selangor zahir ucapan tahniah ulang tahun RTM ke-75


Sempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri, semalam. - Foto FB Selangor Royal Office


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 2021.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook Selangor Royal Office, baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber.

Menurut kenyataan itu, sempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75 ini juga, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana jam 8 malam di Studio Wisma Berita, Angkasapuri.




"Ini adalah kemunculan julung-julung kali baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita, selepas kali terakhir ke udara lima tahun lalu iaitu pada 31 Ogos 2016.

"Untuk rekod, Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 20 tahun bermula pada tahun 1996.

"Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005," jelas kenyataan itu.






https://www.bharian.com.my/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Awww.. minat dia dengan Sultanah Perak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 10:43 PM | Show all posts
She is so pretty!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055980 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list