CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5364|Reply: 14

Ini Sebab Kenapa Pulut Kuning Dikaitkan Dengan Alam Ghaib

[Copy link]
Post time 13-4-2021 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Ini Sebab Kenapa Pulut Kuning Dikaitkan Dengan Alam Ghaib



Pulut kuning dengan masyarakat Melayu memang tak dapat dipisahkan. Hidangan ringkas pulut berwarna kuning ini masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu dari genrasi ke generasi.

Hidangan pulut kuning lazimnya didapati dalam acara-acara tertentu seperti kenduri, acara keraian dan perkahwinan. Pulut kuning sangat sesuai samaada dimakan begitu sahaja atau bersama rendang dan telur rebus.

Tapi tahukah anda, pulut kuning juga dikaitkan dengan perkara mistik menerusi upacara-upacara tertentu dan telah diamalkan sejak turun-temurun? Kami senaraikan beberapa perkara berkaitan pulut kuning dan falsafahnya dalam tamadun Melayu.

Pulut Kuning dan falsafahnya dalam tamadun Melayu

Pernahkanh anda terfikir mengapa pulut kuning sering dihidangkan dalam acara tertentu seperti keraian, kesyukuran, perkahwinan dan khatam Al-Quran?

Jika diteliti dalam konteks sejarah, beras itu sendiri telah melalui sejarah yang panjang di dalam tamadun Melayu. Beras yang merupakan  sumber makanan utama telah dipandang sebagai tanda nikmat kesyukuran masyarakat, limpahan rezeki, kemewahan dan taraf ekonomi sesebuah institusi keluarga.

Namun begitu, dalam kebanyakan jenis beras, beras untuk menghasilkan pulut adalah yang termahal dan sangat eksklusif. Bagi menyediakan hidangannya juga memerlukan beras direndam bersama kunyit semalaman dan menanaknya juga bukan semudah nasi biasa.

Maka pulut kuning diangkat sebagai juadah istimewa untuk acara yang istimewa dan menjadi kegemaran bagi setiap lapisan dan taraf sosioekon0mi.

Melihat pada sifat pulut kuning yang melekit, ia digambarkan sebagai hubungan akrab persaudaraan dan pengikat silaturahim. Oleh itu signifikanya pulut kuning dalam majlis kenduri adalah sebagai hadiah penghargaan  tuan rumah kepada jiran tetangga.

Tetamu yang sudi hadir akan dijamu dengan pulut kuning sebagai tanda terima kasih atas kesudian menghadiri kenduri tuan rumah, secara tak lansung keakraban terjalin.

Dalam majlis perkahwinan, pulut kuning sering terdapat dalam upacara makan berhadap, pulut kuning menjadi pendahulu makanan mempelai dengan masing-masing menyuap pulut kuning kepada pasangan sebagai tanda ‘pemula’ ikatan kasih sayang.

Mengapa pula pulut kuning berwarana kuning? Sesetegah pendapat mengatakan pulut kuning berasal dari istana, yang demikian dianggap sebagai simbol raja. Manakala keraian itu ialah satu ‘izin’ bagi rakyat jelata menikmati kebesaran istana maka sempurnalah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’

Pulut kuning dan kaitannya dengan alam ghaib



Jika kita imbas sejarah masyarakat melayu nusantara dahulu kala, pulut kuning sering digunakan dalam upacara yang berunsur spiritual(semangat ghaib) seperti tarian ulik mayang, pembomohan dan pelbagai upacara yang ada unsur permujaan.

Kini timbul persoalan apakah kaitan pulut kuning dan alam jin? Dan adakah pulut kuning makanan bangsa jin?

Menurut cerita orang-orang tua, dalam bidang perubatan orang melayu dahulu kala pulut kuning akan diselitkan dengan telur. Dipercayai kedua bahan itu digunakan sebagai ikatan bagi mengelakkan berlakunya bencana ketika upacara perubatan dilakukan.

Dalam tarian melayu yang berunsur spiritual seperti ulik mayang pula pulut kuning digunakan bagi menghalau semangat luar yang mengganggu tarian ulik mayang tersebut.



Susur galur sejarah pulut kuning ini, dikatakan adalah berasal dari china, juga terdapat di laos, kamboja dan siam. Kemudian turun ke aceh dan kemudian berkembang ke seluruh nusantara.

Jika di laos kemboja dan siam pulut kuning diberi kepada para dewa, tetapi di nusantara pulut kuning digunakan dalam upacara semangat jin.

Pada masa dahulu, pulut kuning merupakan barang wajib untuk menyembah ancak, namun kini tidak dilakukan lagi.

Ancak merupakan satu upacara ‘menjamu’ makhluk halus atau semangat yang dipercayai menguasai sesuatu tempat seperti sungai ,gunung ,gua dan pantai.

Dalam upacara menyembah atau membuang ancak, beras kunyit turut ditabur. Pulut kuning juga dijadikan sedekah atau “buah tangan” daripada pelawat yang mempunyai hajat ke makam-makam untuk membuat nazar (niat). Maka oleh sebab itulah, pulut kuning sentiasa dikaitkan dengan alam mistik.

Perbuatan menghanyutkan ancak ini amat jelas bertentangan dengan Prinsip Syariat Islam kerana ia memuja dan membesarkan jin. Perbuatan ini boleh menjerumuskan ke lembah syirik.

Dalam akidah Islam kita wajib mempercayai bahawa yang memberi manfaat dan memudaratkan hanya Allah S.W.T. Walaupun jin dan syaitan memang  wujud mengikut al-Quran dan al-Sunnah, namun mereka bukanlah makhluk yang perlu kita puja dan takuti.

Pulut kuning di era moden



Jika dulu adalah sangat sukar untuk menikmati hidangan pulut kuning kecuali jika ada upacara dan keraian sahaja barulah orang dulu-dulu berpeluang menikmati hidangan pulut kuning.

Pulut kuning mempunyai nilai estatika makanan yang tinggi dan oleh sebab itu ia tidaklah sewenang-wenangnya dihidang ketika sarapan pagi mahupun dijual di kedai-kedai.

Namun kini pulu kuning kini telah melalui perubahan yang agak drastik mengikut arus zaman. Pulut kuning tidak lagi dianggap sebagai perkara yang ada kaitan dengan alam mistik atau seumpamanya.

Dari segi hiasan dan cara hidangan juga menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Kalau dulu pulut kuning dihidangkan di atas daun pisang sahaja.

Kini pulut kuning boleh dinikmati hampir setiap hari, dan tidak lagi hanya untuk upacara tertentu sahaja. Adakah kita telah melanggar falsafah yang terdapat pada pulut yang mempunyai nilai yang tinggi di kalangan masyarakat Melayu?


Sumber : https://www.vitdaily.com/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku tau pulut kuning sedap makan dgn gulai ayam.. Fuhhh.. Celah bedah tu ada pulak telur rebus dan kentang.. Sedapppp
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 12:58 PM | Show all posts
lapar pulak baca tghari2 bulan puasa ni haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 02:16 PM | Show all posts
nti berbuka nak cari org jual nasi kunyit dengan rendang aye/dageh
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 02:22 PM | Show all posts
ainonymous replied at 13-4-2021 04:58 AM
lapar pulak baca tghari2 bulan puasa ni haha

lagi 6 jam sis. buat masa ni ketip bibir.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 03:04 PM | Show all posts
Edited by mdhelmi at 13-4-2021 03:06 PM

maknanya pulut kuning ni lebih kepada kepercayaan jela
nk letak/bagi telinga keling pon xpe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2021 10:04 AM | Show all posts
weiii....pulut kuning dgn rendang ayam.....sedapnye....ok...nak cari ptg ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab kaler kuning tu kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2021 01:26 PM | Show all posts
jarang lah jumpa kat  bazzar orang jual pulut kuning ngan kari daging dia tu.
Balik2 murtabak roti john. Pitam kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 03:18 PM | Show all posts
pulut kuning dgn rendang ayam..pergghhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terlalu superficial penjelasan artikel ni.. aku harapkan ada penjelasan yg lagi mendalam. Ikutkan artikel tu, masyarakat di Thai, Laos pun ada upacara yg serupa.
Jadi, apa yg boleh aku simpulkan, masyarakat Melayu dulu masih lagi terikat dgn budaya dlm upacara penyembahan dewa dewi, ajaran Buddha Hindu.. cumanya, konteks penubahan itu dah ditukarkan atau diasimilasikan dgn budaya bangsa dan agama Islam.. mungkin dulu, pulut tu disajikan kpd dewa,dewi sekarang ni, konteks tu diubah kpd memberi makan pada org ramai..bersedekah, jamu fakir miskin
Fahaman batinniyah pun berkemungkinan juga sebagai sebab musabab amalan ini masih lagi berterusan..
Apa yg penting, bagi aku niat lah.. as long as niat tu betul, tak ada salahnya diteruskan budaya ini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 02:33 PM | Show all posts
star_karat replied at 18-4-2021 01:26 PM
jarang lah jumpa kat  bazzar orang jual pulut kuning ngan kari daging dia tu.
Balik2 murtabak roti ...

murtabak dengan inti bawang segunung..sedeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 18-4-2021 01:26 PM
jarang lah jumpa kat  bazzar orang jual pulut kuning ngan kari daging dia tu.
Balik2 murtabak roti ...

Kat bazar umah i ada jmpa org jual pulut kuning ngan kari..nmpk cm sedap ramai beratur panjang..nak g beli la ari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulut kuning dgn kari ayam sedap
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 09:40 AM | Show all posts
pulut kuning makan dgn sambal ikan bilis,pergehhh nyanyokkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.190226 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list