CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 9-10-2004 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by ct_subang at 9-10-2004 12:32 PM:


cete nih agak pjg..kalo beli vcd..siap ade 2 box lg....


sebab citer ni ada dua season, sebab tu kat thread ni cuma sebut THE GREAT WHITE TOWER Part 1, yang ditayangkan Okt-Dis 2003 di Jepun....lepas tu bersambung ke THE GREAT WHITE TOWER Part 2 yang disiarkan Jan-Mac 2004 kat Jepun...lagipun tak sure sama ada 8TV akan terus sambung sampai Part 2...kalau gitu, akan jadi 21 episod la nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2004 04:17 PM | Show all posts
hari ni last yer.....? tak beshnyer citer ni dah habis.... huhuhuuh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2004 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by aYuGiLeR at 9-10-2004 04:17 PM:
hari ni last yer.....? tak beshnyer citer ni dah habis.... huhuhuuh...


tak dapat tengok lak last episod...
Tolonglah bagi sinopsis sape yang tengok tadi.....tk:hug:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2004 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by zaiaz at 9-10-2004 09:18 PM:


tak dapat tengok lak last episod...
Tolonglah bagi sinopsis sape yang tengok tadi.....tk:hug:


same here.. =)
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2004 08:30 AM | Show all posts
ahad lepas dah start citer baru....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2004 09:26 AM | Show all posts
Yelah citer hero lama kesukaan Limau..

Alamak lupa pulak nama dia..tapi nampak dia dah berusiakan..hero Tokyo Cinderella Story..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2004 09:38 AM | Show all posts

Yousuke Eguchi - DR. SHUJI SATOMI

suka dengan Yousuke.. watak dia dalam The Great White Tower ni best.. seorang doktor yang prihatin dan bukannya doktor yang mengejar nama macam dr ZaiZen tu..

takutnya kalau dapat dr macam dr Zaizen tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2004 04:56 PM | Show all posts

OTOUSAN Episode 11 (last episode)

Shiro terlepas bas Tama-chan, so dia putus asa dan tak kejar, terus balik kedai...balik kedai, Yu, Akira & Makoto tengah tunggu...lepas tu, Kei & Jiro datang nak bagitau something...diorang cakap diorang nak kawin...Kei cakap dia betul2 nak kawin dengan Jiro...akhirnya ayah dia dah restu...bila ayah dia tanya Kei apa rancangan dia seterusnya, Kei kata dia akan ikut Jiro ke Afrika, jadi sukarelawan ajar budak2 main piano...Kei dan Jiro cakap diorang akan berusaha...

Akira balik dan kemas baju...dia bagitau Shinji dia nak berpisah dengan Shinji sementara waktu...Shinji mintak maaf dan cakap yang dia tak boleh kehilangan Akira, tapi Akira berkeras nak berpisah...

dalam majlis perkahwinan Kei, mak ayah Jiro datang nak halang perkahwinan dia dan bawak Jiro balik...tapi akhirnya Shiro bersuara bagi pihak Jiro...dia cakap mak ayah Jiro tak faham Jiro, lepas tu macam tak nak anak dia bahagia...seronok sangat bila Shiro marah mak bapak Jiro...

balik je kedai, ayah dia nak try adunan mi baru, so Akira nak tolong...diorang buat sampai pagi...bila pagi je diorang dapat mesej dari Makoto, katanya nak jumpa kawan lama...jadi Akira tolong kat kedai tu hari tu...Satoshi pulak datang, katanya mak dia suruh duduk rumah datuk hari tu...hal Satoshi dah selesai...rupa2nya dia kena buli pasal dia percayakan Santa Claus...Yu ajar dia supaya jadi berani dan lawan balik...Satoshi mula hargai mak dia sejak tu...

rupa2nya Yu & Makoto pergi cari Tama-chan...yang kelakarnya, diorang bawak Hide-chan sekali untuk tolong cari...lawak betul bila tengok Hide-chan jadik kuli, tambah2 lagi sekarang ni Makoto dah garang...diorang cari semua tempat, akhirnya jumpa Tama-chan kat sebuah kedai urut...kebetulan masa tu sorang customer tu sakit, so Makoto yang pernah jadi nurse tolong dia...masa nilah Yu terserempak dengan Tama-chan...

kat kedai, Akira dan ayah dia dah berjaya buat adunan mi baru...Akira bagitau hasratnya nak bercerai dengan Shinji...Akira cakap, selama ni dia fikir pementasan adalah impian dia, tapi lepas buat mi dengan ayah dia, dia akhirnya faham yang membuat mi adalah impian dia yang sebenar...mi baru tu diberi nama Soba Miyuki, sempena nama mak diorang...

Yu & Makoto pulak dah balik...bila Akira tanya, diorang cakap dah jumpa Tama-chan tapi tak kira apa diorang cakap, Tama-chan tetap tak nak balik Tokyo...so diorang pujuk ayah dia supaya pergi cari Tama-chan...akhirnya, ayah dia pergi jugak...yang kelakarnya masa ni, bila Yu tanya sama ada diorang terlupa sesuatu, Makoto tiba2 je teringat yang diorang dah tertinggal Hide-chan kat stesen...

Shiro akhirnya jumpa Tama-chan dan berjaya pujuk Tama-chan balik Tokyo...bila balik Tokyo, anak2 pun bagitau yang diorang setuju ayah dia kawin dengan Tama-chan...Makoto bagitau yang dia nak terus jadi nurse, so mintak Akira jaga kedai...Akira bagitau yang dia cuma nak mewarisi kedai dan terus buat mi, dan mintak Tama-chan jaga ayah diorang...

Kei yang dah pergi Afrika tulis surat pada ayah dia...dia cakap yang dia tak selesa dengan Afrika, tapi dia akan terus berusaha sebab Jiro ada di sisi dia...dia cakap yang dia nak jadi tabah macam ayah dia, sebab dia ada ayah, ada Makoto yang boleh diharapkan, ada Yu yang berterus-terang dan penyayang, dan ada Akira yang degil dan tak mengaku kalah...dia cakap yang dia sayangkan family dia, dan harap ayah dia pun akan dapat luahkan perasaan macam tu...

THE END
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2004 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 12-10-2004 09:26 AM:
Yelah citer hero lama kesukaan Limau..

Alamak lupa pulak nama dia..tapi nampak dia dah berusiakan..hero Tokyo Cinderella Story..


nama dia Toshiaki Karasawa...kalau limau nak tengok profile dia, ada kat page 3...

P/S: esok kite akan post sinopsis untuk episod 1 yang baru lalu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2004 04:49 PM | Show all posts

THE GREAT WHITE TOWER Episode 1

bermulalah citer dua orang doktor yang sangat berlainan perangai & cara kerja...Dr. Zaizen (Toshiaki Karasawa) seorang yang ambitious dan bercita-cita tinggi...dia jugak seorang yang sangat terer dalam bidang surgery...harapan dia nak jadi profesor menggantikan ketua uniti pembedahan...

Dr. Satomi (Yousuke Eguchi) pulak jenis yang tak pedulikan pangkat dan harta...walaupun nampak macam acuh tak acuh, tapi dia sangat dedikasi dalam kerja dan sangat ambik berat dengan patient dia...Dr. Zaizen & Dr. Satomi ni dah kenal lama, satu batch...

konflik mula timbul bila profesor macam tak nak serah jawatan profesor tu kat Dr. Zaizen sebab dia tengok Dr. Zaizen ni terlalu bercita-cita tinggi...bila Dr. Zaizen dapat tau, dia nekad nak dapatkan jawatan tu...

nak dijadikan citer, satu kali tu Dr. Satomi find out pasal ketua dia salah diagnose sorang patient nih...so, dia mintak tolong Dr. Zaizen tengokkan....Dr. Zaizen pun setuju orang tu salah diagnose, so dia nak buat pembedahan tu sebab jarang2 ada orang kanser pankreas...dia nak tunjuk kebolehan dia pada profesor...tapi, bila je dia dapat tau doktor yang salah diagnose tu ketua Dr. Satomi yang jugak merupakan salah sorang profesor kat situ, terus dia ubah fikiran...dia tak nak masa depan dia gelap sebab bertentang dengan ketua...ni menyebabkan Dr. Satomi tersangatlah marah...

Episode 2 esok...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2004 03:02 PM | Show all posts
Lucky miss epsode semalam
kalau ada sapa bole tolong cerita apa jadi kat pesakit kanser pankreas tu
adakah Dr Zaizen bedah dia ke tak?
Dr Zaizen tu tak nak bedah sbb dia dgn Dr yg salah bagi diagnosis tu sekepala kan...
jadi dia tak nak peluang dia jadi 2nd boss terjejas nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2004 01:32 AM | Show all posts
dia bedah gak Lucky.....
sbb tuh ah...dia akan kena soal siasat...tapi..tak jadik pun


uh..uh...best gak citer nih eh...hi hi hi ader... ito hideaki....kawaiii~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2004 04:14 PM | Show all posts

THE GREAT WHITE TOWER Episode 2

memang susah nak faham perangai Dr. Zaizen ni...mula2 tu tak nak buat pembedahan ke atas patient yang ada kanser pankreas tu sebab tak nak menyinggung perasaan Prof. Uga, tapi akhirnya dia nak jugak buat sebab dia rasa takde orang lain lagi yang boleh buat operation tu kecuali dia...tapi dia nak buat benda tu secara senyap2 tanpa pengetahuan Prof. Azuma...of courselah, Dr. Satomi tak senang hati sebab dah melanggar peraturan sebab penolong profesor tak boleh buat operation tanpa kebenaran profesor, tapi demi patient dia, Dr. Satomi biarkan jugak Dr. Zaizen buat...

sorang doktor tarik diri, tak nak join operation sebab tak nak buat curi2, tapi Dr. Zaizen teruskan jugak...at last, operation tu berjaya...Dr. Zaizen puji Dr. Satomi sebab Dr. Satomi dapat kesan barah tu dari peringkat awal sedangkan Prof. Uga salah diagnose...Dr. Satomi pulak puji Dr. Zaizen sebab berjaya buat operation yang susah tu...

Prof. Azuma pergi perjumpaan kat Tokyo dan bawak anak perempuan dia sekali, Saeko (Akiko Yada)...Saeko sebenarnya tak suka pergi perjumpaan yang macam tu tapi mak dia paksa jugak...mak dia jugak paksa dia pergi birthday party isteri Prof. Uga...masa ni isteri Dr. Satomi, Michiyo (Maki Mizuno) pun diajak sama...Michiyo pun sebenarnya tak suka pergi party macam tu...masa nilah Saeko mula berkawan dengan Michiyo...

Dr. Zaizen ni rupanya ada affair dengan tuan punya bar, Keiko (Hitomi Kuroki)...Prof. Uga selalu pergi bar ni, so Dr. Zaizen tanya Keiko pasal Prof. Uga...perempuan tu cakap Prof. Uga paling suka duit...Dr. Zaizen beli lukisan mahal dan hadiahkan pada Prof. Uga...Dr. Satomi pulak ada terniat nak bagitau Prof. Azuma pasal "emergency operation" tu, tapi akhirnya tak jadi...

Prof. Uga nak jumpa Dr. Zaizen kat bar...rupa2nya Prof. Uga dah tau dah pasal pembedahan rahsia tu sebab dia terima hadiah dari suami pesakit kanser pankreas tu...Prof. Uga fikir bagus jugak kalau Prof. Azuma tak tau...mula2 tu Dr. Zaizen dah lega dah, tapi lepas tu Prof. uga cakap nak pulangkan lukisan tu pada Dr. Zaizen...Dr. Zaizen mintak Prof. Uga terima jugak lukisan tu...tapi Prof. Uga cakap dia tak nak orang cakap dia terima rasuah, leaving Dr. Zaizen in distress...dah salah strategi nampaknya Dr. Zaizen ni...

[ Last edited by whitedove on 21-10-2004 at 04:41 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2004 04:37 PM | Show all posts

THE GREAT WHITE TOWER Episode 3

lepas kejadian Prof. Uga tak nak terima lukisan yang Dr. Zaizen hadiahkan tu, Dr. Zaizen dah macam menggelabah, jadi father-in-law dia yang jugak sorang doktor yang berpengaruh cubalah nak tolong...

Prof. Azuma pulak dah mula syak sesuatu...akhirnya dia dapat tau yang Dr. Zaizen buat pembedahan rahsia tu dan Dr. Satomi jugak terlibat sama, so dia pun soal Dr. Satomi...Dr. Satomi yang dah memang rasa bersalah sebab dah langgar etika perubatan akhirnya bagitau Prof. Azuma hal yang sebenar...

Prof. Azuma bagitau Prof. Uga hal ni...selaku ketua unit perubatan, Prof. Uga kena jalnkan soal siasat, so Prof. Uga mintak bagi dia kuasa penuh untuk handle kes ni...lagipun, dari awal dia dah tau pasal ni...

Dr. Zaizen dapat tau yang dia kena disoal siasat dan Dr. Satomi yang bagitau Prof. Azuma hal pembedahan rahsia tu...Dr. Zaizen ajak Dr. Satomi berjumpa...Dr. Satomi bagitau Dr. Zaizen yang dia pun nak join soal siasat tu dan nak dedahkan hal Prof. Uga salah bagi diagnose...Dr. Zaizen mintak Dr. Satomi jangan buat macam tu sebab tu bukan saja akan susahkan Dr. Satomi sendiri, tapi jugak Dr. Zaizen, tapi Dr. Satomi tetap jugak dengan pendirian dia...

memang tak sangka dunia perubatan ni pun banyak main politik...father-in-law Dr. Zaizen kenal pengerusi persatuan doktor yang banyak tolong kerjaya Prof. Uga dulu...father-in-law Dr. Zaizen guna pengaruh pengerusi ni untuk 'pujuk' Prof. Uga...disebabkan Prof. Uga yang ada kuasa penuh untuk handle kes Dr. Zaizen tu, dia akhirnya setuju untuk terima hadiah lukisan yang mahal tu...akhirnya Prof. Uga dah kena 'beli' dan gugurkan kes tu, sekaligus mengejutkan Dr. Satomi dan Prof. Azuma...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2004 11:26 AM | Show all posts

THE GREAT WHITE TOWER Episode 4

Dr. Zaizen dapat tau yang Prof. Azuma tengah cari calon dari hospital lain sebagai pengganti...sementara tu, sorang presiden syarikat personally mintak Dr. Zaizen operate tumor dia...masa pembedahan tu, Dr. Zaizen ketepikan Dr. Kanei yang biasa jadi penolong kanan dia dalam pembedahan sebab Dr. Kanei kritik dia before tu...Prof. Azuma ambik kesempatan ni tanya Dr. Kanei pasal Dr. Zaizen...Prof. Azuma terang-terang bagitau yang dia rasa Dr. Zaizen tak sesuai jadi profesor...masa operation tu, ada complication terjadi, tapi Dr. Zaizen mampu selesaikannya...even Prof. Azuma pun mengakui kehebatan Dr. Zaizen...sebab tulah kadang2 rasa, Prof. Azuma ni bukan saja tak nak Dr. Zaizen jadi pengganti dia sebab dia rasa Dr. Zaizen tak beretika, tapi jugak dia ni rasanya iri hati dengan Dr. Zaizen...

sorang staf pemasaran kilang ubat, Hayashida dimasukkan ke hospital dan didapati mengidap barah...masa Dr. Satomi mintak Dr. Zaizen operate ke atas Hayashida, Dr. Zaizen menolak...katanya Hayashida cuma tinggal 3 bulan je lagi dan dah tak ada harapan...Dr. Satomi jadi tak senang hati sebab dia rasa, walaupun tak ada harapan, kena cuba jugak...

Prof. Azuma rupanya dah jemput sorang calon dari universiti lain untuk jumpa dengan dia...nama doktor tu Dr. Kikukawa (Ikki Sawamura, sorang pakar jantung muda...Prof. Azuma suruh anak dia Saiko jemput Dr. Kikukawa...Saiko masa ni dah berkawan baik dengan Michiyo, agaknya disebabkan perangai diorang ni sama...

lepas pembedahan, Dr. Zaizen pergi jumpa Prof. Azuma...masa ni Dr. Kikukawa ada dalam bilik Prof. Azuma...bila Dr. Zaizen tanya dia ni siapa, Prof. Azuma terkebil2 tak reti nak jawab...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2004 11:29 AM | Show all posts

THE GREAT WHITE TOWER Episode 5

Dr. Kikukawa kenalkan dirinya sendiri kepada Dr. Zaizen...barulah Dr. Zaizen sedar yang Dr. Kikukawa nilah saingannya bagi jawatan profesor...Dr. Zaizen pergi jumpa Dr. Satomi dan tanya pasal Dr. Kikukawa...Dr. Satomi cakap dia memang pernah dengar pasal Dr. Kikukawa...

presiden syarikat yang Dr. Zaizen operate tu berterima kasih kepada Dr. Zaizen dan nak dermakan 1 juta yen kepada hospital...Dr. Zaizen bercadang nak bagi duit tu kepada Prof. Uga dan jadikannya sebagai yayasan...Prof, Uga kata ini bermakna Dr. Zaizen nak menentang Prof. Azuma secara terang-terangan...Prof. Uga cakap dia boleh pujuk AJK pemilihan calon untuk jadikan Dr. Zaizen calon profesor...

Prof. Uga suruh Dr. Satomi pindahkan Hayashida ke hospital lain, tapi Dr. Satomi tak setuju dengan cara Prof. Uga...kalau Dr. Zaizen sedang menentang Prof. Azuma, Dr. Satomi pulak sedang menentang Prof. Uga...Dr. Satomi pergi jumpa Prof. Okouchi...sebelum ni tak pernah lagi nampak Prof. Okouchi, tapi nampaknya perangai profesor ni pun sama dengan Dr. Satomi...Prof. Okouchi panggil Dr. Zaizen ke biliknya...rupa2nya Dr. Satomi yang mintak Prof. Okouchi bercakap dengan Dr. Zaizen...Dr. Zaizen jelaskan kenapa dia tak nak operate Hayashida...dia cakap banyak lagi pesakit lain yang ada harapan untuk di'operate'...bila Dr. Zaizen dah keluar, Prof. Okouchi cakap Dr. Zaizen dah lupa prinsip asas seorang doktor...

Michiyo tanya Dr. Satomi pasal parti ulang tahun tu...Dr. Satomi cakap kalau Michiyo nak pergi, pergilah...tapi Michiyo pulak cakap, kalau Dr. Satomi tak nak pergi, dia pun tak nak pergi...tapi dari riak muka dia nampak macam dia regret sebab tak nak pergi...masa parti tu, Saiko pun tercari2 Michiyo...mak dia suruh dia join parti tu...mak dia pun nampak macam nak jodohkan Saiko dengan Dr. Kikukawa yang dah bercerai...

masa parti tu, barulah Prof. Azuma tau yang Dr. Zaizen bagi duit 1 juta yen tu kepada Prof. Uga untuk tubuhkan yayasan...makin sakit hatilah dia...father-in-law Dr. Zaizen dan presiden persatuan doktor pun hadir sama...tujuan diorang nak cari jalan cucuk AJK pemilihan supaya pilih Dr. Zaizen jadi calon...father-in-law Dr. Zaizen dan presiden persatuan doktor dapat rasuah 3 orang untuk masuk pihak Dr. Zaizen...Prof. Uga yang bagitau pasal 3 orang ni...Prof. Azuma pulak berjaya dapatkan sorang profesor di pihak dia...lepas Prof. Azuma bagitau yang dia rasa Dr. Zaizen tak sesuai jadi profesor, akhirnya Dr. Kikukawa setuju untuk jadi calon...

masa parti tu, isteri Prof. Azuma jatuh pengsan...Saiko bawak dia pergi hospital...nasib baik Dr. Satomi ada masa tu...Saiko cakap memang bagus sebab Dr. Satomi ada kat hospital...dia cakap dia pun sebenarnya tak suka hadiri parti, tapi mak ayah dia yang suruh...

dalam mesyuarat profesor, Prof Uga sedang pilih AJK pemilihan untuk calon profesor...memang nama2 yang disebut tu dah dijangka akan menganggotai jawatankuasa...tiba2 je Prof. Okouchi masuk mesyuarat...agaknya sebelum ni, Prof. Okouchi jarang masuk mesyuarat sebab Prof. Uga cakap dia tak sangka Prof. Okouchi akan join...Prof. okouchi cakap dia nak join AJK pemilihan...dia nak proses pemilihan calon profesor dijalankan dengan adil...yang menariknya, Prof. Okouchi ni nampak macam profesor yang berpengaruh sebab tiba2 je semua orang jadi senyap bila dia bercakap...even Prof. Uga pun tak terkata apa...

[ Last edited by whitedove on 29-10-2004 at 11:30 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2004 10:41 PM | Show all posts

episode 6

apa muslihat dr zaizen  bila dia bagi tahu tak mahu bertanding pulak ?.....licik betul dia ni...satomi rasa semacam pulak bila anak gadis azuma bagi tahu maknya ingat dia nak pikat satomi......

Memang menarik cerita ni......
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2004 07:55 PM | Show all posts
entah kenapa.. tapi saya rasa satomi ngan anak perempuan prof. azuma ada chemistry yg michiko dan satomi takde... :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2004 11:36 PM | Show all posts
hari ni tak dpt tgk.. apa jadi??
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 08:49 AM | Show all posts

ringkasan epsiode semalam

Aku bagi rengkasan saje..

Hari pengundian ( simbolik dan tradisi cara pengundiannya) semua orang buat pengundian setelah Dr azumi berkecuali. masa zaizen telefon mak dia bagi tahu duit dia dah hantar dan rindu kat kampung dan mak dia kata dia dah jadi orang yang berguna. dia jawab maseh banyak dia nak lagi dan sampai mati tak akan berhenti ( tamak betul dia ni ).  dr azuma tarik diri kerana untuk elakkan undi simpati ajk pada dr zaizen yg tak jadi pilihan dr azuma

Dr satomi merawat pesakit cancer tengkorak dan perut yang tak berkerjasama semasa rawatan, dan minta bantuan dr zaizen lagi untuk buat pembedahan dan dr zai setujui tapi dia asyik hantar pembantu dia saja bagi urusan berbincang dengan pesakit.  Dia sibuk dan gelisah tentang pengundian. Isteri pesakit macam tak berkeyakinan dengan dr zaizen kerana layanan dia yang acuh tak acuh tu  tapi di yakinkan oleh dr satomi.

dr azuma tarik diri kerana untuk elakkan undi simpati ajk pada dr zaizen yg tak jadi pilihan dr azuma dan lakonannya berjaya.   keputusan pengundian dr kasai dapat 7 undi dan dr zaizen dpt 12 dan kikuwa dapat 11, maka undian semula antara mereka berdua akan dibuat minggu berikutnya.  Maka kedua-dua pehak cuba pancing pengundi dr kasai yg 7 orang tu. Group dr zaizen macam biasa pancing dengan wang. Dr azuma yag di sokong dr dr osaka pancing dengan jawatan . Bila 2 rakan kerja dr zaizen visit dr kikuikawa minta traik diri dari bertanding dan dengan ugutan jika dia jadi profesor seluruh unit di hospital akan enggan berkerjasama dengannya...dr azuma naik marah dirumahnya sehingga anaknya terpaksa temankan dia kehospital. DI hospital dr azuma marahkan dr zaizen....

Lepas tu anak perempuan dr azuma yang rungsing dengan masalah bapanya jumpa dr satomi dihospital - walaupun kekok sikit mereka bersembang ditaman, pandangan dr satomi tentang kerjaya dia dan kehidupan yang simple memberi kesan kepada dia tidak seperti kehidupan yg dilaluinya.

end.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.198633 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list