CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-12-2004 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 19-12-2004 10:42 PM:


http://www.fujitv.co.jp/shiroikyoto/index2.html

bhs jepun...


http://www.fujitv.co.jp/en/index2.html

yang ni official site dala English...

unofficial site boleh tengok kat www.jdorama.com, search under "Shiroi Kyoto"...

Lucky-Star & zaiaz, kalau ikut perkiraan, lagi 2 episod nak habis...maknanya mungkin 26/12 ni abis la...kejap lagi kite bagi sinopsis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2004 01:30 PM | Show all posts
yes! yanagihara dah pecahkan rahsia zaizen dan kuncu-kuncunya... tak sabar nak tengok next week apa zaizen tu nak buat. Asyik nak kenakan orang aje, cepat-cepatlah bertaubat, kesian kat mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2004 03:39 PM | Show all posts
betul tuh...padan muke goro...sanggup x jumpa mak 10 taunnnn....anak DURHAKA...cit porahhh!

baguih la citer nih..kemas jalan citer...sampai x sabo nok nengok next ep...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2004 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 19-12-2004 10:42 PM:


http://www.fujitv.co.jp/shiroikyoto/index2.html

bhs jepun...



mekacihhh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2004 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 16-12-2004 02:15 PM:


tak lama lagi la Yanagihara tu...

hmm, nampaknya hubungan Satomi dengan Saiko tak ke mana...episod yang Michiyo balik rumah tu dah nampak dah...ada satu scene ni crucial sangat dalam menentu ...


4 eps lagi ke.....

zaizen mmg membencikan betul..... harapnya yanagihara bole tentang die...
kalau zaizen x tuduh die, mesti die masih ikut je cakap zaizen tu....:geram:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2004 04:38 PM | Show all posts

The Great White Tower Episode 18 & 19

sorry sebab tak dapat bagi details, so kat sini kite rangkumkan kedua2 episod yg baru lepas...

profesor yang Prof. Azuma recommend tu tak jadi nak bagi keterangan kat court...rupa2nya pihak Prof. Zaizen (Toshiaki Karasawa) dah rasuah dia dengan menawarkan jawatan kat penolong bagi profesor tu...akhirnya, Prof. Azuma sendiri yg setuju nak bagi keterangan...

Dr. Satomi (Yousuke Eguchi) pun dah setuju nak bagi keterangan kali kedua...Michiyo (Maki Mizuno) cakap kat Dr. Satomi yg dia harap Dr. Satomi takkan jumpa Saiko (Akiko Yada) lagi lepas perbicaraan (hai, jeles ka?)...before tu, Michiyo terjumpa surat yg Saiko bagi kat Dr. Satomi...bukannya ada apa2 pun dalam surat tu...Saiko cuma cakap dia nak Dr. Satomi fikir baik2...dia tak nak bebankan Dr. Satomi...tapi surat tu je dah buat Michiyo tak senang hati...

Prof. Azuma cadangkan kat Sekiguchi (Takaya Kamikawa) supaya pergi cari Kameyama (Naomi Nishida) yg sekarang ni kerja kat UH Todo...bila Sekiguchi mintak Kameyama jadi saksi, dia mintak Sekiguchi bagi dia masa...Kameyama pergi cari Dr. Yanagihara (Hideaki Ito)...masa tu Dr. Yanagihara yg tertekan pasal kes ni balik dalam keadaan mabuk2...Hanako yg bawak dia balik...bila Kameyama nampak Dr. Yanagihara dalam keadaan macam tu dan Hanako pulak dok peluk dia, terus Kameyama lari...hancur hati dia...Dr. Yanagihara pulak, dah nampak Kameyama tu dia nak kejar, tapi Hanako tak nak lepas...lepas tu, Kameyama call Sekiguchi dan bagitau yg dia tak nak jadi saksi sebab dia nak lupakan segala2nya...

peguam Kunihira (Mitsuhiro Oikawa) dah ada surprise untuk Prof. Azuma...masa Prof. Azuma nak bagi keterangan, barulah tau yg jadi saksi bagi pihak Prof. Zaizen ialah Prof. Huneo, kawan baik Prof. Azuma...

Prof. Azuma cakap Prof. Zaizen memang cuai...Kunihira attack dia dengan bangkitkan peristiwa pencalonan jawatan profesor dulu...Kunihira cakap Prof. Azuma saja nak menentang Prof. Zaizen disebabkan permusuhan diorang dulu...dengan humble dan ikhlas, Prof. Azuma cakap yg dia sedia letak jawatan...masa ni aku dah rasa terharu bila Prof. Azuma cakap yg dia bersalah atas kecuaian Prof. Zaizen...dia rasa dia yg kena bertanggungjawab sebab tak didik Prof. Zaizen dengan baik...dia jugak mintak maaf pada family Sasaki dalam court tu jugak...lepas tu Prof. Huneo pulak bagi keterangan...dia sangkal keterangan Prof. Azuma...rupa2nya Prof. Huneo pun dah kena 'beli'...

family Sasaki cakap diorang tak faham langsung apa yg Prof. Huneo cakap...barulah Sekiguchi sedar yg approach dia dah salah...dia decide nak gunakan approach lain...

pada hari trial, ramai sangat staf unit perubatan yg join dalam court...hari tu, mak Prof. Zaizen pun datang...bila Zaizen nampak mak dia, dia mintak Keiko (Hitomi Kuroki) temankan mak dia...mak dia cakap yg dia dah 10 tahun tak jumpa Zaizen...Zaizen tak pernah nak tunaikan janji bawak mak dia tinggal dengan dia...Zaizen ni pulak, akhir2 ni batuk je, macam tak sihat...Dr. Satomi pun dah perasan keadaan Prof. Zaizen...dia suruh Zaizen buat check up...kenapa ye? dah kena kanser paru2 kot Zaizen ni sebab kuat merokok...

btw, pada hari trial, Kameyama pun hadir sama dan mengejutkan Dr. Yanagihara...Sekiguchi mintak hakim benarkan dia buat perbicaraan dalam bentuk konfrontasi...dia soal kedua2 Prof. Zaizen & isteri Sasaki serentak...dia perangkap Zaizen dengan paksa Zaizen admit yg penerangan jelas tentang cara rawatan ke atas Sasaki tak diberi...tu dah dikira kecuaian doktor...dalam keadaan macam tu, Prof. Zaizen mula salahkan Dr. Yanagihara sebagai doktor yg merawat Sasaki sebab tak bagi penerangan yg jelas...Dr. Yanagihara mula mengamuk dalam court...dia jerit2 cakap Zaizen tipu dan dedahkan segala2nya termasuk hal yg dia dah mintak Zaizen buat pemeriksaan tapi Zaizen tak nak, dan jugak hal dia dipaksa ubah rekod perubatan...

sambung hujung minggu ni, kalau ikut perkiraan, ada lagi 2 episod, so last episode should be on 26/12/2004...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2004 09:02 AM | Show all posts
alah  minggu depan ni last....tak dapat tengok lah sebab balik kampung ...:geram::cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2004 10:37 AM | Show all posts
aku rasanya penamat dia nanti dr. zaizen kalah.. dan dia kena barah esofogus pasal sebelum tue dia ada menunjukkan tak sihat dan selalu hisap rokok, bad habit for doktor.... apa dia tahu dah terlewat untuk pembedahan.. akhir dia mati mati dalam keaadaan terseksa... just guesing...
zaiaz... kalo rumah ko ada astro boleh tengok.. tak pun ko tumpang mana jiran ko ada astro pasti bagi punya kan... kan?!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2004 12:29 PM | Show all posts
aku tak sangka dr yanagihara tuh pelakon ngetop...semalam aku nengok dia kat filem princess blade...nampak hensem plak dia......dah tuh,dia ada filem baru pasal ala2 blue crush laa.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2004 12:41 PM | Show all posts
haahla..semalam pun aku tengok dia kat princess blade @ ntv7...hideiki ito aka yanagihara.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2004 03:58 PM | Show all posts
yalah cute betul dia..Limau pun tengok !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2004 03:39 PM | Show all posts

Hideaki Ito aka Dr. Yanagihara

Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 22-12-2004 12:29 PM:
aku tak sangka dr yanagihara tuh pelakon ngetop...semalam aku nengok dia kat filem princess blade...nampak hensem plak dia......dah tuh,dia ada filem baru pasal ala2 blue crush laa.....


iye, top jugak dia ni walaupun nama dia belum sebesar pelakon2 angkatan baru macam Satoshi Tsumabuki, Kenji Sakaguchi atau Joe Odagiri...cuma jarang dapat peluang jadi lead dalam dorama...

ff: sedih lak ending Princess Blade...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2004 08:22 AM | Show all posts
Tengok tak semalam...kesian pulak kat zaizen...dah kena barah paru-paru...sedih plak...tu ler balasan...tuhan bayar cash sekarang...tapi kenapa yer sampai Prof Azuma terkezut pasa tgh operate paru-paru si zaizen..

citer ni memang best...jalan citer nyer kemas giler...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2004 08:40 PM | Show all posts
Sedihnya tengok ending dia ... walaupun sepanjang cerita ni di tayangkan sara rasa meluat dn marah dengan Dr Zaizen ni ... tapi masa dia dying tu ... sara rasa sedih sangat .. menitiskan air mata gak ...

bila difikirkan ... susah nak kata sape salah dan sape benar.. mungkin dari segi pandangan pesakit apa yg dr. zaizen buat tu salah ... tapi dari segi pandangan seorang dr yang profesional dan pakar macam dr zaizen tu .. benda tu tak salah. hidup dan mati kan susah nak di ramal.

lagi satu... hubungan dia dengan "girlfriend" dia tu ... zaizen sebeanrnya sayangkan dia lebih dari wife dia kan??? susahnya hidup.. so complicated ...



hari ni episode lastkan?? so leaps ni cerita apa??

whitedove or others tologn jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2004 11:56 PM | Show all posts
sedih aku tgk ending citer ni... rupanya prof. azuma tu terkejut sebab barah dah merebak & dia tak buang barah tu.. sebab dah tak guna.. dah sampai peringkat 4..

aku kagum jgk dgn persahabatan antara satomi dgn zaizen.. w/pun berlainan pendpt.. tp dorang sebenarnya kwn baik.. zaizen paling percaya dgn satomi.. dan jgk prof azuma.. akhirnya dia nak mayat dia diautopsi utk kegunaan satomi dlm penyelidikan penyakit barah.. dan cari alternatif lain selain bedah utk pesakit barah..

aku paling kagum dgn macam mana dorang buat citer ni... detail betul.. dgn term2 perubatan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 08:49 AM | Show all posts
best betul citer ni..... ending dia sedih w/pun zaizen tu jahat tapi ada logik  juga katanya pasal pendirian dia tu..... akira pun suka juga tgk persahabatan dia dgn satomi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2004 09:19 AM | Show all posts
yang ironinya citer nie pada akhirnya macam dia perli balik dr zaizen, katanya dia diberi pilihan utnuk menjalankan jenis perubatan yang macam mana... yang dipilihnya, sebab dia dulu tak beri pilihan kepada pesakitnya saski tue... dan pula ada mesej yang tersurat dan tersirat pasal dia tahu dah merokok tue boleh sebabkan kanser peparu, tapi dihisapnya rokok juga dahlah tue banyak pulak tue siap kata aku dah sakit dah tak boleh hisap rokok lagi... sebab tue pulangkan pemetik api tue kat bapa mentuanya... nak bagitahu yang perokok diluar tue berhentilah segera jika tak nak jadi macam dia... itu jika kamu mahu berfikir kesan akibat buruknya....  sedar wahai manusia hentikanlah kerja sia-sia tue... ada faham!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 10:40 AM | Show all posts
sesape tau citer baru nanti citer apa ya?  btw good ending, tak sangka akupun boleh tersimpati dgn zaizen semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2004 01:08 PM | Show all posts
Sedihnya ending citer ni :cry::cry:
betul2 rasa cam Zaizen tu dah meninggal
terutama bila dia dah start meracau.. ish ish.. terasa betul
dan masa diorang usung mayat dia utk penghormatan kali terakhir,
sambil suara latar dia membaca wasiat.. fuh.. can feel what d scene wants us to feel..
rasa kehilangan & sayang sekali Dr Zaizen meninggal di kala kemuncak kejayaan dia [atau juga kegagalan]
fuh.. hebat citer ni.. sgt realistik & penceritaan yg begitu teliti
dan kehebatan lakonan Karasawa Toshiaki a.k.a Zaizen Goro tak dpt dinafikan
sgt berbeza dgn lakonan dlm cerita Toshie n Matsu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2004 01:14 PM | Show all posts

The Great White Tower Ep 20

Dr. Yanagihara (Hideaki Ito) dibawak keluar dari court lepas luahkan perasaan dia...Sekiguchi (Takaya Kamikawa) & Kunihira (Mitsuhiro Oikawa) berdebat sebab Sekiguchi nak Dr. Yanagihara jadi saksi pihak pendakwa...tapi court tak bagi sebab takut mengelirukan kes...Kameyama (Naomi Nishida) setuju nak jadi saksi pihak pendakwa...Dr. Yanagihara bagitau Sekiguchi pasal rekod mesyuarat doktor...Dr. Yanagihara nak tolong dapatkan salinan rekod tu, tapi orang2 Prof. Zaizen (Toshiaki Karasawa) dah dapat dulu...Kunihira tunggu Kameyama kat depan rumah dia...Kameyama nampak dari jauh dan lari ke rumah Dr. Yanagihara...Dr. Yanagihara mula salahkan diri dia, tapi Kameyama bagi dia keyakinan...

Kameyama jadi saksi hari seterusnya...walaupun Prof. Zaizen dah musnahkan rekod mesyuarat doktor hari tu, tapi rupa2nya jururawat pun ada simpan rekod masa Zaizen bagitau keadaan penyakit pada Sasaki...bila Kameyama baca rekod tu, sahlah yang Zaizen tak bagitau cara rawatan lain pada Sasaki...

Dr. Satomi (Yousuke Eguchi) pulak bagi keterangan lepas tu...walaupun dia tak kisah beri keterangan, tapi dia tetap risaukan masa depan Prof. Zaizen...sebab tu dia cakap dalam court, sistem universiti hospital pun patut disalahkan...Dr. Satomi pun menyalahkan diri sendiri sebab gagal halang Zaizen...

court akhirnya buat keputusan bagi kemenangan pada family Sasaki...UH Naniwa kena bayar pampasan 16 juta yen...Prof. Zaizen mengamuk kat dalam court, tak percaya yang dia disalahkan...lepas tu tiba2 je dia jatuh pengsan dalam court...Dr. Satomi cepat2 periksa dia dan suruh orang panggil ambulans...

Keiko (Hitomi Kuroki) pun ikut dari belakang masa ambulans bawak Zaizen...kesian jugak dia ni, mesti dia nak bersama Zaizen masa ni...Keiko terserempak dengan Dr. Satomi...Keiko mintak Satomi tolong Zaizen...Keiko cakap kat Satomi, walaupun Zaizen nampak tabah tapi dia paling takutkan Satomi selama ni...Keiko cakap, Zaizen boleh menipu semua orang kecuali Satomi...maybe selama ni Satomi tak sedar pengaruh dia ke atas Zaizen...

Prof. Uga bagitau Zaizen yang dia ada penyakit barah paru-paru tapi masih boleh diubati...Prof. Azuma telefon Prof. Uga nak tanya keadaan Zaizen tapi Prof. Uga cakap Zaizen tak ada apa-apa...

Dr. Satomi pulak teringatkan kata-kata Zaizen kat court masa Zaizen marahkan Satomi...tiba2 je Zaizen datang jumpa Satomi...Zaizen bagitau Satomi yang dia ada barah paru-paru...Zaizen cakap walaupun dia tak nak jumpa Satomi lagi, tapi dia datang jugak sebab Dr. Satomi pun doktor yang menentang barah (tapi kite rasa dia datang jumpa Satomi sebab Satomi satu2nya kawan dia)...Zaizen bagitau dia tak yakin ada doktor yang boleh operate dia...Dr. Satomi cadangkan Prof. Azuma...

Dr. Satomi pergi mintak bantuan Prof. Azuma...dia yakinkan Prof. Azuma yang Zaizen sendiri yang mintak Prof. Azuma perform surgery tu...akhirnya Prof. Azuma pun setuju...dalam perjalanan balik, Saiko (Akiko Yada) bagitau Dr. Satomi yang dia tak faham kenapa Satomi nak tolong Prof. Zaizen...Satomi cakap dia dah lama kenal dengan Zaizen dan harap boleh bekerjasama dengan dia...Saiko cakap dia iri hati dengan Zaizen...akhirnya Saiko luahkan perasaan dia yang sebenar pada Satomi...

Prof. Azuma jadi ketua dalam pembedahan ke atas Zaizen...Dr. Yanagihara tak join surgery tu tapi dia tengok dari atas...entah kenapa Prof. Azuma jadi terkejut tengok paru-paru Zaizen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.088639 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list