CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1765|Reply: 3

Upacara Pengebumian Palsu Di Korea Selatan

[Copy link]
Post time 12-5-2021 08:00 AM | Show all posts |Read mode
Upacara Pengebumian Palsu Di Korea Selatan



Korea Selatan- sebuah negara maju pengeluar produk teknologi dan budaya pop yang dieksport ke seluruh dunia. Pembangunan ekonomi yang pesat di negara itu dikatakan mampu menyaingi dan dijangka akan memintas negara jirannya, Jepun suatu hari nanti.


Di sebalik kerancakan ekonomi, terselit sisi toksik kehidupan rakyatnya. Rupanya ramai penduduk Korea Selatan yang berasa tidak puas hati dengan hidupnya sehingga pernah dinobatkan sebagai ‘Negara Paling Tidak Gembira’ di Asia.




Ramai warga Korea berusaha keras sama ada dalam pelajaran atau kerjaya untuk bersaing dan tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan. Tekanan sosial untuk ‘berjaya dalam hidup’ dan persekitaran yang kompetitif menyebabkan ramai penduduknya mengalami kemurungan sebelum bertindak mengambil nyawanya sendiri.

Mencari alternatif

Kerajaan negara tersebut berikhtiar bagi memastikan rakyat lebih menghargai kehidupan mereka. Salah satunya adalah perkhidmatan terapi berbentuk ‘pengebumian palsu’.


Yuka Uchida, seorang koresponden VICE di Jepun telah terbang ke Seoul, Korea Selatan bagi merasai sendiri detik ‘kematiannya’ dalam sebuah upacara pengebumian palsu.



Wanita itu pergi Gangnam, sebuah kawasan elit untuk bertemu dengan seorang lelaki yang pernah ikuti terapi pengebumian palsu itu. Yuka mahu tahu mengapa lelaki berpendidikan, kaya dan doktor pergigian terkenal sepertinya mahu merasakan mati.

“Realitinya, saya rasa tak punya apa-apa. Saya hanyalah insan yang bergelut dengan kehidupan setiap hari. Jadi, saya nak buat sesuatu bagi memenuhi kekosongan hidup saya.” kata lelaki berkenaan.

Hari pengebumian

Para peserta termasuk Yuka diberikan syarahan dulu tentang falsafah kehidupan ini.

Kemudian, para peserta dikehendaki mengimbau masa lalu dan menulis sebuah wasiat. Air mata Yuka tidak berhenti mengalir sewaktu menulis sambil mengingat masa silam yang tidak mahu diingatinya. Namun dia tetap perlu berhadapan dengan fasa gelap tersebut pada ‘hari terakhirnya’.

Kemudian langkahnya menuju ke keranda diiringi oleh seorang lelaki yang berlakon sebagai ‘malaikat maut’.

Semasa berada di dalam keranda, badan para peserta diikat seperti mayat dan roh mereka dianggap sudah berlepas dari alam fana. Rentetan plot kehidupan mereka berputar dalam minda seperti tayangan filem.

Dipendekkan cerita, upacara itu tamat dan peserta termasuk Yuka keluar dari keranda. Mereka berasa seolah-olah dilahirkan semula dan mendapat peluang kedua untuk meneruskan hidup.



Kesimpulan

Antara perkara yang saya belajar dari dokumentari ini adalah apabila berasa lelah dengan hiruk-pikuk kehidupan ini, berhenti berehat sebentar. Jangan putus asa.

Dalam usaha meningkatkan taraf hidup, pembangunan rohani juga perlu dititikberatkan agar isi dalaman tidak terbiar kosong. Jika orang Korea di atas berusaha untuk mencari ketenangan hidup dengan masuk ke dalam keranda, bagi Muslim seperti saya pula adalah mencari-Nya di tikar sejadah.

Sumber:
VICE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2021 08:40 AM | Show all posts
Nasib baik tak minat Kpop..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 04:24 PM | Show all posts
dah kejar sangat material kan? terima je la kesan sampingan tu...
ada duit, material, rupa cantik---> kosong jiwa..



Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:28 AM | Show all posts
macam ni pun ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 1.046822 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list