CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 3

Projek Bandar ‘Paris Tiruan’ Di China Gagal

[Copy link]
Post time 18-5-2021 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Ini Sebab Kenapa Projek Bandar ‘Paris Tiruan’ Di China Gagal




Cogan kata Made In China kerap dikaitkan dengan isu barang tiruan. Bukan sahaja barang yang ditiru, struktur bandar dan bangunan ikonik antarabangsa turut diciplak oleh kerajaan China untuk diwujudkan di negara tersebut.

Kerajaan China telah membina ‘Menara Eiffel’ mereka di bandar Tianducheng dekat wilayah Zhejiang. Bukan sahaja bangunan terkenal di ibu negara Perancis tersebut yang ditiru, gaya persekitaran landskap berkenaan juga dikatakan sama seperti Paris.



Untuk pengetahuan anda, Tianducheng sebelum ini merupakan sebuah kawasan pedalaman yang mundur. Namun, kerajaan China mahu menjadikan Tianducheng sebagai sebuah bandar yang mampu merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik dan mempelawa para pelabur asing untuk melabur di kawasan berkenaan pada masa yang sama.




Atas sebab itu juga, kerajaan China mahu menjadikan suasana kawasan Tianducheng sama seperti anda berada di Paris. Kerja pembinaan bandar ‘Paris Tianducheng’ ini telah dimulakan oleh para pemaju pada tahun 2007.

Berdasarkan perancangan asal, mereka mahu menempatkan seramai 10,000 orang penduduk di bandar berkenaan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.



Walaupun para pemaju berjaya mewujudkan struktur bandar dan landskap sama seperti di Paris, jumlah penduduk di Tianducheng tidak ramai iaitu kira-kira 10% sahaja daripada jumlah sasaran.

Kedai-kedai di Tianducheng turut difahamkan tidak mempunyai penyewa kerana harga sewa hartanah terlalu tinggi. Jadi, ia bukanlah satu perkara yang pelik sekiranya ramai pelabur tidak tertarik untuk melabur di bandar berkenaan.

Replika yang ada di bandar ini pula hanya bersaiz satu pertiga daripada Menara Eiffel sebenar dan laluan pejalan kaki di bandar tersebut juga sepi. Senang cerita, anda boleh dengar bunyi tapak kaki masing-masing apabila berjalan di Champs Elysées.




Menurut laporan media tempatan, pihak kerajaan telah mewujudkan bandar replika Paris ini untuk membuka mata para pelancong tempatan bahawa semua tarikan yang ada di ibu negara Perancis boleh ditemui dekat China juga. Jadi, mereka tidak perlu pergi jauh.

Walau bagaimanapun, pembinaan bandar ini dikatakan gagal kerana rata-rata pelancong hanya berkunjung ke sini untuk mengambil gambar perkahwinan mereka berlatarbelakangkan menara Eiffel tiruan untuk disimpan dalam lipatan kenangan. Apa pendapat anda berkenaan Paris tiruan?

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2021 08:12 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 08:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual fake tp expect margin premium
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057520 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list