CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1870|Reply: 1

Sotong Kurita Ini Memiliki ‘Telinga’ Seperti Dumbo Si Anak Gajah Terbang

[Copy link]
Post time 9-6-2021 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Sotong Kurita Ini Memiliki ‘Telinga’ Seperti Dumbo Si Anak Gajah Terbang


Salah satu hidupan laut yang mampu hidup pada kedalaman ekstrem kira-kira 4,000 meter ialah Grimpoteuthis atau lebih dikenali sotong Dumbo yang termasuk dalam spesies sotong kurita.

Pada kedalaman ini, sudah tentu tekanan air begitu hebat sehingga menyebabkan cahaya matahari tidak sampai ke dasar laut.


Sotong Dumbo mempunyai dua sirip besar di kiri dan kanan kepalanya seakan-akan sama seperti ‘telinga’ Dumbo iaitu karakter gajah dalam filem animasi Disney.

Sirip ini berfungsi apabila sotong ini ingin bergerak dan mengibas seperti telinga untuk berenang. Struktur badannya yang lembut seperti gelatin membolehkan ia berenang dengan gemalai.

Walau bagaimanapun, sotong ini tidak mempunyai kantung dakwat seperti sotong kurita yang lain. Sotong kurita yang lain akan mengeluarkan dakwat hitam bagi mengelirukan pemangsa namun, sotong Dumba hanya mampu melarikan diri dengan pantas apabila terasa terancam.

Berdasarkan rekod, sotong dumbo yang ditemui di lautan Atlantik serta Pasifik, berukuran 1.8 meter panjang dan seberat 5.9 kilogram mempunyai jangka hayat 4 hingga 5 tahun.

Terdapat kira-kira 18 spesies sotong Dumbo yang sudah dikenali pasti, haiwan ini juga mampu untuk menukarkan warna badannya supaya tidak dalam dikesan oleh pemangsa.

Berikutan itu, kira-kira terdapat 18 spesies sotong Dumbo yang sudah dikenal pasti. Bukan itu sahaja, ia juga mampu menukarkan warna badannya supaya tidak dapat dikesan oleh pemangsa.

Sotong Dumbo mempunyai mata yang agak besar disebabkan oleh cahaya matahari yang tidak sampai ke dasar laut, jadi memiliki mata yang besar merupakan satu kelebihan bagi haiwan yang hidup pada kedalaman yang sangat ekstrem.

Satu kelebihan bagi sotong dumbo dan khususnya haiwan yang hidup pada kedalaman yang sangat ekstrem ialah mempunyai mata yang besar.

Habitat makhluk ini ialah mencari mangsa menggunakan deria rasa dan bau serta tiada sebarang bantuan cahaya. Hanya menghidu bahan kimia dan merasa getaran yang dihasilkan oleh mangsa di dalam air.

Sotong jenis ini tidak mempunyai gigi, sebab itulah haiwan ni lebih gemar untuk menelan makanannya. Ikan kecil, plankton dan siput antara yang menjadi makanan sotong ini, manakala ikan jerung merupakan salah satu pemangsa yang selalu makan sotong Dumbo ni

Haiwan ini lebih gemar menelan daripada mengigit makanannya kerana sotong Dumbo tidak mempunyai gigi. Antara yang menjadi makanan sotong ini ialah ikan kecil, plankton dan siput. Salah satu pemangsa yang selalu makan sotong Dumbo ialah ikan jerung.

Sumber:
Greelane, siputlaut12, Facebook
https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnyaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.259182 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list