View: 2412|Reply: 5
|
[Jenayah]
Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
[Copy link]
|
|
Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
SEORANG buruh warga Indonesia dibawa keluar selepas didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini.
Oleh ROSALINDA MD. SAID 20 Jun 2021, 5:03 pm
KUALA TERENGGANU: Seorang buruh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun, kira-kira empat tahun lalu.
Tertuduh berusia 53 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa memasukkan jari, menghisap dan menyentuh kemaluan kanak-kanak berkenaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Mempelam di sini, kira-kira pukul 8 malam antara 1 September hingga 1 November 2017.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 25 Julai ini. – UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Semuga anak ini di dlm lindungan Allah..geram dan sedih baca berita ini...suspek siap berkopiah |
|
|
|
|
|
|
|
Hantar negara dia balik. Blacklist total. |
|
|
|
|
|
|
|
Tine ganung dah pandai kawin indon kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Semua tertuduh patutnya tak dibenarkan pakai songkok or kopiah menyampah sungguh la time ko buat tak pikir dosa.
Asal g mahkamah pakai songkok or kopiah kat luar bertukar jadi setan iblis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|