CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2002|Reply: 7

Istana Sepachendera dibina dengan madu lebah, putih telur

[Copy link]
Post time 23-6-2021 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Istana Sepachendera dibina dengan madu lebah, putih telur


ISTANA Sepachendera dibina oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1882 selepas berkahwin dengan Che Sepachendera. - Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Tidak ramai yang sedar mengenai kewujudan sebuah istana lama di Jalan Kampung Baru, di sini, walaupun bangunan usang itu terbukti menyimpan 1,001 kisah menarik.

  Seunik namanya, Istana Sepachendera, dikhabarkan dibina Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah, ketika era pentadbirannya pada 1882 hingga 1943, sebagai lambang kasih sepertimana Taj Mahal dibina.

  Penulis yang terdetik ingin tahu mengenai kisah di sebalik istana lama itu, mengunjungi Sejarawan Kedah, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof, yang sememangnya fasih dengan kisah di sebalik monumen bersejarah itu.

  Seperti dijangka, bangunan usang itu ternyata bukan calang-calang dan ia dikhabarkan khusus dibina oleh Sultan Abdul Hamid untuk isterinya, Che Sepachendera yang dikatakan berasal dari Siam.

  Lebih menarik, Sultan Abdul Hamid dikatakan menggunakan sejumlah manisan lebah dan putih telur yang dicampur bersama bancuhan simen, dipercayai untuk menguatkan lagi struktur dinding bangunan istana.

  Tidak hairanlah struktur bangunan tiga tingkat itu masih kekal utuh sehingga ke hari ini, dengan temboknya masih tegak berdiri walaupun usianya sudah menjangkau ratusan tahun.

  Wan Shamsudin ketika ditanya mengenai keunikan itu, percaya bekalan manisan lebah dan putih telur yang cukup banyak diperlukan dalam pembinaan istana itu, kerana berdasarkan kepada keluasannya yang persis sebuah rumah agam.


SEJARAWAN, Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd Yusof. - Foto Sharul Hafiz Zam

  "Saya difahamkan penggunaan putih telur dan manisan lebah itu diletakkan di bahagian dinding dan bumbung untuk menguatkan struktur bangunan itu daripada ditelan zaman.

  "Saya percaya kedua-dua bahan itu juga turut berperanan sebagai gam untuk melekatkan selain menguatkan struktur antara simen dan batu di bangunan terbabit.

  "Berikutan istana itu dibina untuk isteri Sultan Abdul Hamid, Sepachendera yang berasal dari Siam, saya percaya semua bahan manisan lebah dan putih telur itu diperoleh dari negara itu, " katanya.

  Wan Shamsuddin berkata, keunikan struktur dinding yang menggunakan dua bahan itu dipercayai turut menarik perhatian Jabatan Mineral dan Geosains Kedah yang difahamkan turut berminat untuk melakukan kajian terhadap bangunan berkenaan.

  Istana Sepachendera dibina pada tahun 1882 iaitu selepas Sultan Abdul Hamid yang baharu menaiki takhta pada tahun sama, mengahwini isterinya.

  Bersesuaian dengan pembinaan istana itu yang ditujukan buat isterinya, reka bentuk bangunan itu termasuk ukirannya cenderung kepada ciri dan budaya dari Siam dengan diadun bersama rekaan Melayu.

  Malah, istana Sepachendera adalah istana pertama Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, berikutan sebelum ini baginda bersemayam di Istana Anak Bukit, dekat sini.


SEJUMLAH manisan lebah dan putih telur yang dicampur bersama bancuhan simen dipercayai menguatkan bahagian dinding Istana Sepachendera. - Foto Sharul Hafiz Zam

  Di istana itu, antara puteri dan putera yang diputerakan ialah Tunku Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tunku Sulung, selain Tunku Roziah, Tunku Zamzam dan Tunku Kasim (Tunku Laksamana).

  Difahamkan, selain istana Sepachendera, turut menggunakan ramuan putih telur dan manisan lebah bagi binaannya adalah di Kota Kuala Kedah selain di Balai Seni, dekat sini.

  Selepas kemangkatan Sepachendera, bangunan istana itu dijadikan sebagai Sekolah Perempuan Kampung Baru pada 1922 iaitu sekolah Inggeris perempuan pertama di sini, atas usaha Tunku Ibrahim.

  Wan Shamsuddin berkata, apabila sekolah itu dipindahkan ke Jalan Langgar, dekat sini, bangunan istana itu dijadikan pula Sekolah Rendah Tunku Abdul Halim yang kemudiannya dijadikan sebagai cawangan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

  Bagaimanapun tinjauan BH di istana itu baru-baru ini, ia terletak di dalam kawasan Sekolah Menengah Islam Al-Haj, namun dibiarkan sebagai sebuah bangunan lama yang usang.

  Meskipun sebelum ini ada khabar angin untuk membaiki semula bangunan istana itu, namun usaha berkenaan sehingga kini belum dijalankan.  

Sumber:https://www.bharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2021 11:17 AM | Show all posts


abistu mana dia istana raja bersiong?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 11:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 11:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:03 PM | Show all posts
ada signboard sejarah..tapi dibiarkan buruk..ni la nasib bangunan sejarah kat msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya.. Kenapa la tak restore cepat2. Aku minat betul bangunan2 lama macam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2021 01:19 PM | Show all posts
Banyak bangunan lama dibina dengan cara tu dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 02:52 PM | Show all posts
Megikari replied at 23-6-2021 12:47 PM
Sayangnya.. Kenapa la tak restore cepat2. Aku minat betul bangunan2 lama macam ni

tu la pasal... aku lagi taksub.... sedar x sedar aku seorang explorer... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.231397 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list