CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1848|Reply: 13

[Tempatan] Guna pakai gabungan vaksinasi, Ivermectin tangani Covid-19

  [Copy link]
Post time 28-7-2021 11:43 PM | Show all posts |Read mode


GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong gesaan Gabungan Malaysia bagi Kawalan Covid Berkesan (MAECC) supaya ubat Ivermectin digunakan di bawah Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) bersama dengan program vaksinasi dalam melawan pandemik Covid-19.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kerajaan perlu memberikan maklum balas positif terhadap gesaan itu kerana ia adalah untuk menyelamatkan nyawa.
Jelas beliau, banyak kajian yang didokumentasikan dengan baik menunjukkan penggunaan Ivermectin mengurangkan risiko mendapat Covid-19 sehingga lebih 90 peratus dan kematian sehingga 68 sehingga 91 peratus.
Tambahnya, Ivermectin berisiko rendah selain kosnya juga rendah dan merupakan ubat yang sudah mapan serta sedia didapati selain telah digunakan selama berdekad walaupun untuk indikasi berbeza.
“CAP menggesa kerajaan supaya membenarkan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 memandangkan statistiknya semakin meningkat.
“Pada saat genting pandemik ini, kerajaan seharusnya dengan serius menggunakan Ivermectin bagi rawatan Covid-19 bersama dengan program vaksinasi yang baru berjaya menyediakan 36.13 peratus daripada jumlah penduduk dengan dos pertama dan 16.90 peratus dengan dos kedua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jika diterima pakai, Malaysia akan menjadi antara 32 negara di seluruh dunia yang menggunakan ubat Ivermectin dalam program rawatan dan pencegahan Covid-19 yang berjaya.
Menurut Mohideen, berikutan pemberian vaksinasi yang perlahan dan kelewatan hasil ujian Ivermectin yang hanya bermula pada bulan lalu, kerajaan tidak boleh menunggu lebih lama apabila berdepan dengan gelombang jangkitan varian yang lebih tinggi.
Jelas beliau, sistem penjagaan kesihatan negara juga sudah berada di bawah tekanan akibat bilangan kes positif harian yang semakin meningkat.
Tambahnya, selepas lebih setahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga negara kini semakin menderita ekonomi dan ramai rakyat mengalami masalah kesihatan mental.
“Pengalaman negara yang menggunakan Ivermectin menangani dengan pandemik Covid-19 memberikan harapan memulihkan kembali keadaan normal di negara kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2021 11:45 PM | Show all posts
dijemput @blastoff dan @Samerosie menyampaikan sepatah dua kata.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:12 AM | Show all posts
sambung esok pagi ...tdo dlu
tidur yg cukup sgt penting utok kesihatan ande
tidurlah anda sebelum ditidurkan oleh doktor di hospital
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kan dah mati sorang kat Thai campur2 vax
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 29-7-2021 01:46 AM
kan dah mati sorang kat Thai campur2 vax

Ni bukan cmpur vac, tp campur cara atasi kobid. Vaksin + ubat cacing
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku komen hanya untuk cakap:

ProIvermectin, cuba kita tak payah komen apa2 kat sini. Kita tengok je gang2 bodoh bebal ni berkokok ubat cacing ubat cacing sampai mulut depa berbuih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Steelheart replied at 28-7-2021 11:45 PM
dijemput @blastoff dan @Samerosie menyampaikan sepatah dua kata.....

Tak de masalah kalau ivermectin diluluskan by kkm dan dipantau oleh pakar perubatan.  Cuma sekarang ni ramai kat sini self medicate kepas tu hasut org pasal vaccine dan ubat2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 29-7-2021 07:48 AM
Tak de masalah kalau ivermectin diluluskan by kkm dan dipantau oleh pakar perubatan.  Cuma sekaran ...

Iols nak tnya uols la...jawab jujur ye....aritu sibuk ckp beksin mungkin x effisien sbb muncul variant2 baru mcm delta sbb mutasi la, albino la, alien la bla bla...tp skrg ada yg blm sempat 1 jab dan kuar statement sinovac beksin dia cuma blh bertahan 6 bulan, pfizer plk 3 bln x lama lagi beksin2 lain pun declare lifespan beksin diorg.

Parlimen pun dh mula pertimbang utk beli 3rd dos, soklan iols nape BCG yg dulu atuk2 kita cucuk xde followup cucuk every year? Mungkinkah sbb beksin org dulu2 dibuat dgn teliti, makan masa demi utk selamatkan nyawa manusia, x mcm beksin skrg yg dibuat tergesa2 dan ada unsur bisnes sptmana dibangkitkan dlm forum ni juga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 12:51 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 29-7-2021 01:00 PM
Firenzza replied at 29-7-2021 11:34 AM
Iols nak tnya uols la...jawab jujur ye....aritu sibuk ckp beksin mungkin x effisien sbb muncul var ...

Ok I cuba reply and I memang jujur.

Kalau kita bercakap pasal BCG for TB, tahun 1930s baru dia rolled out, itupun after 13 years of development, trial and error.  Sebabnya masa zaman tu kelengkapan macam zaman sekarang tak ada. Start 20th century je dah ada benda2 modern sikit itupun tak setanding sekarang.  Zaman sekarang ada AI, ada simulation ada modelling ada  titanum platinum tools bagai.

BCG ni dia rolled out to infants in countries yg TB prevailent, sebab dia pun merbahaya juga. And dia recommend revaccination juga after certain age tak silap i at 12 years old, sebab I ingat I memang dapat at 12 years old walaupun dah dicucuk masa baby (birth cert zaman awal 70an akan ada tulis). But now, dah ada study even by our own MOH mengatakan tak perlu revaccination dah sebab tak ada evidence yg menunjukkan ianya perlu especially if the child esp. yg dah terbentuk scar.  Sebab apa?  Maybe kita dah developed herd immunity penyakit TB tu dah nyah dari negeri kita (walaupun sekarang dah start up balik sebab kemasukkan PATI yg tak divaccine), or efficacy vaccine TB tu memang bagus, tu I tak boleh nak jawab cos could be both. Btw, TB ni airborne juga.  My sis kena a few years ago, kena ambil ubat dan quarantine for 14 days.  Dia kena pergi Pusat TB negara, situ je boleh dapat rawatan.  Klinik semua tak boleh terima.  Anyway, doctor yg rawat dia yg cakap, TB ni dah inexistent kat Malaysia, but sejak ramai PATI dia mula naik balik.  Air ludah ke hingus kering ke yg naik dibawa angin kita lak sedap hidu kita kena.  

Bukan tak ada casualty BCG ni, ada je budak2 mati masa mula2 rolled out due to contamination of the vaccine (tak ada proper storage equipment kan).  So samalah with covid ni, benda ni walaupun dia dalam family corona virus, tapi dia tak pernah lagi di jumpa dalam badan manusia until now.  Sama juga with MERS and SARs, scientist percaya virus ni dari kelawar (ingat tak mula2 covid ni semua orang marah China sebab derang makan kelawar tu sebab berjangkit penyakit kat manusia).  Cuma yg NCov kadar jangkitan dia cepat dan airborne.  Lepas tu tak sempat nak siap immunise semua orang, virus ni dah mutate keluar variant baru bagai.  Remember, the vaccine was developed before Delta, Africa la UK lah variant ni keluar.  So that is why lah kena ada booster to ensure that antibody kita boleh lawan this new variants ni.  Rubella pun ada booster, Hep pun ada booster, cuma kita sekarang tak boleh bandingkan with existing vaccines sebab vaccine tu semua untuk penyakit yg zaman tok nenek kita dah siap ada.

Tu je lah.  Kalau sesiapa nak tambah tambah lah iols nak makan lunch.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makiting at 29-7-2021 01:26 PM
Firenzza replied at 29-7-2021 11:34 AM
Iols nak tnya uols la...jawab jujur ye....aritu sibuk ckp beksin mungkin x effisien sbb muncul var ...


Ni yg anak iolss tanya iolss masa sarapan bersama tadi..
Soalan dia mcm ni la.. kenapa vaksin masa baby dulu tak mcm skrg.. belum setahun dah nak cucuk kali ke 3.. ni betul ke? Adakah mereka nak kita semua mati? Selagi tak mati selagi tu mereka tukar plan?
Iolss terdiam sejenak.. adoiii mak pun bingung nakkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 29-7-2021 01:11 PM
Ni yg anak iolss tanya iolss masa sarapan bersama tadi..
Soalan dia mcm ni la.. kenapa vaksin mas ...

Ya sis, budak2 pun blh fikir, kita sllu ckp dgn anak2  klau nak baik demam kena mkn ubat, dia ikut sbb kita dah bagi satu benchmark kt dia ubat adalah jln penyelesaian utk baik klau yg islam kita tmbh konsep tawakkal lps mkn ubat,  so bila kanak2 dgr knp dah beksin kena cucuk lg, kita yg dewasa pun pening nk bg jwpn apa dah pembuat beksin pun angkat tangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 29-7-2021 07:48 AM
Tak de masalah kalau ivermectin diluluskan by kkm dan dipantau oleh pakar perubatan.  Cuma sekaran ...

"Penerbitan terbaru dari Cochrane Database of Systematic Reviews, baru saja diterbitkan semalam, 28/7/2021.

Inilah gabungan 14 kajian perubatan yang melibatkan 1678 pesakit COVID-19.

Kesimpulan keseluruhannya ialah TIDAK ADA BUKTI untuk menyokong penggunaan ubat cacing parasit sebagai rawatan COVID-19 atau untuk mencegah jangkitan virus yang menyebabkan COVID-19.

Setakat ini penggunaannya untuk COVID-19 hanya dibenarkan untuk kajian perubatan saja"

Nieee aku baca kt page dr imelda...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 30-7-2021 07:23 AM
cikmouse replied at 29-7-2021 09:19 PM
"Penerbitan terbaru dari Cochrane Database of Systematic Reviews, baru saja diterbitkan semalam, 2 ...


Sebenarnya cikM kat twitter Dr Rafidah pun dah ada hint tak de bukti berkesan sebab dia involved juga katanya dlm ct ni.  Tu sebab derang tak keluar result lagi time tu.  Disokong oleh a few doctors juga.  Tapi iols malas uols sebab nanti puak2 tu meroyan malas nak layan.  Twitter dia pun dah ada yg meroyan boh sebijik mcm kat sini.  Apa derang ni gi kelas ke sama je copy paste.

Anyway,  i baca dah ada kes drug hepatitis cause by self medication of ivermectin kat brazil.  Kena liver transplant, dia makan 18mg sehari for one week sebab dia stage 1 ke 2 camtu.

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
This is the dose recommended by ivermectin manufacturer yg digunakan untuk rawat river blindness segala parasit tu.  Ikut berat badan itupun 3 bukan sekali u, yg ini makan tiap hari memang kejung la kan sebab overdose.  Website tu siap boleh tell you ivermectin ni interacts tak with other medication.

Tapi tulah ada lak doctor quack kat forum ni kata tak ada side effects and boleh prescribe lak kat orang berapa dosekena makan bagai.

—————-
Dosage Forms & Strengths

tablet
3mg
Strongyloidiasis of the Intestinal Tract

15-24 kg: 3 mg PO once
25-35 kg: 6 mg PO once
36-50 kg: 9 mg PO once
51-65 kg: 12 mg PO once
66-79 kg: 15 mg PO once
>80 kg: 200 mcg/kg PO once  
Dosing considerations
In general repeat doses not necessary; perform stool examinations to verify eradication of infection
River Blindness (Onchocerciasis)

15-25 kg: 3 mg PO; may repeat in 3-12 mo
26-44 kg: 6 mg PO; may repeat in 3-12 mo
45-64 kg: 9 mg PO; may repeat in 3-12 mo
65-84 kg: 12 mg PO; may repeat in 3-12 mo
≥85 kg: 150 mcg/kg PO; may repeat in 3-12 mo  
Dosing considerations
Note: Does not treat adult worms (must be surgically excised)
Head Lice (Pediculosis capitis; Off-label)

200 mcg/kg PO once; may require 1-2 additional doses repeated after 7 days  
Blepharitis (Demodex folliculorum; Off-label)

200 mcg/kg PO once as a single dose, THEN repeat dose once in 7 days  
Filariasis Due to Mansonella Ozzardi (Off-label)

6 mg PO as single dose

Filariasis Due to Mansonella Streptocera (Off-label)

150 mcg/kg as single dose
Scabies Due to Sarcoptes Scabiel

Immunocompromised patients: 200 mcg/kg as single dose; may repeat in 14 days if necessary
Gnathostoma Spinigerum

Gnathostomiasis: 200 mcg/kg as single dose
Administration

Take on empty stomach
Monitor: Stool exams (Strongyloides)

Next:
Interactions
Enter a drug name
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.074008 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list