CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3393|Reply: 1

Sultan Johor Dan Perdana Menteri Naik Dua SUV ‘Rare’ Curi Tumpuan Ramai

  [Copy link]
Post time 27-9-2021 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Johor Dan Perdana Menteri Naik Dua SUV ‘Rare’ Curi Tumpuan Ramai


DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan keluarga DiRaja Johor sememangnya diketahui ramai sebagai collector pelbagai jenis kenderaan sama ada buatan dari negara sendiri mahupun negara luar.

Pada hari semalam Baginda Tuanku terima mengadap Perdana Menteri Malaysia dalam membincangkan perkembangan isu-isu semasa negara dalam usaha berterusan kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 melalui pelbagai inisiatif.



Sepanjang perjumpaan tersebut berlangsung selama satu jam, pasukan Istana Johor merakam detik-detik bermakna kerana ini merupakan kunjungan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Lebih mencuri perhatian lagi apabila DYMM Sultan Ibrahim memandu sendiri crossover SUV kompak elektrik model Hyundai IONIQ 5 yang menerima tempahan sebanyak 23,760 unit pada hari pertama model tersebut didedahkan kepada dunia pada bulan Mac lalu.

Model SUV elektrik ini antara yang tercanggih pada masa ini kerana ia boleh bergerak sejauh 460km dengan satu pengecasan penuh, mampu bergerak pada jarak 100km dengan 5 minit pengecasan dan sistem ultra fast charging yang mengagumkan di mana bateri boleh penuh dari 10%-80% dalam masa 18 minit sahaja.

  


Sudah menjadi satu kebiasaan buat DYMM Sultan Ibrahim untuk menjemput serta menghantar tetamu dari jauh dengan menaiki kenderaan-kenderaan miliknya seperti mantan Perdana Menteri terdahulu Tun Dr Mahathir menaiki Proton Saga yang dipandu sendiri oleh Baginda Tuanku untuk pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pada kali ini pula YAB Datuk Seri Ismail Sabri pula dijemput ke Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan menaiki salah sebuah daripada beberapa koleksi SUV mewah lagi bergaya model Rolls-Royce Cullinan yang berharga sekitar RM1.8 juta.

Selain membincangkan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat serta beberapa isu-isu lain, Perdana Menteri dan rombongan turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Baginda Tuanku Sultan.

SUMBER:https://www.thevocket.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 04:25 PM | Show all posts
Menayang je anak beranak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065419 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list