CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JUSTcircle

Komik & Majalah Malaysia:Ujang,Gempak etc.

  [Copy link]
Post time 7-10-2009 11:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 8-10-2009 00:10

Musafir



Painter/Illustrator/Comic Artist : Cron / Rodzi

Published : KOSMO Newspaper


http://cronstudio.blogspot.com/


















Musafir 2




Musafir 3





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2009 11:55 PM | Show all posts
majalah ujang dulu mmmg best, skrg hampeh...tak tau dia nak sampaikan ape......majalah apo? aku layan lakaran lambok je..yang laen tak phm n byk lawak diorang dah basi....

anime n  manga best...pelukis jepun creative membuat cerita

contohnya naruto...menceritakan pasal dunia ninja yang lagenda, tak pun one piece yang menceritakan pasal lanun. jalan cerita diorang pun dramatik...bagi aku komik lawa atau tak, tak penting....yg penting jalan cerita dia....baru best nak follow...


ko rase ko pnh tgk komik malaysia yang creative mcm tu? bagi aku stakat ni tak sbb ade yang creative tp ciplak skit dari komik jepun....so dah boleh agak jalan cerita dia...sbb tu malas nak beli majalah komik malaysia berbanding jepun....kalu bace byk kali pun tak boring..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 12:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by danialarif at 9-10-2009 01:06

Yeap... Aku sokong tu... Hari tu aku ada bca Ujang dgn G3... Aduh, sory ckp la x brapa lawak sgt la... Comic local yg aku bleh layan comic keluaran gempak straz je...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 03:04 AM | Show all posts
Painter/Illustrator/Comic Artist : Cron / Rodzi

Published : Majalah Gado Gado (1995-1997)


http://cronstudio.blogspot.com/



Pahlawan Lagenda






Mawar Irma Emas






VEX








Fangora Highway








Painter/Illustrator/Comic Artist : Cron / Rodzi

Published : Majalah JOM (2005)


http://cronstudio.blogspot.com/



Hexagon





Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 10:48 AM | Show all posts
Gedung Kartun



Painter/Illustrator/Comic Artist : Zunar, Jonos, Ronasina, Azzam Supardi, Nazar, Israq, Maisuri

Genre : Political Satire



http://koncozunar.blogspot.com/

















Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:20 PM | Show all posts
Keluang Man muncul di RTM selepas 10 tahun hilang


Oleh Rosdalilah Zahari


GELAGAT lucu 'super hero' Keluang Man II bakal menemui semula peminat di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pertengahan tahun ini selepas hampir 10 tahun tidak muncul di kaca televisyen.

Walaupun pada peringkat awal siri animasi Keluang Man memperlihatkan kekurangan dari segi perkembangan watak, jalan cerita, aksi dan rekaan animasi yang ketika itu hanya menggunakan teknologi 2D, siri itu tetap berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati penonton sehingga diulang tayang di TV9 pada 2008.

Namun, kali ini Keluang Man II menampilkan pembaharuan dari segi kualiti animasi apabila pembikinannya dibuat melalui kerjasama antara KPerak Implementation and Coordination Corporation (Kperak) dan syarikat Aspati (M) Sdn Bhd (Aspati).

Melalui program Inisiatif Pembangunan Kandungan Multimedia Kreatif (CMC) kedua-dua pihak berkenaan berjaya menghidupkan kembali watak Keluang Man, watak hero pembela manusia sejagat.

Di bawah studio animasi KPerak-Aspati, sebanyak 52 episod siri animasi Keluang Man II sedang dan akan disiapkan menggunakan teknologi terbuka 3D (open source 3D) sepenuhnya bagi memberi pembaharuan menarik dalam penghasilan karakter animasi terbabit.

Pengarah Projek Animasi Projek Animasi Keluang Man II, Faharul Radzi Lon, berkata anggaran kos bagi setiap episod selama 30 minit berjumlah RM20,000 dan ia amat rendah kerana menggunakan aplikasi sistem teknologi terbuka 3D.

"Projek animasi itu membabitkan 16 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), KPerak Academy dan Kolej Komuniti Teluk Intan yang berpotensi dan diberi latihan secara intensif.

"Selain itu, beberapa watak baru seperti Abang Ben turut diwujudkan bagi menarik perhatian penonton untuk menyaksikan siri animasi 3D yang dijangka penuh kejutan berbanding sebelum ini," katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Techno Trade Center (PTTC), Bandar Meru Raya di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Terdahulu, Faharul menghadiri pelancaran produk animasi Keluang Man II dan majlis pertukaran dokumen antara KPerak dan Aspati di aras enam bangunan yang sama.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Datuk Yaacob Nordin; Pengarah Urusan Aspati, Hishamudin Mohd Amin; Pengarah Eksekutif Aspati, Kamaruzaman Jahidin dan Penyelaras Praktikal Pelajar Pusat Jaringan Universiti Industri (UIL) UUM, Dr Masudi Mahmuddin.


- Berita Harian -



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2010 07:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 02:08 PM | Show all posts
KARTUN LAT DI AWAN BIRU





LAT bersama Fernandes (kiri) ; Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (dua dari kiri) dan Geldof (kanan) pada majlis AirAsia-Lat Livery di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang


Kartunis negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, diberi penghormatan untuk mengabadikan hasil lukisannya pada barangan cendera hati yang akan dijual di dalam pesawat AirAsia Bhd (AirAsia). Cenderahati seperti kemeja-T, topi dan buku yang mengandungi lukisan Lat itu akan dijual di dalam pesawat tunggal AirAsia, Airbus A320, yang mana badannya turut dihiasi lukisan kartunis itu. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata pihaknya bercadang untuk meluaskan mesej Lat yang boleh disampaikan dalam bentuk watak kartun supaya dapat diterima orang ramai.


" Memang saya ada menerima pujian secara peribadi oleh penumpang sebaik mereka melihat lukisan (Lat) pada badan pesawat AirAsia sebelum ini. Selepas ini saya bercadang untuk bekerjasama lagi dengan Lat supaya kartunnya bermesej dapat dipaparkan dengan cara berbeza. " Sebagai contoh mungkin antara karakter kartun yang boleh dipaparkan ialah bagaimana Kampung Boy memakai jaket keselamatan," katanya pada sidang media selepas melancarkan AirAsia-Lat Livery di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, semalam. Hadir sama, Lat dan isteri Datin Faezah Ahmad Zanzali serta aktivis kemanusiaan, Sir Bob Geldof.


Pesawat Airbus A320 adalah pesawat ke-17 baru milik AirAsia yang lebih besar mengetengahkan kartun Lat pada badannya bagi menggantikan kapal terbang lebih kecil Boeing 737-300 sebelum ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2010 02:04 PM | Show all posts
Smash 20



Painter/Illustrator/Comic Artist : Foner (Irfan)

http://www.facebook.com/Irfan-Foner/

http://twitter.com/IrfanFoneR

http://f-one-r.blogspot.com/

http://f-one-r.deviantart.com/



Publisher :  PTS Millenia Komik-M

http://www.ptsmillennia.com.my/

http://www.blogpts.com/












Sinopsis :


Ehsan Fairuz meminati sukan bola sepak, namun orang di sekelilingnya lebih suka dia bermain badminton. Keadaan itu menyebabkan dia memberontak sehingga berlaku pertengkaran antara dia dengan cikgunya. Akhirnya Ehsan Fairuz mengalah dan bermain badminton. Malah, dia terus diberi tangungjawab menjadi pemain penting dalam pertandingan badminton peringkat daerah. Apakah keistimewaan yang ada pada Ehsan sehingga orang disekelilingnya begitu bersungguh mahu dia menjadi pemain badminton? Apakah kelebihan yang ada pada orang baru sepertinya sehingga diberi kepercayaan memikul tangungjawab berat itu ? "





Sources : http://www.nomikmalaysia.blogspot.com/



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 10:36 PM | Show all posts
agak2 bila komik kita nie nak maju setaraf dengan diorang erk...kan2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2010 09:14 PM | Show all posts
thanks hangPC sbb sudi letak info2 menarik kat umah nih.. really appreciate this...

@blasta
erm.. susah nak ckp... bg aku nak maju tuh boleh ajer.. dari segi jalan cerita la..
kalo dari segi lukisan.. aku rasa better kekalkan lukisan masing2.. sbb itu adalah identiti dorg.. x perlu nak lukis lukisan lawa2 comel2 ala anime/manga jepun.. sungguh tidak melambangkan wajah kiter..
Just aku hope komik kiter mempunyai jalan cerita yg kuat..
rindu aku dgn hasil karya Bawang dalam Selangkah ke Alam misteri...
Kaya DUKU dalam the legendary of Hang Lekuk... Karya Ubi dalam Budak Hostel, Karya Aie dalam ABE.. karya gayour dalam Bersama Selamanya.. Karya Sukun dalam WorkShop...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 01:41 PM | Show all posts
aduuuhh...nostalgia betoi sumer citer yg ko taip tuhhh... ishhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2010 02:32 PM | Show all posts
aduuuhh...nostalgia betoi sumer citer yg ko taip tuhhh... ishhh...
ibuKA Post at 19-2-2010 01:41 PM

kan?
tambah nostalgia sbb lukisan dorg langsung x der nak sama ngan anime/manga/kartun mat salleh atau jepun tuh..
mmg ada identiti sendiri.. x kisahla comel ker, lawo koer.. kartun tuh mmg nampak ciri2 dorg sendiri.. lambok tuh..
mmg la x baper nak comel2 and lawo.. tapi, jalan cerita dia kelakar gak.. x salah aku lawak2 dia ttg kisah dongeng..

cam lalang plak.. suker menggunakan lawak tok ketua kot x salah aku.. kambing pun dapat gelaran BELIAU..
Ciku.. suker buat lawak gangster kampung.. kena baling ngan batu  bata pun rileks jerk leh sambung gaduh lagik..
Cupin.. ala2 mat rempit kampung.. suker betul berlagak ngan Dicky (boss workshop dia)...  tetap best..
Budak hostel.. huhuh!! kelakar biler teringat dorg nak buat letupan besar giler guna longkang.. kacau bebudak aspuri ngan pi guna batang kayu ngan kain putih... kenakan bebudak asrama dgn pi idupkan shower sampai bebudak sumer tunggu kat luar.. ingatkan ada yg mandi kat dalam..

Duku.. kekadang dia suka selit2kan kisah zaman Sahabat.. sgt2 memberi dakwah.. sama cam Bawang.. selangkah ke Alam Misteri dia byk pengajaran...

dari kisah org kebal... pencuri.. org kaya yang berlagak.. penoreh getah yang nak kawin dua... mengkarate lipan di kala subuh..
oo.. ada lagik satu karya bawang.. tiga suku.. mmg kelakar.. kelakar tengok 3 kembar yg 3 suku berserta mak bapaknyer sekali.. walopun 3 suku.. tapi still interesting lawak dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 03:07 PM | Show all posts
ooo...budak hostellll...aku minat bangat ngn citer tu...harus aku lambak kuar balik mag lama aku tuh... aku ske lawak pijak2 tuh... yg dia selalu pijak bakang abg dia tuh...
kartunis nik pon aku ske gak...yg tandoori payat tuh... ada sekali tandoori payat ala2 superheroes...mmg lawak gila..!
citer kartini tuh ko igt tak?...femes gitu katun tu kan?...ehehee...
tpi katun aie paling cun sekali...blues selamanya...ohh tidakkkkkkkkk...
nostalgia nyeeeeeeeeeeee..!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2010 03:14 PM | Show all posts
ooo...budak hostellll...aku minat bangat ngn citer tu...harus aku lambak kuar balik mag lama aku tuh... aku ske lawak pijak2 tuh... yg dia selalu pijak bakang abg dia tuh...
kartunis nik pon aku ...
ibuKA Post at 19-2-2010 03:07 PM

pijak2 tuh? oo,,. tuh karya ciku x salah aku...

nih.. aku suker lagik satu mat dispatch.. x abis2 pow RM2 kat boss dia yg licin kepalanya tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 05:04 PM | Show all posts
aaaa...igt..mat dispatch tu... ekekekeee...
kalo nak ikotkan...mmg bnyk citer2 best lam ujang ... dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2010 05:46 PM | Show all posts
aaaa...igt..mat dispatch tu... ekekekeee...
kalo nak ikotkan...mmg bnyk citer2 best lam ujang ... dulu.
ibuKA Post at 19-2-2010 05:04 PM

tu la.. kalo nak diikutkan.. bukannyer x bagus pun.. karya kiter bagus2 per..
lawak pun kena ngan budaya kiter..
kalo nak ikutkan sgt jalan cerita yg ala hikmat tu ini.. kuasa itu ini..
zaman itu ini. dunia itu ini.. nak kena ngan budaya kita nih.. cam x kena la plak..
jadik karut plak kang kepercayaan kiter..
mmg x kena la..

kot buat zaman pendekar pun ok lagik.. sbb tuh aku tetap appreciate la karya dorg nih even skrg nih x baper nak lawak..
dahkering idea.. so, pepaham je la.. kena ada pelapis2 baru.. tapi aku tengok yg baru2 semua dah terpengaruh ngan lukisan2 anime/manga jepun.. cam x der ciri2 sendiri dah aku rasa..
jalan cerita pun.. tapi nak wat camner kalo dah masyarakat lebih suker yg mcm tuh..

yg lama2 lukisannya gaya mmg kekal. idea cerita jerk agak kurang kot.. x per la..
paham.. hope akan ada peningkatan dari dorg.. :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 12:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 10:22 PM | Show all posts
SUKE g3!!!
AND BUKU BUKU ANIME GEMPAK STARZ!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 11:56 AM | Show all posts
http://img192.imageshack.us/img192/7740/wanzunalif.jpg


http://komik-m.com/

http://komik-m.blogspot.com/



HangPC2 Post at 10-3-2010 12:37


woww!!..thanks hangPC2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070861 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list