CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JUSTcircle

Komik & Majalah Malaysia:Ujang,Gempak etc.

  [Copy link]
Post time 15-3-2010 12:14 PM | Show all posts
Anugerah Pekomik 2010



Anugerah Pekomik kali kedua bakal diadakan pada 28 March 2010 di Dewan Kedah Johor, PWTC.


1. Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon) :

Junk food (Utopia) – Jo,  Lawak Kampus (Gempak) – Keith, Lawak Antara Benua (APO?) – Lambok, Jungle Jokes (Gila-gila) -Jaafar Taib, Gelak Golek Golek -Bendi.


2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series) :

HeroBoy – Edward Sam, Diari Buruanku – Bob, Apa yang aku cari – Gayour, Tiga Dara Pingitan – Cabai, Elemen – John Pek


3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper) :

Wilayah 3 suku – Zuraizee, Hanya Satu – Jayaputra, Duta Galaksi: Prima Kejora – MF Ajif, Pagan -Shah, Musafir 3 – Cron.


4. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Lifetime Achievement Award) :

Raja Hamzah


5. Penerbit Terbaik (Best Publisher) :

Gempak Starz, MOY, PTS, Creative Enterprise, Karangkraf.


6. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover) :

Aku, Kau, Komik – Nor Azri Nor Azmi, Komik M Raya – Kromosom, Popcorn #02 – Puppeteer, Kaleidoskop – Ho Seng Hui, G3 # 64.


7. Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Painted Artist) :

Silent Revolution (Popcorn) – Puppeteer, Lanun (Utopia) – Virus AC, Children Paradise (Popcorn) – Kaoru, Animal Clinic – Puyuh, Apa yang ko cari (G3) – Niezam.


8. Warnaan Terbaik (Best Colourist) :

Caramel Theather – Liew Yik Hua, Maid Maiden – Sunny, Misterius Crapers (G3) – Padi, Mat Rock Cintan – Gayour, Duta Galaksi: Prima Kejora – MF Ajif.


9. Komik Amatur terbaik (self-publish/zine/doujin) (Best Amateur Comic Artist):

Yougumix #5, Meow, Love Letter, Oh la la #4, Heart Black.


10. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine) :

Gempak, Pop Corn, G3, Apo?, Gila-gila.


11. Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist):

Intipati – Mohd Yazid, Marry Me – Remy ‘Eisu’ Mokhtar, Anywhere – Alan Quah, Punisher – Tan Eng Huat, Bumble Bee – Chee


12. Penulis Terbaik (Best Writer):

Takaza – Sitrahaslee, Twinx – Pac, Shootz – Reja, Scary ever after – John Ho, Animal Clinic – Puyuh.


13. SiriMini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series) :

Pesanan Terakhir – Baba Chuah, Senyuman Si Durjana – Ho Seng Hui, Makan Malam – Scho, Malaya 1943 – Lambok, 5 Bintang – Aedes.


14. Komik Baru Terbaik (Best New Comic) :

Takaza – Sutrahaslee, User – Zint, Bila Scorpio bertemu Leo – Ageha, Scary ever after – John Ho, Alqamar – Pak Cu


15. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) ):

Twinx – Pac, Scary ever after – John Ho, Silent Revolution – Puppeteer, Apa yang ko cari – Niezam, Pesanan Terakhir – Baba Chuah.


16. Komik Terbaik (Best Comic) :

Snap – Xanseveira, Twinx #2 – Pac, Scary ever after – John Ho, Kijaya – Zint, Maid Maiden – Kaoru.



Sources : http://anugerahpekomik.blogspot.com/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 11:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 16-3-2010 11:05

Aku, Kau & Bola - Separuh Masa Pertama








Illustrator Cover : Just_Jimi19

Published : PTS (KOMIK-M)


http://komik-m.com/

http://pts.com.my/



Harimau Malaya - Inilah Barisan Kita


Writer : Faizal Mukhtar

http://faizalmukhtar.blogspot.com/

Illustrator/Comic Artist :  Just_Jimi19

http://justjimi19.deviantart.com/










Aku Bola


Writer/Illustrator/Comic Artist :  Froggypapa

http://froggypapa.blogspot.com/

http://www.flickr.com/photos/froggypapa/






Skuad 1 Malaysia


Writer/Illustrator/Comic Artist :  Reja






Liga Rahsia


Writer : Nazry

Illustrator/Comic Artist :  Afiq






Konklusi


Writer/Illustrator/Comic Artist :  Lavendra

http://lavendra.deviantart.com/






Pemain Simpanan


Writer/Illustrator/Comic Artist :  Suraya






Cabaran!


Writer/Illustrator/Comic Artist :  Bop






Kasut Bola Karu 10


Writer/Illustrator/Comic Artist :  Poyo






Aku, Kau & Xaira


Writer/Illustrator/Comic Artist :  Reja






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 04:29 PM | Show all posts
ujang lg best
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 02:28 AM | Show all posts
wau.. byk jugak komik2 mesia yg aku tak tau..

JC.. kat benang ni ko cam instructor plak.. conduct perbincangan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 11:16 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 01:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 29-1-2012 00:09

Panglima Hitam



Painter/Illustrator/Comic Artist : Kromosom (Fythullah Hamzah)

Published : KOSMO Newspaper


http://kromosomblog.blogspot.com/

















Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2010 01:43 PM | Show all posts
Lakaran komik Azhar



Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


Di laman blog itu, peminat karya Azhar dapat melihat kerja-kerja di sebalik pembikinan komik Liga Pendekar sebelum ia dipasarkan.





KERANA ingin berkongsi pengalaman dalam menghasilkan komik nukilannya, Liga Pendekar, Muhamad Azhar Abdullah mengambil keputusan untuk membuka akaun blog peribadi iaitu  http://azharsketch.blogspot.com.

Meskipun ia satu blog peribadi, Azhar tidak memuatkan bahan yang hanya menceritakan tentang dirinya seratus peratus. Malah turut menyelitkan tentang lukisan komiknya.


Konsep novel

Bagi yang meminati bahan bacaan komik, mereka sudah tentu mengetahui kewujudan Liga Pendekar dan memiliki komik tersebut. Istimewanya komik itu ia tidak diterbitkan secara bersiri, sebaliknya berkonsepkan seperti novel.

Setebal 88 muka surat, komik saya boleh dikatakan memiliki ciri novel kerana setiap jalan cerita tidak akan bersambung pada keluaran seterusnya. Setiap keluaran hanya mempunyai satu episod, jelas Azhar kepada Kosmo ketika ditemui di Damansara, Selangor baru-baru ini.

Dengan capaian peminat yang melayari blognya itu mencecah 4,918 orang, Azhar bagaimanapun tidak menghasilkan lakaran lukisan menerusi kaedah digital atau komputer. Sebaliknya, masih menggunakan kaedah manual iaitu kertas lukisan, dakwat dan berus.

Azhar tidak merasakan cara itu ketinggalan zaman,. Sebaliknya yakin ia membuatkan seorang pelukis menjadi lebih kreatif.

Malah hasil kerja tangan juga menjadi lebih bermakna kepada pelukis kerana setiap lakaran itu memerlukan ketelitian luar biasa.

Cabarannya apabila berlaku kerosakan pada lukisan, pelukis terpaksa membuang lukisan tersebut.

Situasi ini terjadi sekiranya lukisan rosak teruk. Kalau guna komputer kita boleh sunting banyak kali. Itulah bezanya guna komputer dengan kertas biasa.

Jadi, apabila guna kaedah biasa pelukis akan lebih cermat dan menghargai karya tersebut, jelasnya yang berasal dari Taiping, Perak.

Sekiranya anda melayari blog tersebut, ia pasti menarik perhatian untuk memerhatikan satu persatu isi kandungannya.

Di sana, peminat komik karya Azhar dapat melihat kerja-kerja di sebalik pembikinan komik Liga Pendekar sebelum ia dipasarkan. Itulah matlamat utama Azhar mempunyai blog sendiri.

Saya akan masukkan hasil lukisan bagi komik Liga Pendekar dan menceritakan serba sedikit mengenai lukisan tersebut. Blog ini menjadi medium untuk saya berinteraksi dengan peminat memandangkan kelompok blog tidaklah besar, jelasnya.






Buat sendiri

Tahukah anda bahawa Azhar tidak bergantung kepada sesiapa untuk menghasilkan komik tersebut.

Berdiri di atas kaki sendiri, dia bertanggungjawab untuk menyiapkan keseluruhan bahan yang ingin dimuatkan dalam Liga Pendekar.

Bukan kerana tidak percaya kepada bantuan orang lain, bapa kepada seorang cahaya mata itu berpendapat kerja lebih senang sekiranya dia melakukannya sendirian.

Apatah lagi dia juga sibuk dengan kerjayanya selaku pereka animasi di Go Fusian. Jadi, dengan bergerak sendiri dia boleh melakukan kerja-kerja berkaitan Liga Pendekar pada bila-bila masa. Di samping itu, setiap curahan idea yang ingin diketengahkan tidak perlu dikongsi dengan orang lain.

Buat sendiri memang lebih senang. Lagipun komik saya bukannya perlu kejar masa perlu disiapkan. Biasanya saya akan siapkan bahan-bahan komik itu selepas waktu bekerja, ujarnya yang berpuas hati dengan penerimaan terhadap komik Liga Pendekar. Komik itu kini sudah memasuki fasa percetakan kali kedua sebanyak 5,000 naskhah.

Minatnya terhadap kisah pahlawan dahulu kala merupakan antara idea yang dimuatkan dalam komik itu. Rujukan yang sering digunakan Azhar ialah menerusi Internet untuk mendapatkan gambaran ringkas sebelum mula melukis.

Misalnya rumah pendekar zaman duhulu memang lain dan susah kita hendak jumpa. Maka Internet menjadi rujukan saya. Ada juga masanya saya perlu pergi ke air terjun atau sungai bagi mendapatkan gambaran untuk melukis," jelasnya.

Bagi membuatkan watak-watak yang digunakan itu lebih realistik, Azhar turut menggunakan kaedah lakonan.

Dia akan membuat aksi lakonan sebelum gambaran itu dilukis. Ini bagi menyerlahkan ketajaman lukisan supaya ia tidak nampak kaku atau keras. Jadi banyak perkara perlu dibuat sebelum mula melukis di atas kertas saiz A3 atau A4.

Azhar mampu menyiapkan lukisan bersaiz A3 dalam masa lima hingga enam jam. Manakala A4 pula mengambil masa selama tiga ke empat jam.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 01:57 PM | Show all posts
Warisi bakat melukis bapa



Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


Sebagai pelukis komik Yeng Tee tahu dia perlu menghasilkan karakter yang disukai oleh para peminatnya.




YEE Teng kini telah menghasilkan sebanyak enam buah buku komik.



KEBIASAANNYA kanak-kanak sekolah rendah cukup teruja apabila tiba waktu pendidikan seni. Ketika itulah, mereka boleh melukis, mewarna dan sebagainya.

Tetapi, berbeza pula dengan Liew Yee Teng. Dia tidak gemar melukis. Pendidikan seni adalah subjek yang paling dibencinya. Setiap kali guru memberi kerja rumah pendidikan seni, bapanya Liew Koo Hong, 55, yang akan tolong selesaikan kerja-kerja tersebut.





KEBANYAKAN komik Yee Teng bertemakan cinta.


Baginya, cukuplah sekadar Yee Teng mempunyai minat dalam bidang sukan olahraga. Namun bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah, sehinggalah pada suatu hari sedang Koo Hong memotong kayu, kapak yang dihayun terkena salah satu jarinya dan terputus.

Sejak bapa kehilangan jari, dia tidak dapat membantu saya selesaikan kerja-kerja lukisan. Dari situ, saya terpaksa menyiapkannya sendiri.

Sejak itu, kebencian saya terhadap subjek lukisan mula berubah. Saya semakin menunjukkan minat lebih-lebih lagi apabila menerima banyak pujian daripada guru-guru, katanya ketika ditemui di tempat Art Square Sdn. Bhd., Cheras, Kuala Lumpur.




YEE mula melukis komik sejak berusia 15 tahun.



Yee Teng yang pada mulanya meluahkan bakat melukis komik sekadar suka-suka, akhirnya mula serius terhadap seni melukis komik.

Saya mula menghasilkan komik sendiri berjudul Feng De Hai Zi atau dalam bahasa Melayu Lelaki Dingin Seperti Angin sebanyak 32 muka surat semasa menuntut di tingkatan tiga, katanya yang menjadikan hobinya itu sebagai satu kerjaya.

Walaupun saya dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam, saya tolak sebab jiwa saya lebih ter arah menjadi pelukis komik.

Kebetulan semasa membaca akhbar, saya dapat tahu majalah Gempak (komik pelbagai bersiri) memerlukan seorang pembantu pelukis komik.

Saya memohon jawatan tersebut dan akhirnya bekerja di Syarikat Art Square Sdn. Bhd., katanya yang mendapat sokongan keluarga.


Cabaran

Yee Teng kini lebih dikenali dalam peminatnya dengan nama Kaoru. Banyak hasil lukisan komiknya berdasarkan cinta dan fantasi.

Antara lakaran popularnya ialah Helios Eclipse Prologue Siri 1 hingga 8, Kaoru's Cake House, Daiduki, 143 Siri Maskeret Cinta, Colour dan terkini Maid Maiden.






Yee Teng membentuk satu kelompok insan seni yang mempunyai keistimewaan tersendiri berdasarkan ikutan remaja masa kini.

Apakah cabaran beliau sepanjang bekerja sebagai pelukis komik? Jelas Yee Teng, tanggungjawabnya sebagai pelukis komik bukan hanya untuk menghasilkan karakter yang dia sendiri suka tetapi apa yang peminat suka.

Saya tidak boleh syok sendiri ketika berkarya sebaliknya saya perlu melukis karakter yang disukai pembaca. Saya kena tengok apa yang pembaca minat melalui komen yang diterima.

Bukan mudah hendak melukis karakter yang banyak. Saya perlu peka pada setiap watak yang dilukis agar ia sama pada setiap helaian muka surat.

Malah, jalan ceritanya juga kena rasional dan bukan dibuat sesuka hati, akui Yee Teng yang adakalanya tertekan dan kekeringan idea semasa berkarya.

Yee Teng gemar menghasilkan komik cinta berbanding komik fantasi kerana jalan ceritanya lebih pendek dan tidak memerlukan kesinambungan seperti fantasi.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2010 02:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 08:43 PM | Show all posts
228# HangPC2

tak sangka dia ni lukis Kaoru's Cake House.. aku penah baca gak.. kira ade la mangaka mesia yg leh hasilkan shojo manga tapi ade sket2 unsur kemalaysiaan tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 09:14 PM | Show all posts
Ohhh...... dia ni Kaoru. Dlu masa baca Gempak, mmg impressed ngan mangaka ni. hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 05:42 PM | Show all posts
Aku layan Karya Kaoru yang siri Maskaret Cinta.... yang lain macam tak minat.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 11:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 12:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 01:09 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 07:28 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2010 09:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 10:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 10:39 AM | Show all posts
Saga



Painter/Illustrator/Comic Artist : Akmal Aziz Bin Asmawi

Assitant Cover Concept : Kamal Masrun

Writer : Fairul Nizam Ablah

Published : COMiX21 (Alaf21)


http://www.tarakucha.com/









Burger



Painter/Illustrator/Comic Artist : Zamzami Mat Zain

Published : COMiX21 (Alaf21)


http://zackollections.blogspot.com/

obexstudio@yahoo.com







Senjata Elemen



Painter/Illustrator/Comic Artist : Faid Hamzi

Published : COMiX21 (Alaf21)


http://www.facebook.com/faid.hamzi

http://www.bayanghitam.deviantart.com/













Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 11:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 27-3-2010 11:12





Comic Artist : Ben Wong


http://bennkomik.blogspot.com/

http://comixo.deviantart.com/

http://comixo.com/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.092145 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list